Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, January 21, 2013

Listen!

Views

Assalammualaikum semua dan selamat petang..

Haa korang janganlah salah faham dengan tajuk entri aku kali ni. Aku bukannya nak cerita pasal kes Listen,Listen,Listen,Listen tu. Kisahnya lain skit tapi masih lagi melibatkan "Listen" tu.

Dalam kehidupan kita ni kadang2 kita lebih suka bercakap dari mendengar dan suka mendengar dari bercakap. Kadang2 jugak kita selalu fikir negatif pasal orang2 yang macam ni. Yela,sorang kepoh dan sorang pendiam. Sorg suka buat cerita dan sorang lagi suka pekakkan telinga.

Kita jangan sesekali salah faham dengan orang2 yang sebegini. Jenis aku lebih kepada mendengar dari bercakap tapi kalau diperlukan memang aku akan cakap la kan sebab kadang2 orang nak tahu respon kita. Bagus sebenarnya jadi seorang pendengar ni sebab dalam masa yang sama kita dapat ilmu dan pengalaman. Orang yang suka jadi pendengar macam aku ni comfirm la orang selalu cari sebab nak cerita masalah2 dorang ni. Kadang2 sampai aku tak boleh nak bagi penyelesaian sebab diluar bidang aku ataupun aku tak pernah alami benda tu dan orang yang macam aku ni kenalah tahan telinga sebab korang akan dengar masalah yang sama berulang kali. Penat tak? Penat kan? Tapi aku suka. Sebab apa? Sebab dari situ kita boleh melihat kelemahan kita sendiri. Macam cermin la kan. Bila kita dengar masalah orang lain,secara automatiknya kita boleh kenal diri kita sendiri.

Contoh la kan,apa kawan kita hadapi tu sama macam apa yang kita hadapi dulu. Contoh,merungut. Dia merungut macam2 kat kita tapi dia nak kita mendengar je tanpa kata apa2. Dalam masa yang sama kita mesti kata, "ish teruknya dia asyik merungut je.tak bersyukur langsung". Haa automatik kita akan teringat balik yang kita pun pernah merungut benda yang sama. Jadi kita pun sama tak bersyukur la kan? Ianya ibarat cermin yang memantulkan kesalahan orang kepada kesalahan kita sendiri. Nampak tak? Hm kalau tak nampak jugak,aku pun tak boleh nak kata apa..hehe..

Salah satu cara nak insafkan diri kita,tengoklah cara orang lain pastinya kita akan nampak cara kita macam mana. Tak percaya? Cuba, try & test. Kot2 nanti ada member meluahkan rasa hatinya ataupun masalah. Dengan hanya sekadar mendengar, anda akan dapat pelajari sesuatu yang tidak pernah anda sangka.

Selamat Mencuba..^_^


p/s : gambar tu sebenarnya takde kena mengena dengan jalan cerita pun. Saja nak bagitahu jam aku habis bateri..haha!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

doa untuk sahabat (Bab 6)

Views
*****

"Jiha", jerkahan Quya yang tidak jauh dari tempat aku dan Syika berdiri membuatkan aku segera berpaling memandangnya. Dapat aku melihat dengan jelas ketengangan pada wajah Quya. Mana tidaknya, dia tidak suka sama sekali bila melihat kehadiran Syika pada ketika itu.

"Apa yang kau buat kat sini? aku rasa kau tak patut datang jumpa Jiha dengan apa yang kau dah buat hari tu", kata Quya sambil memandang tajam ke Syika. Syika hanya tersenyum, tidak mahu berbalah dengan Quya.

"aku nak pulangkan buku yang aku pinjam dulu. Lagipun exam dah nak mula kan", jawab aku, cuba meredakan keadaan.

"hm yela, cepat sikit. Aku ada hal nak bincang dengan kau sikit. Jangan sembang lama-lama sangat, aku tak suka tau kau buat baik dengan orang ni", kata Quya sambil pandangan matanya dijelingkan sedikit ke arah Syika. Aku hanya mengangguk pantas, ingin Quya cepat berlalu dari situ. Aku tidak mahu Syika berkecil hati dengan kata-kata Quya itu.

"maafkan Quya ye", Syika hanya menggelengkan kepalanya. Dia meraih kedua-dua tangan ku dan mengenggam erat.

"kau tak bagitahu dia lagi ke yang kau dah tahu hal sebenar pasal kes kecurian tu?" aku hanya tunduk. Tidak berani untuk bertentangan mata dengan Syika. Dia mengeluh kecil.

"kau tu baik sangat la Jiha sampaikan dia buat salah pun kau diamkan je. Sampai bila kau nak sembunyikan salah dia? Erm nampaknya dia lebih penting berbanding aku kan", Syika melarikan pandangannya apabila aku cuba memandangnya. Tangan ku dilepaskan perlahan-lahan.

