Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

DIARI KU

Views
1 januari 2000,
Hari ini adalah hari pertama aku memasuki alam persekolahan bagi peringkat menengah. Perasaan bertambah gembira apabila rakan karibku, linda memasuki sekolah yang sama dengan ku. Walaupun berlainan kelas, kami tetap seperti dahulu. Tidak pernah berubah. Aku jalani hidup dengan penuh gembira dengan adanya linda di sisi. Aku bertemu dengan linda sewaktu darjah 3, semasa itu ayah dikehendaki bertugas di tempat ini. Segala-galanya ku kongsi bersama linda, tak kira suka ataupun duka. Lebih-lebih lagi keluarga ku amat mengenali linda begitu juga dengan ku. Aku amat mengenali pn.saida, ibu kepada linda. Aku harapkan apa yang aku alami sekarang akan kekal hingga ke akhir hayat.

5 september 2003,
Hari ini genap umur ku 15 belas tahun. Seluruh keluarga menyambut tarikh tersebut dengan penuh kesyukuran kerana aku sentiasa dipanjangkan umur jadi dikesempatan ini keluarga ku membuat kenduri kesyukuran tapi detik 11 malam, bermula detik itu..semuanya mula berubah..
“kenapa la tiap-tiap tahun family kau asyik buat kenduri je?”Tanya linda membuatkan aku memalingkan wajah memandangnya.
“kenapa kau tiba-tiba Tanya soalan macam tu, kan elok buat kenduri..tanda kita bersyukur dengan apa yang kita ada,”terang aku. Linda memandang aku. Pandangan kami bertaut.
“kalau kita tak buat kenduri pun tak bermakna kita tak bersyukur kan?”kata linda menambahkan kehairanan aku. Dengan cepat aku meletakan tangan ku di dahinya, dia menepis.
“apasal kau ni?”aku hanya tersengih melihat wajah berubah.
“yela, tiba-tiba je kau Tanya soalan yang bukan-bukan dekat aku. Kau demam ke..hehe,”aku ketawa tetapi segera dihentikan melihat linda tidak berminat untuk berjenaka.
“kau kan orang berada, kenapa tak buat majlis kt hotel ke..pergi kelab ke...,”kata-kata linda amat mengejutkan aku. Aku sesekali tidak menyangka linda sudah berani bercerita tentang hal itu. Apakah dia sudah lupa tentang agama dan larangan-Nya.

Saat itu, aku dapat rasakan perubahan yang menjalar dalam diri linda. Apa yang membuatkan linda berubah sebegitu, aku sendiri tidak tahu. Detik demi detik aku dapat melihat perubahan ketara pada diri linda. Dari bertudung labuh bertukar ke tudung singkat. Dari baju kurung ke seluar jeans. Apa sudah jadi dengan linda…

6 disember 2003,
Saat aku ingin mengemas meja untuk pulang, aku ternampak satu sampul berwarna biru di dalam laci. Dengan teragak-agak aku mengambilnya sambil memandang kiri dan ke kanan agar tiada siapa yang perasan. Jeritan linda dari luar kelas memanggil aku amat mengejutkan aku, kalau ada sakit jantung..sah,terus mengucap aku dibuatnya, getus hati kecil ku. Sampai sahaja di rumah, tanpa menukar pakaian..terus aku membuka beg dan mengambil sampul biru yang membuatkan hati aku tertanya-tanya. Siapa pengirimnya, apakah kandungan surat itu..bermacam-macam soalan menerjah dalam kepala otak ku. Lama aku menatap surat itu, akhirnya aku membuka surat itu perlahan-lahan. Tulisannya amatlah ringkas tapi betul-betul menyentuh perasaan aku..

Assalamualaikum..
Apa kahabr saudari, maaf kalau warkah ini mengganggu saudari. Di sini saya ingin memberitahu saudari bahawa saya teringin sekali mengenali saudari dengan lebih dekat lagi, dengan kata lain..saya ingin bersahabat dengan saudari..itu pun kalau saudari ikhlas menerima saya sebagai sahabat. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. harap saudari tak menolak pelawaan ini..
Sekian, terima kasih
  Sulaiman

Lama aku menatap surat itu. Ya, tak dapat aku sembunyi perasaan aku sendiri. Aku benar-benar rasa gembira ketika itu tapi siapakah sulaiman. Kami sekelas ke? Sukar aku menjawab persoalan itu kerana aku tak pernah bergaul dengan lelaki walaupun dengan rakan sekelas. Selepas ini aku bertekad untuk mencarinya.

20 november 2005,
Hari ini adalah hari terakhir untuk aku menjalani peperiksaan SPM. Ah! Alangkah seronoknya, lepas ni boleh rehatkan kepala yang penuh dengan formula dan teori ni. Kini sudah hampir dua tahun aku bersahabat dengan sulaiman menerusi surat tanpa sesiapa pun yang tahu. Rupanya, sulaiman adalah jiran kelas ku. Patutlah sebelum ni aku asyik nampak sulaiman melalui kelas ku tak kira masa. Tidak di sangka, tujuannya hanya untuk melihat aku yang betul-betul duduk di tepi tingkap.

25 jun 2006,
Senyuman menghiasi bibir. Selepas sahaja keputusan peperiksaan keluar, aku telah Berjaya mendapat keputusan yang amat baik dan akhirnya aku diterima melanjutkan pelajaran ke UIA. Hm macam mana pula dengan linda. Aku menghampirinya cuba menenangkannya. Dia menjauhkan diri.
“ala kau tu tak payah la nak tunjuk baik, kau tu pandai,” jerit linda. Malu mula menyelubungi diri. Semua orang memandang ke arahnya tapi dia tak cepat melatah, dia cuba bersabar dengan sikap linda yang betul-betul sudah berubah.

12 jun 2009,
Detik yang amat aku tunggu, aku sudah berjaya mendapatkan segulung diploma dan aku juga dapat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Dengan rendah hati aku panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kini aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Bermacam-macam benda bermain dalam fikiran ku. Aku mendapat berita daripada adik ku bahawa tingkah laku linda sudah berada di luar kawalan. Dia sudah mula keluar masuk kelab, pemakaiannya pun telah berubah 100%. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Berdosakah aku kerana membiarkan linda merosakkan dirinya sendiri. Astraqfirullahallazim, aku mengucap panjang. Apa sudah jadi dengan sulaiman. Sebelum dia berangkat ke UIA, sulaiman ada mengutus surat menyatakan bahawa dia ingin menjadikan aku teman istimewanya tapi aku menolaknya dengan baik. Aku tak mahu perhubungan itu mengganggu pelajaran aku. Surat terakhirnya menyatakan bahawa dia akan tunggu sehingga aku habis pengajian. Sudah bertahun-tahun aku tidak berutus surat dengannya. Adakah dia sudah melupakan aku?

17 julai 2009,
Dengan pantas aku berlari menuju ke bilik, benarkah apa yang aku lihat sebentar tadi. Aku tak tahu kenapa aku perlu menangis. Sebentar tadi aku menemani adik ku untuk membeli burger di depan simpang rumah ku. Tanpa di sangka, dari jauh aku melihat kelibat dua manusia sedang berjalan. Seorang lagi sedang mabuk dan berjalan huyung-hayang. Manakala seorang lagi membantunya memasuki kereta. Betapa terkejutnya aku bahawa mereka itu adalah linda dan..sulaiman..malam itu aku menangis semahun-mahunya dan aku bertekad tiada ruang untuk lelaki itu di dalam hatinya.

24 mac 2011,
Ya, aku telah berjaya dalam hidup dan menjawat jawatan di dalam kerajaan. Alhamdulillah, ucap syukur ku kepada yang Maha Esa. Bunyi telefon membuatkan aku terkejut dan mengangkatnya dengan perlahan. Rasa tak sedap hati mula menguasai diri, adakah perkara yang tak baik akan terjadi? Betapa terkejutnya aku apabila mendengar kata-kata mama sebentar tadi. Airmata mengalir deras.
“nani..linda dah meninggal dunia,” kata mama, kedengaran esak mama di corong telefon.
Innalillah..tak sempat untuk aku membawa linda ke jalan yang benar. Berdosakah aku?

3 mei 2011,
Pn.saida menghulurkan sepucuk surat kepada aku. Dia menyatakan bahawa itu surat terkahir untuk aku dari linda. Aku hanya menyambut dengan sopan lalu membukanya dengan perlahan-lahan dengan debaran.


Asslamualaikum nani,
Sahabat ku..maafkan aku dengan apa yang aku lakukan kepada kau selama ini. Tak berniat aku untuk lukakan hati kau. Aku tahu kau sedaya upaya untuk mengubah aku tapi hati aku dah takde cahaya untuk berubah. Kepincangan keluarga ku adalah sebab perubahan ku. Ibu asyik diganggu dengan ayah dan meminta duit. Tanpa belas kasihan aku dan ibu ku dipukul jika apa yg diingini tidak dapat di tunaikan. Habis je sekolah aku mula bekerja untuk membantu ibu tapi aku mengambil jalan singkat untuk mendapatkan duit jadi aku mula bekerja di kelab malam. Kau pasti kenal dengan sulaiman kan. Dia lah banyak membantu aku dan berharap aku berubah. Ya nani, aku ingin berubah dan saat keinginan tu datang kerana adanya sulaiman. Aku suka padanya nani tapi cintaku di tolak kerana dia kata dia menunggu seseorang. Aku jadi marah dan ingin mengetahui siapakah gadis itu. Aku terkejut nani bila tahu perempuan itu adalah kau, sahabat baik aku. Aku kecewa nani dan akhirnya aku ambil jalan singkat sekali lagi. Banyak dosa yang dah aku lakukan nani, ini membuatkan aku tak mahu hidup lagi. Maafkan aku kerana cuba merampas orang yang telah bertahta dia hati kau. Sulaiman betul-betul sayangkan kau..aku harap kau akan bersatu dengannya..akhir kata, terima kasih dengan segala pertolongan yang telah family dan kau hulurkan. Aku gembira dengan adanya kau sebagai sahabat aku..
Nani


Hari itu aku menangis dengan sepuas hati. Kenapa kau buat macam tu linda, jerit hati ku. Terbayang keceriaan wajah sahabatnya itu. Tidak disangka, tanpa pengetahuannya linda mempunyai masalah yang dia langsung tidak membantu. Rasa bersalah makin menebal.

5 september 2012,
Akhirnya kini genap umur ku 24 tahun dan saat ini juga, aku telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku sayang iaitu..sulaiman..:)

No comments: