Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, February 26, 2013

Mencuba itu perlu..

Views
  





Selamat petang aku ucapkan. Petang2 macam ni mata itu sentiasa mencabar kesabaran seseorang yang mudah di ulit rasa mengantuk. Bak kata orang, kat sini je yang 'over' mengantuk tapi sampai je rumah, cerah je mata.

Sekarang ni aku dalam dilemma dalam membuat keputusan. Keputusan yang akan membuatkan aku menyesal ataupun sebaliknya. Aku sendiri tidak tahu. Ya, kita sebagai manusia tidak dapat nak meramal apa yang akan jadi pada masa hadapan. Kadang2 kita berusaha melalui jalan berliku padahal jalan yang mudah sudah pun terbentang di hadapan mata. Kenapa? Kenapa perlu bersusah payah melaluinya padahal kita sudah pun sedia maklum akan kesukaran jalan tersebut? Mencuba. Ya, kita perlu mencuba walaupun bermacam-macam perkara yang muncul saat itu.

 
Sebenarnya, perkataan "MENCUBA" itu sudah cukup menakutkan bagi sesiapa yang mendengarkannya. Adakah jika dicubanya akan mendatangkan kebaikkan ataupun sebaliknya? itulah persoalan yang sering muncul tatkala keputusan ingin dibuat. Adakah orang yang jiwanya kental saja yang berani melakukan perkara sebegitu? Kenapa perlunya mencuba? Pengalaman. Ya, pengalaman itu yang mengajar kita akan susah senang tentang kehidupan ini supaya kita lebih menghargai kehidupan ketika masih lagi bernafas. Tapi ingin aku ingatkan di sini, janganlah terlalu mencuba sehingga terlupa akan perkara akhirat sehingga membuatkan kita terlalu tamak dalam kehidupan dunia.

Mencuba dalam sesuatu perkara yang mungkin membantu kita di masa hadapan. Bukan mencuba semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Ingin menunjuk kepada orang lain yang kita sedang ke arah yang lebih baik/ taraf yang lebih tinggi. Jangan sesekali lakukan perkara seperti itu kerana permulaan yang dilakukan dengan penuh riak pasti berakhir dengan sesuatu yang mengecewakan. Lakukanlah dengan ikhlas pasti Allah akan permudahkan segalanya walaupun jalan yang kita lalui adalah sukar, InsyaAllah. Berdoa, usaha dan tawakal.

p/s : InsyaAllah, saat ni memang sukar aku nak buat keputusan tapi aku harap, pabila keputusan diutarakan nanti. Biarlah ianya membawa kebaikkan bukan hanya pada aku tapi juga pada semua orang. Doakan aku.



No comments: