Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Untuk Dia

Views
…………

Dia adalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan.kesilapan yang dia sendiri tidak tahu dari mana puncanya.dari keinginan dia sendiri ataupun dipengaruhi oleh rakan-rakan?dia tiada jawapan untuk soalan itu kerana sudah terbukti bahawa dia dilahirkan dari keluarga yang baik dari segala segi tapi tak tahu mana silapnya hingga dia boleh jauh terpesong sampai sebegini rupa.ah! dia terlalu leka dengan apa yang ada di dunia sehingga lupa ada sesuatu yang menanti dia di akhirat sana.jika dia salah,tunjukkanlah dia ke jalan yang benar…

Kringggg!!!!!

Deringan telefon bimbit akhirnya mengejutkan aku dari tidur. Lambat aku mengangkatnya kerana aku masih lagi dalam keadaan mamai. Apabila aku merasakan diri ku mulai stabil dengan cepat aku menekan punat merah,takut juga kalau tiba-tiba deringannya terhenti.

“assalamualaikum..,”kata aku sambil bangun dari tempat tidur ku.

“zati..kau kan dah janji nak temankan aku breakfast pagi ni,lupa ke ha,”nyaring suara zakuan di corong telefon.ishh buang tebiat ke mamat ni,sakit telinga aku,bisik hati aku sambil menjauhkan sedikit telefon dari telinga ku.

“mana salam kau ha..asyik nak menjerit je kerja kau ek,”kata-kata aku membuatkan zakuan diam sebentar. Aku tahu,dia baru tersedar dari kesilapannya.

“wa’alaikumuassalam..sorry ek tapi salah kau juga sebab janji dengan aku pastu lupa plak kan,”kata zakuan, tak berpuas hati. Aku menepuk dahi,kuat.

“aku lupa la..lagipun semalam aku ada banyak kerja la. Biasa la kan,aku baru je start kerja kat sini,kena la jaga prestasi skit,”zakuan hanya mencebik mendengar alasan aku.

“ah! Ngade la kau ni..,”dengan pantas zakuan menekan punat merah. Talian terputus. Eh! Apasal plak mamat ni main merajuk la plak,kalah perempuan,bisik hati aku. Dengan rasa ingin mengalah,aku mendail kembali nombor zakuan.

“ala kau ni,sejak bila pandai merajuk plak ni,”kata aku apabila zakuan menyambut panggilan aku.

“engkau tula,dari dulu sampai sekarang tak pernah nak tepati masa..asyik lupa je,”aku hanya mengangguk walaupun anggukan itu tidak di lihat oleh zakuan. Aku mengakui,aku senang lupa dengan apa yang terjadi dan perjanjian antara aku dengan orang lain. Betul,takde niat pun nak lupa sampaikan aku kena buat alarm untuk ingatkan aku. Parah kan?

“sorry ok..macam ni la,sekarang juga aku siap ok,nanti kau ambil aku ek,”zakuan tersenyum.

“ok..cepat skit siap tu,”

“ok bos,”aku tersenyum lebar kerana zakuan sudah ‘lembut hati’ kembali.


Nama aku zati, Nor izzati bt Abdul Rahman. Haa yang tadi tu member paling baik dengan aku, Mohd Zakuan b. Abdul Rahman (bukan pemain bola tu tau). Kitaorang ni adik-beradik ke? Tak la,memang kebetulan nama ayah aku sama dengan nama ayah zakuan. Mungkin sebab itu kitaorang boleh jadi kawan kot walaupun pada hakikatnya kitaorang berlainan. Berlainan? Memang la berlainan,aku kan perempuan dan dia pula lelaki..hehe..bukan itu yang aku maksudkan,segalanya lain. Aku seorang gadis yang penuh dengan adab sopan,bertudung litup,menutup aurat sebaik mungkin dari pandangan sang lelaki (masuk bakul angkat sendiri) tapi zakuan pula seorang lelaki yang amat sempurna bagi pandangan perempuan macam aku ini. Bak kata orang,tak kenal maka tak cinta. Itu la yang terjadi dalam hidup aku sekarang ni,hidup yang penuh dalam dilemma. Mungkin sekarang anda berfikir,kenapa perempuan macam aku ni masih lagi mendekatkan diri dengan seorang lelaki yang tak mukhrim untuk aku?betul kan..erm susah aku nak terangkan,mungkin disebabkan aku ada misi tersendiri..nak tahu ke? Biarlah rahsia..huhu


“engkau nak makan apa ni?”Tanya zakuan apabila sampai di food court.

