Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, March 28, 2012

Kejutan?

Views


Selamat Malam Semua!!

Actually tadi aku hampir sakit jantung sebab dapat mesej yang tidak disangka dari seseorang yang tidak aku kenali tapi dia adalah orang penting dalam hidup seorang sahabat yang aku kenali dari sekolah rendah lagi. Memang dulu aku pernah main mesej2 kat FB dengan dia sebab niat aku nak bagitahu dia betapa kecewanya aku dengan perbuatan dia. Aku macam tak caya je dengan apa yang dia buat sehinggalah dia masuk bab perasaan dia terhadap aku. First2 tu aku saja main2 je, kononnya aku tunjuk la yang aku ni kecewa sangat padahal tak pun..hehe..last2 benda tu memakan diri aku sendiri..

Rupanya tadi, isteri dia bagi mesej kat aku. Memang aku terkejut sangat. Benda aku tak sangka telah pun jadi. Nasib la dia tak serang aku ataupun maki2. Aku pun naik risau dan rasa bersalah

Tuesday, March 27, 2012

Something wrong somewhere..??

Views
  

Selamat Petang Semua!!

Dah balik kerja ke? Mesti semua pakat2 dah balik pastu relax depan tv sambil tonton cerita drama yang tak pernah aku ikuti pun. Dunia drama semua tu dah jauh dari hidup aku. Sekarang ni cuma aku dan labtop. Ntah kenapa aku lebih suka bercerita secara menulis berbanding bercakap. Walhal, dulu ummi aku cakap mulut aku la paling becok sekali. Dah la cakap pelat kan..hehe..Ya, masa telah mengubahnya. Seorang yang banyak mulut terus jadi pendiam. Nak salahkan siapa?

Dulu habis je sekolah menengah, aku dah berjanji pada diri sendiri yang aku tak nak bangkitkan nama "yan". Sejak masuk kolej aku tukar nama "azie". Actually ramai kawan sekolah aku tanya, kenapa tukar nama. Padahal nama "yan" tu family aku dah sinonim dengan nama tu. Niat aku tukar nama sebab aku tak nak ingat benda lama (kisah lalu). Biar jela kawan2 sekolah aku je guna tu nama tu. Saat tu aku nak mulakan hidup baru dengan segala2nya baru tapi sekarang ni nama "yan" tu dah muncul balik bila terciptanya FB.

Saturday, March 24, 2012

Kita kata orang, kita?

Views
 

Selamat Malam Semua!!

Sekarang ni aku banyak jadi silent reader kat FB. Aku ada la keluarkan status kat wall aku tapi benda tak la penting sangat kan. Saja, nak lepaskan bosan je..hehe

Yup, ramai di kalangan sahabat2 aku yang banyak luahkan perasaan. Tak kisah la, marah ke sedih ke. Boleh dikatakan semua la kan. Aku pun kadang2 ada gak buat status macam tu, biasa la kan..hehe

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku ni luahkan perasaan tak puas hati dia kat aku, dia kata dia menyampah tengok status kawan dia yang kadang2 saja buat2 baik tapi bila naik angin,