Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, January 2, 2015

Bumi turut bersedih

Views
  


Selamat malam semua. Alhamdulillah, kita sudah berada di tahun baru yang penuh dengan sesak nafas, air mata, debaran, perasaan tertanya-tanya dan bla bla bla. Tahun yang baru kita tinggalkan, penuh dengan suka duka yang kita tidak pernah sangka atau jangkakan. Ya, ujian buat kita semua rakyat Malaysia terutamanya.

2014. Tahun yang suram buat kita. Permulaan tahun yang dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur-Beijing yang masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang. Disusuli pula dengan berita sedih apabila MH17 yang dalam perjalan dari Amsterdam-Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. Semua penumpang dan anak kapal maut. Puting beliung sudah sering kelihatan di kedah. Cameron Highland dilanda banjir lumpur. Banjir besar berlaku mengakibatkan kehilangan harta benda dan juga tempat tinggal terutama di kelantan, manik urai, kuala kangsar dan juga johor. Tidak lupa juga penutup tirai kita, iaitu kehilangan pesawat QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya-Singapura telah terjawab apabila pesawat itu terhempas dan semua penumpang dan anak kapal maut.

Sedih? Ya, sangat sedih bila mengenangkannya kembali. Selepas satu, satu musibah menimpa kita. Ujian buat kita. Ambil pengajaran dalam setiap ujian yang kita hadapi. Jangan pandang setiap ujian itu dengan sebelah mata sahaja. Kita yang masih hidup ini hendaklah sentiasa bersyukur. Kembali kepada paksi yang asal. Jika tergelincir, anda masih ada masa untuk memperbetulkannya kembali. Jangan menyesal dikesudahan hari.

Ucapan takziah untuk keluarga yang ditimpa musibah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga mereka tabah dalam menjalani kehidupan seterusnya. Dan sentiasalah kita panjatkan doa moga negara tercinta kita ini dijauhkan dari hasat dengki orang dan musibah yang mungkin boleh memberi padah pada negara kita. InsyaAllah...

Selamat Tahun Baru 2015. 
Moga hari-hari yang mendatang memberi makna kepada kita semua. 
Amin...

Wednesday, November 5, 2014

Kau bila lagi?

Views
  


Selamat malam semua. Apa khabar? Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik dan moga sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin. Agak lama sebenarnya aku tak menjengah dalam blog ni. Ada jugak nak update cerita tapi first2 je excited nak karang lepas tu dibiarkan bersawang kat dalam draf. Huhu. 

Kenapa tajuk aku kali ni macam lain macam je kan. Hehe. Dalam masa terdekat ni aku telah mengalami satu pengalaman yang sebenarnya pernah aku rasa sebelum ni. Biasa la, dunia penuh dengan asam garam yang tidak tentu memberikan selera yang enak terhadap pemakannya. Hm tinggi plak bahasa aku ni kan. Haha. Okey la, aku pun malas nak cerita panjang2. Dipendekkan, aku telah bertemu dengan dua orang lelaki yang hanya pandai berkata2 tanpa membuktikan apa2 pun. Pernah jadi macam tu? Mesti pernah kan? Hehe. Sebab tu sekarang ni aku susah skit nak jatuh hati dengan orang. Bukan bermakna aku jual mahal atau memilih tapi risau pisang berbuah dua kali.

Cuba korang bayangkan, korang menunggu seseorang dan akhirnya ianya tidak kemana. Hubungan yang penuh sia2. Penantian yang menyeksakan hati dan perasaan. Disebabkan aku dah kenal lama dengan dia jadi aku ikutkan permainan dia. Iye, apa yang aku dah jangkakan memang betul2 terjadi. Aku hanya mampu ketawa. Kalau aku jadi dia, dah lama aku akan tutup muka dengan baldi tapi biasa la, orang yang tak tahu malu memang macam tu. Sembang dengan aku macam tak buat salah langsung.

Monday, August 18, 2014

Topeng dunia

Views
   
 
 
 
 


Selamat pagi semua. Kita sudah sedia maklum dengan kejadian yang telah menimpa negara kita baru-baru ni. Kejadian yang meragut seluruh jiwa rakyat Malaysia. Peristiwa yang kedua terbesar selepas kejadian terhempasnya pesawat pertama MAS yang di hijack di Tanjung Kupang, Johor (Klik di sini) berpuluh tahun dahulu.

Pada tanggal 7 April 2014, Pesawat MAS MH370 memulakan penerbangan dari KL-Beijing dan tiba-tiba hilang dari radar. Tiada tanda hempasan dan proses mencari masih lagi giat dijalankan. Beribu-ribu wang telah habis digunakan untuk menggunkan teknologi yang paling canggih sekali untuk mengesan pesawat tersebut. Dari laut china selatan sehinggalah lautan hindi, pencarian masih dieruskan. Kalau mengikut logik dan akal manusia, jika pesawat terhampas sekali pun pasti ada kesannya. Tapi tiada. Jikalau tiada, mungkin ada dua saja kemungkinan. Pertama, mungkin ianya menjangkau melebihi pemikiran manusia. Pastinya ia petunjuk yang Maha Esa. Ujian buat kita, melihat dengan lebih teliti siapa kawan dan siapa lawan. Kedua, orang paling yang disyaki adalah...negara yang mengeluarkan pesawat Boeing itu sendiri. Kenapa? Kerana dia satu-satunya yang paling memahami selok-belok pesawat tersebut. Ada pendapat lain? Silakan. Aku hanya menyatakan pendapat aku sahaja dan aku tiada niat langsung nak jadi ejen CIA yang tidak bertauliah.