Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Jalan Ku Atau Jalan Mu..?

Views
.......



Dua orang gadis yang sedang duduk di bawah pokok membisu seribu bahasa sambil memerhati ketenangan tasik yang tidak jauh dari mereka tetapi hati mereka masing-masing sedang berperang dengan situasi yang telah terjadi.


awak marahkan saya?sumpah,saya takde hubungan apa-apa pun dengan zul tu,”kata nia ingin menyedapkan hati aku.


kalau awak takde apa-apa dengan dia,kenapa awak dengan dia siap pegang tangan ha?”Tanya aku membuatkan nia serba salah. Dengan cepat nia mencapai tanganku,sejuk ku rasakan.


jangan la buat saya macam ni..saya janji,lepas ni saya tak akan buat lagi,”aku hanya tersenyum mendengar kata-kata nia.sudah berapa kali kejadian sama yang berlaku,aku rasa tergugat.





Semua orang panggil aku sham. Apa nama sebenar aku? Ala takyah tahu la,tak rock la kan..hehe..mesti korang pelik dengan situasi yang korang baca kat atas. Ya,aku seorang perempuan dan untuk lebih tepat lagi aku seorang pengkid. Nia tu adalah kekasih hati aku,lama juga kitaorang couple..macam boleh kahwin la pula kn..haha..hmm yang kat sebelah aku ni pula nik,kawan baik aku. Aku kawan dengan dia dari kecik lagi, bak kata orang kitaorang ni memang belangkas la. Sekolah tadika sama,sekolah rendah sama,sekolah menengah pun sama,university pun sama sampaikan dapat kerja pun tempat yang sama. Aiii jangan sampai time kahwin,suami pun sama..hahaha!!!




ooiii buang tebiat ke gelak sorang-sorang,”sergah nik yang berada di sebelahku. Tengok,dah la tempat kerja sama. Meja pun sebelah-sebelah. Memang belangkas tahap teruk ni..hahaha…nik makin hairan melihat aku masih lagi dalam keadaan tersengih.


sudah sudah la tu..nanti tak pasal-pasal aku hantar kau pergi tanjung rambutan pula,”gurau nik membuatkan senyuman aku terhenti.


ala kau ni,nak tersengih pun salah ke ha?”aku hanya mencebik.


tak salah tapi kau tu,nak sengih pun tengok tempat la,”aku memandang sekeliling. Saat itu, aku dapat rasakan semua mata tertumpu padaku. Aku

memandang nik. Eh boleh plak buat-buat tak kenal aku ek,kutuk aku dalam hati bila melihat gaya nik yang tidak menghiraukannya tapi dengan pantasnya aku dapat melihat senyuman nakal nik. Balik nanti,siap la kau..bisik hati aku.

"wahh seronok kau ek gelak kat aku,"kata aku sambil menyekeh kepala nik.

"ish kau ni,tak baik tau main kepala,"aku hanya tersenyum melihat gelagat nik memegang kepalanya yang kesakitan.

"sorry ok,"nik hanya ketawa.dia tahu aku ni jenis lembut hati lebih-lebih kalau dengan nia.hmmm nia...dah seminggu aku tak bersua muka dengan nia.masih marahkah aku padanya?entah la,susah aku nak cakap.sekarang ni banyak benda telah berubah dan aku tahu saat itu akan datang juga.





langkah seorang gadis yang memasuki kelas telah diekori dengan pandangan mata yang memuji kecantikannya.siapa lagi yang pandang kalau bukan aku kan..hehe..jadi berbalik pada cerita tadi.rambutnya yang diikat rapi,berpakaian kemas..ishhh putih la sangat.yang tak boleh tahan matanya berwarna hazel..memang lawa habis la (lebih-lebih la plak kn).dipendekkan cerita,itulah nia tapi bukan nia ramadhani ok..hehe..ya,itulah kali pertama aku tertarik dengan nia.sekolah aku tu memang khas untuk perempuan je so korang pun mesti tahu kan.kalau sekolah macam tu mesti wujud kaum macam aku ni iaitu pengkid.budak-budak yang seangkatan dengan aku ni memang terhegeh-hegeh sangat nak takle si nia ni tapi aku buat cool je..yela,kalau dalam filem heronya akan datang kemudian..bila dengan senangnya aku dapat si nia ni,secara automatik geng-geng yang lain meraunglah sebab kalah dengan aku ni..pengkid yang agak bergaya,unggul dan berkualiti..huhu..tetapi itu dulu,sekarang tak lagi.semuanya telah berubah selepas masing-masing tamat sekolah menengah dan nia telah melanjutkan pengajian ke luar negera.pulang saja dari sana,bermacam-macam cerita aku dengar.rasa tergugat mula menguasai diri aku..kenapa?sebab aku perempuan??





tatkala itu lamunan aku terhenti apabila nik dengan tiba-tiba menghentikan langkahnya.aku hampir-hampir terlanggarnya..


"apasal kau ni,tadi kata lapar sangat lepas tu berhenti tak bagi signal plak tu,"marah aku sambil memandang nik tapi nik masih mendiamkan diri.matanya sedang tajam melihat sesuatu lalu aku pun mengalihkan pandangan ku memandang ke arah yang dipandang oleh nik.kedua-duanya kaku.............suasana sepi sebentar............terus aku menarik tangan nik.kenapa perlu aku sakit hati,kutuk aku dalam hati.


peristiwa tadi masih lagi melayang dalam kepala otak aku.dia dengan zul lagi,bisik hati aku.dari jauh nik hanya memerhati.


"sudah la tu,tak payah la kau nak fikir lebih-lebih.lupakan nia tu,"aku bertentang mata dengan nik.perlahan-lahan nik menghampiri aku dan duduk disebelah sambil tangannya pantas menyentuh tangan ku.aku membiarkan.perlahan-lahan dia mengeluarkan cincin daripada jari ku yang diberikan oleh nia dahulu lalu pergi.aku masih lagi seperti itu.diam seribu bahasa macam setuju dengan tindakan nik.dah kena macam santau la plak..hehe..




.........


kau ok ke?”perlahan-lahan nik menyentuh bahu aku.aku masih lagi mendiamkan diri.


kau patut hentikan benda ni dari dulu lagi tau,”kata nik membuatkan aku memandangnya.


apa maksud kau tu?”pelik aku dengan kata-kata nik.buang tebiat ke minah ni,bisik hati aku.
Tiba-tiba dia menghulurkan sebuah buku kepada aku. Tanda-tanda kiamat? Mataku tajam memandang nik. Wajah nik sedikit berubah.

kau baca la buku tu,”kata nik lalu pergi. Mataku tak lepas-lepas memandang langkah nik walaupun bayangnya telah hilang dari pandangan. Kemudian ku tenung buku yang diberi oleh nik tadi,lama. Lalu dengan pantas aku mengangkat kaki menuju ke bilik. Aku membetulkan bantal dan perlahan-lahan mencari keselesaan agar aku dapat membaca dalam keadaan baik. Keadaan bilik ku yang agak suram menambahkan getar jiwa ku. Dengan penuh debar aku membaca helaian demi helaian.






Tok..tok..tok..!!!!


Ketukan di pintu bergema. Ishh minah ni tidur mati ke ha,tak kan tak dengar kot, bisik hati aku. Nik tak pernah berperangai seperti ini. Selalunya nik yang akan mengejutkan aku tapi hari ni lain dari biasa plak. Aku yang kena kejutkan dia.


nik..bangun la oiii,dah lewat ni,”jerit aku tapi masih tiada jawapan. Risau mula menguasai perasaan aku. Tak boleh jadi ni,getus hati aku. Lalu dengan pantas aku mencapai kunci spare yang berada di simpanan ku. Perlahan-lahan aku membuka pintu..


nik....!!!!,”





Perlahan-lahan nik membuka mata. Dengan lembut aku genggam tangannya. Ada airmata menitis. Kenapa nik sembunyikan segala-segalanya dari aku? Aku kan kawan dia.




nik...!!!,”aku tergamam apabila melihat keadaan nik yang kaku yang sudah siap berpakaian kerja. Lantas aku membawanya ke hospital apabila tiada perubahan pada pergerakan nik. Aku tak tahu macam mana perasaan aku saat itu..sedih,takut. Ah! Senang cerita semuanya ada. Aku menunggu dengan penuh kesabaran apabila doctor cuba memeriksa keadaan nik. Apa yang telah menimpa nik? Pelbagai persoalan bermain dalam kepala otak aku waktu itu. Sungguh, aku belum bersedia untuk menerima sebarang perkhabaran tapi segalanya telah terjawab apabila beberapa jam doctor memeriksa nik...


kawan awak mengidap barah otak yang sudah berada di tahap kritikal,”dunia ku rasakan gelap buat sementara tapi ku gagahkan kaki menuju ke biliknya. Lama ku menatap wajahnya. Kenapa?


