Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Derita + Gembira

Views
~~~~~~~~~~~

“tak nak!!!,”jerit salwa mengejutkan alya. Dia mengurut dadanya perlahan. Dengan pantas salwa melempar bajunya yang sudah koyak ke muka kakaknya itu. Alya hanya mendiamkan diri,cuba mengalah.

“takpe la dik,koyak sikit je..nanti akak tolong jahitkan ye,”pujuk alya walaupun dia tahu salwa masih berkeras hati.

“aku kata tak nak la,malu aku bila kawan-kawan kat sekolah tengok baju aku bertampal-tampal ni..hish!,”salwa berjalan sambil menghentakkan kakinya tanda protes lalu keluar dari rumah,hilang entah ke mana. Alya masih lagi membatukan dirinya.

“kenapa ni alya..dari jauh lagi mak dengar bunyi bising-bising ni,”soal emak apabila dia tiba di muka pintu. Alya hanya menggelengkan kepalanya,menyembunyikan rasa kecewanya dengan sikap adik bongsunya itu.

“takde apa la mak..mari makan maK, Mesti dari tadi lagi mak belum makan kan,”kata alya sambil mengambil bakul di tangan emaknya. Itulah rutin harian emaknya,menjual kuih dari pagi hingga lewat petang. Memastikan kuihnya habis di jual.

“tak payah la,mak belum terasa lapar lagi..biarlah mak berehat dulu ye,”kata emak sambil merebahkan dirinya di atas kosyen rotan peninggalan arwah ayah. Beginilah kehidupan kami sekeluarga,selepas kematian ayah..emaklah yang bertanggungjawab menggalas tugas menjaga kami dua beradik. Alya dengan rela hati berhenti dari meneruskan pembelajarannya dan memberi peluang kepada salwa untuk meneruskan cita-citanya membina kembali taraf keluarga menjadi lebih selesa lagi.


~~~~~~~~~~

“mak..cikgu mintak yuran,”kata salwa di suatu pagi. Aku yang sedang mencedok nasi untuk salwa terhenti,perlahan aku memandang wajah emak. Emak hanya mendiamkan diri.

“esok mak bagi ye,”kata mak sambil tersenyum. Tak tahu alasan apa yang patut diberikan kepada anaknya itu.

“asyik esok,esok,esok tapi tak bagi pun,”jawab salwa keras.

“adik,”tegur alya. Salwa hanya mencebik sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“esok mak janji mak akan bagi ye,”dengan pantas alya memandang wajah emaknya itu. Dari mana mak nak dapatkan duit sebanyak itu,bisik hatinya. Dia ingin mengatakan sesuatu tapi emaknya dengan pantas beredar dari situ.

“mak tak nak makan dulu ke?”soal alya apabila emaknya itu mencapai bakul yang telah di isi dengan kuih yang dibuatnya dengan emak malam tadi.

“korang makan la,mak nak keluar awal hari ni,”

“salwa habiskan nasi ni ye mak,”kata salwa sambil mencedok lagi nasi ke pinggannya.

