Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, February 25, 2013

Hukuman yang tidak disedari

Views
   







"Nanti kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui. (Al-Qalam: 44)"





Pemberian  nikmat kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Rupa-rupanya nikmat itu adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Istidraj ialah 'hukuman' yang diberikan sedikit demi sedikit. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan azabnya. Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba yang selalu buat derhaka, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.

~Nasihat aku pada para sahabat sekelian, tidak kira dimana anda berada semua. Haruslah anda sentiasa beringat ketika menerima nikmat dari-Nya kerana pada setiap nikmat-Nya pasti ada sebabnya. Mungkin untuk membalas segala usaha kita ataupun membalas dosa yang telah kita buat. Jangan terlalu gembira dengan nikmat yang kita terima sebab itu setiap kali kita menerima nikmat dari-Nya hendaklah kita mensyukurinya agar kita sentiasa ingat dari mana datangnya nikmat itu. Kalau kita makin lupa dengan apa yang diberi pastinya Allah ingin membinasakannya secara perlahan-lahan tanpa mereka sedari.


p/s : marilah kita bersyukur........

No comments: