Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, January 28, 2012

cita2 seorang penulis

Views
Alhamdulillah, sekarang ni dah banyak idea aku keluar untuk kembali menulis. Penulis kat FikrahIslam pun makin bertambah. Sekarang ni aku kembali aktif kat SaffMuslim. Haa kalau korang nak baca, korang masuk la saffmuslim tau. Hari semakin hari aku sentiasa memperbaiki setiap skill penulisan aku. Aku bukanlah hebat sangat sampai menggunakan ayat yang puitis. Cukuplah sekadar ada yang sudi membaca. Itu saja? Eh takde la, maksud aku..membaca dan dapat ilmu, pengajaran dan juga pembelajaran. Kisah yang aku tuliskan adalah berkenaan zaman sekarang. Bukan aku tak nak bercerita tentang kisah nabi-nabi tapi ilmu aku sedikit je tentang hal tu. Aku tak berani untuk menulis sesuatu yang berat, takut disalahtafsirkan. Bahaya tau.

Keinginan aku untuk terbitkan buku masih belum kesampaian lagi. Kalau aku buku kan semua kisah cerpen yang pernah aku tulis, erm tebal juga tu tapi memandang kisah cerpen aku tu ramai yang share so aku elakkan untuk tebitkan..yela nanti ada pula orang tuduh aku ciplak cerita orang. Tak nak la aku, biarlah aku karang dulu baru aku terbitkan...

Terima kasih kat semua rakan-rakan yang sentiasa beri komen dan semangat kat aku untuk terus menulis. Itu saja yang aku mampu lakukan untuk generasi ini. Semua cerita yang aku tulis berkenaan dengan isu sekarang. Aku tak suka membebankan pembaca jadi lebih elok aku menulis cerita yang mudah untuk diterima tanpa sesiapa pun rasa tersindir..hehe..harap2 macam tula kan..

p/s: sekarang dalam proses menulis novel..erm susah juga tu..hehe
Post a Comment