Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Salahkah aku?

Views
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipiku. Mataku sudah puas berkelana ke sana ke sini melihat seluruh pelusuk ciptaan Allah s.w.t. ini. Ucapan syukur tidak lekang dari bibirku kerana dapat menikmati keindahan yang amat menenangkan jiwa. Perlahan-lahan aku membuka kasut dan bermain di gigi air. Ah! Terasa sejuk dan nyaman jika berada di tepi pantai di saat ini. Ingin sahaja aku menghabiskan sisa hidup aku di Pulau Pangkor ini tetapi apakan daya, ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Nurul Najihah, itulah nama yang sering bermain di bibirku kerana dia satu-satunya insane yang amat aku sayangi. Terlalu banyak aku berhutang budi dia dan sekeluarga. Keluarga yang sanggup menjaga aku selepas kehilangan ibu tercinta. Walaupun aku tidak pernah mengenalinya tetapi aku bersyukur kerana tela menjaga aku dengan baik selama 9bulan. Pengorbanannya tidak akan aku lupakan, kerana ibulah aku dapat mengenali sebuah keluarga yang tidak pernah jemu-jemu member tunjuk ajar kepada ku.


*****
Suara tangisan bayi memeriahkan suasana yang sepi dan tegang itu. Doktor dan semua jururawat yang mengendalikan proses bersalin melepaskan nafas lega tetapi tidak lama apabila keadaan si ibu dalam keadaan kritikal dengan tiba-tiba. Semua yang bertugas cuba menyelamatkan si ibu tetapi usaha mereka sia-sia sahaja kerana akhirnya si ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil diiringi tangisan bayi yang semakin kuat. Bagai mengetahui ibunya telah pergi untuk selama-lamanya.

Firman Allah SWT (31:14):
الْمَصِيرُإِلَيَّوَلِوَالِدَيْكَوَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali

Sabda Rasulullahi SAW:
رواه مالك وأحمد وأبو داود وغيرهم . وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ.
“Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid). H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani.

“Abang,wad yang mana satu ni?” tanya Puan Rohaya kepada suaminya, En. Mokhtar.

“Wad yang kat depan tu”, jawabnya cuba menyakinkan isterinya yang tampak ragu-ragu. Hari ini, mereka berdua telah sepakat untuk melawat salah seorang rakan kerja En. Mokhtar yang telah selamat melahirkan seorang bayi.

Abang”, tiba-tiba Pn. Rohaya menarik tangan suaminya itu membuatkan dakan En. Mokhtar terdorong ke belakang.

“Kenapa dengan awak ni,pakai tarik je”, marah En. Mokhtar kemudian terdiam sebentar melihat kelekaan isterinya memandang sesuatu. Hampir terbeliak mata En. Mokhtar apabila mengetahui isterinya sedang memandang seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

Nurse..siapa nama bayi tu”, tanya Pn. Rohaya apabila ada seorang jururawat keluar dari bilik tersebut.

Bayi tu belum ada nama lagi”,berkerut dahi Pn. Rohaya.

Kenapa takde nama lagi?” tanya Pn. Rohaya sekali lagi.

Sebab ibu dia meninggal dunia selepas melahirkan dia”, Pn. Rohaya terkedu mendengar jawapan dari jururawat itu. Matanya dialihkan ke arah bayi itu semula,ada hikmah kedatangannya ke hospital hari ini.

Pn. Rohaya gembira dengan persetujuan yang diberikan oleh En. Mokhtar untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat walaupun pada hakikat dia sudah mempunyai seorang cahaya mata tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk membantu hamba Allah yang amat memerlukan pertolongan.

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu akan terpenuhi.” [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy : 254]



*****
Hari demi hari, aku dibesarkan bersama seorang kakak dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang begitu sempurna. Tiada langsung istilah ‘berat sebelah’ dan aku amat bersyukur kerana Allah s.w.t. kerana telah mengurniakan kepada ku keluarga yang amat mengambil berat walaupun aku sudah sedia maklum kedudukan aku di dalam keluarga tersebut. Tiap kali aku membuka topik tersebut pasti dimarahi oleh ayah dan ibu. Mereka tidak suka soal itu dibangkitkan dan akhirnya perkara itu lenyap ditelan zaman. Kemanisan yang aku rasai pada permulaannya kini dicampuri dengan kepahitan sedikit demi sedikit.

Harta. Disinilah bermulanya titik hitam di dalam hidup ku yang tidak pernah aku gambarkan. Soal kedudukan yang telah lama ditelan zaman kini dibangkitkan semula. Kami dua beradik semakin membesar,mengejar segala ilmu tidak kiralah dunia ataupun akhirat tetapi pemergian ayah telah mengubah segalanya.

“Hey! Kau buat apa tu? Siapkan kerja sekolah aku ni..cepat sikit!” Najihah melemparkan bukunya di hadapan ku.

“Tapi Najwa pun ada kerja sekolah juga”,jawabku dengan teragak-agak.

“Melawan kau ye..aku suruh buat,buat jela. Banyak cakap pula!” jerkah Najihah sambil menolak kepala ku.

Dengan teresak-esak aku mengambil buku Najihah dan menyiapkan kerja sekolahnya. Aku mulai pelik dengan perubahan sikap Najihah dan kami sudah tidak seakrab dulu. Segala apa yang aku lakukan pasti tidak kena dimatanya. Pn. Rohaya hanya mampu menitiskan airmatanya melihat anak kandungnya berkelakuan seperti itu. Hanya kepada Allah s.w.t. sahajalah dia mampu berdoa agar anaknya itu berubah.

