Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, November 20, 2012

Sakit!

Views

Assalammualaikum semua..

Selamat malam diucapkan..

Sekarang ni aku dah jarang online kat lappy aku yang sangat comel tu sebab sekarang ni aku update semuanya guna handphone je. Hebat? Takde maknanya la kan. Aku lebih puas guna lappy sebab permandangannya luas. Kalau kat handphone ni kecik, tak puas langsung.

Apa2 pun tu bukan kisah yang aku nak ceritakan. Sakit? Yup, aku sakit sangat hari ni. Sakit apa? Sakit belakang sebab lepas aku masuk kerja selepas cuti seminggu, memang kerja banyak sangat sampaikan meja aku dah tak nampak rupa meja dah. Semuanya dikelilingi dengan buku. Adehhh...

Ditambah dengan kerajinan aku basuh baju so bertambah la sakit belakang aku ni. Yela, rumah sewa aku takde mesin basuh kan jadi terpaksa la gunakan tulang empat kerat aku ni. Nama pun rumah sewa kan, bukannya semua ada.

Aku tahu sekarang ni saudara2 aku semuanya sedang menangis dan bertungkus-lumus dalam peperangan yang amat dasyat. Ya Allah, tabahkanlah mereka dan kuatkan semangat mereka. Kalau nak dibandingkan dengan sakit aku ni apa la sangatkan, aku tahu dorang lebih sakit dan lebih teruk dari apa yang aku alami sekarang. Aku tahu, Allah dah tetapkan pembalasan mereka satu hari nant iaitu di akhirat sana. Moga ianya memberi iktibar untuk kita yang sedang seronok diulit keamanan. Jangan terkejut kalau satu hari munculnya gunting di dalam selimut. Eh betul ke peribahasa aku tu?

Akhir kata dari aku, jangan simpan gunting dalam selimut..huhu!

P/s : hari ni aku ada mendapat suatu khabar yang amat mendebarkan..  ^_^

Tuesday, November 13, 2012

Deepavali

Views

Selamat tengahari semua. Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini.

Hari ini hari gembira untuk semua kaum yang beragama hindu dan yang pastinya orang yang tergolong dalam group aku pun tumpang gembira jugak sebab boleh join cuti..haha..jangan salah faham yer.

Baru2 ni aku ada terbaca tentang perkongsian maklumat para sahabat aku kat facebook pasal ucapan untuk perayaan agama lain tapi aku pun tak boleh nak bagi pendapat sebab aku tak baca pun info tu. Aku hanya terbaca status sham kamikaze pasal hal ni dan aku rasa ada salah faham terjadi antara dia dengan para pengomen. Apa yang aku ingat dia ada sebut pasal "salam" dan dia ada sebut nama UAI. Aku harap salah faham tu dah dileraikan.

Aku pun tak berapa tahu hukum2 ni dan pada sesiapa yang tak tahu atau nak tahu lebih baik korang tanya pada yang pakar. Kita boleh baca benda yang orang lain share tapi jangan terlalu percaya hanya dengan satu sumber sebab lama2 ianya akan jadi satu fitnah tanpa kita sedari.

P/s : berhati2 dalam mengutarakan pendapat dan buah fikiran, takut nanti sebab mulut badan binasa.

Thursday, November 8, 2012

cuti yang ditunggu!

Views
  
Selamat Petang Semua!
..Alhamdulillah..
Beberapa hari ni terasa penat sangat. Kerja pun dah start banyak tapi aku tak kisah, dah biasa. Aku rasa dulu lagi terok aku buat kerja. Dulu boleh la tak puas hati sebab gaji tak berbaloi dengan apa yang kita buat. Bukan nak merungut atau tak bersyukur tapi mungkin disebabkan keadaan sekeliling membuatkan aku berperasaan macam tu. Takpe la, abaikan jela. Lagi pun semua tu pengalaman kan. Mana ada orang hidup terus senang, erm melainkan kau anak orang kaya..huhu!