Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, January 16, 2013

doa untuk sahabat (Bab 8)

Views
*****

Pranggggggg!!

Syika yang berada di bilik sebelah bergegas memasuki bilik aku pabila mendengar bunyi itu. Risau juga dia jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini tetapi langkahnya yang sedang laju tiba-tiba terhenti di muka pintu. Dahinya berkerut melihat telefon bimbit ku berkecai. Dia makin hairan apabila melihat aku hanya kaku membisu. Apa dah jadi? Perlahan-lahan Syika menghampiri aku. Disentuhnya perlahan bahu ku. Dapat dia rasakan badan aku yang seakan menggelatar ketakutan.

"Jiha", panggil Syika lembut tapi sapaan itu amat mengejutkan aku. Terkebil-kebil aku melihat Syika yang sudah berada di dalam bilik. Aku pantas mengutip kembali telefon bimbit yang sudah berkecai dan duduk di birai katil.

"kau okey?", soalan Syika itu ku biarkan sepi. Melihat kelakuan aku sebegitu rupa menambahkan resah di hati Syika. Siapa yang telefon dia tadi dan apakah berita yang disampaikan? Bermacam persoalan muncul di benak Syika. Ingin bertanya lagi pasti tiada jawapan akan di sahut jadi dia berlalu tanpa kata. Memberikan aku ruang untuk tenangkan hati.



**

"morning!", Syika memandang ku tanpa kelip.

"oi kau ni kenapa, pagi-pagi lagi dah nak mengelamun. Cepat la duduk, susah-susah aku buat breakfast pagi ni tau", aku tersenyum lebar tapi disambut hambar oleh Syika.

"semalam kau macam tak okey. Tiba-tiba pagi ni happy lain macam plak, kau jangan buat main-main tau,risau aku dibuatnya", aku hanya tersenyum sambil menarik tangan Syika ke meja makan.

"sorry la, semalam aku moody sikit", jawab ku sambil menghulurkan Syika sepinggan nasi goreng. Syika menyambut tapi hatinya masih belum puas dengan jawapan yang aku berikan.

"moody apa sampai handphone kau berkecai?", tatkala itu suapan ku terhenti. Aku menarik nafas panjang, cuba menahan gelisah ku yang berpanjangan sejak semalam lagi.

"kadang-kadang tak semua benda aku boleh cerita kat kau. Ini hal personal aku", kening ku ternaik apabila melihat Syika ketawa. Apa yang lawaknya?

"owh personal kau. Boleh tak kalau kau bercakap jangan selitkan dengan penipuan, tak jadi la weh. Aku kenal kau dari kecil lagi tau dan aku tahu perangai kau macam mana. Sejak bila plak kau pandai nak berahsia dengan aku ni?", aku terdiam, tidak tahu jawapan apa yang perlu aku berikan. Akhirnya Syika mengeluh kecil.

"okey la, macam ni jela. Aku tak suka tengok kau susah hati dan aku tak nak la paksa kau cerita masalah kau tu tapi satu je yang aku mintak, kalau kau ada masalah dan kau tak boleh nak tanggung sorang2..cerita kat aku. Aku sedia mendengarnya", kata-kata Syika itu amat meruntun hati aku.Perlukah aku berterus-terang dengan Syika dengan apa yang aku lakukan selama ini? Sanggupkah dia memaafi aku jika dia tahu perkara yang sebenar? Terlalu takut aku untuk menghadapi saat itu. Saat yang akan membongkarkan segalanya. Maafkan aku Syika.



**

Nafas Qila turun naik. Tidak dapat dia mengawal kemarahannya yang sudah hampir ke kemuncaknya. Digenggam jari jemarinya. Sentuhan lembut di bahunya membuatkan dia berpaling.

"bersabarlah. Sabar itu separuh dari iman", kata-kata Puan Hajar membuatkan airmata mengalir. menyesal dengan apa yang telah terjadi.

"mak, maafkan Qila. Qila tak tahu apa-apa", Puan Hajar mengusap lembut kepala anaknya. Airmatanya turut mengalir.

"mak maafkan. Mak tahu Qila tak tahu apa-apa pun dan mak tak salahkan Qila. Mak tahu, Qila nak bantu kan?", Qila hanya mengangguk, mengiyakan apa yang dikatakan oleh emaknya itu. Risau dengan kebaikan yang cuba diberikan dimusnahkan oleh orang yang tidak sepatutnya. Dia bersyukur, perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

"kenapa mak tak ceritakan semua ni pada Qila kan senang, tak perlu la mak bersusah payah macam ni", Puan Hajar hanya tersenyum. Tiada niat dia untuk menyembunyikan hal yang sebenar dari anaknya itu. Dia risau jika anaknya menyimpan dendam yang tidak berkesudahan yang mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

"apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kita tunggu dan lihat saja", senyuman hambar di ukirkan, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan tetapi dia bersyukur, emaknya telah pun memaafkannya.


~BERSAMBUNG~

doa untuk sahabat (Bab 7)

Views
*****

"kau ok?" aku yang tengah mengelamun agak terkejut dengan sapaan Syika itu. Aku hanya mengangguk.