“erm aku nak makan nasi goring ayam jela,”jawab aku. Zakuan bangun dan memesan makanan yang aku inginkan. Tak lama tu,dia sampai membawa makanan. Huu sedapnya,Alhamdulillah,bisik hati aku. Tak lupa untuk mengucap syukur dengan rezeki yang telah Allah berikan.

“zakuan..,”suapan pertama yang baru saja ingin singgah ke mulutnya terhenti serta-merta.

“apadia?”zakuan memandang aku dengan hairan. Aku dah lapar sangat ni,getus hatinya. Dengan pantas aku menadah tangan. Bulat mata zakuan memandang aku lalu tersenyum. Akhirnya dia mengetuai membaca doa makan.

“apa la kau ni..nak makan sampai lupa nak baca doa,”zakuan hanya tersengih sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Masing-masing diam menikmati makanan.

“ishhh kenyangnya..,”kata zakuan sambil memegang perutnya.

“haa tula,makan banyak lagi,”aku hanya tersengih melihat gelagat zakuan.

Tett..tettt!…mesej berbunyi..

Zakuan memandang telefon bimbitnya dan memandang sekilas wajahku. Aku dapat mengagak. Perlahan-lahan aku menjauhkan diri dan memberi ruang kepada zakuan. Akhirnya aku masuk ke kedai muslimah. Erm nak beli tudung la,bisik hati ku. Sambil membelek tudung, dari jauh aku dapat lihat zakuan masih lagi menelefon seseorang dan aku tahu siapa gerangan orang itu. Timbul satu perasaan dalam hati aku.



…………

“kau masih lagi dengan ‘dia’?”Tanya ku perlahan semasa dalam perjalanan pulang tapi masih dapat di dengari oleh zakuan.

“errr…,”zakuan serba salah untuk menjawab ,dia sekadar mengangguk. Aku mengeluh.

“hey kenapa ni?”Tanya zakuan apabila mendengar keluhan aku.

“eh minggu ni kau free tak?”aku cuba mengubah topic.

“nak kemana?”

“ada ceramah dekat masjid rumah aku tu,aku takde kawan.kau temankan aku ek,”terangkat kening zakuan mendengar jawapan aku.

“kau gila!”tersentak aku sebentar.

“kenapa?”Tanya ku hairan.

“aku ni lelaki,mana boleh nak temankan ko.macam la aku boleh duduk satu saf dengan kau,”hampir terhambur gelak aku ketika itu. Zakuan sudah salah faham dengan apa yang ingin aku sampaikan.

“bukan itu la,aku ajak kau temankan aku pergi masjid tu.bila dah sampai kau duduk la tempat lelaki.apa la kau ni,macam tak pernah masuk…..,”kata-kata aku terhenti apabila melihat perubahan wajah zakuan. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri,takut dengan reaksi zakuan kalau aku masih lagi bersuara.


Malam itu aku tidur dalam keadaan serba salah. Terasakah dia dengan aku,bisik hati aku. Pantas aku mencapai telefon bimbitku dan menghantar mesej kepada zakuan.

“assalamualaikum..aku nak mintak maaf kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap tadi.aku takde niat pun nak cakap macam tu” ……message sent….


Tett..tettt!
Dengan cepat aku membukanya…

“mana ada aku marah la,aku ok je.jangan lupa hari sabtu nanti k..nite”

Aku hanya mampu tersenyum. Dia ni langsung tak reti nak jawab salam la,bisik hatiku dengan geram tapi terasa lega kerana zakuan tidak marah.






Ponnn…bunyi hon bergema..

Ishh mamat ni tak reti nak sabar ke,getus hatiku. Dengan cepat aku menyarung kasut dan menutup pintu serta pagar. Aku hanya mencebik melihat senyuman zakuan apabila aku memasuki kereta.

“marah la tu?”agak zakuan apabila melihat aku hanya mencuka sahaja.

“sabar tu separuh dari iman. Tuhan sayang kat orang yang sabar tau,”semakin lebar senyuman zakuan.

“ok2..maafkan aku ye,”dia mengalah.

“cepat la,dah nak masuk waktu ni,”

“aii tadi baru je cakap sabar tu separuh dari iman,ni dia plak yang tak sabar,”terhampur tawa zakuan tapi dalam keadaan terkawal.ala kena la control macho skit,takkan depan perempuan nak gelak over2 kan..

Sampai sahaja di masjid dengan pantas aku keluar tapi tiba-tiba langkah ku terhenti, aku berpatah balik apabila menyedari zakuan masih belum lagi keluar dari kereta. Zakuan seperti mencari sesuatu. Aku hairan..

“kau cari apa tu?”zakuan mendongak dan memandang aku.

“erm aku nak cari barang kejap,kau masuk la dulu ek..nanti aku masuk la,”aku dapat mengagak,zakuan memberi alasan. Dengan rasa bersalah,aku tinggalkan zakuan dan pasti zakuan tak akan memasuki masjid. Tatkala aku melangkah memasuki masjid,wajah ustaz azrin muncul di muka pintu. Cepat aku menyapanya,ada perkara yang ingin aku sampaikan..

“assalamualaikum ustaz,”aku memberi salam apabila ustaz menyedari kehadiran aku.

“wa’alaikumussalam..eh nor sorang je,mana hidayah?”Tanya ustaz azrin.memang sudah menjadi kebiasaan aku akan berjemaah di masjid itu bila masuknya waktu magrihb dan isyak.

“dia balik kampong ustaz. Erm saya nak Tanya,malam ni ustaz bagi ceramah ke?”Tanya aku.ustaz azrin pantas mengangguk.

“saya nak mintak ustaz bagi ceramah guna microfon,”ada kerutan di dahi ustaz azrin tapi tidak ditanya sebab aku menyuruhnya berbuat demikian. Dia hanya tersenyum.

“terima kasih ustaz. Saya mintak diri ye,assalamualaikum..,”

“wa’alaikumussalam,”dengan pantas aku melangkah masuk ke ruangan solat perempuan.

Selesai saja solat maghrib,ustaz azrin akan memberi sedikit ceramah sementara menunggu masuknya fardu isyak. Entah kenapa,tatkala itu dengan pantas aku mencapai telefon bimbit ku yang berada di dalam beg. Dengan cepat aku mendail nombor zakuan.

Kringggg!!!
Kelihatan kerutan di dahi zakuan apabila melihat nombor yang terpapar di skrin telefonnya lalu mengangkatnya. Dia agak terkejut kerana bukan suara aku yang di dengarinya tapi suara ustaz azrin yang baru memulakan sesi ceramahnya. Zakuan hanya mendiamkan diri kerana dia tahu,aku telah membuka pembesar suara jadi dia tidak boleh bersuara. Niatnya untuk memutuskan saja talian tapi ada perkara yang menarik perhatiannya jadi dibiarkan saja.

“tuan-tuan dan puan-puan sudah sedia maklum bahawa hubungan sejenis ni amat dimurkai oleh Allah s.w.t. Ianya akan memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”.
(Surah Al-‘Araf : 80 – 81)

Lembut suara ustaz azrin mengatur bicaranya tapi bagi zakuan pula,dia dilanda rasa gelisah apabila mendengar topic yang sedang dibicarakan oleh ustaz tersebut. Zakuan masih lagi bertahan,dia mahu tahu apa kesudahannya. Lalu ustaz azrin menyambung….

“Begitu juga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual. Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Sekali lagi zakuan tersentak. Peluh mula membasahi dirinya. Entah kenapa,dia sudah tidak merasai kedinginan penghawa dingin di dalam keretanya. Apakah ini satu kebetulan,bisik hatinya.

“tuan-tuan dan puan-puan sekelian, kita juga sedia maklum dengan hukuman yang akan kita terima seperti mana Allah pernah berfirman bahawa;
“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

“kita perhatikan setiap kejadian yang telah menimpa seluruh umat, tak kira la zaman dulu ataupun sekarang telah membri satu peringatan kepada umat islam agar segera kembali kepada islam. Saya harap ianya memberi pengajaran kepada kita semua,” ustaz azrin mengakhiri ceramahnya. Aku pula hanya tersenyum mendengar ceramah untuk hari ini, perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbitku dan melihat talian masih belum diputuskan dan aku yakin, zakuan telah mendengar segalanya. Bagi zakuan pula, dia kaku tanpa kata dan bergerak. Dia dapat rasakan jantungnya hampir terhenti. Tangannya mengeletar, perlahan-lahan dia memandang skrin di telefon bimbitnya. Talian sudah lama diputuskan. Ah! Apa dah jadi dengan aku ni,jerit hatinya.


