Selamat pagi semua. Kita sudah sedia maklum dengan kejadian yang telah menimpa negara kita baru-baru ni. Kejadian yang meragut seluruh jiwa rakyat Malaysia. Peristiwa yang kedua terbesar selepas kejadian terhempasnya pesawat pertama MAS yang di hijack di Tanjung Kupang, Johor (Klik di sini) berpuluh tahun dahulu.
Pada tanggal 7 April 2014, Pesawat MAS MH370 memulakan penerbangan dari KL-Beijing dan tiba-tiba hilang dari radar. Tiada tanda hempasan dan proses mencari masih lagi giat dijalankan. Beribu-ribu wang telah habis digunakan untuk menggunkan teknologi yang paling canggih sekali untuk mengesan pesawat tersebut. Dari laut china selatan sehinggalah lautan hindi, pencarian masih dieruskan. Kalau mengikut logik dan akal manusia, jika pesawat terhampas sekali pun pasti ada kesannya. Tapi tiada. Jikalau tiada, mungkin ada dua saja kemungkinan. Pertama, mungkin ianya menjangkau melebihi pemikiran manusia. Pastinya ia petunjuk yang Maha Esa. Ujian buat kita, melihat dengan lebih teliti siapa kawan dan siapa lawan. Kedua, orang paling yang disyaki adalah...negara yang mengeluarkan pesawat Boeing itu sendiri. Kenapa? Kerana dia satu-satunya yang paling memahami selok-belok pesawat tersebut. Ada pendapat lain? Silakan. Aku hanya menyatakan pendapat aku sahaja dan aku tiada niat langsung nak jadi ejen CIA yang tidak bertauliah.