Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, March 22, 2012

berbuat baik pada orang/jiran

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Mesti sekarang ni semuanya tengah khusyuk membaca yassin kan? habis kalau semua baca yassin, yang aku ni buat apa? Err aku...aku...hmmmmmm...

Kenapa kita kena buat baik pada orang? Ingat, bukan amal ibadat je kita akan jadikan bekalan tetapi hubungan silaturahim antara manusia/jiran juga salah satu penyumbang kita untuk masuk ke syurga.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

Tuesday, March 20, 2012

Kecewa?

Views
 


Selamat malam semua!!

Alhamdulillah sangat sebab kita masih lagi boleh bernafas di bumi Allah ini. Masih dapat melakukan kerja rutin dan harian kita dan aku adalah salah seorang dari mereka-mereka itu.

Untuk entry kali ni aku betul2 takde idea nak cerita apa tapi ada satu cerita yang menarik perhatian aku dan sebenarnya benda ni dah lama aku fikirkan. Sewaktu dulu aku pernah pandang serius terhadap bidang penulisan yang aku ceburu sekarang ni tetapi memandang lebih ramai silent reader yang suka membaca membuatkan aku sedikit kecewa sebenarnya.

Thursday, March 15, 2012

Minggu Demam

Views
 


Selamat Malam Semua!!

Sekarang ni cuaca tak menentukan. Kejap panas, kejap hujan. Baru2 ni pun banyak kawasan sudah dinaiki air (banjir). Rumah kawan aku ada yang kena. Kesian jugak bila dengar dia cerita, Yela banjir lumpur. Bukan senang nak bersihkan rumah. Lebih2 lagi ayah dia sakit, nasib la ada rumah sedara yang terdekat. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Minggu ni memang minggu demam untuk aku. Start hari isnin aku dah demam tapi lepas tu ok dah. Tiba2 aku demam lagi hari ni. Hurm sabo jela kan. Dah la demam time interview, nasib la leh cover lagi muka yang tengah tak larat ni tapi demam aku kali ni teruk skit dari hari tu. Selsema+sakit tekak. Lemah anggota badan. Esok tak tahu la leh pergi kerja ke tak ni...

p/s : sedih dengan pemergian adik Nadhirah. Apa la salah budak tu agaknye yer. Dendam punye pasal sampai nyawa orang pun tak diendahkan..hurm..Al-Fatihah..