“Nak..bangun nak”, dapat ku dengar sayup-sayup suara menyapa telingaku. Perlahan, ku membuka mata. Hampir terbeliak mataku, agak terkejut apabila melihat seseorang berpakaian serba putih berdiri di hadapan ku sekarang ini.
“Makcik ni orang la, bukannya hantu”, suara jeritan yang ingin keluar dari mulut ku terhenti di kerongkong. Aku memandangnya dari atas hingga ke bawah untuk memastikan dia berkata benar. Erm kaki dia pijak lantai,batul la ni manusia,bisik aku di dalam hati sambil tersenyum.
“Maafkan saya makcik,saya terkejut tadi,” kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Dia menyambutnya sambil berkata..
“Tak apa,salah makcik juga sebab kejutkan kamu. Siapa yang tak terkejut kalau tengok orang serba putih pagi-pagi ni,kalau makcik nampak pun makcik terkejut”,seloroh wanita separuh umur yang memperkenalkan dirinya sebagai Rosnah.
“Sudah masuk waktu subuh ke makcik?” tanya ku sambil mengosokkan mata apabila terasa sedikit silau apabila Makcik Rosnah membuka lampu surau.
“Sudah. Pergilah bersihkan diri,kita solat sama-sama”,aku mengangguk pantas lalu mengorak langkah menuju ke bilik air surau.
Saat aku menadah tangan memohon doa,dengan sepantas kilat peristiwa semalam menjelma di ruang fikiran ku. Airmata ku mengalir,agak kecewa dengan apa yang telah terjadi. Aku memohon ampun kepada Allah dan berharap Najihah akan berlembut hati untuk menerimaku kembali. Tanpa aku sedari, gelagat aku diperhatikan oleh Makcik Rosnah dari jauh. Dia hanya tersenyum manis. Perlahan-lahan dia menghampiri aku. Sentuhan lembutnya di bahu ku amat meruntun hati ku. Aku memandang Makcik Rosnah dengan mata yang berkaca. Bagaikan ada kuasa magnet,dengan pantas aku memeluk Makcik Rosnah.
“Makcik tengok berat sungguh beban yang kamu tanggung ni. Boleh makcik tahu,apa yang membuatkan kamu sampai ke sini”, perlahan aku meleraikan pelukan ku.
“Sudikah makcik mendengarnya”,tanya ku di dalam esakan. Makcik Rosnah hanya tersenyum.
“Kalau kamu sudi untuk menceritakannya,makcik bersedia untuk mendengarnya. Hm marilah kita pergi ke tempat yang lebih selesa. Kamu mesti lapar kan?” tanya Makcik Rosnah diikuti dengan anggukan ku. Memang dari semalam lagi aku masih belum menjamah sebarang makanan pun. Disebabkan terlalu letih mencari arah tujuan dan bersengkang mata untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga membuatkan aku terlena.
“Makcik tinggal di sini?” tanya ku apabila Makcik Rosnah membelokkan keretanya memasuki perkarangan sebuah asrama. Makcik Rosnah hanya mengangguk dan mempelawa aku masuk ke ruangan makan.
“Nah,makan la”, Makcik Rosnah meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapan ku. Perlahan-lahan aku membaca doa dan menyuapkan makanan ke dalam mulut ku.
“Inilah rumah makcik,rumah asuhan anak-anak yatim”,suapan aku terhenti. Aku mengangkat kepala memandang makcik Rosnah dengan mata yang berkaca. Berkerut dahi makcik Rosnah apabila melihat gelagat ku itu.
“Kenapa Najwa,makcik tersalah cakap ke?”soal makcik Rosnah sambil memegang erat tangan ku.
“Saya nak tanya makcik,adakah ini tempat asal saya yang sebenarnya?”makin berkerut dahi makcik Rosnah dengan pertanyaan ku itu.
“Apa maksud Najwa ni,makcik tak faham”,aku terdiam sebentar,cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata.
“Saya anak yatim makcik,adakah ini tempat saya sehinggakan saya tak layak tinggal di tempat lain?”sekarang barulah makcik Rosnah memahami situasi yang telah berlaku. Dia mengusap lembut kepala ku. Aku tersenyum kelat,rindu dengan perbuatan itu yang sering dilakukan oleh ibu.
“Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)” aku terasa terpukul dengan kata-kata makcik Rosnah itu. Adakah aku tidak cukup tabah dan sabar mengahadapi segala ujian yang telah diberikan oleh Allah kepada ku? Adakah aku akan memperolehi keredhaan Allah? Bermacam-macam perkara bermain di kotak fikiran aku tatkala itu.
“Makcik,izinkanlah saya tinggal di sini. Saya sudah tiada tempat untuk di tuju,tiada saudara untuk mengadu. Moga dengan peluang untuk tinggal di sini akan mendekatkan lagi saya dengan islam”,makcik Rosnah hanya tersenyum manis mendengar permintaan ku itu.
“Alhamdulillah..Bak kata pepatah,kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan”,
*****
“Cik Najwa,ada panggilan”,jerit seorang kakitangan di Pulau Pangkor itu. Kenangan yang mengetuk kotak fikiran ku tadi mulai hilang. Aku hanya mengangguk dan mengikuti langkahnya menuju ke lobi.
“Cik Najwa,ada panggilan”,jerit seorang kakitangan di Pulau Pangkor itu. Kenangan yang mengetuk kotak fikiran ku tadi mulai hilang. Aku hanya mengangguk dan mengikuti langkahnya menuju ke lobi.
“Assalammualaikum Najwa..apa khabar,sihat?”aku tersenyum mendengar suara di corong telefon. Puan Salmah,selaku ketua di rumah anak yatim yang telah mengangkatku sebagai salah seorang tenaga pengajar di situ dengan bantuan Makcik Rosnah.
“Alhamdulillah,sihat puan. Puan dan yang lain apa khabar? Makcik Rosnah masih lagi sakit kaki ke?”,bertubi-tubi pertanyaan ku tujukan kepada Puan Salmah. Rindu benar aku dengan penghuni rumah itu.
“Alhamdulillah,semuanya sihat-sihat belaka. Kaki makcik Rosnah sudah hampir sembuh. Sekarang ni dia tak boleh buat kerja yang berat-berat,dia perlu banyak berehat”,terasa lega mendengar khabar dari Puan Salmah itu.
“Minggu depan saya balik”,kata ku pendek. Dapat ku dengar dengan jelas celoteh makcik Rosnah di belakang Puan Salmah.
“Najwa rehatlah secukupnya. Kalau dah rasa stabil,barulah balik”,nasihat Puan Salmah. Aku tahu,makcik Rosnah pun tidak bersetuju dengan niatku itu tetapi sampai bila harus aku jauhkan diri dari masalah ini. Peristiwa tiga tahun lepas menjelma kembali ke ruang fikiran ku..
*****
Kehadiran Najihah pada pagi itu mengejutkan aku. Aku yang sedang mengajar,mempercepat proses pembelajaran. Mataku tidak lepas-lepas memandang Najihah yang sedang khusyuk bersembang dengan Puan Salmah tidak jauh dari kelas ku. Saat aku melangkah keluar,pantas Najihah mendapatkan aku dan terus memeluk erat tubuh ku. Senyumannya manis sekali,sukar untuk aku percaya.
Kehadiran Najihah pada pagi itu mengejutkan aku. Aku yang sedang mengajar,mempercepat proses pembelajaran. Mataku tidak lepas-lepas memandang Najihah yang sedang khusyuk bersembang dengan Puan Salmah tidak jauh dari kelas ku. Saat aku melangkah keluar,pantas Najihah mendapatkan aku dan terus memeluk erat tubuh ku. Senyumannya manis sekali,sukar untuk aku percaya.