“makan la nak,”jawab emak sambil membelai rambut salwa dengan lembut. Alya hanya membatukan diri,tiada kata yang ingin dikeluarkan. Dipandangnya salwa yang sedang enak menikmati makanannya. Tidakkah dia memikirkan kesusahan mak mencari duit,bisik hati alya.


~~~~~~~~~

Petang itu, emak pulang awal dari biasa. Bakulnya masih lagi dipenuhi dengan kuih.

“kenapa mak ni,kelam kabut je,”Tanya alya apabila melihat emaknya itu dengan cepat meletakkan bakul dan menyuruh dia mengikutnya. Alya mempercepatkan langkahnya apabila emak laju melangkah meninggalkan dia jauh di belakang. Tiba di sebuah rumah,langkahnya terhenti. Alya memandang persekitaran rumah itu. Rumah siapakah ini,bisik hati alya.

“assalamualaikum..,”

“wa’alaikumussalam..,”jawab seorang lelaki yang agak sebaya dengan usia emaknya itu.

“hisham..akak nak mintak tolong sikit boleh?”Tanya emak dengan lembut. Alya mula kehairanan. Dipandangnya wajah lelaki yang bernama hisham itu.

“kenapa akak..ada masalah ke?”soal hisham kembali. Serba salah emak ingin menyatakan hasratnya itu.

“akak..akak..nak pinjam duit sikit. Cikgu salwa mintak duit yuran,nanti akak ganti balik ye,”alya terkesima sebentar. Alya melihat hisyam hanya mengeluh kemudian hilang disebalik pintu.

“nah..akak tak payah la nak bayar balik. Dorang tu pun bukan siapa-siapa pun,anak sedara hisham juga,”kata hisham sambil menghulurkan beberapa keping duit kepada emak.

“terima kasih hisham..,”

“tak payah la nak berterima kasih. Akak susah hisham tolong. Mana nak tau satu hari nanti hisham susah,akak pula yang tolong,”kata hisham membuatkan emak tersenyum lebar. Pelbagai soalan menerjah dalam fikiran alya.

“alya tak tahu pun alya ada bapa sedara,”akhirnya terkeluar juga persoalan yang bermain di mindanya apabila mereka tiba di rumah. Langkah emak terhenti.

“jangan la alya fikirkan soal itu ye nak,”kata emak sambil menghilangkan dirinya di dalam bilik. Bagi alya pula,fikirannya masih lagi memikirkan peristiwa yang baru saja dilihatnya tadi.

“hoi apa yang kau menungkan ni ha?”soal salwa dengan kasar bila dia melihat kakaknya itu termenung di muka pintu.

“takde apa..pergi la makan,akak dah siapkan makanan,”dengan cepat salwa menuju ke dapur.

“wah ada ayam..sedapnya,”jerit salwa keriangan. Bukan senang untuk dia menjamah makanan kegemarannya itu.





~~~~~~~~~~~

“ini duitnya..bagi la kat cikgu ye,”kata emak sambil menghulurkan duit kepada anaknya itu. Salwa hanya mengangguk kegembiraan apabila melihat wang yang diberikan oleh emak.

Pagi itu salwa pergi ke sekolah dengan keriangan. Apabila dia menghampiri satu selekoh dengan cepat dia melencong memasuki ladang getah. Itulah rutinya setiap hari,bukanlah sekolah yang selalu dia tuju tapi tempat melepaknya bersama-sama rakannya yang sepakat ponteng sekolah pada hari itu.

“hari ni mak aku bagi duit banyak sangat sebab aku tipu dia yang aku nak bayar yuran sekolah. Pandai tak aku,”rakan-rakannya hanya tersenyum sambil menepuk belakangnya menunjukkan dia seorang yang amat hebat.

“jadi kita nak buat apa ek dengan duit tu?”Tanya salah seorang rakannya.

“apa lagi,jom la..aku belanja korang makan kfc pastu karaoke..haha,”gelaknya sambil diiringi dengan senyuman jahat rakannya. Salwa lupa dengan keadaan emaknya yang bersusah payah mendapatkan wang tersebut. Disebabkan keluarganya duduk terperuk di kawasan pedalaman membuatkannya berani keluar ke pekan kerana dia pasti,kalau ada sesiapa yang terlihat kelibatnya..pasti emak dan kakaknya itu tak akan tahu hal tersebut.

Hari itu salwa berseronok dengan duit yang telah diberikan oleh emaknya itu tanpa memikirkan bahawa emaknya sekarang sedang letih berjalan mengelilingi kampong untuk mendapatkan wang.

“alya..oo..alya,”alya memberhentikan tangannya yang sedang melipat kain. Dia bangun dan menjengok kepalanya untuk mengetahui siapa gerangan yang memanggilnya itu.

“owhh tina..,”kata alya dengan penuh kegembiraan melihat kehadiran sahabat baiknya ketika sekolah dahulu.

“apa mimpi datang ni,”kata alya sambil tersenyum tapi tidak dibalas oleh tina. Wajahnya kelihatan serius sekali.

“kenapa ni tina,serius je nampak..masuk la dulu,aku buatkan kau air ye,”tina pantas menarik tangan alya sewaktu dia ingin melangkah.

“tak payah la,aku tak lama ni..aku nak bagitahu kau sesuatu je,”berkerut dahinya.

“pasal apa ni?”soal alya. Tina menarik nafas panjang,sukar untuk dia luahkannya.

“tadi aku pergi pekan..aku nampak..aku nampak salwa keluar dari pusat karaoke,”tersentak alya mendengar cerita tina itu.

“kau biar betul,kau salah orang kot..salwa kan pergi sekolah,”kata alya dengan senyuman tawar.