"kau masih fikir pasal apa yang diceritakan Asrul hari tu?" aku memandang Syika dan pastinya Syika dapat jawapannya tanpa perlu aku membuka mulut.

"pelik kan", tiba-tiba aku bersuara setelah lama mendiamkan diri. Angin malam memasuki tingkap dan menyapa lembut. Syika yang baru saja ingin menutup tingkap terhenti. Akhirnya dibiarkan saja tingkap itu terbuka. perlahan-lahan dia menghampiri aku yang sedang duduk di katil.

"apa maksud kau dengan pelik tu?" soal Syika ingin tahu apa yang bermain di fikiran ku saat itu.

"kenapa Quya buat macam tu? dia tak nak aku dekat dengan Asrul ke?" Syika hanya mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan. Dia teringat tentang cerita Asrul beberapa hari yang lepas. Dari cerita Asrul, Quya pergi menemuinya lalu menyatakan bahawa Jiha tidak mahu diganggu dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun terhadap lelaki itu. Jika benar apa yang diceritakan oleh Asrul itu, apa niat Quya sebenarnya? Ya, dia pun hairan.

"oiii aku tengah tanya kau ni, termenung plak dia", kali ini dia plak terkejut dengan sergahan aku itu.

"bukan termenung tapi tengah fikir", jawab Syika sambil tersengih, cuba menutup kesalahannya tadi yang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang aku sedang bicarakan.

"Hm yela tu. dah la, kau pergi tidur. esok aku nak melawat Quya", dahi Syika berkerut.

"kau masih nak melawat dia ke?" aku yang baru saja merebahkan badan di atas katil hanya mendiamkan diri.

"ikut kau la tapi kalau aku kat tempat kau, aku tak akan melawat dia dah lepas apa yang dia buat kat kau", kata Syika sambil berlalu.

"besar mana pun kesalahan dia, dia tetap kawan aku", langkah Syika terhenti. Dia berpaling. Aku hanya membatukan diri membelakangi Syika. Kedengaran keluhan kecil lalu pintu di tutup. Aku tahu, Syika agak kecewa dengan keputusan yang aku ambil tapi Quya tetap sahabat ku. Perlukah aku berlaku kejam? Bukan hak aku untuk memberi pembalasan tehadapnya. Moga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya, amin.




"akak!" laungan seseorang menghentikan langkah ku. Aku berpaling ingin tahu siapakah gerangan yang memanggil ku.

"akak tak boleh tengok kak Quya hari ni", kata Qila sambil tercungap-cungap menahan penat akibatnya mengejar ku sebentar tadi.

"kenapa?" soal ku ingin tahu.

"malam ni tiba-tiba plak mak nak jaga akak Quya jadi tak boleh la akak melawat dia malam ni. kalau mak tahu mesti dia marah", kecewa. Itu saja mampu aku rasa waktu itu.

"tak boleh ke akak jumpa dia kejap sebelum mak Qila sampai?" soal ku. Qila menjadi serba tak kena. Jika maknya ternampak perbutannya, pasti akan dimarahi.

"maafkan Qila, kali ni memang tak boleh. Qila tak sanggup nak tanggung risiko kalau mak nampak nanti", jelas Qila agar aku faham dengan situasinya saat itu. Aku mengeluh kecil dan mengangguk tanda faham.

"takpe la. kalau ada masa yang akak boleh melawat dia, Qila bagitahu akak yer", Qila hanya mengangguk pantas sambil tersenyum. Lega bila aku memahami keadaannya. Malam itu aku melangkah lemah keluar dari hospital dan juga ada sepasang mata turut mengekori langkah ku tanpa aku sedari.



~BERSAMBUNG~

Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Akhir Tahun Universiti (SKTU) 2012 UTHM

Views

Assalammualaikum semua dan selamat pagi..

Hari ni pagi2 lagi ada pasal sasaran kerja tahunan antara universiti. Aku bukannya dengar sangat pun sebab tak berapa nak faham sangat pasal kaedah IPT ni tapi kita hentam jela kan. Kisahnya pasal prestasi universiti pada tahun 2012 dan Alhamdulillah,semuanya baik2 saja walaupun tak berapa nak puas hati sangat la kan. Cewahh macam tahu je kan, padahal tak tahu apa benda pun..huahua!

Apa2 pun elok jugak, stok buku pun baru je nak masuk jadi kerja tak banyak sangat. Ok la kan,lepas ni tak menang tangan la nak handle buku kan. Oh lupa plak nak bagitahu, sekarang ni aku dalam proses induksi dalaman. Walaupun dalam masa yang singkat, boleh la aku faham skit2 pasal tugasan bahagian lain. Lebih2 lagi perolehan kan sebab dulu pernah jugak la tengok order tu kan walaupun dulu aku handle pasal surat je kan tapi boleh nampak la flownya macam mana kan.

Harap2 semuanya berjalan dengan la kan. Bulan 3 pun dah makin dekat dan makin mendebarkan aku. InsyaAllah, moga aku jadi tetap tanpa ada sebarang masalah pun. Amin...









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.