"maafkan aku kalau kau rasa aku cuba lebihkan dia dari kau. Aku takde niat pun nak buat macam tu, dua-dua aku sayang tapi entah kenapa aku jadi berat hati nak cakap hal ni kat dia. Aku taknak keruhkan lagi keadaan ni", Syika hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pelik dengan sikap sahabatnya itu yang terlalu menjaga hati Quya sampaikan hati dia sendiri pun berkecil hati dengan sikap Jiha yang hanya memandang kepentingan Quya berbandingnya.

"aku dah janji dengan mak dia yang aku akan ubah cara hidup dia", Syika berpaling lalu dengan tiba-tiba dia ketawa.

"kenapa?" tanya ku hairan.

"kau nak ubah hidup dia? hidup kau sendiri pun dah tunggang-langgang, ni kan plak nak ubah cara hidup orang lain. Tengok la cara kau tadi, dah macam kena cucuk hidung macam lembu je. Apa yang dia cakap semuanya kau ikut. Kalau kau nak tahu bukan kau yang cuba ubah hidup dia tapi dia yang ubah kau tahu tak!" jawab Syika. Agak keras bunyinya. Memang aku tak nafikan semua tu tapi apa yang aku tahu aku dah cuba sedaya upaya untuk mengubahnya. Perlu ke untuk aku mencuba lagi? Syika mengeluh lagi apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

"macam ni jela Jiha, apa kata kau betulkan hidup kau tu dan dalam masa yang sama kau betulkan la kawan yang kau sayang sangat tu. Aku dah taknak ambil tahu pasal hal tu semua. Good luck untuk exam kali ni. Aku taknak kau peningkan hal ni sampaikan pelajaran kau tersadai di tengah jalan. Aku taknak aku sorang je dapat kerja elok, aku nak kau dapat benda yang sama macam yang aku dapat. Dah,bak buku tu. Aku balik dulu, assalammualaikum",jelas Syika dengan panjang lebar sambil tangannya menyambut huluran ku. Aku hanya tersenyum mengenangkan apa yang dikatakan oleh Syika tadi sambil mata ku mengekori pemergian Syika sehingga bayangnya hilang.

"oi apa yang tercegat kat situ lagi. Kawan kau tu dah lama balik. Masuk cepat, kan aku ada hal nak bincang dengan kau",

"yela, nak masuk la ni", aku merengus tak puas hati. Hish nak layan perasaan kejap pun tak boleh, menyibuk je. Bisik aku di dalam hati.

"kau nak cakap pasal apa ni?" tanya ku sambil membuka tudung. Suasana sepi di dalam bilik membuatkan aku berpaling memandang Quya yang duduk menghadap aku. Aku yang sedang berdiri menghampirinya lalu duduk berhadapan dengannya.

"kau kenapa ni? ada masalah?" soal ku apabila dia masih lagi mendiamkan diri. Serba tak kena aku melihat keadaannya.

"kalau aku tanya, kau marah tak?" aku hanya tersengih mendengar soalan Quya itu.

"ish kau ni, aku tengah serius dia tersengih plak", kata Quya sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"yela, dah kau tak tanya lagi macam mana aku nak tahu aku marah ke tak. Cuba kau tanya dulu, baru la aku boleh cakap", aku masih lagi tersengih dan Quya hanya mencebik.

"yela tapi aku tahu mesti kau tak akan marah punya la", kali ini Quya pula yang tersengih.

"erm kau nak tanya pasal apa ni?" soal ku hairan. Mana tak hairannya, tiba-tiba je dia nak tanya sesuatu. Aku tak suka berteka-teki ni.

"erm sebenarnya aku nak tanya pasal hubungan kau dengan Asrul. Kau dengan dia ada apa-apa ke?" aku tergamam sebentar. Soalan yang aku langsung tak jangkakan akan keluar dari mulut Quya. Memang baru-baru aku telah menolak lamaran Asrul tapi bila pertanyaan Quya sampai ke telinga ku ada perasaan lain plak yang hadir.

"takde apa-apa hubungan. Kenapa?" aku beranikan diri untuk bertanya. Quya hanya tersenyum lebar membuatkan hati ku makin berdebar.

"owh bagus la tu sebab aku dengar Asrul lamar kau", kata-kata Quya itu membuatkan aku hampir tersedak. Tentang lamaran itu memang aku tidak mahu Quya tahu. Cukuplah Syika saja yang tahu hal ini. Terkejut juga aku bila Quya tahu tentang hal ini. Siapa plak yang bagitahu?

"eh mana ada la", aku cuba menipu. Tiba-tiba Quya menggenggam tanganku.

"bagus la tu jadi aku tak la rampas dia dari siapa-siapa kan?" kerutan di dahi ku kelihatan.

"rampas? maksud kau?" perasaan tidak enak sudah menular ke seluruh badan ku.