“aku tak tahu la aku salah orang ke tak tapi aku pasti itu adik kau. Takpe la kalau tak nak percaya,aku nak bagitahu kau je. Aku balik dulu ye,”alya hanya mengangguk. Matanya mengekori langkah sahabatnya itu sehingga hilang. Tak kan la salwa ponteng sekolah,bisik hatinya.


~~~~~~~~~~

“mak..ada benda la alya nak bagitahu mak,”kata alya membuatkan suapan emak terhenti.

“cakap la,”kata emak kembali.

“tadi tina datang..dia kata dia ternampak salwa keluar dari pusat karaoke,”emak tersentak. Emak hanya mendiamkan diri dan meneruskan suapannya itu. Alya masih lagi menunggu reaksi emaknya itu tapi tiada apa,dia hampa.

“emak..akak..salwa dah balik,”alya hanya mendiamkan diri. Tidak memandang ataupun menjawab.

“eh dah bisu ke orang kat dalam rumah ni?”lancang mulutnya berbicara.

“siapa yang bisu!?”jerit emak mengejutkan aku dan salwa. Aku yang sedang duduk terus berdiri,risau dengan kelakuan emaknya itu.

“kau ke mana tadi?”soal emak kepada salwa.

“pergi sekolah la mak,nak pergi mana lagi,”jawab salwa dengan selamba walaupun saat itu dia agak kecut mendengar kelantangan suara emaknya itu. Tak pernah emaknya naik angin sebegitu.

“kau pergi sekolah ke kau pergi melepak ha!”jerit emak lagi merisaukan alya. Salwa terdiam. Pandangan matanya tajam memandang wajah kakaknya itu. Alya hanya membatukan diri.

Malam itu teruk salwa dipukul oleh emaknya. Bagi alya pula,dia berasa serba salah kerana memberitahu tentang hal itu kepada emaknya. Lebih menakutkannya,salwa mengugutnya akan membalas dendam di atas perbuatannya itu.



~~~~~~~~~~

SELANG BEBERAPA TAHUN..

Kini semuanya masih lagi sama seperti dahulu,tiada apa yang berubah. Semenjak peristiwa dahulu,salwa diberhentikan sekolah kerana kesalahannya yang sering ponteng sekolah. Harapan alya dan emak untuk melihat kejayaan salwa yang akan merubah hidup kami sekeluarga telah terkubur dan juga menyebabkan emak kecewa dengan sikap salwa yang telah menipunya. Kini emak tidak lagi menjual kuih kerana sudah tiada kekuatan untuk keluar menjual ,jadi tanggungjawab itu akan digalas oleh alya. Bezanya dia tidak menjual kuih tapi menjadi pembantu di kedai runcit di kampungnya itu. Salwa pula seperti biasa hanya melepak bersama-sama rakannya yang lain. Memang berat hati alya untuk meninggalkan emaknya keseorangan memandangkan dia perlu bekerja mencari duit untuk keperluan mereka sekeluarga. Bagi salwa pula dia tidak kisah tentang kehidupannya itu. Yang dia tahu setiap hari dia akan meminta wang dari kakaknya itu. Jika kakaknya keberatan untuk memberi wang pastinya dia akan mengungkit dan menuduh,alyalah yang telah merosakkan hidupnya. Akhirnya alya terpaksa mengalah.

“alya..mari sini nak,”panggil pada suatu malam. Salwa yang asyik menikmati makanan hanya memasang telinga.

“apadia mak,”kata alya sambil memicit badan emaknya itu. Ada kerisauan di hati emaknya itu.

“kalau ada orang nak masuk meminang,alya nak tak?”terkejut alya dengan apa yang dikatakan oleh emaknya itu. Begitu juga dengan salwa,suapannya
terhenti. Siapa la lelaki malang yang nak kahwin dengan dia tu,kutuk salwa di dalam hati. Alya masih membisu,tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada emaknya itu. Perlahan-lahan emaknya menyentuh lembut tangan anaknya itu.

“terima la alya,pasti kehidupan alya lebih bermakna. Dia dari kalangan orang yang baik dan soleh. lagipun dia tu bukan siapa-siapa pun,dia anak pakcik hashim,”nasihat emak membuatkan alya berfikir sejenak.

“baiklah..kalau itu yang membuatkan mak gembira,alya setuju,”lebar senyuman emak tatkala itu.

“syukur Alhamdulillah,sempat juga mak nak tengok anak mak sorang ni menikah,”alya hanya tersenyum malu.

“kenapa akak sorang je…salwa?”senyuman alya tiba-tiba menjadi kelat apabila adiknya itu bersuara.

“engkau tu budak-budak lagi..masak pun tak tahu,macam mana nak kahwin?”jawab emak membuatkan salwa hanya mencebik. Dia menjadi iri hati apabila kakaknya itu diberikan keutamaan oleh emaknya.



~~~~~~~~~~

Hari ini sah la alya menjadi isteri kepada khairul iman dan orangnya pun betul-betul beriman. Kegembiraan itu disambut dengan linangan airmata emaknya tetapi tidak lama. Kegembiraan itu hanya sebentar. Emaknya telah pergi selama-lamanya kerana sakit tua. Alya merasakan sangat bersalah kerana emaknya dapat menikmati keselesaan hanya untuk beberapa hari tapi alya dinasihatkan oleh iman,suaminya bahawa maut dan ajal ditangan Allah s.w.t.

“alya redha jela dan doa la banyak-banyak untuk kesejahteraan mak di sana. Moga dia di tempatkan dengan orang-orang yang bertaqwa,”nasihat iman pada
suatu malam kerana alya masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian emaknya itu. Alya hanya mengangguk lemah.

Kini salwa semakin gembira kerana hidupnya mulai senang-lenang tapi dalam masa yang sama dia masih lagi menyimpan perasaan iri hati terhadap kakaknya itu. Dah la dapat laki kaya pastu kacak plak tu,macam mana la laki tu boleh suka kat dia. Aku rasa aku lagi la lawa,kutuk salwa di dalam hati. Salwa juga cuba mendekati abang iparnya itu memandangkan salwa sudah berpindah ke rumah alya selepas pemergian emaknya.
Pagi itu dengan cepat salwa pantas turun ke dapur. Dilihatnya ke kiri dan ke kanan,memastikan kakaknya itu tiada di rumah. Dia mesti dah pergi pasar ni,bisik hati salwa. Pantas dia mencapai pinggan dan mencedok nasi goreng ke atas pinggan dan tatkala itu susuk tubuh abang iparnya itu muncul di pintu dapur.

“eh abang iman,marilah makan. Ni salwa dah masakkan untuk abang,”berkerut dahi iman.

“salwa yang masak?sejak bila salwa pandai masak ni,”kata iman agak mengguris hati salwa tapi dia hanya sekadar tersenyum.

“apa la abang iman,salwa pandai masak la tapi malas sikit la,”salwa hanya ketawa sambil menghulurkan pinggan kepada iman. Iman menyambutnya lalu membaca doa dan terus menyuap nasi goreng ke mulutnya.

“betul ke salwa yang masak ni?”Tanya iman sekali lagi.

“yela..kenapa?”Tanya salwa kembali.

“erm sedap la juga,”jawab iman membuatkan salwa tersenyum malu. Rasa macam masakan alya je,bisik hati iman lalu tersenyum.

“eh abang dah makan?”Tanya alya apabila dia sampai ke dapur. Salwa hanya mendiamkan diri.

“nanti alya buatkan air ye,”

“eh tak payah la,biar salwa yang buatkan. Dia kata dia yang masak nasi goreng ni,teringin juga abang nak rasa dia buat air pula,”tersentak salwa dibuatnya. Berkerut dahi alya tapi apabila dia melihat isyarat mata suaminya itu,akhirnya dia faham.

“owh yeke,kalau macam tu adik la yang buatkan ek,”kata alya sambil tersenyum. Cepat-cepat salwa menghabiskan nasinya lalu bingkas bangun.

“eh takpe la abang,biar akak jela yang buat air. Tiba-tiba plak salwa baru teringat yang salwa ada hal,”kata salwa sambil berlalu. Terhambur gelak iman dan alya melihat gelagat salwa itu. Takpe,hari ni kau kenakan aku..tunggu hari aku plak kenakan kau,kutuk salwa dalam hatinya.




~~~~~~~~

Salwa sudah puas keluar masuk kedai tetapi tiada satu barang pun dia berkenan. Wajah abang iparnya itu asyik menganggu fikirannya. Selagi aku tak balas,selagi tu la aku tak tenang,jerit hati salwa. Masih tidak puas hati terhadap kakaknya itu. Dia mahu melihat kakaknya tersungkur apabila dia mengecapi kebahagiaan bersama abang iman. Salwa hanya tersenyum puas,dia pasti akan laksanakan impian itu.

“akak mana?”Tanya salwa apabila melihat abang iparnya itu sedang membaca akhbar di ruang tamu.

“dia keluar,ada hal sikit,”jawab iman tanpa memandang wajah salwa. Salwa hanya mengangguk dan ingin berlalu menuju ke dapur. Belum sempat dia menghabiskan langkahnya,deringan telefon berbunyi. Cepat-cepat salwa menyembunyikan diri untuk mencuri dengar perbualan abang iparnya itu.

“surat apa?alya dh on the way balik?haa ok2,abang try cari surat tu,”dengan cepat mata salwa tertumpu pada surat yang berada di atas meja yang tidak jauh darinya. Dia tersenyum,ada sesuatu yang dirancangnya.

Sudah lima belas minit iman mencari surat tersebut tapi masih lagi belum dijumpai. Mana plak surat ni?alya dh nak sampai ni,fikirnya buntu. Dari jauh salwa melihat dengan senyuman.

“abang cari apa tu?”akhirnya salwa menunjukkan dirinya.

“abang cari surat kak alya,salwa ada Nampak tak?”Tanya iman masih lagi tidak memandang salwa.

“surat?rasanya ada dalam bilik salwa kat atas,”jawab salwa,baru la iman memandangnya.

“boleh salwa ambilkan?”pinta iman.

“ala ambil la,salwa nak makan ni..lapar,”jawab salwa sambil berlalu ke dapur. Memandangkan salwa berkata begitu tanpa berfikir panjang,dia terus berlari menaiki tangga dan memasuki bilik salwa. Entah kenapa,dia masih lagi belum menemui surat tersebut.

“salwa..mana surat tu,abang iman tak jumpa pun!”jerit iman dari atas. Akhirnya,jerat salwa mengena. Dengan pantas salwa menaiki tangga. Dia melihat iman masih lagi mencari surat tersebut. Perlahan-lahan salwa menutup pintu dan membuka butang bajunya sedikit.

“abang tak jumpa ke surat tu?”Tanya salwa dengan manja dan menyentuh belakang iman. Iman terkejut lalu berpaling.

“astaqfirullahala’zim,”iman beristifar,dengan pantas dia mengalihkan pandangannya.

“abang..abang dah jumpa ke surat tu. Abang?”alya hairan apabila panggilannya tidak disahut. Bagi iman pula,dia mulai gelisah. Iman takut,alya akan salah erti apabila melihatnya bersama salwa di dalam bilik itu. Dia ingin keluar tapi dihalang oleh salwa. Salwa pula hanya tersenyum lebar,impian akan tercapai tak lama lagi. Dari dalam bilik dia dapat mendengar derap tapak kaki kakaknya menaiki tangga dan saat itu…

“tolong….!!!!,”jerit salwa terus membuka pintu dan berlari keluar. Saat itu betapa terkejutnya alya melihat keadaan adiknya itu.

“kenapa ni dik?”Tanya alya dengan cemas.

“abang iman…abang iman nak rogol salwa,”jawab salwa dengan esakan. Alya mengangkat wajahnya memandang suaminya,menunggu penjelasan.

“sumpah alya..abang tak buat pun benda tu,Salwa tipu. Kan alya suruh abang cari surat,salwa kata surat tu ada dalam bilik dia. Tiba-tiba je dia masuk
bilik dengan baju terdedah tu,”jelas iman mengharapkan kepercayaan isterinya itu. Alya binggung,tak tahu mana satu yang perlu dia percaya. Akhirnya…

“abang nikah la dengan salwa ye,ceraikanlah alya”hampir menitis airmata alya mengeluarkan ayat keramat itu.

