Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, April 2, 2013

1april penentu segalanya

Views

Assalammualaikum semua dan selamat pagi.

Sepatutnya entry ni aku buat semalam tapi disebabkan dorang kata unit aku kena tukar komputer jadi aku karang la hari ni, tu pun aku karang guna phone je. Tak kisah la kan asalkan ada jugak entry untuk awal bulan ni..huhu!

Semalam bersamaan dengan 1april 2013, aku telah selamat melapor diri untuk tukar status aku. Status apa? Status sementara kepada tetap. Syukur, Alhamdulillah. Akhirnya berkampung jugak aku kat johor ni. Tak kisah la kan, asalkan aku buat kerja halal. Disebabkan aku post status kat fb, ramai la hamba2 Allah ni tumpang happy dan start mesej aku lepas tu kata.."wah tak lama lagi makan nasi minyak kat johor la nanti". Korang sangat confident bila cakap macam tu..haha!

Tapi bila difikirkan, betul jugak. Takkan la aku nak cari orang jauh padahal..eh eh kejap. Apsal plak tiba2 masuk hal jodoh menjodoh plak ni. Haish! Betulkan channel balik ye. Dipendekkan cerita yang sememangnya sudah pendek, aku akan berkhidmat kat sini sampai la aku pencen. Dalam masa tu jugak aku ada plan untuk penuhkan aktiviti aku kat sini. InsyaAllah, ada rezeki aku akan sambung belajar. Itu pun aku masih lagi dalam keadaan serba salah. Soal kudrat aku tak berapa kisah sangat tapi kalau bab2 duit ni memang buat aku lemah skit. Aku tak yakin aku mampu untuk teruskan.

Apa2 pun, wish me luck! Aku harap apa yang aku rancangkan semuanya berjalan dengan lancar. Amin....

p/s : semalam jugak hampir semua rahsia aku terbongkar. Tak pasal2 je aku asyik kena bahan tapi bahan kali ni betul2 terkesan kat hati aku. Sampai kat rumah aku tak habis2 senyum..haha!

Wednesday, March 27, 2013

Hari sesak ku

Views
Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Harap semuanya dalam keadaan baik-baik saja.
Hari ni baru la aku boleh duduk dengan tenang kat meja aku ni. Minggu lepas memang aku full sangat sampai tak sempat nak update blog. Jadi aku simpan dan kumpul segala cerita dalam masa seminggu untuk dipenuhkan dalam satu tajuk je. Cewahh! Macam la banyak sangat aktiviti yang aku buat..kuikuikui..
Padg 18hb, malam tu kitaorang dah start perlawanan badminton untuk karnival sukan bagi tahun ni. Yang bertuahnya, kitaorang menang tanpa bertanding sebab pihak lawan tak datang. Sangat bertuah!



Friday, March 15, 2013

Quato Jumaat

Views
  
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)



Sentiasa melihatkan diri kita dalam keadaan serba kekurangan. Itu akan membuatkan kita sentiasa mahu memperbaiki diri tidak kira masa dan tempat. Janganlah disebabkan kita tahu serba-serbi tentang agama membuatkan kita lupa dan mula meninggi diri. Tegurlah mereka dengan baik dan janganlah mengatakan sesuatu ataupun menghina tanpa pengetahuan mereka. Pastinya kepuasan kata-kata itu akan hilang dan dosa tetap akan kekal walaupun ianya adalah benar sekalipun. Ramai sudah sedia maklum tentang hal ini tapi masih lagi melakukannya. Kita manusia kan? Manusia itu mudah lupa dan juga mudah terpedaya.

Salam Jumaat Semua..^_^