Selamat pagi dan salam jumaat semua. Moga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
Bersempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak buat entri lain dari yang lain sikit. Mungkin jeles dengan Aida Omar yang sering mengeluarkan kisah-kisah misteri. Jangan marah ye, *senyum*. Mungkin dari kisah ni kita sentiasa di ingati bahawa ajal itu pasti dipanggil tidak masa, waktu dan tempatnya. Disebabkan negeri yang aku duduki sekarang adalah Negeri Johor jadi tak salah untuk aku mengorek salasiah berkenaan negeri ini.
Walaupun masa kejadian ni aku masih belum dilahirkan tapi ianya cukup meragut separuh jiwa aku untuk berkongsi rasa sedih atas tragedi yang terjadi ini. Lebih-lebih aku takut sangat bila ianya melibatkan pesawat. Tak tahu kenapa sehinggakan aku pernah bertanya pada mak aku, " ummi, macam mana ye perasaan orang yang dalam pesawat bila dorang tahu pesawat dah nak terhempas?". Aku rasa perasaan mak aku tatkala itu macam nak bagi pelempang je kan sebab soalan tu tak sepatutnya aku tanya. Biasalah, nama pun budak-budak kan..huihuihui. Tapi mak aku jawab pendek je. "Ingat Allah, InsyaAllah kita pasti sedia menghadapinya".




