Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

doa untuk sahabat (bab 5)

Views
*****

Ombak yang sentiasa memukul pantai membuatkan pantai sentiasa berubah tanpa disedari. Adakalanya surut dan adakalanya pasang, tidak menentu. Mata ku agak sepet, cuba melawan cahaya matahari yang sedang memuncak di langit dengan cahayanya. Mata pula melilau ke sana ke mari, entah apa dilihat aku pun tidak tahu. Hati resah. Ingin saja aku membuka mulut memulakan bicara tapi melihat Asrul yang asyik memandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkejaran dengan penuh gembira membuatkan niat aku terbantut serta-merta. Syika yang berada di sebelah ku juga diam seribu bahasa. Asyik bermain pasir dengan kakinya. aku buntu. Keluhan kecil ku membuatkan Asrul berpaling memandang ku sekilas kemudian menoleh kembali ke arah pandangannya sebentar tadi.

"Jiha apa khabar, sihat?" Akhirnya terluah juga pertanyaan dari mulut Asrul, memandangkan suasana antara mereka sedikit dingin.

"Alhamdulillah, Jiha sihat walafiat. Asrul pula macam mana? Dengar cerita Asrul dah jadi pensyarah di UKM", Asrul hanya tersenyum mendengar tutur kata ku. Rindu dia dengan suara itu.

"Alhamdulillah, sihat juga. Eh mana tahu ni? Ingatkan Jiha dah tak nak ambil tahu pasal saya lagi", dia ketawa membuatkan aku malu sendiri. Ah! Kebetulan saja. Aku dapat tahu pun dari Salmiah, rakan sekelas Asrul dulu. Itupun dia yang bercerita, aku hanya mendengar saja. Saat itu mata bertemu mata, senyuman berbalas senyuman. Aku tunduk tanpa kata.

“Asrul tak pergi melawat Quya di hospital?” Akhirnya terkeluar juga soalan keramat itu. Perlukah aku bertanyakan soalan yang aku sendiri sudah tahu.

“Quya kat hospital? Saya tak tahu pun. Dia sakit apa? Macam mana dengan keadaan dia sekarang ni?” tanya Asrul pula tanpa memandang aku. Muncul perasaan hairan di dalam benak ku. Kenapa plak dia tak tahu?, bisik ku di dalam hati.

“hai buah hati sendiri masuk hospital pun Asrul tak tahu”, terukit senyuman di bibir aku untuk menyembunyikan resah di hati. Kerutan di dahinya bertambah. Benar, dia tidak tahu apa yang aku cuba katakan. Quya buah hati aku, gila!, jeritnya di dalam hati. Masakan pula Quya yang berada di hatinya padahal gadis yang berada di hadapannya itu saja yang didambakannya sejak dulu lagi.

“Quya buah hati saya? Awak ni biar betul?” Asrul ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Aik aku ni salah cakap ke? Diorang dah tunang ke? Atau dah kahwin? Aku pula mengikut Asrul yang sedang menggelengkan kepala.

“Ai awak plak yang geleng kepala. Sepatutnya saya, bukan awak”, Asrul masih lagi ketawa.

“Asrul, awak dah tunang ke ataupun dah kahwin dengan dia?” serta-merta tawa Asrul terhenti. Wajahnya berubah serius. Dia tidak suka dengan jenaka itu.

“apa yang awak merepek ni? Saya bujang lagi la dan yang paling penting bukan Quya yang ada dalam hati saya tapi awak”, terpana aku seketika apabila mendengar luahannya. Haa tahu pun terkejut, bisik hati Asrul. Syika yang mendiamkan diri sejak tadi mula memasang telinga. Dia tahu, ada sesuatu rahsia di sebalik semua ini.

“tapi Quya kata…”, aku tidak dapat meneruskan kata-kata ku. Pening kepala bila fikirkan balik. Apa dah jadi ni, fikir ku.

“apa yang dia kata kat awak?”soal Asrul pula. Dia sudah agak, ada salah faham terjadi apabila nama Quya dipersoalkan.

“kenapa kau nak jumpa Jiha?” Syika bersuara dengan tiba-tiba. Kami berpaling serentak memandangnya.

“aku nak penjelasan dari dia”, mereka bertentangan mata. Tajam. Seperti mahu beradu tenaga. Aku yang berada di antara mereka hanya membatu diri. Mendengar dengan penuh teliti.

“penjelasan apa yang kau nak?” soal Syika lagi. Tak sangka, perkara ini boleh jadi serius.

“penjelasan tentang perasaan dia terhadap aku dan juga, penjelasan tentang pesanan yang diberikan oleh Jiha kepada Quya untuk disampaikan kat aku”, pesanan? Aku bagi pesanan? Aku menoleh memandang Syika kemudian memandang Asrul. Aku menundukkan wajah.

“tapi saya tak bagi apa-apa pesanan pun”, aku bersuara perlahan tapi masih lagi boleh di dengar oleh mereka berdua.

“maksud kau?” tanya Syika. Dia membetulkan kedudukannya dan merenung ke arah aku. Asrul hanya mendiamkan diri, cuba memberi peluang kepada Syika untuk berbicara.

“Apa yang dia cakap kat kau malam tu?” soal Syika lagi apabila aku hanya membisu. Aku mengeluh kecil.

“malam tu dia cakap….”,


~BERSAMBUNG~