Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, May 10, 2013

Quato Jumaat : 9 Petua Capai Doa Mustajab

Views
  
 
 


Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah SAW untuk mencapai doa mustajab:


1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 


2. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” 


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku dilarang membaca al- Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” 


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

Thursday, May 9, 2013

Imbau #4 : Pembunuhan Along (Spoon)

Views
  
 
 
Selamat tengahari semua. Lunch apa hari ni? Perut aku pun mula krookkk kreekkk dah ni, minta di isi. Tadi aku tengah sibuk catalog buku, tiba-tiba terdengar lagu rindu serindu rindunya. Eh betul ke tajuk tu? Haa kira betul la tu. Disebabkan aku dengar lagu ni jadi aku terimbau kembali kenangan saat kegemilangan Spoon bila lagu tu jadi "gilaan" ramai. Memang top la si Along ni. Suara pun sodap dan ada la rupa skit.

Siapa yang tak tahu tentang kehilangan Along pada masa tu. Semua orang terkejut. Peminat dan terutamanya keluarga dia. Pada 25 December 1999 (erm tak salah aku masa tu aku darjah 5. eh?), Along didapati hilang. Memang kecoh gila masa tu dan rasanya ini adalah kali pertama yang melibatkan artis.

Setelah beberapa minggu dalam proses pencarian, akhirnya pihak polis menjumpai rangka manusia di dalam guni dipercayai milik Along area lereng bukit di Jelebu. Lagi bertambah terkejut semua orang termasuk aku. Aku pun tak percaya rangka tu milik Along. Entah la, aku pun tak tahu nak cerita perasaan aku macam mana masa tu. Semenjak tu, lagu dia seakan-akan berhantu. Sampai ada yang menangis bila dengar lagu tu. Memang tragis la.

Wednesday, May 8, 2013

Duhai Ibu..

Views
  



p/s : Oh ye, tak habis-habis lagi pasal kes "perkauman" yer. Ambil ikhtibar semua. Moga Allah tunjukkan kepada kita kebenaran yang sebenar. InsyaAllah, Amin..