“apa?alya..jangan buat abang macam ni,”kata iman. Hampir terduduk dia mendengar kata-kata isterinya itu. Ah!tak sanggup aku nak menceraikan isteriku dan menikahi salwa. Bagi salwa pula,dia tersenyum puas. Cita-citanya telah tercapai.



~~~~~~~~~~~

Sudah berbulan-bulan mereka hidup sebagai suami isteri tapi dalam kebanyakkan perkara,salwa tidak berpuas hati dengan cara hidupnya sekarang. Salwa memandang wajah kakaknya dengan perasaan dendam yang tidak berkesudahan kerana melihat kakaknya itu langsung tidak kisah tentang perkahwinannya itu. Ah!pandai dia berlakon depan aku,konon nak buat baik depan abang iman la tu,kutuk salwa di dalam hati. Salwa sakit hati apabila iman melebihkan alya darinya walaupun saat itu salwa sudah sah menjadi isteri kepada iman.

“abang nanti kita pergi holiday nak tak?”Tanya salwa di suatu pagi. Bagi iman,dia cuba sedaya upaya mendidik salwa agar menjadi isteri solehah walaupun dia tahu bukan mudah melakukannya dan dia berserah kepada Allah agar memberi ketabahan kepadanya.

“holiday?tak boleh la..lupa ke,abang kan dah daftarkan kak alya dengan salwa kat kelas fardu ain so mana boleh nak pergi holiday ni,”jawab iman dengan lembut. Alya hanya mengangguk.

“ala abang ni..benda tu bila2 boleh buat,”kata salwa dengan manja sambil mendekati suaminya itu.

“kita mesti mendahului perkara akhirat dulu barulah dunia,”jawab iman cuba memujuk.

“betul tu dik,”kata alya dengan senyuman.

“kau diamlah,aku bukan cakap dengan kau,”jerit salwa. Alya terkedu.

“salwa..kenapa cakap dengan kakak macam tu,”tegur iman sambil memandang wajah salwa,serius. Salwa hanya mendiamkan diri lalu berlalu ke bilik.

Apa yang aku nak mesti kau yang menghalangnya,kutuk salwa dalam hati. Sakit hatinya melihat alya membantutkan hasratnya untuk pergi bercuti. Tak boleh jadi ni,aku kena buat sesuatu,fikir salwa. Ada sesuatu yang dirancangnya dan dia pasti rancangannya akan berjaya seperti dulu.

“akak..tolong angkat kotak tu kejap. Malas la nak turun,”jerit salwa dari atas. Kebetulan iman tiada dirumah kerana mempunyai urusan di luar.

“kotak apa ni?”Tanya alya apabila dia cuba mengangkat kotak tersebut. Berat.

“angkat jela,banyak cakap plak,”tidak mahu bertikam lidah dengan adiknya itu,dengan sekuat hati dia mengangkat kotak tersebut menaiki tangga.

“adik..tolong akak ni,”kata alya dalam keadaan tercungap-cungap kerana penat menaiki tangga. Dengan perlahan-lahan salwa menghampiri kakaknya itu.

“cian akak,penat ek..meh salwa tolong,”jawab salwa dengan senyuman yang penuh makna. Salwa memegang kotak tersebut dan….


“salwa….!!!!!!,”




~~~~~~~~~~~

“maafkan salwa,abang…salwa janji tak buat lagi,”kata salwa dengan penuh esak. Bagi iman,kali ini dia tak akan memaafkan salwa atas perbuatannya.

“abang dah tak percaya dengan salwa lagi. Dah la salwa buat fitnah sampai abang kena kahwin dengan salwa pastu salwa nak bunuh kakak kandung salwa sendiri pula,”tengking iman. kesabaran dia mulai hilang.

“abang…ampunkan salwa,salwa tak nak masuk penjara,”tangis salwa. Entah kenapa,dia jadi takut. Takut untuk menjadi penghuni penjara yang tak pernah terlintas di fikirannya itu. Tiba-tiba datang dua orang yang berpakaian biru segak bergaya memasuki wad tersebut.

“siapa en. khairul iman ye?kami di sini nak menangkap orang yang menjadi punca dalam kejadian ini,”

“saya khairu iman,”jawab iman. esak salwa mula perlahan,tangannya masih lagi memegang kaki suaminya itu. Tak sempat iman bersuara..

“abang..,”kata alya dengan suara yang amat lemah. Dengan cepat iman menghampiri alya.

“maafkan dia ye abang..,”seperti dahulu,iman terkejut dengan kata-kata isterinya. Adakah ini ujian MU,Ya Allah..bisik hati iman.

“jangan la cakap macam tu,dia dah melampaui batas,”jawab iman. alya terlalu ‘beri muka’ kepada adiknya itu sehingga menjerat diri sendiri.

