Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, December 10, 2012

Bila munculnya bola

Views

Assalammualaikum semua..

Selamat pagi..

Sekali lagi isnin muncul lagi dan aku tahu masing2 tengah layan mood mengantokkan lebih2 lagi malam tadi ada dua game ya melibatkan malaysia vs thailand dan man. city vs man. united. Serius, excited giler tengok bola semalam. Nasib la ada member yang boleh temankan. Actually, dia yang excited sebenarnya.

Pada perlawanan kali ni aku rasa dah cukup baik tapi ada jugak yang longgar. Peluang ada tapi tak dapat disudahkan dengan baik. Aku just pelik kenapa badrol tak dapat bola langsung semalam. Aku ingatkan aku sorang je yang perasan, rupanya admin hijau kuning pun perasan. Mungkin pada mereka, badrol dah takde sengat lebih2 lagi gaya dia sebagai hero bagaikan dah ditutup sepenuhnya. Rasa sedih sangat bila dia dikeluarkan. Dia dapat bola pun masa bola tu dalam keadaan "nyawa2 ikan" je. Sedih!

Apa2 pun goodluck pada pasukan harimau malaya kita. Mereka perlu usaha lebih keras lagi jika mahu melangkah ke final. Bukan senang untuk bermain di tempat lawan sebab sokongan mereka lebih padu. Jadikan pengalaman bertemu dengan indonesia sebagai semangat untuk mereka terus berjuang. Kalau dengan indonesia kita boleh menang, takkan la dengan thailand kita nak mengaku kalah..bersemangatlah harimau ku!

p/s: selamanya harimau malaya!

Tuesday, December 4, 2012

Bila mula rindukan pena

Views

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah, tadi aku balik rumah dalam keadaan basah kuyup tapi tetap bersyukur kerana hujan masih lagi turun dengan izin-Nya. Moga hujan kali ni membawa manfaat untuk kita semua.

Sekarang ni aku macam dah aktif skit menghapdetkan aku punya blog ni. Yela, semenjak aku boleh update guna handphone ni cepat je jari aku taip padahal idea nak cerita apa pun tak tahu. Bila dah seronok taip rindu plak aku kat pen dan buku yang memang sentiasa dengan aku. Buku yang penuh dengan karangan aku. Aku kalau nak mengarang lebih suka buat draf dengan menulis lepas tu baru taip sebab dengan cara tu lebih mudah aku dapat jalan ceritanya.

Teringat waktu aku tengah aktif dengan fikrahislam dulu, ada satu cerita yang aku tulis yang bertajuk "keberanian si pena". Cerita tu tak la best mana pun tapi macam menusuk jiwa aku je kan. Susah sebenarnya nak gambarkan situasi berperang tu sampai aku kena tengok video semasa orang islam kena tindas dulu tapi cerita aku tak la tahap mendalam sangat, sekadar cerpen.

Aku pun dah start mengarang balik. Aku tak mampu nak tolong sedarkan orang kat luar sana tapi mungkin tangan aku dapat membantu walau sedikit. Kalau ini je caranya, InsyaAllah aku akan terus menulis. Tak kisah la ada orang nak baca ataupun tak, yang penting niat aku. InsyaAllah, kalau cerpen tu dapat disiapkan esok aku akan terus publish je.

p/s : gambar kat bawah ni cerpen yang aku tulis start dari komuniti iluvislam sampai la kat fikrahislam. Ada 16buah cerpen semuanya. Andai masa dapat diulang kembali...

Bila kerja dgn semangat..yke?

Views

Assalammualaikum semua..

Selamat malam. Makan apa je malam ni? Aku? Hm disebabkan aku masih bujang dan single mingle, meggi jela yang boleh jadi santapan aku malam ni. Kesiankan? Poyo!

Hari ni punya la semangat datang kerja, konon nak buat kerja la kan tapi setakat sampai pukul11 je kalau tak silap aku la kan. Komputer ada problem so siapa yang buat kerja tu (kononnya la kan) dah start kecewa sebab tak boleh nk buat kerja. Memang sedih!

Kalau takat 2,3 jam tu mungkin okey la...........actually sampai pukul5. Yup, boleh dikatakan bosan tahap gaban. Lebih2 lagi bila handphone aku menjerit2 minta di"charge"kan. Last2 terus lup je handphone aku tu dan aku......tambah bosan!!

p/s : Hari yang paling gembira dalam kesedihan. Lawak betul la..