Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, October 6, 2012

Syukur

Views
    



Selamat Petang Semua!!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Hari ni hari sabtu dan hari yang paling membosankan aku..arghhh!! Ala macam la aku tak pernah bosan macam ni kan..hehe..selalu kot sampaikan aku pun dah naik biasa kalau bosan2 ni,takde hal la kan..(belagak la plak). Aku tak sabar nak balik raya haji ni je..hukhuk!!

Kerja? buat masa sekarang okey je mungkin pening skit pasal sistem sebab banyak step, takut tersalah buat je. Yela, dulu aku bukannya releasekan buku. Takat cop dan index tu boleh la kan. Takpe, pengalaman dan kemahiran tu penting..huhu! Hari jumaat ni nak kena pergi bengkel, benda tu mengingatkan aku tentang team building yang pergi dulu. Hurm rindu jugak la kan. Best sangat masa pergi tu, kebetulan plak masa tu aku baru je masuk kerja. Pergi lawatan ke dua library iaitu Bernama dengan International Medical Univercity, banyak kenangan tapi aku tahu hakikatnya yang aku akan berhenti jugak kerja kat situ. Memang itu yang aku nak walaupun berat hati.

Apa2 pun keputusan telah pun dibuat dan aku dah selamat kerja kat sini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah dan aku tak akan sia2kan peluang yang datang. Aku pun dah hampi sebulan kat sini dan Alhamdulillah takde masalah lagi la kan (kot2 la menangis nak balik..haha). Harap keadaan macam ni berjalan dengan lancar InsyaAllah...

p/s : ramai plak suh aku cari calon orang johor..hurm?? tengok keadaan la..hahahaha!!

Tuesday, September 18, 2012

First Day.....

Views
         



 
Selamat Malam Semua!
 
Alhamdulillah, hari ni firstday aku berkhidmat kat universiti tun hussien onn (UTHM) dan semuanya berjalan dengan lancar. Rumah sewa pun aku dah dapat walaupun aku terpaksa menapak kat 'hall' dulu. Ala aku tak kisah sangat la asalkan ada rumah,  itu pun dah cukup bersyukur dah.

Sunday, September 9, 2012

Debaran

Views
 


Selamat Malam Semua!

Berdentam-dentum nyanyian kat rumah YB depan rumah aku ni. Terlupa plak malam ni dia buat open house kat rumah dia. Hm masih dalam mood raya diaorang ni..hehe..

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di kampung halaman. Debaran tu aku masih belum boleh hilangkan, mungkin sebab akan melalui proses penilaian dulu. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar la kan. Seminggu ni kena bekerja keras sikit la, nak settlekan pasal medical checkup pastu pasal rumah lagi. Dah la jauh, susah jugak tu. Takpe, usaha tu penting. Dah dapat takkan la nak biarkan macam tu je kan, kena tambahkan usaha tu lagi. Bukan senang aku nak dapat semua ini.

Pasal benda lain aku tak risau sangat, yang aku risaukan pasal rumah tu jela. Kalau takde rumah memang susah. Perancangan pun dah buat baik punya dan harap2 takde la perancangan tu terpesong last2 minit plak.makin kelam kabut plak aku nanti..hehe

Aku lapor diri 18hb nanti, mungkin akan bertolak dalam 16hb kot. Hm macam2 perasaan ada. Biasa la kan, first time nak mengadap kursus induksi ni kan..hahaha..betul2 jakun..huhu

p/s : doakan yang terbaik untuk aku..^_^