………..

“zakuan..,”

Teguran aku membuatkan zakuan tersedar. Zakuan memandang aku dengan penuh rasa ketakutan,aku mulai hairan. Kenapa dengan zakuan ni,aku mula berteka-teki di dalam hati. Zakuan membetulkan kedudukannya dan aku masuk tanpa sepatah kata. Dapat aku rasakan ada kelainan pada kelakuan zakuan tadi tapi tidak pula aku menyoalnya,takut tak kena masanya. Dalam perjalanan, tiba-tiba teringat pada pertemuan aku dengan ustaz azrin selepas selesai solat…

“terima kasih ye ustaz sebab semasa ustaz bagi ceramah tadi ustaz guna microfon,”ustaz hanya tersenyum.

“ala takde apa pun,benda kecik je..nak juga saya tahu,kenapa nor suruh saya buat macam tu?”soal ustaz azrin. Aku terdiam sebentar,mengatur ayat agar di terima.

“erm sebenarnya ada kawan saya nak dengar ceramah ustaz tu..dia tak boleh nak datang jadi dia suruh saya guna handphone,”jawab aku walaupun alasan tu langsung tak masuk akal. Ada ke orang buat macam tu?bisik hati aku. Ustaz azrin tersenyum lagi. Murah ustaz ni memang kaya dengan senyuman,asyik senyum je kan,puji ku di dalam hati.

“takpe la kalau macam tu..saya harap kawan awak dapat pengajaran dari ceramah saya tadi.saya mintak diri dulu ye..assalamualaikum..,”

“wa’alaikumussalam,”jawab aku sambil lirik mataku mengekori langkah ustaz azrin. Ishh aku ni tengok orang sampai tak ingat dunia,astaqfirullahalazim..aku beristifar..


Tettt..tettt..
Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi tatkala aku baru saja merebah diri aku ke atas katil. Terpapar 1mesej dari zakuan,lantas aku membukanya..

“assalamualaikum…maafkan aku sebab tak join kau dengar ceramah tu tadi dan aku mintak maaf sangat2 sebab bohong kau”

Aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh zakuan itu. Memang dari dulu aku sedar,zakuan memang payah untuk mendirikan solat. Tiap kali aku mengajak,ada saja alasannya. Inilah kali pertama zakuan menerima pelawaannya,itu pun zakuan tidak menunaikan solat tapi hanya duduk di dalam keretanya saja. Aku mengeluh. Apa yang perlu aku buat untuk membantu dia,bisik hati aku.

“wa’alaikumussalam..tak apa,aku tak marah pun. Itu adalah percubaan pertama untuk kau tau,”

Aku menekan butang send..

Tettt..tettt..
Pantas aku membukanya…

“esok kita jumpa ye..ada benda yang aku nak suruh kau ajar aku..ok nite,assalamualaikum”

Berkerut dahi aku apabila membaca permintaan zakuan itu. Dia nak aku ajar apa,bisik hati aku.

“baiklah..jumpa esok..wa’alaikumussalam”

Walaupun bermacam persoalan menerjah dalam fikiranku tapi aku gembira kerana menyedari ada sedikit perubahan yang ditunjukkan oleh zakuan. Mata aku masih belum lagi mengantuk. Aku masih lagi memikirkan soal zakuan. Fikri,itulah nama sahabat baik zakuan. Dulu aku sangkakan mereka itu adalah sahabat baik tapi sangkaan ku meleset apabila rahsia mereka terbongkar. Memang pada permulaannya aku percaya pengakuan zakuan yang dikatakan sudah berpunya. Pernah juga aku bertanya,siapakah gadis bertuah itu tapi tidak pernah diendahkannya. Rupanya apa yang aku bayangkan sebelum ini bahawa gadis itu semestinya lemah lembut dan berbudi pekerti memandangkan zakuan seorang yang amat menjaga dirinya tapi semuanya salah belaka. Aku tertipu. Kenapa kaum sejenis yang menjadi pilihan kau?

“zakuan..ada orang call kau!”jerit aku apabila zakuan dengan tiba-tiba ingin ke tandas semasa mereka membeli barang keperluan di tesco.

“kau angkatkan la..aku tak tahan dah ni,”aku hanya tersenyum melihat gelagat zakuan,berlari-lari menuju ke tandas. Alamak awek dia call la,bisik hati aku mula gelabah. Takut dia salah faham kalau dia tahu aku keluar dengan zakuan. Tanpa berlengah aku mengangkatnya..

“hello assalamualaikum..,”…..sepi….tiada jawapan

“hello…,”ulang ku..

“awak ni siapa?”tersentak aku mendengar suara yang menyambutnya. Lelaki?

“errr…..,”lidah ku kelu, debaran makin deras.

“siapa call?”soal zakuan melihat telefon bimbitnya masih melekat di telinga ku. Aku memberi telefon tersebut dan berlalu tanpa memandang wajahnya.

Zakuan hairan,dilihatnya telefon itu. Dia kaget.

“zati tunggu..!”jerit zakuan mengejar aku.




Argh! Perlukah aku mengingati peristiwa itu. Terasa pedih sekali. Pedih? Perlu ke aku mempunyai perasaan seperti itu. Apa yang aku rasa sekarang ni? Tak mungkin aku jatuh hati kepadanya. Sia-sia sahaja kalau aku menyimpan perasaan terhadap dia. Sanggupkah aku menerima dia setelah aku tahu masa silamnya? Tidak…tapi perasaan aku ni…


Pagi itu…..

“assalamualaikum..zakuan,maaf la sebab aku tak boleh nak jumpa kau petang ni sebab parents aku tiba-tiba je datang so esok jela kita jumpe ye…maaf,”…..message sent….

Tiada jawapan dari zakuan. Adakah dia marah?bisik hati aku. Argh biarkanlah,yang lebih penting sekarang ni adalah apa hajat ummi dan ayah datang menjenguknya hari ini. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa menaruh syak wasangka tentang hajat keluarga untuk melawat ku tapi kelancarannya tidak lama apabila ummi memulakan mukadimmahnya..

“nor dah ada pilihan ke sekarang ni?”aku memandang ummi kemudian mataku berpindah ke wajah ayah.

“belum lagi. Tak tahu nak pilih yang mana satu,”dahi ummi mengerut kemudian dia tersenyum.

“kenapa pula tak tahu nak pilih. Pilih jela,kan senang. Tak payah la buat ummi dan ayah tertunggu-tunggu,”aku tersenyum.

“bukan apa ummi,dua-dua nor minat tapi satu kat Pahang dan satu lagi kat Sarawak. Kan susah nak pilih tu,”dahi ummi kembali berkerut.

“Pahang? Sarawak? Apa maksud nor ni?”akhirnya ayah bersuara apabila dia mula hairan dengan apa yang aku cuba katakan.

“ala ayah ni buat-buat Tanya pula. Pasal kerja tu la,apa lagi,”terhambur tawa ayah dengan diiringi senyuman ummi. Eh aku salah cakap ke?bisik hati aku.

“maksud ummi bukan pasal itu la. dia Tanya, nor dah ada calon suami ke?”mata ku terbeliak.

“suami..!!!”aku kaget.



“ummi gembira sangat sebab nor terima peminangan ni. Ummi percaya,inilah jalan yang terbaik buat nor,”masih terngiang kata-kata ummi semalam. Aku lihat cincin di jari. Ini ke cara aku bertunang? Selepas saja aku menerima apa yang ummi hajatkan terus dia keluarkan sebentuk cincin dan menyarungkannya ke jari manis ku. Ummi kata keluarga pihak lelaki tak sempat nak buat majlis pertunangan memandang tunang ku itu sibuk orangnya, tengah membuat persiapan untuk bekerja di luar Negara. Kesimpulannya sekarang,lepas saja aku menikah nanti aku akan terus terbang bersama suami ku itu. Perlu ke aku tinggalkan bumi Malaysia ini? Hurm…

“awak zati kan..!”terhenti sebentar lamunan ku itu apabila ada seseorang menyapa ku dengan keras semasa aku menunggu kedatangan zakuan di taman permainan berhampiran rumah ku. Aku berpaling dan tergamam sebentar. Sekarang aku sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali.

“disebabkan kau..dia mintak putus dengan aku. Perempuan tak tahu malu!”

