...........
Azmi mempercepatkan langkahnya menuruni tangga menuju ke dapur. Dicapainya baldi dan terus menuju ke arah nenek yang terbaring lemah di atas atas katil. Apabila sampai sahaja azmi di situ, penuhlah baldi itu dengan muntahan nenek. Ianya langsung tidak menggelikan atau meloyakan, dia sudah biasa dengan keadaan itu. Dia tidak kisah sama sekali. Akhirnya muntahan nenek berakhir. Azmi menuang air ke dalam gelas dan memberikan kepada nenek. Nenek menolak.
Azmi mempercepatkan langkahnya menuruni tangga menuju ke dapur. Dicapainya baldi dan terus menuju ke arah nenek yang terbaring lemah di atas atas katil. Apabila sampai sahaja azmi di situ, penuhlah baldi itu dengan muntahan nenek. Ianya langsung tidak menggelikan atau meloyakan, dia sudah biasa dengan keadaan itu. Dia tidak kisah sama sekali. Akhirnya muntahan nenek berakhir. Azmi menuang air ke dalam gelas dan memberikan kepada nenek. Nenek menolak.
“minum la nek,”pujuk azmi.
Nenek hanya menggelengkan kepalanya. Azmi makin risau. Sekarang neneknya makin susah untuk menjamah makanan ataupun meneguk sedikit minuman. Dia meletak kembali minuman tersebut di atas meja. Dengan cepat dia mencapai lengan neneknya dan diurut perlahan. Dia tahu, neneknya pasti lenguh kerana asyik berbaring di atas katil untuk beberapa bulan. Nenek tak lepas-lepas memandang wajah cucunya,azmi. Tanpa disedari airmata mengalir laju membasahi pipinya.
“nek..kenapa ni?”Tanya azmi mulai risau.
“nek tak aff eerrr cuu (nenek mintak maaf yer cu),”kata nenek sambil memegang tangan azmi. Sekali lagi perasaan azmi dipagut rasa sedih. Sedih dengan kelakuan neneknya yang tak habis-habis memohon maaf.
“takpe..nenek tak salah apa pun,”tidak seperti tadi makin kuat neneknya meminta maaf. Akhirnya azmi akur..
“ye nek, azmi maafkan nenek,”jawab azmi mengunci kembali suara neneknya itu. Dia tersenyum.
…..
“macam mana dengan nenek kau,”Tanya pak dollah apabila dia sampai di perkarangan rumah azmi.
“macam tula pak dollah, takde apa yang berubah. Saya tengok stroknya makin teruk,”jelas azmi membuatkan pak dollah menggelengkan kepalanya. Dia kesian melihat azmi yang bertungkus-lumus menjaga neneknya. Dia bukan tak kenal dengan nenek azmi, satu kampong kenal dia. nenek adalah orang kaya di kampong itu dan sentiasa di pandang tinggi oleh orang lain tapi sayang, kelebihan itu disalah gunakan olehnya sehingga memakan diri sendiri.
“erm takpe la, kalau ada apa-apa hal..cari je pak dollah yer,”kata pak dollah. Azmi hanya mampu mengangguk. Dia amat berterima kasih dengan pak dollah kerana banyak membantunya menjaga nenek.
…..
“apa dah jadi dengan kau ni ha..tak habis-habis nak sakitkan hati aku je,”jerkah nenek apabila masakan kali ini terlebih garam. Azmi hanya menundukkan kepalanya, takut mula menguasai diri.
“lauk apa kau masak ni, masin sangat,”jerkah nenek lagi mengejutkan azmi. Dengan suara terketar-ketar dia menjawab..
“ayam masak merah nek,”
“nenek? Siapa nenek kau ha!!..aku takde cucu macam kau ni..asyik menyusahkan aku je!!,”kata nenek benar-benar menghiris jiwa azmi tapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia ingt pesanan arwah maknya agar tidak melawan kata dengan orang-orang tua. Dari jauh, suhaimi sepupu kepada azmi iaitu anak kepada mak ngah hanya tersenyum gembira. Akhirnya, rancangannya berjaya. Memang dia sengaja meletakkan garam ke dalam masakan azmi agar nenek bertambah benci dengan azmi.
“oit termenung jauh nampak,”sergah farhan apabila melihat azmi tidak menyedari kehadirannya. Lenyap semua kenangan pahitnya itu. Dia mengurut dada perlahan-lahan.
“mana salam kau ha?”Tanya azmi menghentikan tawa farhan.
“assalamualaikum..hehe..sorry ok, takde niat nak kejutkan kau macam tu,”kata farhan memohon maaf. Azmi hanya tersenyum melihat rakannya itu. Ya, farhan satu-satunya sahabat dari kecil hingga sekarang. Farhan yang selalu membantu jika azmi di buli oleh suhaimi. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti farhan.
“macam mana dengan nenek kau?”Tanya farhan meihat wajah sunggul sahabatnya itu.
“macam tula paan, aku pun dah tak tau nak buat macam mana lagi. Tiap-tiap hari asyik nak mintak maaf je,”cerita azmi. Farhan menepuk lembut belakang sahabatnya itu.
“sabarlah azmi..semua tu ada hikmahnya,”kata farhan membuatkan airmata azmi mengalir.
