Aku menghentak kaki dengan keras tanda protes aku dengan cadangan yang telah emak suarakan. Aku benar-benar tidak puas hati.
“kenapa Lia? Kenapa waktu kak long dengan abang sambung belajar, mak tak suruh diaorang ambil kos ni? ,” Tanya aku, masih lagi tidak berpuas hati.
“mak tetap dengan keputusan mak, Lia..suka atau tak, mak nak engkau ambil kos ni juga,” jawab mak dengan keras.
“Lia pun ada minat Lia sendiri, mak kena faham tu ,” kata aku, tidak mahu kalah dengan sikap tegas emak yang cuba memaksa. Dia hairan dengan sikap emaknya yang tiba-tiba mendaftarkan namanya ke sebuah kolej , Dah la kosnya pun bukanlah pilihannya tapi telah ditentukan oleh emaknya terlebih dahulu tanpa mengetahuannya.
“Lia..cuba dengar cakap mak ni, semua ni untuk kebaikan Lia juga tau,” kata emak lalu bingkas bangun, mematikan niat Lia untuk berdebat lagi. Dia pelik,emaknya amat tegas kali ini. Dari tadi kak long dan abang amir hanya mampu mendiamkan diri. Tiada langsung niat mereka untuk mempertahankan dirinya. Apa yang mereka mampu lakukan adalah..
“Lia ikut saja la apa yang mak nak tu,” kata kak long diiringi dengan anggukan abang amir.
“tapi kak long..,” kata-kata ku terhenti apabila abang amir memegang erat bahu ku.
“abang pasti..semua ni pasti ada hikmahnya. Lia jangan la berkeras sangat dengan mak tu, tak elok tau. Lia nak ke jadi anak derhaka, tak cium bau syurga dik,” nasihat amir membuatkan Lia terdiam. Hati yang pada mulanya memberontak mula diselubungi dengan penyesalan dan keinsafan. Aku hanya menggangguk dengan lemah.
…
Hari ini adalah peperiksaan untuk kali terakhir dan tak lama lagi, aku akan menerima segulung ijazah. Begitu cepat masa berlalu dan dalam masa yang sama aku gembira kerana walaupun itu bukanlah pilihannya tapi dia dapat melihat riak wajah emaknya yang gembira dengan setiap kejayaannya.
“takpe la, engkau belajar la elok-elok..mungkin ada sebab mak buat keputusan macam tu. Tu maknanya, mak betul-betul sayangkan engakau,” kata kak long pada suatu petang semasa cuti semesta.
“tapi tak kan la sampai macam tu, Lia pun nak berdikari dan belajar buat keputusan sendiri,” jawab aku cuba mempertahankan kehendak aku.
“engkau mentah lagi dik, banyak benda engkau kena belajar tau,” jerkah abang amir dari luar.
“owh curi-curi dengar ek,” kata aku sambil mencubit lengan abang amir. Dia menjerit serta menunjukkan mimik muka menahan cubitan dari adiknya itu.
“mana ada la, kebetulan dah dengar so apa lagi..join la sekali,” kata amir membuatkan kak long ketawa. Rindu sangat dengan suasana sebegitu tapi dibuangnya kenangan itu buat sementara waktu kerana kewajipannya masih belum selesai.
Sampai sahaja di pintu rumah, aku diterpa dengan kehadiran kak long. Aku kaget melihat wajah sunggul kak long.
“kenapa ni kak long?” Tanya aku menambahkan tangisan kak long. Aku masih lagi dalam keadaan binggung.
“Lia..mak dah takde dik,” aku jatuh terjelupuk. Kini aku dapat rasakan dunia aku mula gelap gelita. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu agar dapat menerima ujian yang amat berat ini,bisik hati aku.
…
Sudah seminggu pemergian emak tapi aku bagaikan merasai kehadirannya. Ah, berdosakah aku kerana asyik bertegang urat dengan emak sebelum ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibu ku agar dia tenang berada di sisi mu, bisik hati kecil ku.
Dengan berat hati aku melangkah menuju ke bilik. Tatkala berada di pintu, aku terkejut apabila kak long sedang tekun membaca buku yang sentiasa berada di sisi aku. Ya, itulah rakan peneman ku semasa di kolej.
“kak long tak patut baca hak orang lain tanpa keizinan,” marah aku sambil merampas buku yang dipegang oleh kak long. Kak long terpinga-pinga kemudian bersuara.
“kak long tak tahu pula yang adik akak ni pandai menulis,” kata kak long sambil menitiskan air mata.
“tak sangka, patut la mak beriya-iya suruh engkau ambil kos tu..rupanya memang dia dah siapkan semuanya untuk engkau, Lia,”sambung kak long membuatkan aku terkejut.
“apa maksud kak long?” Tanya aku yang penuh dengan tanda Tanya.
“dia tahu engkau pandai menulis dan mak pernah membaca tulisan engkau tu. Dia gembira sangat dengan bakat yang engkau ada tu,” kata kak long. Perasaan bersalah mula menyelinap.
“mak sudah tubuhkan satu syarikat untuk engkau terbitkan hasil tulisan engkau tu dan membantu menerbitkan hasil tulisan orang lain,” sambung kak long membuatkan perasaan bersalah semakin menebal. Ya Allah, ampunkanlah dosa aku,detik hati aku. Airmata ku mula mengalir, patut la setiap kali dia pulang bercuti pasti emaknya tak lekat di rumah. Rupa-rupanya emak sedang menguruskan syarikat agar satu hari nanti aku dapat mengambil-alih tugas itu seperti mana yang dikehendakinya. Aku memeluk kak long dengan erat, dari jauh abang amir hanya melihat dengan senyuman dan linangan airmata. Terima kasih mak, jerit hati ku.
~ TAMAT ~
~kdg2 apa yg kita rncg dan apa yg kita nk tak semestinye kita dapat. bak kata org, bila kita nk buat sesuatu biarlah ianya direstui oleh ibu bapa walaupun perkara tu menyimpang dari kehendak kita, pasti ada hikmahnye. jgn bila putih mata, bru nk nyesal..renung-renungkan dan selamat beramal..huhu..peace!!
~ TAMAT ~
~kdg2 apa yg kita rncg dan apa yg kita nk tak semestinye kita dapat. bak kata org, bila kita nk buat sesuatu biarlah ianya direstui oleh ibu bapa walaupun perkara tu menyimpang dari kehendak kita, pasti ada hikmahnye. jgn bila putih mata, bru nk nyesal..renung-renungkan dan selamat beramal..huhu..peace!!
No comments:
Post a Comment