Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, December 1, 2015

Masalah itu bukan beban.

Views

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di bumi Allah ini dan dapat menambahkan lagi amal ibadah kita. Takziah buat keluarga Pak Yus (jambu) dan pelakon lagenda kita iaitu mariani yang telah pergi buat selama-lamanya. Pastinya pemergian yang mengejutkan semua. Al-Fatihah buat mereka.

Malam ni, perasaan suram mula menyelubungi hati dan juga fikiran. Hendak ke kanan tidak,hendak ke kiri pun tidak. Hanya membatu seribu bahasa sambil pandangan jauh dilemparkan ke hadapan. Keluhan demi keluhan mula kedengaran. Adakah aku mula menyalahkan keadaan? Entah. Adakah aku mula merungut dengan apa yang terjadi? Mungkin. Hurm...

Rakyat islam di syria, palestin dan sewaktu dengannya pasti tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi terhadap mereka kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan iman. Iman yang tiada tandingannya. Kita yang sering kali dihujani dengan masalah sebesar kuman pun, tidak dapat selesaikannya dengan mudah. Apatah lagi mahu berhadapan dengan yang besar. Hancur rasanya badan. Mereka yang sering kali menangis duka, sering dihujani dengan peluru dan juga dihimpit kesejukkan tatkala cuba menyelamatkan diri di tengah lautan. Apakah kita sehebat mereka?

Malam ini juga buat pertama kali, aku menangis melepaskan apa saja yang terbuku di hati. Topeng yang aku pakai tidak kira di depan orang atau di depan diri sendiri, terlucut tanpa di pinta. Topeng yang seakan menunjukkan diri aku serba tabah padahal rapuh semata-mata. Tidak tahu pada siapa harus aku layangkan segala luahan yang sudah bertahun-tahun aku simpan. Ianya sangat menyesakkan diri sendiri. Sangat!

Melihatkan pada mereka yang seakan tidak pernah takut pada kematian sering buat aku terasa betapa kerdilnya aku. Mana taknya, aku yang punya masalah sekecil ini pun sudah mula berputus asa dan cuba mengaku kalah. Ah! Malunya. Allah itu sentiasa meletakkan ujian pada hambanya yang mampu untuk menanggungnya. Pastinya ujian itu sememang untuk aku kerna DIA tahu, aku mampu tanganinya walaupun ianya nampak sukar. Di situ letaknya kekuatan iman seseorang itu. Mahu meneruskan langkah ataupun berhenti dan berpatah kembali. Pilihan itu bukan pada DIA tapi kita.

Allahuakhbar!

Terasa leka buat sementara. Leka kerana memikirkan untuk kesenangan di dunia padahal di akhirat itu yang kekal. Allah.. moga Allah setiasa kuatkan hati dan iman aku kerana pastinya apa dilakukan bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk DIA. InsyaAllah..

p/s: lega betul dapat menangis malam² macam ni 😢😢

Friday, November 6, 2015

Kenapakah wanita itu?

Views

Assalamualaikum semua. Rindu nak menaip jadi apa lagi menerjahlah aku ke sini. Hehe.

Hari ni aku sekadar mahu bercerita. Bercerita kisah yang entah realiti atau fantasi atau hanya aku je yang rasa. Kita selalu dengar, wanita itu lebih mudah matang dari lelaki. Kadang2 ada lelaki yang sudah berumur berpuluh tahun tapi masih bersikap kebudak-budakan. Hm jangan marah aku pula, ini sekadar pandangan sesetengah orang. Lain orang lain pandangannya. Betul? Hehe. Jadi aku pula bagaimana? Sudah matangkah? Belum kot. Haha! Cuma terasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Ada seorang rakan sekerja pernah menegur aku, wanita jangan terlalu selesa dengan apa yang dia ada kerana dia tak akan memandang yang lain dan sekadar memfokuskan hidupnya tanpa fikir apa yang akan jadi pada masa hadapan. Aku pernah merasa selesa dan kadang2 hanya datang mainan perasaan takut tapi hanya sekejap. Kemudian lupa.

Mungkin dengan sikap macam ni,ada wanita yang tidak suka membuang masa. Wanita yang kecewa dan perjalanan yang dianggap sia2 jadi dia putuskan untuk melangkah sendiri. Mungkin penat. Ada rakan seperjuangan berseloroh, "baru aku rasa kenapa ada wanita yang tidak mahu berkahwin. Ada 2kemungkinan. Pertama, dia sudah ada semuanya dan kedua, dia sudah penat untuk bercinta". Aku sekadar tersenyum.

Jadi jangan bermain dengan wanita yang sangat berdikari kerana dia banyak benda lain nak fikir selain lelaki. Aku dengar pun macam menakutkan. Haha. Kalau anda berhadapan dengan wanita ini, tunjukkanlah walau sikit kematangan anda itu kalau tak confirm dia rimas.

Apa yang aku merapu pun aku tak tahu. Takde benda nak buat,macam ni la. Jadi siapa yang baca mesti tak faham,apa yang aku cuba sampaikan. Entah la,aku pun pakai taip je. Kalau rajin,korang baca jela. Hilangkan bosan. Hehe. (Sebenarnya merehat otak ni). Segala apa yang aku tuliskan tu sekadar pandangan/pendapat aku sahaja. Tiada kena-mengena dengan yang mati ataupun hidup ye.

Peace,no war!

Sunday, October 4, 2015

Setapak lagi?

Views

Assalammualaikum semua!

Selamat pagi. Moga kita sentiasa sihat dikala jerebu seakan tidak mahu hilang dari menyelebungi kita setiap hari.

Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya ramai yang tidak mahu menghadap pancaroba yang sentiasa terjadi di dunia ni. Tiap ujian hanya akan diberikan pada orang yang mampu untuk menghadapinya tapi tidak semuanya. Pada mulanya seakan tabah tapi terkulai di akhirnya. Dan ada pula yang sangkakan dunia tidak pernah akan berakhir. Mereka buat sesuka hati tanpa memikirkan tentang orang lain. Apa yang penting mereka puas.

Pabila aku baring di atas katil. Benda pertama yang aku akan tenung adalah kipas yang berpusing laju tanpa henti. Dan pabila aku menutup suisnya,kipas yang laju tadi berhenti secara berlahan-lahan. Ya, kipas hanya berhenti jika kita ingin menutupnya. Masa itu beredar dengan cepat tanpa kita sedar. Adakah maut juga dapat dijangka seperti kipas tadi? Pastinya tidak. Maut itu datang dengan tiba-tiba tanpa jangkaan. Ianya umpama kipas berhenti secara tiba-tiba kerana elektrik terputus secara mengejut. Duduklah kita keseorangan dalam kegelapan tanpa dapat berbuat apa.

Aku sudah cukup melihat ragam manusia di dunia ni. Jika aku tidak dapat mengawal hati dan perasaan, aku mungkin ada harapan menjadi gila. Hehe. Mungkin. Kadang-kadang terasa penatnya tidak terkira. Matang itu sentiasa membuatkan aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang aku langsung tidak mahu diulangi. Tapi hampa bila, semakin banyak langkah aku pergi membuatkan aku tidak mahu melangkah lagi. Setiap langkah aku akan sentiasa berhati-hati. Setapak ku di hadapan, aku akan berhenti sebentar dan melihat sekeliling. Risau itu tidak pernah hilang dari kamus hidup aku. 

Aku ni boleh diumpamakan seperti lirik lagu dalam lagu mawi yang bertajuk Al-Nuraa..

Ku imbas kembali sepanjang berjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu,malu aku memikirkan pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan

Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham, masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diri ku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya dan satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal tuhan

p/s: Moga aku lebih tabah lagi menjalani kehidupan di hadapan sana.