Maafkan ibu”,kata Pn. Rohaya pada suatu malam sambil mengusap kepala anaknya yang sentiasa membuatkan dia dipagut rasa bersalah.

Kenapa ibu cakap macam tu. Ibu tak salah apa pun,Najwa yang kena minta maaf sebab tak boleh nak jaga ibu”,Pn. Rohaya tersenyum mendengar kata-kata Najwa itu.

Ibu minta maaf,jagakan kak Najihah untuk ibu”, serta merta airmatanya mengalir dan dengan pantasnya dia menarik aku ke dalam dakapannya. Suasana sedih bertukar sepi. Deruan nafas yang menyapa telinga ku kini terhenti. Dakapan yang erat mulai longgar.

“Ibu..”,tiada sahutan..

“Ibu..!” airmata ku tidak henti-henti mengalir kerana tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan sekali lagi.

Ya Allah,besarnya dugaan yang Engkau berikan pada hambamu ini,bisik aku di dalam hati. Bagaimana aku ingin menempuh kehidupan selepas ketiadaan ibu. Pantas hatiku terdetik mencari wajah yang amat diperlukan. Tiada.

“Barangsiapa yang membuat ibu bapanya GEMBIRA (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah. Barangsiapa pula yang menyakiti hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian dari Allah.”
(Riwayat Bukhari)


*****
“Saya tak setuju!!”, bentak Najihah tiba-tiba apabila En. Yusuf iaitu peguam ayah, selesai membacakan wasiat yang ayah tinggalkan. Aku tergamam dengan tindakan Najihah itu. Apa yang membuatkan Najihah tidak bersetuju dengan wasiat itu.

“kenapa Najihah tak setuju?” tanya En. Yusuf. Pantas matanya memandang aku.

Adakah ini soal Najwa?” tanya En. Yusuf lagi apabila Najihah tidak menjawab pertanyaannya tadi. Aku menundukkan kepala,tidak sanggup bertentangan mata dengan Najihah apabila soal aku dibangkitkan.

“Memang pasal Najwa!” En. Yusuf semakin keliru.

“Cuba terus-terang dengan pakcik,apa yang membuatkan Najihah tidak bersetuju dengan keputusan ini? Adakah kerana Najwa mendapat lebih ataupun kurang?” Najihah hanya tersenyum sinis.

Lebih? Kurang? Dia tidak sepatutnya mendapat 1 sen pun dari harta ayah tau!” pantas mataku jatuh ke wajah Najihah,berkecai jiwa ku dihina sebegitu rupa. En. Yusuf menggelengkan kepalanya.

“Ini wasiat ayah kamu jadi kamu kena terima dengan seadaanya dan berdoalah selalu agar dia sentiasa aman di sana”, pantas Najihah mengangkat kaki lalu pergi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya. ”[Riwayat Ibnu Majah]


Pangggg!!!!
Satu tamparan singgah dipipi,rasa hangat terasa. Perlahan-lahan aku meraba pipi yang kesakitan. Airmata mula bertakung tapi aku cuba sedaya upaya untuk menahannya daripada mengalir. Pantas ku tatap wajah Najihah yang kelihatan bengis sekali.

Kenapa,apa salah Najwa?” tanya ku,ingin tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan. Semenjak pembacaan wasiat hari itu,batang hidung Najihah langsung tidak kelihatan di rumah. Berhari-hari dia tidak pulang,risau aku dengan kelakuannya. Cukuplah dengan kehilangan yang aku hadapi sebelum ini,tidak sanggup aku untuk hadapinya lagi.

Kenapa kau tanya aku,dasar anak angkat. Hey kau sedar la diri tu sikit,dah la menumpang kat rumah orang lepas tu senang-senang macam tu je kau nak rampas semua harta family aku!” tergamam aku mendengar kata-kata Najihah. Sumpah,tidak terlintas langsung difikiran ku untuk melakukan semua perkara itu.

Kalau bukan sebab kau,ayah dan ibu tak akan pergi dan ayah tak akan buat wasiat macam tu..semuanya kerana kau!” sungguh,aku tidak dapat menahannya lagi,airmata ku deras mengalir
.
Astaqfirullahala’zim..mengucap kak Najihah,semua ni Allah yang tetapkan. Kita sebagai umat kena redha dengan ketentuan-Nya”, nasihat ku. Najihah hanya tersenyum sinis.

Sebelum kau nak nasihatkan aku ataupun nak bagi ceramah,cermin diri kau tu dulu. Tak payah la kau nak tunjuk pandai depan aku tau. Hey dengar sini,mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi,keluar sekarang!”esakkan ku semakin kuat. Suara ibu semakin kuat kedengaran di telinga ku. “jagakan kak Najihah untuk ibu”..

Apa salah Najwa kak sampai akak nak halau Najwa ni?” kata ku diselang-seli dengan esakkan. Pantas aku melutut di hadapannya sambil memaut kuat pada kakinya.

Arghh! Banyak cakap la kau ni. Nah! Beg kau,aku dah sumbat sume baju kau dalam tu. Pandai-pandai kau la nak hidup lepas ni”, Najihah menolak keras badan Najwa yang sedang berpaut pada kakinya.

Kemarahan Najihah sudah mengusai dirinya hinggakan dia sanggup untuk menghalau aku dari rumah. Malam itu aku berteman sepi dan airmata,tidak tahu mana arah tujuan ku. Akhirnya sebuah surau menjadi tempat singgahanku dan ini member kesempatan untuk ku mendekatkan diri kepada-Nya moga diberi kekuatan dalam menjalani dugaan hidup ini.

~BERSAMBUNG~

No comments: