Alhamdulillah, selamat pagi dunia. Moga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah...
Hari ni saja aku buka topik macam ni. Nak buka topik pasal politik macam bosan je kan jadi aku cerita la pasal benda ni memandangkan kita sedang dilimpahi dengan pelbagai teknologi. Agak kagum dengan kemajuan sekarang tapi ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan teknologi yang semakin canggih ini. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Kalau kita salahkan mereka, mengapa wujudkan teknologi sebegini? Orang tu takde otak? Mungkin. Tapi hari ni bukan itu yang aku ingin ceritakan. Aku ingin bercerita tentang kemeriahan teknologi yang kita gunakan sekarang yang dulunya tiada kepentingannya tapi buat orang zaman sekarang, tiada teknologi tiadalah nikmatnya.
Laman Sosial
Mari aku mulakan dengan laman sosial yang digilai pada zaman sekarang ni. Waktu zaman sekolah dulu yang paling popular sekali adalah laman chatting. Aku pun dah lupa nama laman tu. Tak salah aku MRC ke apa erk. Tak pasti tapi laman tu memang jadi fenomena suatu ketika dahulu. Siapa yang tak tahu memang sangat ketinggalan zaman. Kemudian barulah munculnya friendster. Aku kenal Friendster masa aku baru je masuk kolej. Aku memang ketinggalan masa tu tapi tak lama sebab Myspace datang cuba mengugat kehebatan Frinedster.