Bukkkkk!!!!! (sbnrnye xthu nk wt bunyi kena tumbuk mcm mn..huhu)

Aku rebah ke tanah.

“hoiiiiii….!”jerit seseorang..

Tumbukan padunya membuatkan aku rasa berpinar. Dalam kesamaran itu, aku dapat mendengar dengan jelas satu pertengkaran antara dua orang lelaki tapi tak pasti siapa. Akhirnya aku lemah,mata ku tertutup rapat. Ya Allah…



…………..

Dekat mana aku sekarang ni,bisik hati aku. Dunia aku sekarang ni dipenuhi dengan kegelapan. Ummi..ayah..,kata hati ku dengan penuh kegelisahan. Hampir menitis airmata aku..

“zati,”dan tatkala itu aku tergamam. Siapakah yang bersuara itu? Lama kelamaan ada cahaya mendekati aku. Kaki aku lemah untuk berlari dan…..

“Alhamdulillah,kau dah sedar zati,”suara zakuan penuh dengan kegembiraan. Aku hanya sekadar memandang.

“kat mana aku ni?”soal aku dengan nada perlahan.

“kau kat hospital ni,tadi kau pengsan,”jelas zakuan serba salah. Apakah dia perlu berterus-terang. Mendengar saja apa yang diceritakan oleh zakuan,baru aku teringat tentang peristiwa pertemuan aku dengan seseorang yang tidak aku kenali.

“siapa orang tu?”Tanya ku kepada zakuan. Dia hanya membisu.

“zakuan..,”

“maafkan aku zati..aku ingatkan dia ugut kosong je,aku tak sangka dia betul-betul nak serang kau. Aku sayang kau,zati,”terpacul juga ayat keramat itu dari mulut zakuan dengan penuh esak. Aku tergamam. Apakah ini yang aku tunggu selama ini?

“semenjak perkenalan pertama dulu lagi aku dah sedar yang cara aku salah tapi aku tetap teruskan kerana aku takut jika aku berterus-terang tentang perasaan aku ni,kau akan menolak. Memang fitri sahabat baik aku dan aku tak sangka dia seorang ‘gay’. Takde niat aku nak masuk dalam golongan itu. Aku jadi buta agama disebabkan takut dengan seorang wanita yang telah menambat hati aku,menolak cinta aku. Aku tak setaraf dengan kau,zati,”deras linangan airmata zakuan. Dia sudah tidak dapat menanggungnya lagi. Tiba la masanya untuk dia berterus-terang. Mengharapkan agar aku faham. Aku kaget dengan apa yang dikatakan oleh zakuan tapi aku masih lagi belum mampu untuk menjawabnya.

“niat aku berjumpa kau hari tu untuk tunjukkan aku ke jalan yang benar dan dalam masa yang sama aku nak jadikan kau sebahagian dalam hidup aku,maafkan aku zati,”aku memandang wajah zakuan. Sayu hatiku.

“mintalah petunjuk dari Allah dan mintalah keampunan dari-Nya. InsyaAllah,kau akan diberi-Nya petunjuk sebagaimana yang kau hendakkan. Aku disini untuk membantu apa yang patut je,selain itu kau yang akan tentukan,”jawab aku sambil mengalihkan pandangan aku dari wajahnya. Sebelum sempat zakuan berkata-kata, tiba-tiba ada seseorang muncul..

“zati ok,”pantas dia bertanya,aku hanya mengangguk. Dapat ku lihat dengan jelas kerutan di dahi zakuan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah,berikanlah aku kekuatan, doaku di dalam hati.

“zakuan..ini ustaz azrin,tunang aku,”seperti halilintar telah memanah hati zakuan membuatkan hatinya hancur lebur. Kenapa begini jadinya,bisik hati zakuan. Zakuan menyesal kerana dia lambat bertindak untuk berterus-terang tentang perasaannya itu.




Bunyi kompang mula bergema menandakan pengantin lelaki sudah sampai dan bagi pengantin perempuan pula sudah siap menyambutnya. Aku yang masih berada di dalam bilik dengan kelam-kabut keluar untuk menjemput sang kekasih yang kini telah bergelar suami. Perasaan apakah ini,gembira? Pastinya kegembiraan yang aku rasai saat ini. Kenapa? Sebab aku akan melangsung perkahwinan hari ini? Erm itu adalah salah satunya. Yang pastinya aku lebih gembira menerima sepucuk surat dari seorang sahabat yang amat aku sayangi.