“Najwa apa khabar,sihat?”aku tidak mampu berkata-kata. Mungkin terlalu gembira dengan penerimaan Najihah itu. Terima kasih Ya Allah,doaku di dalam hati.
“Alhamdulillah kak, Najwa sihat je”,jawab ku sambil mengesat airmata. Perlahan Najihah menarik ku duduk di suatu tempat seperti ingin membincangkan sesuatu.
“Akak datang seorang?”tanya ku. Pantas Najihah menggelengkan kepalanya.
“Erm akak datang dengan suami”,jantung ku hampir berhenti berdenyut. Sedikit ragu dengan pengakuan yang dibuat oleh Najihah itu sambil mengerling sedikit melihat jejaka yang menunggu di ruangan meletak kereta.
“Bila?”soal ku. Najihah menjadi serba salah.
“Baru je lagi. Erm sebenarnya akak nak minta tolong dengan Najwa”,dahi ku berkerut.
“Minta tolong apa? InsyaAllah,Najwa tolong”,semakin lebar senyuman Najihah.
“Akak nak pinjam duit sikit. Akak nak buka business tapi tak cukup modal. Najwa tolong akak ye. Dapat hasil nanti kita bahagi dua”,bersungguh-sungguh Najihah menyakinkan aku agar meminjam wang kepadanya. Aku hanya membisu dan mendengar sahaja.
Malam itu aku tidur dalam keadaan gelisah. Walaupun diserbu dengan keraguan,aku tetap meminjamkan wang kepada Najihah apabila memikirkan dia satu-satunya ahli keluarga yang tinggal untuk aku. Tetapi bak kata pepatah,ku sangka panas ke petang rupanya hujan di tengahari. Sekali lagi aku kecewa dengan sikap Najihah. Aku sangkakan dia sudah berubah tetapi sangkaan ku itu jauh meleset. Sudah lima bulan Najihah menghilangkan diri. Setiap hari aku mendail nombor rumah dan juga telefon bimbitnya tapi tidak terjawab. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus ke rumahnya,rumah yang sudah lama tidak aku jejaki. Saat aku menjejakkan kaki di rumah itu,aku tergamam. “RUMAH UNTUK DIJUAL”. Aku membaca dengan jelas sekali bahawa rumah itu akan dijual. Apa sudah jadi?,bisik ku di dalam hati. Keliru dengan situasi yang berlaku.
“Cari siapa dik?” tanya seorang makcik yang kebetulan lalu di situ.
“Saya cari Najihah. Dia dah tak tinggal kat sini ke makcik?”
“Najihah? Kau tak tahu ke,dia dah lama larikan diri”, kerutan di dahi ku mula kelihatan. Hati berdebar tidak keruan memikirkan soal Najihah.
“larikan diri?”makcik itu hanya menggelengkan kepalanya.
“Dia banyak hutang dengan orang. Dah berapa ramai orang cari dia,polis pun cari dia”,aku gagahkan diri untuk mendengar kisah sebenar yang tidak aku ketahui.
“Kenapa polis cari dia makcik?” tanya ku lagi ingin tahu. Aku bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan member kejutan buat ku lagi.
“Orang kata dia jual dadah dengan seorang lelaki”,cepat-cepat aku berpaut pada pagar,terasa lemah ku rasakan. Ya Allah,berdosakah aku meninggalkannya dulu?.
*****
“Najwa”, panggilan makcik Rosnah serta-merta menghapuskan kenangan lalu yang singgah sebentar di kotak fikiran ku. Pagi tadi aku telah selamat menjejakkan kaki ku di rumah anak yatim itu kembali walaupun Puan Salmah mendesak ku untuk tinggal lebih lama di Pulau Pangkor itu.
“Najwa”, panggilan makcik Rosnah serta-merta menghapuskan kenangan lalu yang singgah sebentar di kotak fikiran ku. Pagi tadi aku telah selamat menjejakkan kaki ku di rumah anak yatim itu kembali walaupun Puan Salmah mendesak ku untuk tinggal lebih lama di Pulau Pangkor itu.
“Kenapa makcik?” tanya ku sambil mendekatinya. Aku duduk di sampingnya,tangan ku pantas mengurut lembut kakinya yang masih belum sembuh.
“Najwa masih fikirkan hal yang lama ke?” soal makcik Rosnah apabila aku asyik termenung tidak kira masa dan ketika. Aku hanya membisu.
“Najwa dah maafkan dia ke?” tanya makcik Rosnah lagi. Sekali lagi aku membisu seribu bahasa. Sukar untuk ku meluahkan kata-kata.
“Orang yang paling gagah perkasa di antara kalian semua adalah mereka yang dapat mengawal nafsunya di waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu adalah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal dia mampu untuk membalasnya. (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Dunya dan al-Baihaqi dengan sanad yang dha’if)”, aku hanya tersenyum kelat,ada sedikit kebimbangan yang bersarang di hati aku ini.
“Kenapa?” makcik Rosnah mengusap lembut kepala ku. Perlahan ku rebahkan kepala ku dipangkuannya. Itu sudah menjadi kebiasaan aku apabila bersama dengan makcik Rosnah,aku agak manja sedikit dengannya.
“Saya rasa berdosa makcik sebab tak dapat laksanakan amanat ibu yang terakhir. Saya tak boleh nak lakukan apa-apa pun makcik disebabkan saya seorang anak angkat. Saya tak mampu untuk mengubah semua itu,hanya doa yang mampu saya panjatkan agar Najihah akan berubah”, makcik Rosnah hanya tersenyum sambil berkata..
“kamu sudah berusaha sedaya upaya. Kalau itu ketentuan Allah,kita sebagai umatnya kena redha”,
Langkah ku perlahan memasuki kawasan yang sudah lama aku tinggalkan. Sesak nafas ku mengenangkan peristiwa lalu yang hampir-hampir menghancurkan seluruh jiwaku. Setiap baris kata yang dikeluarkan masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku.
“Kurang ajar punya perempuan! Kau memang tak kenang budi,sedar la diri tu sikit. Kau tu anak pungut tau tak! Mak ayah aku yang kutip bagi kau makan! Hey kalau aku tahu la perangai kau macam ni,kau pergi mampus la dengan mak kau tu!”
Airmata ku menitis. Masih jelas di fikiran ku apabila pihak polis meminta kerjasama dari ku untuk menjejaki Najihah dan lelaki tersebut. Dengan kuasa Allah,aku telah terserempak dengan Najihah di suatu tempat yang agak terpencil. Kebetulan pada masa itu aku dan ahli rumah anak yatim tersebut telah mengadakan satu aktiviti di situ. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan tatkala itu kerana jauh di sudut hati aku,perasaan sayang masih lagi ada untuknya tetapi keadaan memaksa aku membuat keputusan yang telah mengubah segalanya. Kata-kata itu diluahkannya saat dia di tangkap oleh polis. Saat itu aku tergamam dan memikirkan adakah semua yang berlaku disebabkan aku?
Bacaan yassin telah selesai ku bacakan. Dengan perlahan, aku mencurahkan air mawar ke atas tanah yang masih lagi merah. Esak ku mulai kedengaran,sedih dengan apa yang telah terjadi. Najihah dijatuhi hukuman mati apabila disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis heroin. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun saat itu rasa bersalah mula menebal di dalam diri ku. Aku bangun dan melangkah pergi, mengharapkan apa yang terjadi menjadi satu hikmah untuk diri ku.
“Semua dosa-dosa dilambatkan Allah (pembalasannya) sesukanya hingga hari kiamat melainkan durhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah menyegerakan (bala seksanya) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya.”(Riwayat Atthabarani)
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment