Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

doa untuk sahabat (bab 1)

Views
*****

"Assalammualaikum", semua mata berpaling memandang ku. Ada kerutan kemarahan di setiap wajah. Puan Hajar bingkas bangun lalu menarik ku keluar dari bilik.

"Jiha balik la", kata Puan Hajar pendek. Ada sekelumit perasaan sedih menyelebungi jiwa ku saat itu. Terasa pedih untuk menelannya.

"tapi saya nak melawat dia, sekejap pun takpe", Puan Hajar mengeluh kecil. Dia berpaling memandang ku dengan wajah yang sedih dan kecewa. Tangannya menyentuh lembut tangan ku.

"cukuplah dengan apa yang Jiha buat hari tu. Makcik redha dan makcik mohon, janganlah kecewakan makcik lagi", aku tergamam sebentar. Luahan hati Puan Hajar benar-benar menguris hati ku. Perlahan aku melepaskan genggaman tangannya.

"maafkan saya. Saya takde niat langsung nak melukakan hati makcik mahupun Quya. Saya sayangkan dia dan apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan dia. Saya ingat makcik akan faham tapi tak sangka pula jadi macam ni", matanya mulai berkaca, Puan Hajar cuba menahan. Dia sebenarnya malu, malu dengan kelakuan anaknya itu sebab itulah dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan anak gadis yang berada di hadapannya saat ini.

"maafkan saya sekali lagi. Kalau makcik perlukan apa-apa, makcik tahu kan nak cari saya kat mana", jelasku tanpa memandang wajahnya. Puan Hajar hanya mengangguk lemah. Aku bersalaman dengan Puan Hajar dan mencium lembut tangannya. Arimata yang sedari tadi ditahan akhirnya mengalir juga.

"maafkan makcik", kata Puan Hajar perlahan apabila melihat aku melangkah pergi. Ketabahan yang aku genggam tadi kini mulai hilang. Aku menangis semahu-mahunya di dalam kereta, meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat. Tidak terlintas langsung di fikiranku untuk melukakan hati dan perasaan sahabat yang sudah dianggap seperti keluarga.

"Ampunkan dosa ku Ya Allah!" jerit ku di dalam kereta....



~BERSAMBUNG~