Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, September 3, 2013

Ada apa dengan 20sen?

Views
  
Selamat petang semua. Dah makan tengahari ke? Aku? Erm diet. Hahaha.....
Pastinya semalam ramai rakyat Malaysia khususnya orang dewasa (comfirm la orang dewasa kan,tak kan la budak2 kecik nak join skali kot) sakit hati, sakit jiwa, sakit jantung dan sewaktu dengannya bila PM kita baik hati dan pemurah tu umumkan minyak naik. Yeaaa!!! Semalam dah start pesta dengan besar-besaran di stesen minyak seluruh negara. Hebat PM kita. Grrrrrr........

Ada apa dengan 20sen? Ada orang marah-marah padahal 20sen je. Ada apa dengan 20sen? Kita yang kaya, berharta, ada kerja ni tak akan fikir pun pasal 20sen ni. Ala hal kecik jela. Kalau 20sen hilang pun buat tak tahu ataupun tak kisah. Betul kan? Tapi pernahkah kita fikir 20sen tu sangat berharga pada mereka yang tidak semampu kita, yang tidak setuah kita. Meh baca ayat ni. Aku rasa ni cantik sangat. Baca dan fahamilah tapi sorry la sebab aku pun kopi dan teh je kan. Hahaha....


Azlina Hasan

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

# akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih!
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan yg Malaysia ada." heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! dan ko yakin sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... tembak menembak mcm dah kat SIAM dah?! bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!

Monday, September 2, 2013

Kita berkata. Mereka bertindak?

Views
  


Selamat pagi semua. Setelah beberapa minggu takde entri, akhirnya hari ni aku ambil keputusan untuk tulis sesuatu yang sangat menarik perhatian aku. Mungkin kita tidak perasaan tapi mungkin juga perasaan, atau mungkin kita tidak mahu ambil tahu. Nak tunjuk hebat? Mungkin. Tapi sebelum aku memulakan penulisan aku ni, aku minta maaf jika ada perkataan yang kasar atau mengguris pihak2 yang tertentu. Aku takde niat nak sakitkan hati sesiapa pun, cuma hairan dengan sikap sesetengah orang ni.
 

Seperti sebelum2 ni, isu Palestin, Syria, Rohingya dan terbaru Mesir tidak pernah malap dari pentas dunia. Bukan setakat Blog tapi MukaBuku dan Pengicau penuh dengan kata2 yang cuba melawan anasir2 yang jahat lagi kejam itu. Ayat yang sering diajukan adalah "Dimanakah saudara2 kita yang lain?". Ianya boleh dikatakan soalan wajib. Baru beberapa hari saja kita baru menyambut Hari Merdeka dan ia dikatakan pentas pertunjukkan "barang hiasan" kita. Kapal Selam pun dikatakan "stok" semata-mata. Jangan berbicara soal dahulu kala kerana tahap kehebatan kita tidak setaraf dengan mereka yang sanggup berjuang mati-matian walaupun dengan ahli yang sedikit untuk menyelamatkan islam yang satu. Ada apa dengan kehebatan kita? Hanya mampu berkata2 atau mengarang panjang2 di dalam blog saja (macam yang aku tengah buat sekarang ni). Update segala status yang ada ataupun share segala maklumat dan kita hanya mampu kata. Ya Allah, kejamnya mereka (perkara yang aku lakukan juga).

Thursday, August 15, 2013

Dugaan di hari raya

Views
  


Selamat pagi semua. Apa khabar,sihat? Aku? Alhamdulillah,sihat. Cuma hari raya kedua aku diserang sakit perut bertubi-tubi. Nak kata banyak makan sangat rasanya biasa2 je. Apa2 pun masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya semua! 

Dalam kegembiraan yang disambut oleh semua umat islam,kita dikhabarkan tentang pergolakan yang makin menjadi-jadi di Mesir. Aku tak mampu nak cakap apa,cuma doa saja yang aku sampaikan. Moga mereka sentiasa kuat dan tabah. Itulah yang dinamakan "menikam dari belakang". Ya,mereka hanya berani ketika 'berperang' dengan orang yang tidak bersenjata. Mereka patut malu. Menyerang ketika umat islam sedang khusyuk melakukan solat. Menyerang secara tersembunyi. Entah datang dari mana peluru yang tiba2 menembusi ruang kepala. Astaqfirullahhal'azim.........Tak mampu aku tengok mereka yang terkorban. Kejam!

Dalam pada itu juga aku juga dikhabarkan tentang tahap kesihatan seorang sahabat aku. Dia baru saja melahirkan seorang bayi lelaki tetapi masih belum cukup bulan jadi bayinya masih lagi di bawah pengawasan doktor. Sudah la bayinya masih lagi di tahap bahaya, dia pula disahkan mempunyai tumor di kepala dan dikenhendaki melakukan pembedahan dengan secepat mungkin. Ya,aku tergamam sebentar ketika berita itu disampaikan. Siapa sangka,seorang gadis kecil dan ceria tiba2 menghidapi penyakit tersebut. Malam tadi tidak henti2 kami berbalas mesej. Tiap kali mesej dia muncul,tiada ayat yang mampu untuk aku menenangkannya. Ya,aku hanya mampu berkata tapi dia yang menanggung. Rasa macam tak layak langsung untuk bagi dia semanga.
 
Dua berita yang sangat meruntunkan hati dan perasaan aku tatkala yang lain tengah seronok melayari Syawal yang diraikan selama 'sebulan' ini. Ajal dan maut tu sentiasa ada di hadapan mata cuma tunggu masa dan waktunya saja. Jika sudah tiba,menyesal pun tidak berguna dan masa tidak mungkin berpatah kembali.
 
 
Mari tingkatkan iman dalam diri. InsyaAllah,bukan untuk anda saja tapi diri ini juga kerana sering alpa dan juga terleka. Terleka dengan dunia yang sementara.
 
p/s : Takutnya aku pada kematian. Ada apa pada kematian? Kematian yang akan menentukan kita akan menduduki syurga ataupun neraka. Itu saja? Tidak. Moga kita jadi kesayangan-Nya. Kesayangan siapa? Kesayangan Allah S.W.T.. Amin.......