"sebenarnya aku suka kat dia dan esok aku nak luahkan semuanya kat dia. Aku harap sangat dia suka kat aku", lidah ku terkelu, tak tahu apa yang perlu aku katakan. Quya pula hanya tersenyum, tidak memahami apa yang sedang melanda hati aku tatkala itu.




"dia suka saya!" kata-kata Asrul itu mengejutkan aku dan Syika.

"hish kau ni Asrul. Orang ni tengah bercerita, hilangkan mood aku jela", Syika tidak puas hati. Asrul hanya tersengih dan mengakui kesilapannya yang memotong cerita aku dengan tiba-tiba.

"tapi tak kan la dia suka saya, saya tak percaya la semua tu", Asrul memandang lautan yang terbentang luas.

'tapi cara dia meluahkan perkara itu, saya betul-betul nampak keikhlasan dia", Asrul berpaling memandang aku, ada perkara yang bermain di dalam fikiran dia.

"mungkin dia ada sebab buat macam tu", jawab Asrul perlahan.

"ke kau saja buat-buat tak tahu. Lelaki zaman sekarang mana boleh kita nak percaya sangat. Kata tak suka tapi suka", Asrul hanya tersenyum mendengar kata-kata sindiran Syika itu. Aku pula dengan pantas menyiku Syika.

"aduh! yang kau siku aku ni kenapa", aku hanya tersengih apabila Asrul menyedari tindakan spontan aku itu.

"saya faham, zaman sekarang ni mulut orang lebih manis dari madu lebah tapi apa yang saya katakan tadi bukan kosong semata-mata. Saya tahu, Quya ada sebab buat semua tu", aku dan Syika terdiam. Masing-masing memikirkan sesuatu yang mungkin tidak pernah kami perasan sebelum ini.

"kalau tak, tak kan la dia sanggup datang jumpa saya", aku tergamam. Syika terkejut.

"dia jumpa awak? buat apa?" soal ku ingin tahu..

"sebab awak",

"sebab saya?" Asrul hanya mengangguk.


~BERSAMBUNG~

doa untuk sahabat (Bab 9)

Views
*****

"kau dari mana?" soal aku apabila melihat Syika berada di muka pintu. Syika hanya diam sambil kaki cepat melangkah menuju ke biliknya. Aku hairan dengan kelakuannya. Bingkas aku bangun dan menahan langkahnya.

"kau kenapa hari ni? pelik je,ada masalah ke? kalau ada masalah cerita la kat aku", lama juga Syika mendiamkan diri. Aku pula dilanda kegelisahan. Risau melihat perubahan pada Syika. Apa sudah jadi?

"ini hal personal aku, rasanya tak payah la aku cerita kat kau", tanpa menunggu jawapan dari aku, Syika terus berlalu. Bammm! Hentakan pintu bergema mengejutkan aku. Ayat yang pernah digunakannya kini dipulangkan kembali. Adakah Syika sudah tahu hal yang sebenanrnya? Sedang aku masih lagi termanggu di situ, terdengar bunyi pintu terkuak. Aku berpaling. Muncul wajah Syika yang sangat serius. Ya,itulah kali pertama aku melihatnya.

"lupa plak aku nak bagitahu kau. Quya dah sedar dari koma", tergamam aku sebentar. Aku tidak terkejut langsung dengan berita tersebut kerana Aku sudah pun tahu akan perkara itu tapi yang mengejutkan aku adalah bagaimana Syika tahu akan keadaan Quya? Bukankah Syika tidak pernah ambil tahu akan hal Quya selama ini. Mereka diibaratkan "berperang" dalam diam. Tanpa kata, cukuplah sekadar renungan yang tajam apabila mereka bertembung antara satu sama lain.

"kau....pergi....jumpa dia ke?" soal ku dengan teragak-agak. Syika memandang aku, kali ini dengan pandangan sayu. Lama dia merenung ku dengan cara itu. Aku mula tidak senang duduk. Peluh mula memercik,suhu mula naik menunjukkan suhu semakin panas walaupun situasi dalam keadaan dingin.

"bukan aku yang nak pergi jumpa dia tapi dia yang nak jumpa aku", debaran yang sedari tadi berdegup, kini semakin laju. Apa yang diperkatakan oleh Quya? aku ingin tahu tapi mulut ku bagaikan terkunci. Tidak mahu lanjutkan lagi persoalan yang sudah semakin sesak di dalam otak. Aku berlalu pergi tanpa kata.

"kau tak nak tahu apa yang Quya bagitahu aku?" bagaikan tahu apa yang bermain di benak tatkala itu, Syika menyoal tanpa mengetahui aku cuba mengelak.

