*****
"jangan kesali dengan apa yang sudah jadi. kau dah buat yang terbaik untuk dia. mungkin ada hikmah dengan apa yang dia alami sekarang ni,mungkin ujian Allah untuknya", tiada kata keluar dari mulut ku. kata-kata nasihat Syika ku telan satu persatu, cuba berfikiran positif.
"tapi semua tu berpunca dari aku. aku yang salah. kalau bukan aku yang mulakan, Quya tak akan berada di hospital saat ni", kerutan dahi Syika mula kelihatan. dia tidak suka dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. dia bingkas bangun mendekati aku. cubaan dia untuk menumpukan perhatian terhadap ulangkajinya terbantut apabila wajahku muncul di muka pintu biliknya. aku sudah memaklumkan apa yang telah terjadi kepada Syika. pada mulanya Syika hanya menggelengkan kepala kemudian bertindak seperti penasihat apabila aku bertubi-tubi menyalahkan diri.
"apa yang terjadi sudah menjadi ketentuan-Nya. kita sebagai hambanya tidak boleh menolak",
"janganlah kau fikir segalanya adalah takdir ataupun ianya sudah tertulis buat kita. kau kena ingat, kita boleh mengubah takdir jika kita mahu. ikut pada individu itu sendiri bagaimana ia dicorakkan. aku sepatutnya kejar dia masa tu tapi kaki aku tak mampu bergerak walaupun seinci. kalau la...", tidak sanggup untuk aku menghabiskan ayat itu. terukir sedikit senyuman di bibir Syika. aku hairan.
"mengapa?" soalku.
"kau tak pernah berubah wahai sahabat ku. kau terlalu pentingkan masa lalu", kini senyuman ku pula terukir. Syika, sahabat ku semenjak di bangku sekolah lagi. sama-sama mendaki menuju ke menara gading di tempat yang sama tetapi terputus hubungan apabila pertemuan aku dan Quya megubah ikatan yang kuat menjadi kendur sedikit demi sedikit. salahkah aku terhadapnya?
"maafkan aku", terluah juga kata-kata yang menjadi bisikan di hati. pandangan ku bertukar redup, cuba menyelami perasaan gadis yang pernah menjadi teman baik ku seketika dulu. Syika ketawa membuatkan aku keliru dengan penerimaannya.
"kenapa? aku buat lawak ke?" soal ku bila melihat Syika masih lagi ketawa. mendengar saja kata-kata ku itu menambahkan lagi tawa Syika. aku mengeluh kecil. perlahan-lahan Syika menghentikan tawanya dan cuba mengubah emosinya secepat mungkin.
"kau jangan la kecil hati. erm kau kawan aku dan aku ikhlas menerima kau walaupun saat itu.....", Syika tidak meneruskan kata-katanya, mungkin berfikir ayat apa yang sesuai untuk digunakannya. akhirnya dia tersenyum lalu memandang tepat wajah ku. tangannya pantas menggenggam tangan ku erat.
"apa yang terjadi dulu biarlah ianya menjadi kenangan dan pengajaran buat kita. tidak perlulah diungkit lagi. jika diungkit, kemungkinan di antara kita akan wujud perasaan yang tak patut diwujudkan. kau faham maksud aku kan?" aku hanya mengangguk.
"tapi..", belum sempat aku berkata, pantas Syika memotong.
"kau tahu apa masalah kau?" aku hanya menggeleng. dia hanya tersenyum sambil mengalihkan sedikit posisi kedudukannya. kali ini mereka berdua mengadap antara satu sama lain.
"kau sentiasa terbawa-bawa dengan kenangan lalu. tidak kira la ianya sudah berlaku bertahun lamanya ataupun semalam. memang bagus untuk kita mengenang masa lalu tapi dengan menggunakan tanggapan yang positif. jangan terlalu menyalahkan diri padahal aku juga manusia, aku juga punya kesilapan. pandanglah ke depan, jangan menoleh ke belakang. jadikan kenangan lalu pengajaran untuk kau teruskan apa yang menanti kau di hadapan", aku hanya terdiam, mendengar dengan teliti. Syika menyambung lagi...
"jika benar kita boleh mengubah takdir, kau ubahlah sebaik mungkin. jika jalan kau pilih itu diredhai oleh Allah, pasti hasilnya akan menggembirakan", aku menelan air liur. ayat yang aku lemparkan kepada Syika kini dikembalikan kepada ku. Ah! mampukah aku mengubahnya?
~BERSAMBUNG~