Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, June 27, 2012

gembira+sedih

Views
 

Selamat Malam Semua!

Pasti semua tengah beristirehat bersama keluarga sambil makan dan menonton rancangan yang disukai. 22ju2012 hari tu adalah hari yang amat bermakna buat aku bila kali pertama berkerjasama dengan para junior masa kat sekolah dulu. Kitaorang pun bukanlah rapat sangat dan aku hampir lupa dengan geng2 junior. Bukan sengaja tapi rasanya dah lama sangat aku tinggalkan sekolah tu. Alhamdulillah, ada cikgu yang masih ingat dan ada juga yang tak ingat. Takpe, bukan masalah besar bagi aku sebab murid sekolah tu bukannya sorang dua orang je..hehe..apa2 pun aku happy sangat sebab dapat berkhidmat kat sekolah tu lagi.

Saturday, June 16, 2012

Berita Gembira

Views
 



Selamat Pagi Semua!!




Tengah2 aku busy nak kemas bilik sambil mengadap lappy aku yang comel ni, korang baca la kejap iklan kat atas ni. Haa kalau dah baca  tu apa lagi, korang pergi la set alarm korang tu pada tarikh yang dipaparkan tu. Datang tau, jangan tak datang..hehe

Alhamdulillah, segala penat lelah semua orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan berakhir tak lama lagi. Dalam situasi ni jugak ada scene kelam-kabut tu tapi harap2 dapat la diselesaikan secepat mungkin. Aku salah seorang AJK ni pun berdebar dan kecut perut jugak la kan, lebih2 lagi ni event pertama kali yang aku buat dengan kerjasama pihak sekolah.

So siapa yang ada kat area kedah ataupun area pendang, tanah merah, tokai, tobiar, kubur panjang..pakat2 mai tengok ceramah yang kami lancarkan ni. Kalau berjaya InsyaAllah pasti ceramah sebegini akan di langsungkan sekali lagi. Mana nak tahu kan rezeki......

Akhir kata dari aku, kalau korang boleh penuhkan tempat bila artis buat konsert apa salahnya kalau korang penuhkan tempat untuk ceramah ni.Lebih2 lagi majlis ilmu macam ni, rugi kalau korang tak pergi. Ilmu itu sentiasa la kita walau dimana pun kita ada....

p/s : Ingatkan jadi la IM Asyraf join ceramah ni tapi tak boleh la plak..mungkin bukan rezeki aku kot..hehe

Wednesday, June 13, 2012

Kecik Hati

Views
  

Selamat Petang Semua!!

Bulan ni boleh dikatakan hari "kecik hati" aku..hehe..mana dapat pun aku tak tahu. Banyak benda jadi bulan ni dan dalam banyak2 kejadian tu membuatkan aku ni kecik hati la sikit, takde la banyak sangat kan. Entah kenapa bulan ni aku jadi sensitf lain macam la plak..hehe..apa2 pun aku still happy!

Elok ke kecik hati ni? kalau ikutkan keadaan (memandangkan kita ni manusia yang punya perasaan), tak salah kalau kita nak kecik hati ni tapi kenalah berpada-pada. kenapa plak? Yela, kadang2 kita kecik hati ni juga boleh membawa pergaduhan, dendam, hasad dengki dan macam2 lagi perasaan yang negatif. Jadi lebih elok kalau kita elakkan dari kecik hati ni. (eh bukan ke semalam aku kecik hati ke?huhu..)

Rasa tak puas hati tu sentiasa ada. Semalam bila aku dah fikir habis-habisan, aku rasa menyesal plak bila rasa macam tu. Jika seseorang buat kita berkecil hati, tak perlu rasanya kita nak merungut ataupun nak mengungkit. Jika itu yang mereka nak, terpulang la. Aku pun tak rasa nak ambil tahu sangat sebab banyak benda yang aku perlu fikirkan. Jika soal nak maafkan ni, aku takde hak nak tentukan. Biar Allah jela yang tentukan siapa yang salah dan siapa yang benar.

Jadi kalau korang kecik hati, lebih baik korang terus-terang je dengan orang tu agar orang tu lebih memahami anda. Yela, kita kan manusia tak boleh nak puaskan hati semua orang. Lain orang lain caranya, jadi kita tak boleh salahkan dia 100% sebab mungkin salah itu datangnya dari sikap kita juga. Kalau kita fikir kita tak sempurna jadi anggap la orang lain pun macam tu jugak. Adilkan?

Tuesday, June 12, 2012

Seorang Teman

Views
  


Pabila seseorang itu bergelar "teman @ sahabat", ianya menjadi sebahagian hidup seseorang yang lain selain keluarga. Teman yang sering memberi semangat tidak kira masa dan waktu. Teman yang sentiasa menemani tatkala duka ataupun gembira. Berkongsi kesusahan dan juga kesenangan serta menasihati, tegur-menegur antara satu sama lain........hurm........

Kecewa. Ya, itu saja yang boleh aku katakan buat masa sekarang ni. Aku di tinggalkan oleh seorang teman yang aku sayangi. Mungkin aku tidaklah sehebat teman yang lain tapi percayalah, keikhlasan ku tiada batasannya. Mungkin aku ni buta walaupun mata ku celik sepenuhnya. Maaf, jika aku punya kekurangan.

Melihat saja gambar di hari bahagia mu membuatkan aku tergamam sebentar. Ya, aku tiada di situ untuk berkongsi kegembiraan yang engkau rasai saat itu. Aku menahan kesedihan yang amat dalam. Kenapa sukar untuk mendapat seorang teman yang boleh aku gelarkan "sahabat baik". Mungkin memang nasib aku sejak kecil lagi yang sukar untuk mendapat teman yang sejujurnya.

Maafkanlah aku sekali lagi kerana tidak menjadi seorang sahabat yang baik jika itu yang engkau fikirkan selama ini. Halalkanlah segala apa saja yang engkau berikan pada ku dan akan aku doakan kebahagian engkau hingga ke akhir hayat mu. Terima kasih kerana pernah bergelar sahabat ku............

*siti, tahniah sebab dah bertunang. aku tahu kau lupa nak jemput aku, aku faham dan aku cuba tak kecik hati dengan kau. apa yang aku nak kau tahu, aku sayang sangat kat kau dan rindu sangat nak hangout macam dulu2 tapi aku tahu, benda tu tak akan berulang lagi. Thanks sebab dah jadi kawan yang terbaik pernah aku dapat. aku doakan kau bahagia dan happy selalu. kau cantik sangat walaupun aku tengok gambar kau dalam FB je. tahniah sekali lagi.................................................

:'(