*****
"akak", sapaan lembut itu membuatkan kenangan lalu hilang serta-merta. Pantas tangan aku mengesat airmata yang sedang laju mengalir. Aku menoleh ke arah Qila.
"kejap lagi mak dah nak datang. Qila rasa, elok la kalau akak balik sekarang. Nanti terserempak dengan mak, susah plak", aku hanya mengangguk tanda faham. Tiba-tiba tanganku berpaut pada lengannya.
"Qila rasa Qila boleh tolong akak lagi tak?" aku memandang Qila dengan penuh harapan. Qila serba tidak kena sekali lagi. Ah! payah ni, jerit hatinya.
"akak merayu kat Qila, tolong la akak. Akak dah tak tahu nak minta tolong kat siapa", pujuk aku sambil menunjukkan wajah sedih walaupun sedikit over tapi untuk berjumpa dengan Quya, aku terpaksa melakukannya. Qila melepaskan tangannya dari pautan aku dan cuba berlalu pergi.
"Qila!" kali ini kesedihan sebenar keluar dengan keasliannya. Langkahan Qila terhenti di muka pintu. Telinganya jelas mendengar esakan kecil di belakangnya. Hatinya yang keras cuba melawan agar tidak tertunduk dengan drama itu tapi akhirnya dia tertewas juga. Benar kata kakaknya, Quya. Jiha adalah seorang wanita yang dapat melembutkan hati sesiapa pun. Patut la akak sentiasa berwaspada dengan gadis ini. Luar biasa.
"nanti kalau sampai giliran Qila jaga kak Quya, Qila akan beritahu akak. Lebih baik akak balik la sekarang, mak dah sampai ni", senyuman ku terukir. Pantas aku memeluk Qila dari belakang.
"terima kasih Qila. Akak terhutang budi sangat", Qila hanya tersenyum. Entah kenapa dia berasa lega dengan apa yang dilakukannya. Dia tahu, apa yang dia cuba lakukan adalah untuk kebaikan semua termasuk kakaknya.
*****
"kau dari mana?" tanya Syika apabila aku baru saja keluar dari kereta. Melihat saja muka sungul aku, dia sudah tahu kemana arah tujuan ku sebentar tadi. Aku melangkah mendekati meja di halaman kemudian duduk di situ. Mata aku tidak berkelip memandang Syika yang sibuk menyiram pokok.
"kau pandang apa?" kejutan muncul di wajah ku. Dada ku agak berombak sedikit. Aku memandang Syika tajam.
"maaf. Kau termenung jauh sangat sampaikan aku cakap pun kau tak dengar", aku mengeluh kecil.
"maafkan aku. Dua tiga menjak ni, fikiran aku tak tenang sangat", Syika memandang aku penuh sayu. Dia tahu tangunggan yang dipikul oleh aku terlalu berat di matanya. Allah akan memberi ujian mengikut kemampuan hambaNya jadi dia tahu, aku dapat mengharunginya dengan tabah. Dengan tiba-tiba, senyuman di bibir terukir dengan sendirinya.
"kenapa tiba-tiba kau senyum?" soal ku apabila melihat senyuman di bibir Syika. Dia terdiam sejenak, cuba memikirkan alasan yang terbaik untuk diberikan kepada aku kerana dia sendiri tidak tahu untuk apa senyuman itu.
"tadi Asrul cari kau", akhirnya ayat itu juga yang terkeluar tapi memang benar. Asrul memang mencari aku sebentar tadi. Sekali lagi aku mengeluh, entah berapa sesi peperangan berlaku dalam perasaan ku tatkala ini. Wajah Asrul muncul dengan tiba-tiba. Seorang lelaki yang cukup sifatnya dan menjadikan dia dambaan setiap wanita untuk dijadikan pemimpin di dalam keluarga. Lamaran yang diberikannya kepada ku membuatkan aku serba tidak kena. Bukan aku tidak berminat terhadapnya tapi aku tidak bersedia lagi untuk dimiliki lagi. Lebih-lebih lagi ketika itu aku hanyalah seorang pelajar. Aku bukan hanya wanita yang belajar untuk mensia-siakan ilmu itu tapi untuk aku mencapai sesuatu agar dapat digunakan generasi masa akan datang. Entah kenapa sejak penolakan ku itu, Asrul seakan menjauhkan diri dari aku tanpa sebab tapi amat melegakan aku. Aku tidak mahu dia mengharap sesuatu yang masih belum pasti. Biarlah Allah saja yang tentukan, itulah yang lebih baik. Kata-kata Syika sebentar tadi agak menganggu fikiran aku. Kenapa dia mencari aku setelah sekian lama dia menghilangkan diri? Pertanyaan yang tiada jawapannya.
"kalau dia cari aku, kau katakan aku tiada di rumah", aku bingkas bangun, keputusan telah pun dibuat.
"kau cuba mengajar aku menipu?" langkah ku terhenti sebentar.
"itu bukan menipu tapi untuk menyelamatkan keadaan. Tak elok rasanya dia jumpa aku buat masa sekarang ni", jawab ku tanpa menoleh ke arah Syika.
"kau bagitahu la sendiri, aku tak nak masuk campur", kali ini Syika pula bangun dan berlalu. Langkahnya terhenti. Tangan ku erat mengenggam tangannya.
"maafkan aku", aku tahu, dalam tempoh terdekat ni aku banyak terkasar bahasa dengan Syika. Bukan niat aku tapi aku sudah di luar kawalan sendiri. Aku tidak mampu untuk menanggungnya sendiri.
"aku tahu kau kuat, Jiha. Percayalah aku kali ni, aku tahu Asrul ada perkara penting nak bagitahu kau. Kalau tak, takkan dia sanggup cari kau sampai sini", Syika menyentuh lembut wajah ku, cuba menyuntik kembali semangat di dalam diriku seakan faham dengan bisikan hati ku tadi. Akhirnya aku rebah di pelukan Syika, menangis dengan sepuasnya.
Ya Allah, tabahkanlah hati ku!
~BERSAMBUNG~