Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, May 19, 2012

ke'busy'an ku

Views
  

Selamat Malam Semua!!

Apa khabar? harap semuanya sihat2 belaka la yer. bulan ni memang bulan busy aku. busy dengan badminton, futsal n kerja2 kat opis tu yang tak pernah nak berhenti sehinggakan aku takde masa nak luahkan idea kat atas kertas putih. aku rasa dah lama sangat aku tak menulis ni..hehe

hari berlalu tanpa menunggu walau sesaat pun. alhamdulillah, walaupun aku busy tapi aku tak akan lupa dgn niat yang telah aku tetapkan dalam hati. semua persediaan telah berjalan dengan lancarnya dan aku harap aku betul bersedia dengan perubahan itu. alhamdulillah, bersyukur sangat sebab ramaj kawan yang menyokong dengan tjndakan aku ni. aku harap, Allah sentiasa buka hati dan menguatkan iman aku. aku tak nak la berubah hanya sekerat jalan je. moga Allah buka jalan ke arah kebenaran untuk aku..:)

Monday, May 14, 2012

FikrahIslam hilang!!??

Views
  


Selamat Malam Semua!

Betul ke FikrahIslam dah takde?? Itulah perasaan aku kali pertama bila aku cuba buka laman blog FikrahIslam. Terkejut sebab laman yang dicari takde, rupanya laman tu perlu dibayar. Semua ahli dan penulis tak tahu menahu pun pasal bayar-membayar ni. Rupanya bos besar dan bos kecik yang membayarnya selama ini. Sadis betul la..hehe..Untuk pengetahuan korang, laman tu masih belum boleh dibuka lagi. Mungkin para bos belum membayarnya lagi. Sebenarnya sebulat hati juga nak tolong para bos untuk membayar kos tersebut tapi dihalang keras (takde la keras sangat kan) oleh bos kecik..hehe..

Jadi, apa dah jadi kat aku? Masih perlukah aku menulis lagi? Bertubi-tubi jugak la soalan tu berlegar di fikiran aku tapi tak sampai satu saat, aku dah dapat jawapannya. Menulis ini bukanlah suatu yang main-main untuk aku. Ianya adalah cita-cita sampingan aku untuk terus mencurahkan idea di atas kertas putih. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak berhenti menulis. Selagi terdaya, aku akan terus menulis dan aku harap setiap apa yang aku tuliskan akan memberi pelajaran yang baru untuk sesiapa saja yang membacanya.

Buat masa sekarang ni memang tulisan aku agak kurang sedikit kerana masa di habiskan dengan aktiviti yang lain jadi tiap tulisan aku banyak sangat tergantung. Susah juga nak buat sambungan bila cerita tu dah ditinggalkan begitu lama..hehe..Jadi sesiapa yang menulis, jangan la tulis sekerat jalan yer. Terus habiskan je..InsyaAllah, kalau laman tu dibuka semula aku akan pastikan ada cerita menarik yang menunggu para pembaca semua. Aku pastikan ada kelainan dalam setiap cerita aku dan yang penting korang belajarlah sesuatu yang korang boleh cari maksud tersirat dalam penulisan aku. Harap ianya bermanfaat untuk anda semua..

Jangan sesekali berhenti untuk membaca kerana sememangnya kita disuruh untuk sentiasa membaca..^_^

Saturday, May 5, 2012

member ku kawen!

Views
  


Selamat Malam Semua dan Selamat menunaikan solat maghrib.

Hari ni ingatkan nak lepak rumah je lepas tu baru teringat hari ni seorang sahabat akan melangkah ke fasa baru iaitu masuk ke alam rumahtangga. Nampak dari riak wajahnya yang gugup sangat dan takut2..hehe..sweet plak aku tengok. Dia ada mengadu, macam2 benda yang dia takut kan. Betul ke kita akan merasakan sebegitu rupa? Bila tengok orang kawen macam seronok je tapi bila sendiri nak kawen jadi takut. Hurm mungkin disebabkan tanggangujawab dah jadi makin besar. Yela, bukan senang nak jadi seorang isteri ni.

Kadang2 aku terfikir, macam mana la mak2 kita kawen dulu kan? Yela, semua perkahwinan dirancang oleh orang tua dan bukan dari pilihan sendiri pastu kawen muda2 plak tu. Macam mana dorang boleh bersedia jadi seorang isteri berbanding wanita zaman sekarang. Owh aku lupa, wanita zaman sekarang dah moden. Dah boleh cari harta sendiri tanpa memerlukan bantuan seorang lelaki. Ada sesetengah wanita yang lebih mementingkan hal ehwal dunia berbanding cari suami ni. Hurm betul ke? Bak kata sahabat aku, sehebat mana wanita tu, dia masih perlukan seorang lelaki di sisinya.Hmmm.......