“aku tak sanggup tengok nenek macam tu,”azmi mengetap bibirnya. Lama mereka menyepi. dia kesian melihat keadaan sahabatnya yang sentiasa menjadi mangsa pukul dan dijadikan orang gaji selepas ibu bapa azmi meninggal dunia. Nenek terlalu manjakan suhaimi, sepupu azmi hinggakan azmi sering dipersalahkan jika dia membuat kesalahan. Dia teringat kembali kisah dia dan azmi dipukul teruk oleh nenek, gara-gara mulut suhaimi.
“owhhh sekarang dh pandai nak hisap dadah ye,”jerkah nenek. Satu sebatan mengenai kakinya.
“sumpah nenek, azmi tak buat pun perkara tu,”rayu azmi agar nenek menghentikan rotanannya tapi sia-sia sahaja, nenek langsung tak mengendahkannya.
“owhh dah pandai menjawab ye kau sekarang. Nah ambik kau, berani kau nak conteng arang kat muka aku,”jerit nenek menambahkan sebatan ke belakang azmi. Sakitnya bukan kepalang, rasa nak mati pun ada.
“azmi tak buat nek,”rayu azmi sekali lagi tapi nenek masih lagi dengan sebatannya. Farhan yang tidak sanggup melihat sahabatnya di libas dengan rotan, tanpa berfikir dia tampil memberanikan diri untuk menghentikan tindakan nenek terhadap azmi.
“sudah la nek, azmi tak bohong. Dia betul-betul tak ambil dadah nek,”hayunan nenek terhenti. Suasana sepi seketika, hanya terdengar tangisan azmi menahan kesakitan.
“diaorang bohong nek..suhaimi yang Nampak abg azmi hisap dadah kat ladang tu. Budak ni pun ada sekali, kau mesti nak tolong backup dia kan..,”kata-kata suhaimi membuatkan nenek bertambah marah. Belum sempat farhan ingin bersuara, nenek terlebih dahulu menyebatnya. Dalam beberapa minit barulah sebatan nenek terhenti, itu pun kerana pak dollah menghalangnya.
“nak minum tak?”Tanya azmi mematikan lamunan farhan. Dia hanya menggelengkan kepalanya.
“aku balik dulu ye,”kata farhan memohon diri untuk pulang. Biarlah perkara itu menjadi kenangannya bersama azmi.
…….
“suhaimi..apa yang kau buat ni,”jerit nenek apapbila melihat biliknya bersepah.
“mana nenek simpan duit?”Tanya suhaimi dengan tangannya yang terketar-ketar.
“suhaimi nak buat apa?”Tanya nenek mula pelik dengan sikap suhaimi.
“jangan banyak tanya la orang tua..mana kau simpan duit!!,”jerit suhaimi. Tidak tertahan dia dengan ketagihannya. Dia sudah kehabisan duit, maknya pun sudah tidak mampu memberikannya wang jadi satu-satunya jalan untuk mendapatkan duit hanyalah dari neneknya.
“kenapa suhaimi jadi macam ni,”Tanya nenek dengan lembut. Tidak disangka, orang yang dia belai dan dimanja dalam diam menikamnya dari belakang. Dia kecewa.
Akhirnya suhaimi menemui duit yang disimpan oleh neneknya. Dengan pantas nenek cuba menghalang tapi tak terdaya. Dia telah ditolak keras oleh suhaimi dan saat itu, hidupnya dengan serta-merta berubah. Mujurlah saat itu azmi pulang ke rumah dan menjumpainya terbujur di bilik tanpa bergerak dan doctor sahkannya menhadapi strok.dia hanya mampu mengalirkan airmata serta memohon ampun dengan azmi atas kesalahannya.
“nek..mari makan,”sapaan dari azmi membuatkan dia terjaga dari lamunan silam. Itulah mimpi ngeri yang tak dapat dilupakan. Suhaimi pun dah di tangkap polis, dia lega dengan kenyataan itu.
Azmi menghulurkan sudu ke mulut nenek tapi belum sempat nenek merasai makanan itu, dia tersentap..ada sesuatu yang menariknya. Azmi mula risau. Nafas nenek turun naik, Matanya terbeliak.
“nek..kenapa ni!!,”jerit azmi. Dia tak tahu nak berbuat apa. Lantas dia membuka langkah memanggil pak dollah tapi sudah terlambat. Sampai sahaja dia di rumah, nenek sudah menghembuskan nafasnya yang terkahir dalam keadaan yang menyayatkan hati.
“Allahuakbar..,”itu sahaja yang mampu diungkap oleh sesiapa sahaja yang melihat kejadian itu. Azmi yang dibantu oleh orang kampong membetulkan jasad neneknya tapi tidak boleh dan akhirnya mereka membuat keputusan menanam arwah seperti itu.
…….
Hari ini, awan kelihatan mendung sekali. Azmi dengan berhati-hati melangkah pergi meninggal kubur neneknya itu. Dia pasrah dengan apa yang telah menimpa neneknya. Moga neneknya sentiasa dirahmati oleh Allah, doanya di dalam hati. Dari jauh, farhan dan pak dollah hanya mampu bersimpati dengan keadaan azmi. Mengharapkan perkara itu memberi pengajaran kepada semua.
~ TAMAT ~
~bila kita dikurniakan kasih yg begitu byk,jgn la sesekali kita memilih kasih itu dan membiarkan ianya berat sebelah dan jangan la kita berbangga dengan harta yang kita ada sehingga kita dengan senang-lenangnya menindas orang yang tidak berkemampuan.jadi renung-renungkan dan selamat beramal..peace!!!
No comments:
Post a Comment