Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

doa untuk sahabat (bab 3)

Views
*****

Langkah yang sebentar tadi perlahan kini bertukar laju pabila ternampak sesusuk tubuh yang amat dikenali. Tubuh itu cuba melarikan diri. Dengan pantas aku mengorak membuka larian cuba menarik tangannya, kasar sedikit. Dia terdorong ke belakang sambil menoleh memandang aku dengan perasaan marah.

"izinkan akak berjumpa dengan Quya. Sekali saja", pinta ku. Wajah kecil molek yang sudah ku anggap seperti adik kandung ku sendiri hanya memandang dengan perasaan serba salah. Qila hanya mendiamkan diri. Bukan sekali sahabat kakaknya itu bertandang ke hospital tapi sudah berkali-kali dan setiap kali itulah dia dihambur dengan maki hamun dari saudara-maranya. Emaknya hanya mampu mendiamkan diri dan tidak mampu melakukan apa-apa pun. Dia tahu, kak Jiha lah yang bertanggungjawab dalam hal ini tapi siapalah dia untuk menghukum kak Jiha. Kesalahan kak Jiha begitu kecil pada pandangannya, disebabkan ada tokok tambah dari sesetengah pihak menjadikan kesalahan yang pada mulanya kecil menjadi besar. Dia kesian melihat gadis yang berada di hadapannya tatkala itu. Kak Jiha sentiasa berusaha dan tidak pernah sekali pun berputus asa. Dia kagum.

"akak masuk la tapi kejap saja ye. Kejap lagi mak nak datang dah, cepat pergi", aku memandang wajah Qila minta kepastian. Qila hanya mengangguk sambil tersenyum.

"cepat masuk, nanti mak datang", hampir menitis airmata ku. Tidak disangka, akhirnya ada juga orang memahami perasaan ku saat itu.

Perlahan-lahan aku menolak pintu. Suasana yang suram dan dingin meresahkan jiwa. Aku mendekati Quya yang sedang terbaring kaku di atas katil. Tangan Quya ku genggam erat. Melepaskan rindu yang teramat sangat.

"maafkan aku", itu saja yang mampu aku luahkan.






"Jiha!" Aku menoleh. Hanya tersengih bila melihat Quya termengah-mengah mengejar aku dari belakang. Dia berhenti seketika dan menarik nafas panjang lalu hanya mencebik apabila senyuman masih lagi terukir di bibir ku.

"seronok ye kenakan aku. Apsal kau jalan laju sangat ni. kau kejar apa?" tidak sempat aku bersuara seseorang dari arah lain menjerit memanggil namaku.

"JIha! cepatlah, kata nak pergi library", jerit Syika dari jauh sambil melambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya kemudian menoleh kembali ke arah Quya.

"aku dah janji dengan Syika nak pergi library. Nanti kita jumpa di rumah ye", Quya tercengang.

"kan kau dah janji nak makan sekali dengan aku kat kedai tomyam tu. lupa?" langkah ku terhenti. senyuman yang terukir sebentar tadi kendur serta-merta. aku terdiam. tidak tahu jawapan apa yang harus ku beri, serba tak kena.

"Eerr kita pergi lain kali boleh tak? lagipun aku dah lama tak jumpa Syika", Quya hanya mendiamkan diri, merenung ku tanpa kelip. Aku resah. Akhirnya dia tersenyum.

"takpe la,kau pergi jela. lagipun kedai tomyam tu tak lari mana kan", aku tersenyum puas, Alhamdulillah Quya faham. aku pantas berlari mendapatkan Syika dan terus berlalu padahal Quya masih lagi berdiri di situ dengan perasaan bercampur-baur. berani dia tinggalkan aku, bisik hati Quya.


"kau cari apa tu?" soal Quya bila melihat aku seperti mencari sesuatu.

"beg duit aku. takde dalam beg la, kau ada nampak tak? dalam tu ada duit belanja aku untuk bulan ni. kalau duit tu hilang, macam mana aku nak makan?" Quya hanya menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak nampak.

"nak aku mengadu pada lecturer? nanti boleh diorang tolong carikan", aku mengangguk tanda setuju. aku dan Quya terus bergegas ke bilik lecturer untuk memberitahu tentang kehilangan beg duit ku itu. hasil yang aku terima amat mengejutkan aku. Wajah Syika ku pandang lama. Tak mungkin dia yang lakukan, bisik hati kecil ku.

"sumpah Jiha, aku tak curi pun duit kau tu", rayu Syika sambil menangis. Dia mengenggam tangan ku erat, mengharapkan kepercayaan ku. aku berdiri kaku.

"kalau kau tak curi kenapa beg duit Jiha ada dalam beg kau ha! owh dah seronok habiskan duit orang lepas tu tak nak mengaku plak ye, pandai kau ye! dah Jiha, jangan percaya cakap dia", aku masih lagi mendiamkan diri, tidak tahu mana yang betul. Syika masih lagi menangis teresak-esak.

"sumpah Jiha. sumpah aku tak ambil", sayu suara Syika. aku menahan airmata dari menitis. aku menarik nafas panjang.

"jangan sumpah Syika, nanti sumpah memakan diri kau sendiri. Puan Ayu, janganlah ambil tindakan ke atas Syika...", tak sempat aku menghabiskan ayat,Quya segera memotong..

"Eh apa kau ni, dia dah curi duit kau nak lepaskan dia plak", Quya tidak berpuas hati dengan keputusan aku tapi bagi aku, ada sedikit kepercayaan di lubuk hati aku untuk Syika. Aku percaya, dia tidak sengaja untuk melakukannya.

"saya dah buat keputusan Puan, lepaskanlah dia", Puan Ayu hanya mengangguk tanda faham lalu pergi.

"terima kasih Jiha. aku tahu kau percayakan aku", ucap Syika sambil mengesat airmatanya.

"aku lepaskan kau tak bermakna aku dah maafkan kau", Syika tergamam. kata-kata ku itu amat menghiris hatinya. dari jauh dia dapat melihat senyuman puas di wajah Quya. Ah! semuanya fitnah!, jerit hatinya. aku berlalu dan tanpa aku sedari airmata aku jatuh begitu juga terputusnya persahabatan yang telah lama terjalin.

"nah, kau takde duit makan kan. ambil ni", aku terkejut apabila Quya tiba-tiba menghulurkan duit kepada aku.

"Eh takpe la,nanti aku mintak kat mak aku je", jawab aku cuba memberi alasan.Quya menarik tangan aku lalu meletakkan duit di dalam genggaman ku.

"kau guna jela. nanti kalau kau mintak lagi, apa alasan kau nak bagi kalau mak kau tanya pasal duit yang dia bagi sebelum ni? ala kau ni,kau guna jela ye", betul juga apa yang dikatakan oleh Quya itu. apa alasan aku nanti kalau emak bertanya? tidak sanggup aku untuk berbohong.

"terima kasih Quya. kaulah kawan aku", ucapku terharu. bagi Quya pula, dendamnya sudah terbalas.


~BERSAMBUNG~