Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, July 3, 2011

Jakarta & Bandung

Views
Pada 25hb june lalu, aku n ummi serta rakan2 yg lain telah terbang ke bumi Indonesia. rasa macam tak caya pun ada sebab nila kali pertama aku jejakkan kaki di luar kawasan malaysia,rasa bertuah sangat. Alhamdulillah, impian aku tercapai jugak. mungkin kalau ada rezeki,aku akan sampai ke negara lain pula..InsyaAllah..aku tak tahu nak ccerita apa sebab banyak benda aku nak cerita n aku tak tahu nak mulakan dari mana..so melalui gambar jela aku menceritakan pengalaman aku tue..







<-- sebelum bertolak kena sarapan dulu kat marrybrown, kena penuhkan perut sbb sampai sana comfirm pegi jenjalan terus..






 ni on the way nak naik flight..erm berdebar sgt sbb dh dh lama xnaik flight,gayat jugak..hehe..last naik flight time nak balik kedah..----->






<---memang tersangat la borink sampaikan cik cequya kita ni bawak novel..hehe..pape pn sempat lagi bergambr..huhu







ok, sampai je kat jakarta terus check in kat ibis hotel (erm mcm iblis ------->
hotel plak kn..hehe). bila dah check in terus shopping kat mangga dua..bangunannye tinggi sangat sampai aku pening dibuatnya. tak tau pening sebab tinggi ataupun orang terlalu ramai..first2 sampai kat mangga dua kitaorang terus cari foodcourt untuk makan..disitulah kami diserbu peniaga sambil tunjuk dorg pnye menu..adehhhh~

<-----lepas jalan2 kat mangga dua sampai petang, kitaorng terus pergi ke jakarta fair. kat sini lagi la ramai orang sampaikan kitaorang berpecah n terpaksa cari antara satu sama lain..penu dengan cubaan bila kena berhimpit n tolak-menolak..







26hb june



bangun pagi2 tak dapat cari kedai untuk sarapan jadi --------->
terpaksa la kuar duit 66,000 rupiah seorang untuk makan kat hotel ibis tue. dalam RM mungkin dalam lingkungan rm27 la..ok la tue kan..abeh je sarapan terus bertolak ke bandung..haa yang ni part paling tak best..




<------ nila hotel yang kitaorang stay masa kat bandung..vue palace hotel,lagi bagus dr ibis hotel..hehe..kitaorang sampai bandung pun agak lewat so lepas check in terus bergerak ke tangkuban perahu..





 time nila yang kitaorang frust n buang masa banyak sangat..------->
disebabkan jalan sesak n tangkuban perahu tutup dalam lingkungan pukul6,kitaorang ambil keputusan untuk patah balik tapi pape pun kitaorang sempat menjamu selera kat salah sebuah kedai kat lereng bukit tue..siap dorang pasang lagu exist n siti nurhaliza..haha..memang sedap! kemudian kitaorang terus ke fashion world. banyak baju cantik2 tapi tak beli pun sebab save bajet..huhu




27hb june


<----vue palace hotel ni memang include skali ngn breakfast so kita walk in jela..menunye sedap gak lebih2 lagi daging tue tapi kotieow tak brape sedap..erm kira ok la kan..hehe..lepas makan terus menuju ke tangkuban perahu sekali lagi..yihu!




akhirnya kitaorang sampai jugak kat tangkuban perahu nie..-------->
ini adalah kawasan gunung berapi yang dah tak aktif lagi.sumenye ada 3kawah tapi sempat pergi 1kawah jer,kira ok la tue..kebetulan plak hujan n memang sejuk sangat. rindu nak g cameron highland n strawberry dia memang manis sangat..dalam perjalanan nak pegi tangkuban perahu ni,aku ada dengar cerita tentang hikayat sang kuriang. tiap negara mesti ada ceritanya kan..susah nak cerita so nnt korang google la sendiri ekk kalau nak tahu ceritanya..hehe


erm aku rasa macam nak stop kat sini dulu sebab rasa mengantok sangat..esok keje so nnt aku update lain yer..huhu..segala kesulitan amat saya kesali..daaa~



Thursday, June 23, 2011

JODOH

Views
Renungkanlah   sedalam-dalamnya……………….

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. 

 Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
 Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. 

 Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, June 19, 2011

itu adalah ayah saya

Views
teringat kisah silam sewaktu aku dilahirkan dengan kasih sayang dan penuh kemanjaan. Sebenarnya segala kenangan sukar untuk aku ingatkan kembali. Hanya teringat beberapa kisah sahaja tapi itu cukup membuatkan aku tersenyum tatkala kenangan itu menjelma di ingatan.

Aku juga seperti kanak-kanak yang lain,melalui fasa pembelajaran. Pasti rotan,tangannya,pandangan matanya amat cukup menakutkan aku sewaktu kecil dulu. Semestinya dia adalah ketua keluarga yang amat garang sekali..haha..dialah ayah yang paling aku sayang dan kagumi, En. Rahim b. Abdullah..

Ayah tidaklah segarang mana pun..bila aku sudah meningkat dewasa,pastinya dapat aku lihat perubahan yang ketara pada dirinya. tiada lagi rotan,tiada lagi pukulan yang menyakitkan, tiada lagi pandangan tajam apabila aku membuat kesilapan..dan yang pasti tiada lagi suara yang memarahi diri ini tapi yang ada hanyalah senyuman kegembiraan dengan melihat setiap anaknya menempuh setiap kejayaan.

aku amat kagum dengan ayah.dari berpangkat kecil hinggalah besar membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan pintu rezeki yang telah Allah s.w.t. berikan kepada keluarga ku. aku jarang bersama dengannya sewaktu kecil tapi itu tak bermakna dia tak berikan apa-apa pun pada ku (manja lebih dengan ummi sebenarnya..huhu)



ayah memang hensem,tak heran la kalau ketiga2 anak perempuannya comel2 belaka..hahaha..ramai kawan2 aku bertanya "yan, ayah ang ni orang cina ka?"..hehe..aku boleh gelak je time tue.memang ayah putih sangat dulu dan bermata sepet sebab ayah ikot muka arwah atok (itu pun ummi la yang cerita) dan aku ada juga dengar cerita yang arwah atok dari keturunan cina tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. apa-apa pun kisahnya,bukan itu jadi keutamaannya.aku bangga kerana dialah ayah yang telah dikurniakan kepada aku dan aku amat bersyukur sangat..



SELAMAT HARI BAPA