“dia sorang je adik alya..kalau abang sayang alya,maafkan dia ye. Jangan la sumbat dia dalam penjara itu,”iman menarik nafas panjang. Salwa masih lagi membatukan dirinya,hanya mendengar perbualan kakak dan suaminya itu. Dengan berat hati,iman hanya mengangguk. Pantas salwa memeluk kakaknya itu.

“sumpah..salwa tak buat lagi,”janji salwa membuatkan alya hanya tersenyum.



~~~~~~~~~~~

Hari yang mendatang penuh bermakna buat alya. Akhirnya salwa betul-betul sudah berubah,dia gembira. Segala apa yang dia lalui selama ini amatlah berbaloi kerana dapat mengubah sikap salwa walaupun di suatu saat,dia hampir kehilangan nyawanya itu tapi dia tidak kisah. Itulah satu-satunya harta yang paling berharga yang telah emak tinggalkan untuknya.

“adik dah buat air ke?”Tanya alya. Salwa hanya mengangguk. Selepas kejadian itu, salwa juga sentiasa membantunya. Dia gembira dengan perubahan yang ditunjukkan oleh adiknya itu.

“pergi bawa air tu kat abang iman..mesti dia nak minum,”kata alya. Pantas dia membawa air tersebut dihadapan suaminya itu. Kemudian dia berpatah kembali..

“eh nak pergi mana tu,mari la minum sekali,”ajak iman apabila melihat salwa ingin berlalu. Walaupun peristiwa itu amat mengecewakan hatinya tapi dia cuba berfikiran positif,dia tidak mahu bisikan syaitan menguasai dirinya agar membenci isterinya itu.

“nak ajak akak minum sekali,”jawab salwa lalu berlalu. Iman hanya mengangguk,bersetuju dengan pandangan bekas isterinya itu bahawa adiknya itu telah berubah. Dia tumpang gembira. Kemudian muncul wajah isterinya itu diikuti dengan bekas isterinya.

“marilah akak,minum sekali,”kata salwa sambil menghulurkan air the kepada kakaknya itu. Dengan senyuman,alya menyambutnya.

“sudah la tu baca surat khabar,nanti sejuk plak air ni,”tegur salwa apabila suaminya itu masih lagi belum meneguk air. Iman hanya tersenyum lalu meletakkan surat khabar di atas meja lalu mencapai cawan the di hadapannya. Dia meneguk perlahan. Tatkala dia ingin mengambil kuih,dia dapat rasakan kepanasan di dalam badannya.

“abang..kenapa ni?”Tanya salwa apabila melihat kelakuan pelik suaminya itu. Iman lalu rebah ke lantai. Kejutan jelas kelihatan di wajah adik-beradik itu lalu terus menerpa kea rah iman. mulut iman dipenuhi buih…



“suami puan, diracun,”tersentap salwa mendengarnya. Begitu juga dengan alya.

“takkan dia kena racun..air tu dibuat sendiri oleh adik saya. Macam mana plak ada racun dalam air tu?”soal alya kepada doctor.

“saya tak pasti macam mana racun tu boleh ada dalam air tapi apa yang pastinya,dia diracun. Kamu kena bersyukur kerana dia masih lagi selamat atas tindakan pantas kamu berdua membawa dia ke hospital dan nasihat saya,seharusnya kamu berdua adukan perkara ini kepada polis,biar diorang yang buat siasatan,”kata doktor lalu pergi. Tiada kata yang terkeluar dari mulut alya,dia hairan dengan apa yang telah terjadi. Dia memandang adiknya itu.
Salwa hanya mendiamkan diri sejak dari tadi,mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“sudah la dik,jangan la fikir sangat ye. Bersyukur kepada Allah sebab abang iman dah selamat,”kata alya kepada adiknya itu. Salwa masih lagi membatukan diri.



“assalamualaikum..saya inspector haris. Siapa yang membuat adukan tentang racun tu ye?” Tanya seorang anggota polis yang memperkenalkan dirinya sebagai haris.

“saya,”alya bersuara kerana dialah yang telah menelefon polis sebentar tadi.

“izinkan saya menyoal beberapa soalan,boleh?”alya hanya mengangguk,tanda setuju.

“akak..salwa nak ambil barang dalam kereta kejap ye,”kata salwa sambil berlalu.

“siapa dia dan kenapa dia berkeadaan seperti itu?”Tanya haris apabila pelik melihat keadaan salwa.

“dia adik saya,isteri kepada iman..dia masih lagi dalam keadaan terkejut pasal kejadian ini. Saya harap,segala soalan ajukanlah kepada saya ye,”jelas alya. Haris hanya mengangguk dan memulakan sesi soal siasat.



Langkah salwa lemah longlai apabila berjalan melepasi wad yang berada di hospital tersebut. Fikirandan jiwanya kosong. Ya Allah,ampunkanlah dosa aku,jerit hati kecilnya. dia bertekad untk melarikan diri. tak sanggup dia untuk tinggal di dalam penjara.dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta tapi nasibnya tidak baik apabila dia telah dikejutkan dengan bunyi hon….


“haris..ada kemalangan kat luar ni. Datang cepat,”haris hanya mengangguk apabila mendapat panggilan dari rakan setugasnya yang menuggu di luar hospital.

“maaf ye,ada kemalangan kat luar. Nanti saya akan datang ke rumah cik,”kata haris mengejutkan alya. Kemalangan? Dia mula rasa tidak sedap hati. Entah kenapa,dia mengikuti langkah haris keluar dari hospital tersebut. Tak tahu kenapa tapi dia pasti ada perkara yang patut dia tengok. Dari jauh dia dapat melihat sekelompok manusia yang sedang membantu mangsa. Alya tidak dapat melihat siapakah gerangan orang itu kerana ada orang yang menganggu pandangannya. Dengan pantas inspector haris cuba mengawal keadaan supaya member ruang kepada mangsa untuk bernafas untuk menunggu pihak hospital datang memberi bantuan. Alya kaget,sekarang dengan jelas dia dapat melihat wajah itu.

“adikkkkkk!!!!!!,”jerit alya menerpa kearah adiknya itu.

“adik macam mana boleh jadi macam ni?”Tanya alya melihat keadaan adiknya yang berlumuran darah.

“ka…kak,”panggil salwa dengan suara tersekat-sekat. Dia nekad untuk meminta ampun atas segala apa yang dilakukannya selama ini.

“ye dik..jangan cakap banyak ye.rehat,kejap lagi doctor sampai ye,”perlahan-lahan salwa menyentuh wajah alya. Hampir menitis airmata alya melihat keadaan adiknya itu. Tak sanggup dia kehilangan adiknya itu.

“aa…kak..,adikk mintak maaf ye..aa dik dah banyak menyusahkan akak dengan abang iman. aa..dik yang letak racun tu kak. Sebenarnya..raacun tu adik nak bagi kat akak tapi tahu plak macam mana abang iman yang kena,”salwa memberhentikan kata-katanya. Alya dan inspector haris yang sedang mendengar terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh salwa itu. Akhirnya airmata alya jatuh juga,dia kecewa kerana dendam adiknya itu tidak pernah padam terhadapnya selama ini.

“aaadik mintak maa..aafff ye kak,”kata salwa memohon maaf dengan suara yang makin tersekat-sekat.

“akak maafkan dik..sudah la tu,jangan cakap banyak ye dik,”orang ramai yang menyaksikan kejadian itu pun juga turut menangisi walaupun tidak tahu pucuk pangkalnya. Yang pastinya,semuanya insaf dengan kebesaran Allah ke atas makhluknya.



~~~~~~~~~

Perlahan-lahan alya melangkah masuk ke kawasan perkuburan islam yang berhampiran rumahnya.

“jom..,”ajak iman yang baru saja pulih dan baru pulang dari hospital. Alya hanya tersenyum. Perlahan –lahan dia melangkah seiring dengan langkah iman,bakal suaminya yang akan dia nikahinya kembali menuju kuburan adiknya yang amat dia sayangi. Dalam kegembiraan yang dia jalani pasti ada deritanya begitu juga sebaliknya dan dia bersyukur kerana Allah memberinya kekuatan untuk menghadapi segalanya.




~TAMAT~


~bak kata org,air yang dicincang tak akan putus.begitu juga kita ngn adik-beradik..tak perlu la kita bersaing antara satu sama lain,lebih2 lagi nak berdendam ni.tak elok,klu kita bersaing untuk kepentingan bersama takpe la tp klu hanya kepentingan diri sendiri,baik tak payah.kita berubah la selagi nyawa dikandung badan sbb Allah tak akan mengubah hidup seseorang itu klu orang itu sendri takde keinginan untuk mengubahnya sendri..renung2kan dan selamat beramal..:)