Ala bosan la bab kawen ni..huhu! Apa2 pun, aku nak buat perubahan yang besar dalam hidup aku ni. Inilah masanya dan aku rasa tak elok la nak tangguh2 lagi kan, tak elok..doakan yang terbaik untuk aku..^_^

Tuesday, May 1, 2012

Luahan hati para sahabat

Views
  


Selamat Pagi Semua dan selamat menyambut HARI PEKERJA! Sempena 1Mei ni, pastinya kita akan berceritakan soal pekerjaan. Tak kisah la korang dah kerja berapa lama sekali pun dan selamat bekerja kepada sesiapa yang baru dapat kerja atau baru memulakan pekerjaan baru.

Di saat pagi2 aku membelek FB, ada post seorang sahabat yang menarik minat aku dan agak menyentuh hati aku..ini

"zarep,depa pggil aku ANJING.....keja aku mencegah jenayah,menjaga keamanan negara n menyelamatkan nyawa..hari2 aku ronda siang n malam utk kselamatan diri n harta benda depa..tp depa pggil aku ANJING..gaji aku x bnyak mana pun kalo nk dbandingkan dgn rsiko keja aku yg sentiasa terdedah pd bhya..tp depa pggil aku ANJING..kalo depa ada msalah,pas 2 depa npak aku tgh keja pkai uniform,depa akan pggil aku utk settlekan msalah depa..depa akan mntak tlog aku..x pnah aku x tlong! aku x mntak apa2 pun lepas tlog depa..ckup skadar trima ksh..tp depa pnggil aku ANJING..zarep,nnti aku ada anak,apa prasaan anak2 aku kalo bpak depa digelar ANJING...dsbbkan politik,polis jd mgsa...aku x skong mna2 parti politik pun zarep..tp dsbbkan keja,aku dpggil ANJING.. "

Inilah status sahabat aku itu yang sedang berkhidmt sebagai seorang polis di Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Aku rasa antara Kuala Lumpur dengan Pulau Pinang teramat la jauh tapi hanya kerana 1PERKATAAN, jauh pun ianya dapat menembusi hati seseorang. Sedih jugak aku baca status dia, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Kadang2 orang mengeluarkan kata2 macam tu tak fikir pun sejauh mana risiko terhadap apa yang dikeluarkan. Main cakap sesuka hati je. Biasa la, bila hati tengah marah akal fikiran pun tak boleh berfungsi dengan baik, nafsu datang bermaharajalela.

Dan ini pula status seorang sahabat yang mana kedua ibu bapanya berkhidmat sebagai polis di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman.


"BERSIH 3.0 reminds me of demonstration in 1998. Live in fear on that time. Tak putus berdoa minta ibu dan abah selamat dalam menjalankan tugas (Dataran Merdeka & Istana Negara). Mom and dad diludah, dibaling botol air, dimaki. Ya, mereka polis tapi mereka cuma menjalankan tugas. Polis tetap manusia, tetap Melayu dan Islam."



Lihatlah, ini baru dua orang je. Yang lain kita tak tahu lagi kan. Memang, ada polis yang bertindak diluar kawalan dan ada jugak polis yang membelasah peserta bersih tapi jangan la polis dikatakan "ANJING" oleh sesetengah pihak. Ingat, setiap orang ada pendiriannya masing2. Kalau korang nak libatkan diri dalam politik, silakan..tiada siapa yang akan menghalang tapi jangan campur aduk kan orang yang tidak bersalah dan tidak mahu campur dalam hal politik ni. Jika banyak orang cerdik pandai dan ulama yang menghadirkan diri mereka di perhimpunan itu pastinya mereka lebih tahu hendak membataskan perbuatan mereka, nafsu ataupun akal.

Ada satu perkara lawak yang terjadi masa perhimpunan tu bila aku ada tengok video, seorang wanita (tak pasti melayu ataupun cina) telah mengatakan sesuatu yang kurang enak dalam bahasa inggeris kepada wartawan kalau tak salah aku la kan. Yang lawaknya, lelaki itu (macam orang arab) membalasnya dengan mengunakan bahasa melayu "Saya org Islam...Saya tinggal di sini...isteri saya org Malaysia...JANGAN biadap!!!"..lepas tengok spontan je mulut aku cakap, malunyer!!!!! hahahaha..




p/s : semalam aku ada buat entry pasal kedah vs kelantan. actually ada kesilapan teknikal di situ sebab aku tersalah post entry tu. sepatutnya game tu malam ni!! adehhhhh! i'm sorry...malunyerrr!!!