Assalamualaikum zati…
Ketika surat ini sampai ke tangan kau,aku telah selamat sampai di mesir untuk beberapa bulan dan pastinya kau sedang bergembira di sisi suami mu,azrin. Untuk pengetahuan kau,aku gembira sekali apabila mendapat tawaran bekerja di sana dan dikesempatan itu boleh la aku padatkan lagi ilmu ku tentang agama di bumi Allah yang tersergam indah ini. Disini juga ingin aku selitkan peristiwa yang membuatkan aku tersedar betapa besarnya kuasa Allah itu. Bak kata orang,kita hanya mampu merancang,tuhan yang tentukan. Itulah yang aku hadapi ketika itu,ketika aku menemui sesuatu yang amat berharga dan sebagai tanda ku menghargai seorang sahabat yang banyak berjasa,ingin ku kongsi kegembiraan ini…permulaannya begini..




“argh kat mana tempat untuk berlepas ni,”zakuan mengomel sendirian. Dia kurang arif dengan airport KLIA itu. Biasa la,kali pertama nak terbang jauh. Tatkala itu dia terdengar pengumuman tentang penerbangannya.

“nasib la sempat,kalau tak..boleh terlepas ni,”kata zakuan apabila dia sedar dia agak lewat sedikit tiba di airport tersebut. Sedang dia berlari menuju pintu berlepas,dia terlanggar seseorang..

“maaf..,”kata zakuan memohon maaf. Alamak kesian pula kat dia,habis buku dia berterabur. Baik aku tolong kutipkan,bisik hati zakuan.
Apabila dia ingin menyampaikan buku tersebut kepada tuannya,dia terkesima sebentar sambil memandang gadis yang memakai purdah di depannya. Mata bertentang mata,akhirnya dia tersenyum sendirian.

“maaf ye,”kata zakuan memohon maaf sekali lagi. Dia tahu gadis itu sedang tersenyum apabila melihat lirik mata gadis tersebut.

“tidak mengapa,terima kasih,”jawab gadis tersebut lalu pergi. Sekali lagi zakuan tersenyum dan ingin berlalu tetapi langkahnya terhenti apabila melihat ada satu lagi buku tercicir milik gadis tadi.

“alamak,ada lagi satu la..aku tak perasan plak tadi,”kedengaran pengumuman kali kedua dibuat. Dengan penuh rasa bersalah dia mengutip buku tersebut dan pergi menuju ke pintu berlepas.

Dalam keadaan gemuruh,zakuan mencari tempat duduknya dan apabila dia berpusing kearah lain pula..dari jauh dia dapat melihat susuk tubuh yang baru saja dia temuinya tadi. Ya Allah,dengan izin-MU tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,bisik hati zakuan. Dengan hati yang berbunga,dia menghampiri gadis itu....


….aku harap kau pun tumpang gembira dengan perkhabaran aku ini. Di sini juga aku doakan agar kau sentiasa berbahagia hingga ke pintu syurga,insyaAllah..ku undur diri buat seketika dan sampaikan salam ku kepada suami kau dan keluarga. Aku juga ada selitkan sesuatu untuk kau dan mengharapkan kehadiran kau yang amat bermakna itu..salam ukhwah dari bumi mesir..

Yang benar,
Mohd Zakuan Abd Rahman




Dibelakang surat tersebut, terselit satu kad yang amat menggembirakan aku. Moga kau sentiasa berbahagia dan sentiasa berada di jalan Allah..amin,doa ku di dalam hati sambil menatap kad jemputan perkahwinan yang berwarna pink itu…


~TAMAT~




~kdg2 kita terlalu pasti dgn kehidupan yang sedang kita jalani ini tanpa mengetahui satu hari nanti kita akan kecewa dengan apa yang kita cuba rancangkan..contonhnya,pasangan hidup kita..jodoh,pertemuan dan perpisahan sumenye terletak pada-Nya.walaupun satu hari nanti kita kecewa dengan apa yang berlaku,jangan pernah sesekali berputus asa kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.mungkin perginya sang kekasih pastinya akan diganti dengan yang lebih baik..insyaAllah..(sorry klu xbez..huhu)

No comments: