Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, January 20, 2012

Permulaan 2012

Views
Kehidupan

Assalammualaikum semua..Alhamdulillah, kita pun sudah pun menginjakkan kehidupan kita ke dalam tahun 2012 yang baru saja kita raikan. Mengharapkan sihat tubuh badan, mendapat pekerjaan yang sempurna, mempunyai keluarga yang bahagia, ilmu agama yang makin bertambah serta dikelilingi dengan orang yang sentiasa dikasihi. Tidak dinafikan 2011 banyak kenangan yang dilakarkan. Tidak kiralah sedih ataupun gembira, yang pastinya aku akan jadikan semua itu satu pengajaran untuk aku menempuh masa hadapan.


Dilemma

Di tahun baru ni juga aku dilanda sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Tiap kali aku tidur sentiasa meletakkan tangan di atas kepala, seperti memikirkan sesuatu yang berat. Tidak aku nafikan bahawa aku sedang memikirkan sesuatu yang rumittapi aku tidak dapat memastikan apakah perkara tersebut. Fikiran sentiasa bercelaru untuk beberapa hari ini. Tiada orang yang berada di sisi untuk diluahkan. Mungkin ujian untuk aku..

Kaki bola

Sekarang ni demam bola melanda lagi apabila Liga Malaysia bermula. Setelah lama meninggalkan minat aku tu, baru-baru ni aku dikejutkan dengan kemenangan pasukan Perak apabila mengalahkan pasukan Negeri Sembilan, 2-1. Senyuman aku bertambah lebar pabila mengetahui kehadiran Akmal Rizal dalam pasukan Perak. Serius, aku tak tahu pun dia ada dalam pasukan tu. Aku memang minat Akmal Rizal sejak dia bermain untuk Kedah. Walaupun sebelum itu Perak pernah dikalahkan oleh Selangor tapi aku tahu Perk dh berusaha. Malam ini pertemuan antara Kedah dan Kelantan juga akan menunjukkan saingan sengit. Tak sabar rasanya...

Cita-cita

Alhamdulillah, sekarang aku dah mula aktif mengarang walaupun aku tak boleh siapkan on time tapi aku akan usaha lebih untuk mengarang suatu cerita yang benar-benar beri pengajaran pada aku dan juga semua orang. Keinginan seorang sahabat untuk menerbitkan novel menarik minat aku untuk beralih dari cerpen ke novel. Mungkin sukar kerana aku dah biasa dengan cerita yang berbentuk ringkas dan ringan. Novel agak memberi cabaran kepada aku apabila memerlukan kreativiti yang lebih dan memperbanyakkan plot serta konflik dalam cerita. Susah kan? tapi InsyaAllah, cita-cita aku itu pasti akan terlaksana suatu hari.


p/s : Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya..seronok jugak cuti lama ni..haha!

1 comment:

Muhammad Naim Abdullah said...

malam nie sokong kedah. haha

:P