"itu hal personal kau kan, tak perlulah kau ceritakan pada aku", pantas aku memberi jawapan dan menyambung kembali langkah ku sebentar tadi. Jika perkara ini telah pun terbongkar, biarlah aku diamkan diri buat sementara waktu. Itu lebih baik. Aku berikan ruang kepada Syika untuk menerima kenyataan ini. Kenyataan yang tidak pernah dia sangkakan akan terjadi. Perlahan airmata ku menitis. Aku juga tidak pernah minta perkara ini akan terjadi. Aku juga terlalu ikutkan perasaan tanpa sedar aku menganiya orang lain. Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini..

Syika masih lagi berdiri di muka pintu biliknya, cuba tenangkan dirinya yang sedang dilanda amarah. Akhirnya airmatanya yang jatuh, menghilangkan segala amarahnya sebentar tadi. Tidak sanggup dia mendengar segala yang diceritakan oleh Quya sebentar tadi. Pada sangkaannya, Quya hanya sekadar mereka-reka cerita untuk menghancurkan hubungannya bersama Jiha tapi kepercayaannya mula muncul sedikit demi sedikit apabila Quya mula menunjukkan bukti. Kepalanya mula mengimbau kembali kenangan dulu yang dia tidak pernah sangka ada kesilapan dalam setiap kejadian. Kenapa dia tidak pernah sedar akan semua itu? Ah! Dia terlalu sayangkan Jiha sehinggakan keburukan Jiha dipandang sepi.

"Jiha, untuk pengetahuan kau. Asrul pun ada jugak masa tu",


**

"kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Asrul apabila sesusuk tubuh berdiri di sebelahnya. Dia berpaling sebentar, memandang adiknya yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka. Aku mendiamkan diri sambil menarik nafas panjang. Sukar untuk aku luahkan rasa hati. Aku sendiri tidak tahu kenapa saat ini aku mencari kelibat Asrul untuk tenangkan keadaan. Bukan. Untuk tenangkan diri aku sendiri. Benarkah aku sudah mula menerima kehadirannya?

"saya.....", aku menundukkan kepala. Terasa berat untuk berkata. Asrul memandang. Dia cuba menahan rasa marah yang sudah bercampur-baur dengan kecewa. Ah! bagaimana dia ingin mengawal perasaan ini tatkala orang yang dia dambakan sedang berperang dengan diri sendiri. Perlukah dia membantu? Membantu membetulkan keadaan yang telah dilakukan gadis ini. Mampukah dia? Dia menggelengkan kepalanya, cuba menidakkan perasaannya tatkala itu. Dia perlu kuatkan diri. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

"saya dah buat salah dan saya tak tahu nak buat apa. Tolong saya", aku mengangkat wajah memandangnya sayu. Pantas Asrul melarikan pandangannya. Dia perlu tegas.

"awak dah salah pilih orang untuk membantu awak", dahi ku berkerut. Tidak faham dengan apa yang cuba dikatakan oleh Asrul.

"maksud awak?" pelbagai persoalan mula menyesakkan kembali ruangan fikiran ku. Asrul menarik nafas panjang. Dia tidak tahu bagaimana penerimaan gadis dihadapannya ini apabila mengetahui hal sebenarnya.

"bukan Syika seorang je yang Quya nak jumpa....saya pun dia nak jumpa", aku tersentap. Maknanya Asrul juga ada ketika pertemuan tersebut. Aku terdiam. Apa yang cuba Quya lakukan? hebohkan segalanya kepada semua orang? Sekarang ini siapa yang perlu disalahkan, aku atau Quya? Dia cuba mengaibkan aku. Prasangka buruk mula menguasai fikiran ku.

"jadi awak dah ubah fikiran la sekarang ni?" kata ku sambil suara di tinggikan sedikit. Asrul memandang.

"apa maksud awak? ubah apa?" soal Asrul kembali. Dia cuba bertenang dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"selama ini awak memang ada perasaan dengan Quya kan?" Dahi Asrul berkerut. Apa kena-mengena soal perasaannya dan dengan apa yang telah aku lakukan. Kemarahan cuba menguasai dirinya.

"soal benda ni takde kena-mengena dengan perasaan saya terhadap awak. Awak nak tahu apa yang Quya cerita kat saya. Dia cakap.....",

"cukup!!" serta-merta aku menutup telinga. Tidak mahu mendengar perkataan selanjutnya.

"cukup", kata ku lemah. Airmata mula mengalir. Ya, aku tidak kuat untuk menghadapi segalanya. Bak kata orang, berani buat beranilah tanggung tapi aku? Tanpa kata aku melangkah pergi. Asrul terkebil-kebil ditinggalkan keseorang di situ. Salahkah dia yang cuba menyalahi aku bertubi-tubi? Dia bukan hendak menyalahkan tapi sekurang-kurangnya kata2 maaf itu diperlukan. Ya,hanya perlu memohon maaf. Itu saja.



~BERSAMBUNG~