kau marahkan aku?”suaranya agak perlahan tapi masih dapat di dengari lagi. Aku menggeleng pantas walaupun saat itu mahu sahaja aku meraung dan memeluknya. Dia hanya tersenyum. Tatkala itu jantung ku bagaikan dirobek..kau masih lagi tersenyum padahal aku ni dah rasa lemah bila dapat tahu keadaan kau tu,kutuk hati ku.


kenapa kau sembunyikan dari aku?”Tanya aku. Nik teragak-agak untuk menjawab.


maafkan aku,”itu sahaja yang mampu diluahkan oleh nik. Patut la sebelum ni sakit kepalanya makin teruk rupanya selama ini dia berpenyakit. Aku ni teruk betul la,jenis kawan apa la aku ni. Nak jaga kawan sendiri pun tak boleh, bisik ku mula menyalahkan diri sendiri. Walaupun terasa lemah tapi genggaman nik benar-benar buat aku tabah.





sudah hampir 3bulan aku tinggal bersendirian di rumah ini,sunyi sekali tanpa kehadiran nik.lepas sahaja berminggu-minggu nik berada di hospital.keluarga nik mengambil keputusan untuk membawa nik pulang ke kampung.apa yang jadi pada ku selepas ketiadaan nik? ya,aku hampir-hampir menjadi gila.yela,tiada lagi gelak tawa nik dan tiada lagi usikan ku untuk ditujukan kepada nik.ah! parah kalau macam ni.


tok..tok..tok!!

ketukan di pintu bergema..ishh siapa la plak ni.malas betul nak bangun ni..

tok..tok..tok!!

ketukan makin kuat,menunjukkan orang itu langsung tidak berganjak.pelik,siapa?bisik hati aku.tak pernah ada orang ketuk pintu sebegitu lama.lantas aku bangun menuju ke pintu apabila ketukan masih belum berhenti.tatkala pintu telah terbuka,tergamam aku seketika apabila melihat tubuh yang sedang berdiri di depan aku sekarang ini.sukar untuk percaya.betul ke ni atau aku ni tengah bermimpi?bisik aku sambil mencubit pipiku..adoii sakitnya,so aku tak mimpi la ni..huhu..perlahan-lahan dia mula menghampiri aku.ah! betul-betul gila ni.aku mengundur sedikit tapi dia makin menghampiri aku dan akhirnya aku hanyut dalam pelukannya.pelukan yang amat aku rindu..


perlahan-lahan aku meletakkan air di atas meja lalu duduk.suasana sepi seketika.tak tahu siapa yang perlu memulakan perbualan dahulu.kenapa dia datang hari ini,ada perkara buruk yang telah menimpanyakah?atau dia saja ingin menguji aku?pelbagai persoalan muncul dalam kepala otak aku.ah nik,aku benar-benar perlukan kau saat ni.aku menatap wajah nia setelah sekian lama tidak memandang wajah itu.aku hampir lupa dengan kisah cintaku bersama gadis itu.

"awak mesti terkejut tengok saya datang kan?"akhirnya nia bersuara apabila menyedari aku asyik memandangnya.aku pantas mengangguk.


"saya mintak maaf dengan apa yang saya lakukan sebelum ini,saya tahu saya salah,"kata nia sambil memegang tangan ku.perlu ke dia mintak maaf,aku tak perlukan semua itu.manusia,mudah lahirkan kata-kata maaf.aku hanya membatukan diri.ciuman hangat singgah di pipi ku.


"apa awak ni!,"terkejut dengan tindakan nia,pantas aku menjauhkan diri.tak boleh jadi ni,makin lama makin parah nanti bisik hati aku.


"kenapa awak dah mula lain dengan saya ni?"tanya nia bila aku mula menjauhkan diri darinya.dia mula hairan dengan perubahan aku.yang aku pulak tiba-tiba jadi geli-geliman.ya,dulu mungkin aku boleh berkelakuan seperti itu tapi sekarang macam ada sesuatu yang menghalang.apa yang pasti,aku sudah tidak mempunyai perasaan terhadap gadis itu.itu yang pasti!! jerit aku dalam hati.


"jadi betul la apa yang saya dengar?"pantas aku berpaling memandang nia.


"apa yang awak dengar?"tanya ku sambil mengerutkan dahi tanda hairan.rupanya ada cerita yang aku tak tahu.nia hanya tersenyum sinis menambahkan sakit hati aku.aaiii rasanya tak lama perempuan ni nak makan penampar aku,lancang saja aku mengutuk di dalam hati.


"apa hubungan awak dengan nik?tak sangka dia yang jadi pilihan awak ye.saya ingat saya dah cukup sempurna untuk awak,"makin dalam kerutan dahi ku.aku dengan nik?biar betul minah ni,agak-agak la kan.ingin terhambur gelak aku saat itu tapi di tahan,tak nak burukkan keadaan.kalau aku gelak pasti nia mengamuk sakan.kuat juga minah ni jelez..huhu..


"nik tu kawan saya je,jangan sesekali nak salahkan dia pula,"kata aku.aku tak suka cara nia yang cuba menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi orang itu adalah teman baiknya.


"wah backup nampak so tandanya betul la kan,"nia benar-benar uji kesabaran aku.aku pantas bangun tapi ada sesuatu yang menarik.nia memeluk aku dari belakang.


"oi apa ni,lepas kan aku la!,"jerit aku tapi nia langsung tidak menghiraukannya.dia makin erat memeluk aku.tiba-tiba pintu terbuka.aku dan nia serentak memandang ke arah pintu.aku terkesima.suasana sepi sebentar.melihat keadaan yang sepi aku mengambil peluang ini untuk melepaskan diri dari pelukan nia.aku memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapan ku sekarang mengharapkan dia akan faham dengan situasi aku tapi sangkaan ku meleset,dia berlalu tanpa sepatah kata.


"nik...tunggu!!!!,"jerit aku mengharapkan nik memberhentikan langkahnya tapi nik tetap melangkah.nik jangan tinggalkan aku,jerit hati aku.nia yang masih berada di dalam rumah hanya membatukan diri melihat aku mengejar nik.ya,melihat keadaan ni barulah nia faham bahawa apa yang dia dengar selama ini adalah benar.aku sudah melupakan dirinya dan beralih kepada nik.nia hampir terduduk apabila terkejut dengan penampilan baru nik,jauh berbeza dari sebelum ini.tiba-tiba nia menjadi tenang,ada cahaya menyinari lubuk hatinya...



berbalik pada cerita tadi,aku yang sedang mengejar nik pantas mencapai tangan nik.langkah nik terhenti apabila aku menarik tangannya.mata kami bertemu.aku tercungap-cungap,begitu juga dengannya.apa yang dia fikirkan sekarang ni,bisik hati aku.


"kau jangan diam macam ni,cakap la sesuatu,"kata aku melihat keadaan nik yang hanya membisu.perlahan-lahan nik mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu di hulurnya kepada aku.sebuah lagi buku yang bertajuk "dosa besar dan dosa kecil".pantas aku memandang nik.sekali lagi nik hilang dari pandangan aku.jiwa aku mulai kosong.


"nik..,"itu saja perkataan yang terkeluar dari mulut aku,tak mampu aku nak halang pemergian nik sekali lagi.



.......


seorang gadis sedang duduk di bawah pokok sambil memerhati ketenangan tasik yang tidak jauh dari dari situ.sesekali gadis itu menarik nafas panjang,ah sungguh nyaman sekali.dia membetulkan tudungnya yang ditiup angin.


"zulaika...,"panggil seseorang.pantas aku menoleh,nik hanya tersenyum lebar..hehe..mesti semua orang hairan kan,siapa pula zulaika ni?nama ku siti zulaika a.k.a sham..huhu..ada style tak?hehe..


selepas kejadian dulu tu benar-benar buat aku berubah.walaupun saat tu tiada kata yang terkeluar dari mulut nik tapi aku tahu dia inginkan aku berubah.lepas saja pemergian nik ketika kejadian itu,aku banyak berfikir.berfikir tentang perubahan yang dilakukan oleh nik terhadap dirinya.bertudung,berpakaian yang menutup aurat dan memakai kasut yang tertutup.sungguh ayu nik pada pandanganku ketika itu.malam itu juga aku membaca buku yang telah diberikan oleh nik.saat itu terdetik la aku untuk berubah dan malam tu juga aku telah membasahkan diri ku dengan wuduk yang telah lama aku tinggalkan.aku yang tak pernah menangis ni,dengan rasa hina dan merendah diri telah menangis apabila mula sujud kepada-Nya.betapa terpesongnya aku selama ini,Ya Allah..aku takut pada seksaanmu..erm pasal nia pula,dia sekarang berada di luar negara.menyambung pelajaran di peringkat phd.dia pun sudah berubah,mungkin terkejut dengan perubahan yang nik lakukan.rindu aku padanya..(sebagai seorang kawan ok,jangan fikir bukan-bukan plak..huhu)


"ika ni dari dulu sampai sekarang tak habis dengan sengeh tu,udah-udah la tu.jangan lupe,tgk tempat juga,"dengan pantas aku memandang sekeliling.tidak mahu perkara lama berulang kembali.aku menarik nafas lega apabila tiada siapa di sekeliling aku.


"kau ni saja nak kenakan aku kan,"kata aku sambil menyekeh kepala nik.kami sama-sama ketawa dan mula mengimbau kenangan lampau sambil di saksikan keindahan ciptaan tuhan.







kini aku sudah mempunyai kerjaya sendiri dan lebih penting aku sudah bertunang (ada juga orang nak kat aku ni yer..huhu).kali pertama aku melihatnya pada hari pertunangan ku dengannya.ah sungguh kacak sekali kerana matanya berwarna hazel dan sungguh alim orangnya.ummi yang bertanggungjawab mencari jodoh untuk ku apabila dengan tenang hati aku menerima cadangan ummi untuk di jodohkan dengan muhammad fahmi.


"assalamualaikum..kenapa ika senyum sorang-sorang ni?,"kata fahmi mengejutkan aku.alamak kantoi plak..hehe


"walaikumussalam..eh mana ada,"kata aku cuba meng'cover line..


"jom..nanti lambat pula kita nak pergi airport,"aku hanya mengangguk.lupa pula,hari ini adik fahmi akan pulang dari luar negara.aku mencapai handbag aku dan membuntui langkah fahmi.


di airport seluruh keluarga menunggu ketibaannya tapi aku rasa agak berdebar sedikit,tak tahu kenapa.mungkin sebab aku tak pernah melihat wajah adik fahmi kerana fahmi tidak pernah menunjukkan gambar adiknya itu kerana dia lebih suka bercerita.pengumuman telah di buat,bermakna dia sudah selamat mendarat.kenapa aku tak sedap hati ni,macam ada benda nak jadi je..bisik hati aku.dari jauh semua penumpang telah keluar dari pintu ketibaan.entah kenapa mataku tertumpu pada seseorang.Ya Allah,aku harap bukanlah dia..tapi sangkaan ku meleset.melihat semuanya menuju ke sana,aku menjadi kaget seketika.kaki ku menjadi kaku,tak mampu untuk melangkah.Ya Allah,tabahkanlah hamba mu ini..bisik hati aku.dengan berhati-hati aku melangkah menghampiri sekumpulan manusia itu yang sedang gembira berpelukan.


"nia..ni tunang abang yang abang ceritakan hari tu,"kata fahmi sambil memandang ke arah aku.tiada tindak balas dari nia.peluh mula membasahi dahiku.akhirnya senyuman terukir di bibir nia lantas memeluk aku.aku lega.patut la,setiap kali aku memandang fahmi pasti aku teringatkan seseorang.tak sangka bakal suami aku adalah abang kepada seseorang yang pernah bertahta dalam hati aku dulu.sifatnya yang hampir-hampir sama tapi berlainan jantina.






perlahan-lahan air mencurah jatuh ke atas tanah.lancar pembacaan suami ku iaitu fahmi sehingga hampir meruntun jiwa ku.saat itu suara ku hampir tidak kedengaran.aku menutup yassin,pantas air mata ku jatuh.aku menyentuh lembut tanah yang masih lagi merah.


"nik...,"itu saja yang mampu terkeluar dari mulut ku.sudah sebulan nik meninggalkan aku.penyakitnya makin parah dan dia telah ditakdirkan pergi buat selama-lamanya.sekarang ni,nik benar-benar telah tinggalkan aku.ah sukar untuk dipercaya.bagaikan baru semalam aku bersua muka dengan nik.masih terbayang gelak tawa nik.aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi aku seorang sahabat yang benar-benar memahami dan kerana dia lah aku telah menemui jalan yang sepatutnya aku jalani.alhamdulillah...




~ TAMAT ~



kdg2 kita kena pandai dlm memilih sahabat agar tidak terpesong dan semangat serta nasihat seorang sahabat adalah penting selain peranan ibu bapa dlm membentuk seseorang itu.klu ada sahabat kita yg buat slh,tegurlah dengan cara yg sopan,ok.jangan sesekali mudah terpengaruh dengan budaya yang tak elok,begitu juga dengan perhubungan sejenis.kita pun sedia maklum apa hukumnya dan apa yang menanti kita di akhirat nanti.masyaAllah,takut sekali..untuk pengetahuan semua,ini adalah kisah benar tentang seorang sahabat saya.harap ianya menjadi ikhtibar untuk kita semua yer..tapi cara penceritaannya saya ada ubah skit..so renung-renungkan dan selamat beramal..peace!!!

No comments: