Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

.. Aku & Kau ..

Views

..............

Mia hanya memandang surat permohonannya yang telah ditolak. Dia hairan,apa kekurangannya sehingga dia langsung tiada peluang untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pekerja. Dia mengeluh panjang sambil menyimpan surat itu,sudah banyak permohonannya ditolak. Dia mula kecewa walaupun dia sentiasa dipujuk oleh Pn.Rokiah bahawa dia perlu sabar apabila terjadinya perkara sebegitu. 

bukan rezeki mia kot. Kalau ada rezeki,mst mia dpt, “ terngiang apa yang dikatakan oleh emaknya petang tadi.

mia..mari makan nak! ,” jerit Pn.rokiah. dengan lemah,mia turun satu persatu anak tangga. Dia dapat rasakan semangatnya hilang dengan serta merta.

sudah la tu mia, tak elok buat muka macam tu depan rezeki tau ,” tegur Pn.rokiah apabila melihat anaknya muram sambil memuncungkan mulutnya.

mia takde selera la nak makan mak ,” kata mia membuatkan Pn.rokiah menggelengkan kepala. Dia sudah tidak tahu cara untuk memujuk anak tunggalnya ini. Dia tahu anaknya begitu kecewa dengan penolakan permohonan itu. Kalau sekali mungkin boleh dimaafkan tapi banyak kali pula tu. Sedih dia melihat anaknya yang bertungkus lumus mencari kerja kosong tetapi semuanya hampa.

mia nk ikut ani pergi kl la mak ,” tersentak Pn.rokiah dengan permintaan anaknya itu.

buat apa pergi kl tu? ,” Tanya Pn.rokiah memberhentikan suapan nasi ke mulutnya.

mia nak cari kerja kat sana la mak. Ani kata kat sana senang sikit nak dapat kerja ,” katanya tanpa memandang wajah emaknya itu. Dia tahu kalau dia memandang pasti dia akan ubah fikiran kerana tidak sanggup meninggalkan emaknya keseorangan dia kampong. Lama Pn.rokiah mendiamkan diri membuatkan mia serba salah dan mula mengangkat muka dan tatkala itu pandangannya bertaut pada wajah emaknya.

betul mia nk ikut ani pergi kl? ,” Tanya Pn.rokiah membuatkan mia mengangguk cepat. Pn.rokiah menarik nafas dengan panjang. Berat hatinya untuk menyatakan persetujuannya dengan kehendak anaknya itu. Masakan tidak, itulah satu-satunya anak yang amat berharga buat dirinya selepas ditinggalkan suami tercinta. Dia harus terima yang mia sudah besar dan harus mula berdikari tapi adakah dia sanggup berjauhan dengan anaknya itu.

betul ni mia? ,” Tanya Pn.rokiah sekali lagi membuatkan mia serba tak kena.

mia tak kisah sebenarnya. Kalau mak tak izinkan mia pergi, mia tak pergi ,” kata mia. Dia tahu apa yang difikirkan oleh emaknya itu. Dia pun memikirkan perkara yang sama juga. Sanggup ke dia hidup keseorangan di kl tanpa emaknya di sisi. Dia tahu, ani adalah sepupunya yang paling rapat dan dia sendiri tahu yang ani akan menjaganya dengan baik. Masakan ani sanggup membohongnya dengan menggunakan alasan ‘kerja’.

kalau kau nak cari kerja, ikut la aku pergi ke kl..mesti banyak kerja yang kau boleh buat ,” kata ani sambil aku mengangguk tanda setuju. Saat itu ani sedang bercuti. Memang sudah menjadi kebiasaan sepupunya itu akan melawat di rumah setiap kali pulang ke kampong.

tapi macam mana dengan mak, dia bagi ke aku pergi? ,” Tanya mia membuatkan ani menggarukan kepala yang tidak gatal. Dia sudah sedia maklum dengan perangai mak longnya itu. Susah untuk berenggang dengan anaknya, begitu juga dengan mia jadi dia agak ragu-ragu untuk mengajak mia mengikutnya ke kl.

kau tanya la mak kau tu dulu. Kalau dia bagi pergi,ikut jela tapi kalau tak boleh, kau dengar jela cakap dia..jangan kau melawan pula ,” nasihat ani. Dia risau, disebabkan dia mengajak mia mengikutnya, akan terjadi pergaduhan antara mia dan mak longnya itu. Tak sanggup dia melihat perkara itu terjadi, mungkin dia tak akan maafkan dirinya kalau perkara itu benar-benar terjadi.

mak izinkan mia pergi ,” kata Pn.rokiah mengejutkan mia dari lamunannya itu.

betul ke ni mak? ,” Tanya mia sekali lagi. Hatinya mula berbunga. Dia gembira dengan persetujuan yang diberikan oleh emaknya itu.

betul tapi mak nk ingatkan mia, jaga diri elok-elok bila dah duduk sana. Jangan lupa diri pula. Ha lagi satu, jaga tingkah laku tu. Awak tu perempuan, mak tak nak anak mak buat perkara yang tak senonoh tau ,” nasihat Pn.rokiah dengan panjang lebar. Mia hanya tersenyum lalu mengangguk.

terima kasih mak. Mia akan ingat nasihat mak tu ,” kata sambil memeluk emaknya itu.







...........

Perlahan-lahan mia menuruni anak tangga bas dan menjejakkan kaki di bumi kuala lumpur. Dia tersenyum puas dan mengucap syukur yang dia telah sampai dengan selamatnya. Dari jauh, dia dapat melihat lambaian ani. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke ani yang sedang menunggunya.

wahh kereta kau ke ni ani,”mia membelek setiap inci kereta itu, dia kagum.
Ani hanya tersenyum melihat gelagat sepupunya itu.

Itulah balasan orang yang bekerja dengan titik peluh dan usaha sendiri, yang penting ikhlas kerana Allah,”mia hanya menggangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya itu.

kau dah makan ke,”mia hanya menggelengkan kepalanya. Matanya asyik memandang ke luar melihat keindahan bandaraya kuala lumpur. Wow cantiknya,desisnya di dalam hati. Dalam diam dia memuji kebesaran Allah yang telah menciptakan kecantikan di dunia sementara ini.


Eerrrkkkk…licin pinggan dibuatnya. Memang sedari pagi lagi dia tidak menjamah sebiji nasi pun, hanya berbekalkan kuih yang dibeli oleh emaknya..itu pn dah ‘selamat’ dalam perjalanan ke sini tadi.

hish kau ni, anak dara sopan la sikit,”mia hanya tersengih mendengar sindiran ani.

sorry..haha..tak tahan. Rasa kenyang sangat, puas dapat makan,”ani hanya menggelengkan kepalanya. Itu la sifat sepupunya, dalam sopan ada juga perangai yang tak ‘senonoh’ nya. Itu yang membuatkan persaudaraan mereka tak pernah ada sengketa.

ini bilik kau, sorry la bilik ni kecik sikit..aku tahu kau tak berapa suka nak share bilik ni kn,”kata ani membuatkan mia tersenyum. Dia gembira ani memahaminya. Memang dia tidak suka berkongsi bilik dengan sesiapa pun kerana dia seorang yang sangat bersih. Pantang dia nampak rumah bersepah atau berselerak, ringan saja tangannya mengemas. Lagipun dia seorang yang agak panas baran dan suka membebel, lebih-lebih lagi kesalahan itu perkara yang dia tak suka. Lagi baran la dibuatnya.

ala takpe, asalkan boleh tidur..ok la,”

nah,kau pinjam la kemeja aku ni dulu, aku ada kerja kosong untuk kau so esok aku bawa kau pergi interview yer,” tersentak aku.

cepatnya..,”niatnya untuk berehat sehari dua dulu,baru ada semangat untuk mulakan kerja. Lagipun, dia baru saja sampai. Kuala lumpur ni pun dia belum jelajahi lagi.

ala xpe, kalau kau dapat kerja tu..kau ada banyak masa untuk jalan-jalan kat sini sampai bosan kau dibuatnya. Nah, ambil baju ni,” mia hanya menggangguk. Macam tahu-tahu je kan,bisik hati mia apabila ani dapat membaca isi hatinya. Tatkala itu dia tersenyum.

xpe, aku pakai baju kurung cukup la,”kata mia membuatkan ani serba salah, kemudiannya dia tersenyum. Lupa pula yang sepupunya ini seorang yang menutup aurat. Aku bila lagi,getus hati ani. Dia bukanlah seperti sepupunya itu. Memakai tudung labuh, pakai baju kurung dan berstokin. Dia hanya berpakaian biasa seperti wanita lain, masih memakai jeans, baju t-shirt dan memakai tudung biasa tapi masih menutup aurat. Dia gembira mendapat sepupu seperti mia, ada juga mia mengajaknya berubah tapi hatinya masih belum terbuka untuk itu. Dia tersenyum apabila teringat kembali kali pertama perubahan mia itu.

apasal kau lain sangat ni,”Tanya ani membuatkan mia tersenyum manis. Ya, dia dapat rasakan perubahan yang ketara pada sepupunya itu.

Alhamdulillah, aku dah diberi hidayah untuk berubah. Aku rasa, aku nk lakukan perkara ni bersama kau,”ani tersenyum kelat, dia masih belum bersedia.

takpe la, kau doakan la supaya hati aku ni terbuka untuk berubah,”ani memegang tangan mia,erat.

kenapa taknak berubah sekarang, kan bagus. Sebelum mata tertutup, sebelum jasad ditarik,” ani telan air liur dalam-dalam. Ani memandang tepat ke wajah sepupunya itu. Ada sinar harapan untuk melihat dirinya berubah.

belum masanya lagi,”pantas ani berlalu menunjukkan yang dia tidak mahu membincangkan topic tersebut. Mia hanya memandang, takde niat langsung untuk menghalang. Dalam hatinya berdoa, agar dibukanya hati sepupunya itu supaya mendapat hidayah Allah.

Tok tok tok..

Ketukan di pintu menghentikan lamunan ani terus memalingkan pandangannya, tatkala itu mata bertaut dengan mata sepupunya. Senyuman menghiasi wajah.

boleh aku masuk?”Tanya mia, meminta keizinan.

ala kau ni, masuk jela..tak payah la nk mintak-mintak izin ni,”kata ani. Mia melangkah masuk ke dalam bilik.

apa yang kau fikirkan?”Tanya mia tanpa memandang wajah sepupunya itu.

takde apa..kenapa?”Tanya ani kembali tapi mia hanya membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

kau kerja apa yer?”kali ini dia bertentang mata dengan ani.

kerja yang aku nak rekeman kat kau tula,”

owh iya ke, jadi nanti kita satu ofis la yer,”ani hanya menggangguk lalu bangun dan menukar pakaian.

kau nak pergi mana ni?”Tanya mia hairan. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Takkan dia nak keluar malam-malam macam ni pula, bisik hati mia.

aku ada buat kerja part time dekat 7eleven so hari ni aku kerja shift malam,”terang ani. Dia tak mahu mia fikir yang bukan-bukan. Ya, dia sesekali tak mahu.

owh yeke, tak letih ke? Pagi kau kerja kat ofis, malam pula kau kerja kat 7eleven..,”

aku nak cari duit lebih sikit la mia, gaji kat ofis tu pun bukan cukup sangat pun,”kata ani yang sedang memakai tudung.

kalau macam tu, aku pun nak kerja part time la. Aku ikut kau yer,”ani tersentak.

ishh jangan mengarut la..kalau mak kau tahu,nanti dia kata aku buli anak dia pula,”mia hanya mendiamkan diri. Betul juga apa yang ani cakap, maknya pasti tak setuju dengan perkara itu.

ok la, aku pergi dulu. Owh ye, sebelum aku terlupa..bilik ni shima punya, dia balik kampong. Rasanya pagi esok baru dia balik. Aku pun balik pagi esok tau. Kunci rumah, jaga diri elok-elok. Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk pintu tau,”nasihat ani dengan panjang lebar. Kalau tak kerana kerja, dia tak sanggup nak tinggalkan mia seorang diri tapi memikirkan mia pernah belajar suatu ketika dulu, dia pasti mia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

yela makcik, jangan risau ok. Pandai la aku jaga diri,”kata mia menyakinkan ani. Walaupun saat itu dia diserbu dengan perasaan takut tapi dia yakin, Allah sentiasa bersamanya.






...........


Krriiiinnggggg!!!!!!

Jam berbunyi membingitkan telinga tapi langsung tak didengari oleh mia. Dia masih lagi tidak bergerak dan masih seronok melayan tidurnya. Kebetulan dalam masa yang sama, shima baru sampai di rumah. Aik jam siapa pula yang berbunyi ni,bisik hati shima. Dihilangkan rasa takut dan dengan perlahan-lahan memutar tombol pintu. Dari samar-samar cahaya dia dapat melihat sekujur badan yang sedang enak tidur. Oh mungkin inilah sepupu yang ani ceritakan hari itu, fikir shima. Dengan berhati-hati, dia mengonjangkan tubuh mia. Dia pasti, mia ingin bangun awal kerana mungkin ada perkara yang ingin di lakukan. Kalau tidak, masakan dia mengunci jam handphonnya. Dalam keadaan mamai, mia dapat melihat ada bayang hitam di depannya. Dia amat terkejut dan terus bangun membuka langkah silatnya.

oiii kau buang tebiat ke..ataupun kau ni tengah mengigau,”jerkah shima, ingin meledak tawanya saat itu. Mia yang masih lagi separuh sedar, terpinga-pinga akibat jerkahan shima itu.

jadi kau datang ni untuk cari kerja la yer?”Tanya shima apabila mia menyudahkan solat subuhnya. Mia hanya menggangguk, ada sisa tawanya lagi bila mengenangkan peristiwa tadi. Alangkah malunya dia terhadap rakan serumah ani yang di sangkakan penceroboh sebab itu tanpa berfikir panjang dia terus bangun dan membuka langkah walaupun saat itu dia masih lagi tidak sedar dari tidurnya.

ani dah dapatkan kerja untuk kau?”sekali lagi mia menggangguk.

di mana?

di tempat dia bekerja sekarang,”jawab mia. Shima mengeluh. Hairan mia dengan gelagat shima yang bagaikan sedang bersusah hati.

kenapa, ada masalah ke?”shima hanya menggelengkan kepalanya lalu meminta diri untuk bersiap ke pejabat. Saat itu banyak perkara yang menerjah ke dalam fikirannya. Pada pandangannya, semenjak dia sampai ke sini. Ada benda yang tidak kena. Ya, dia tahu mereka sedang sembunyikan sesuatu.

mengelamun nampak,”mia agak terperanjat apabila ditegur oleh ani dari belakang. Jauh sungguh dia mengelamun.

kau fikir pasal apa ni, sampai aku masuk bilik pun kau tak sedar,”

takde apa la, aku hanya teringat mak di kampong je. Semalam waktu sampai sini, lupa pula nak call dia. Rasanya lepas interview nanti baru nak call,”kata mia, harap dengan alasan itu ani tidak mengesyaki yang dia sedang fikirkan sesuatu tentang ani.

kau sedang fikir pasal aku yer?”mia terkesima. Air liurnya ditelan perlahan agar ani tidak perasan gelora di hatinya. Ani membiarkan soalannya tanpa jawapan. Dia tahu mia sedang memikirkan sesuatu tentangnya dan dia tidak akan sesekali memaksa mia memberitahunya. Mia perlukan ruang untuk berfikir. Dia tahu, mia akan membuka mulut juga suatu hari nanti. Mia hanya membuntui langkah ani, dia tahu ani berkecil hati dengannya.



Di pejabat, mia menunggu namanya dipanggil dengan gelisah. Dalam hati dia berdoa agar hatinya tenang. Dari jauh ani melihat telatah sepupunya itu. Ada perkara yang merisaukan hatinya. Tiba-tiba ada sapaan dari belakangnya, pantas dia menoleh.

kau tak patut sembunyikan apa-apa pun dari dia, dia ada hak untuk tahu,”ani hanya membatukan diri. Matanya masih tertumpu pada pada mia.

ani..,”suara shima agak meninggi kerana tiada tindak balas dari ani. Ani hanya sekadar tersenyum.

aku yang mulakan jadi biarlah aku yang akhirinya,”

bila?”Tanya shima masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang ani berikan. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Shima makin diburu resah. Memang dia membantah keras bila mendapat tahu mia, sepupu ani ingin tinggal serumah dengannya. Bukan dia tidak suka dengan mia tapi ada sesuatu yang menghalang. Ya, dia sudah lama bersahabat dengan ani. Dia sentiasa mengikut sahaja kemahuan ani tapi kali ini, dia dapat rasakan keputusan ani kali ini adalah salah.

kau tahu, kali ni aku betul-betul rasa tak sedap hati tau,”jelas shima, meluahkan rasa yang terpendam di hatinya.

just wait and see..,”itu saja kata putus yang terkeluar dari mulut ani. Sanggupkah dia menghadapi semua ini..??




Damia qistina binti abd halim..,”panggil rina tapi tiada sahutan. Semuanya hanya memandang antara satu sama lain.

damia qistina binti abd halim..!!!!,”kali ini,suaranya agak meninggi.

Bbbuuukkkk!!!!
Semua menoleh dan saat itu, sesiapa sahaja yang melihat pasti pecah perut akibat gelak terlalu banyak. Mia bangun dan membetulkan pakaian. Perasaan malu menyelubungi diri. Isshhh aku ni, macam mana boleh tertidur pula ni..sampai jatuh kerusi pula tu, buat malu betul, bisik hatinya menahan malu. Rina cuba menahan tawanya.

damia qistina..??”Tanya rina untuk memastikan empunya nama. Mia hanya menggangguk.

giliran awak..,”kata rina sambil menunjukkan bilik temuduga.

Bismillahirrahmannirahim..
“asslamualaikum..,”..

walaikummusalam..masuk,”suaranya agak tegas sedikit. Nak ambil pekerja kena la tunjuk kita ni tegas sikit, baru la diorang ni takut..getus hati hakimi. Tatkala dia mengangkat wajah, dia terkesima tapi dibuangnya perasaan itu jauh-jauh.

duduk..hmm kenapa dengan dahi awak tu,”tegur hakimi apabila melihat kesan merah di dahi mia.

erm exciden sikit kat luar,”kata mia, malu untuk menceritakan kisah sebenar. Temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan akhirnya mia mendapat jawatan tersebut. Rasa bersyukur tidak pernah terpadam dalam hatinya dan bersujud kerana mendapat peluang yang begitu besar baginya. Hari itu, dia terus menelefon emaknya dan memberitahu berita gembiara tersebut, alangkah gembiranya pn.rokiah dengan perkhabaran itu. Tidak sia-sia dia mengizinkan anaknya itu pergi, titisan bahagia mula menitis. Akhir kata dari mia, “mia sayangkan mak,”…






.............

kau nak pergi mana tu,”Tanya mia melihat ani dengan tiba-tiba menukar pakaian. Sedari tadi handphonnya tidak lepas dari pegangannya. Dia yang asyik bercerita tidak diendahkan oleh ani.

lupa ke, kan aku kerja,”mia mengerutkan dahinya. Jam baru saja menunjukkan pukul 8.30 malam.

bukan ke shift ko mula pukul11, ni baru pukul8.30,”Tanya mia minta kepastian. Dia mula rasa kelainan.

ala kau pun tahu kan,kerja macam aku ni tak tentu la,”jelas ani mengharapkan mia percaya dengan kata-katanya. Mia hanya menggangguk lalu membuntui langkah ani ke pintu.

kau jaga diri ok,”kata ani. Mia hanya mengiyakan saja. Dia tak perlu risau kerana hari ini shima ada di rumah menemaninya.




apa yang membuat kau nak berubah?”Tanya shima apabila masing-masing mendiamkan diri semasa menonton televisyen. Mia menoleh, jelas terpancar rasa ingin tahu di wajah shima.

berubah macam mana tu,”Tanya mia kembali untuk memastikan apa yang ingin diceritakan tidak lari dari apa yang ingin shima tahu.

yela,ani pernah cerita kat aku yang kau dulu macam kitaorang juga.pakai biasa je..,”mia hanya tersenyum. Sebenarnya dia tak tahu macam mana untuk memulakan cerita kerana ianya terjadi atas kehendak-Nya ke atas dirinya.

aku tak tahu macam mana nak cerita perasaan pertama aku merasai hidayah dari Allah tapi ianya benar-benar indah hingga tiada siapa dapat menggambarkannya,”jelas mia membuatkan shima makin berminat. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak kecil. Dia dibesarkan oleh makciknya yang amat susah. Bak kata orang,kais pagi makan pagi..kais petang makan petang. Dia teringin merasai nikmat wang yang sentiasa dibanggakan,disebabkan itu dia mula lupa diri. Terbit sesuatu daripada hatinya.

boleh kau ajar aku?”akhirnya terkeluar juga kata keramat itu dari mulut shima. Mia tersenyum gembira.

Alhamdulillah..,”ya,seperti mana yang diceritakan oleh mia tadi. Satu perasaan yang tiada siapa dapat gambarkan. Dia bersyukur kerana bertemu dengan mia.





kau gila ke ha..,”tersentak shima dengan jeritan ani itu. Ani tak pernah berperangai seperti itu. Walaupun sedang marah sekali pun, ani sentiasa berlembut.

salah ke dengan keputusan aku ni?”Tanya shima kembali.

ya,keputusan kau tu salah. Aku tak boleh terima semua tu. Kau tahu apa akibatnya nanti,”kata ani separuh mengugut.

berani kau ugut aku?”kata shima membuatkan ani ketawa.

jangan kau sangka dalam air tenang tiada buaya shima..,”kata ani lalu pergi. Dia terkesima. Apa yang sudah dia lakukan selama ini. Rasa berdosa menjelma dalam hati. Ani dah betul-betul lupa diri, bisik hati shima.




Lama shima berdiri di hadapan pintu bilik mia. Ya, dia harus berterus-terang pada mia. Sebelum ini memang dia rasakan salah untuk mia tinggal serumah dengan mereka. Dia salah, mia dapat jernihkan keadaan jika keadaan memaksa. Tatkala ingin di ketuknya pintu itu, tiba-tiba mia berada di hadapannya.

kenapa kau berdiri je depan pintu?”Tanya mia, pelik dengan keadaan shima yang betul-betul tidak bermaya apabila dia membuka pintu biliknya.

aku ada benda nak bagitahu kau,”dengan perlahan, mia menarik shima masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.

kau dah solat?”Tanya mia memastikan shima benar-benar ingin berubah. Dia hanya mengangguk lemah.

erm apa yang kau nak cakapkan tu?

sebenarnya…,”kata-kata shima terhenti. Dia tak sanggup untuk berterus-terang.

katakanlah..jangan takut,”mia memberi semangat.

sebenarnya…



.............

sudah seminggu ani mengurung diri di dalam bilik. sudah beberapa kali mia mengetok pintu biliknya tapi apa yang dia dapat hanya hamburan dari ani. shima hanya mampu menggelengkan kepalanya, dia menyesal kerana tidak memaklumkan perkara tersebut terlebih awal kepada mia tetapi mia langsung tidak menyalahkannya, dia gembira.

"aku tak marah shima,kau ada peluang untuk berubah.sebelum terlambat,bertaubatlah shima,"nasihat mia lembut.airmatanya menitis. oh! betapa mulianya hatimu mia,bisik hatinya.


ketukan mia semakin kuat tetapi pintu masih lagi tidak terbuka.airmatanya menitik,kenapa perkara sebegini terjadi?bisik hati mia.sedih mengenangkan sepupunya itu.dia teringat peristiwa seminggu sebelum itu,saat shima ingin berterus-terang kepada yang telah membongkar segala rahsia yang telah disembunyi oleh ani dan shima.sungguh,hatinya berkecai tatkala mengetahui perkara sebenar.



seminggu sebelumnya...


"sebenarnya...,"tatkala shima ingin berterus-terang kepada mia.kata-katanya terhenti disebabkan bunyi handphone di tangannya.mereka berpandangan antara satu sama lain.

"kejap ye mia,aku nak jawab panggilan ni kejap,"kata shima meminta izin keluar dari bilik.mia hanya mengangguk.perasaan ingin tahu semakin menebal.apa yang ingin diceritakan oleh shima sebenarnya,getus hati mia lalu dia bersiap untuk pergi ke kedai burger tak jauh dari rumahnya.rasa lapar pula,detik hatinya.

langkah demi langkah dia melewati rumah dalam keadaan sunyi.takut mula menyelubungi diri.dia berdoa dalam hati agar dijauhkan perkara buruk yang tidak diingini.tiba-tiba langkahnya terhenti di sebuah rumah yang agak samar cahayanya.dia cuba sembunyikan dirinya apabila menyedari ada orang yang keluar dari rumah tersebut.dia mula rasa tidak sedap hati.bukan ke rumah tu tiada berpenghuni,bisik hati mia.dia mulai mengesyaki sesuatu.dia hanya mendiamkan diri disebalik pokok yang berhampiran dengan rumah tersebut.dia cuba melihat wajah mereka yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan yang sedang beraksi penuh ghairah.dia amati wajah perempuan itu,dia tersentak.

"ani...,"hanya itu sahaja yang mampu disebut oleh mia.ani tergamam.




"sudah!!jangan sesekali berani masuk campur dalam hal aku,"jerit ani membuatkan mia terdiam.ani tidak pernah berkasar kata dengannya sebelum ini.shima hanya mendiamkan diri,sebelum dia sempat berterus-terang dengan mia.mia terlebih dulu menegetahui perkara itu.yang lebih membuatkannya rasa bersalah apabila mia melihat kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri.dia malu.

"apa dah jadi dengan kau ni?apa yang membuatkan kau buat perkara terkutuk tu,mana maruah kau sebagai seorang perempuan dan seorang islam?"lembut tutur mia.dia tahu kalau dia cuba berkeras dengan ani pasti ani akan lebih memberontak.

"itu hidup aku,hak aku.kau siapa nak masuk campur ha?jangan nak tunjuk baik plak depan aku!!"jerkah ani.dia mula hilang pertimbangan.dia lupa dengan siapa dia berhadapan sekarang.mia,sepupu yang amat dia sayangi.

"bertaubat la ani,Allah sentiasa akan mengampunkan umatnya yang bertaubat,"nasihat mia membuatkan ani tersenyum sinis.

"bertaubat?dah terlambat mia,dah banyak dosa aku buat,"kata ani dengan suara rendah tapi mia dapat menangkap apa yang dikatakan oleh ani.dia tersenyum.dia tahu,sekeras-keras hati ani pasti ada sekelumit perasaan lembutnya.dengan perlahan-lahan mia mencapai tangan ani,digenggam erat.

"hey ingat tak dulu,kau suruh aku berdoa supaya Allah bukakan hati kau untuk berubah.aku sentiasa berdoa dan aku dapat rasakan yang masanya telah sampai,"hampir menitis airmata ani tapi dia menahan.dia menolak mia keras.

"lupakan..,"kata ani terus mengurung diri di dalam bilik.





ketukan mia masih bergema.dia tak mahu berputus asa.dia tahu,ani perlukan dia tapi hampa setiap kali ketukannya bergema akan dibalas dengan maki hamun ani dari dalam bilik.sudah seminggu perkara itu berlalu tapi ani masih lagi seperti itu.dia mula risau kerana ani tidak menjamah langsung makanan dan meneguk minuman.shima masih dalam keadaan serba salah.

"kita report polis la,mana nak tahu dia ada buat perkara bodoh ke..kau ketuk pun dia senyap je.dah tak marah-marah pun,"cadang shima tanda risau.mia setuju tapi tatkala dia ingin melangkah pintu terkuak.mereka kaget.terus dia menyambut tubuh lemah ani.

"kenapa dengan kau ni ani?"tanya mia.badan ani dirasakan panas.Ya Allah,bantulah aku bisik hati mia.airmata ani deras mengalir.menyesal dengan apa yang dilakukan.







.............

hari itu terasa agak panas tapi ianya tidak mematahkan semangat mia untuk kekal berdiri di situ.semua orang sudah pulang,hanya tinggal dia sendirian di situ.

"mia..jom balik nak,"mia hanya membisu.pn.rokiah risau dengan keadaan anaknya itu yang masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi.perlahan-lahan dia melepaskan genggaman tangannya dan berlalu.dia tahu,mia perlukan masa untuk mencari ketenangan,pasti dia ingin luahkan sesuatu.

hampir setengah jam dia berada diperkarangan itu walaupun peluhnya laju mengalir membasahi dahinya.matanya masih lagi kemerahan tapi sudah tiada airmata mengalir.dia sudah puas menangis semalaman.apa lagi yang dia ingin buat di situ,dia pun tak tahu.sukar untuk percaya dengan apa yang telah terjadi.dia pejam mata rapat-rapat.Ya Allah,tabahkanlah hati ku ini bisik mia.






"ani..kenapa ni,"jerit mia bila mendapati badan ani begitu lemah sekali.shima mula panik,ada perubahan ketara pada ani.

"jom..kita bawa dia pergi hospital,"cadang shima.mia hanya mengangguk terus memapah ani dibantu oleh shima.

semasa dalam perjalanan ke hospital...

"dah lama aku tak tidur kat pangkuan kau ni..rasa seronok,rindu dengan suasana dulu,"tiba-tiba ani bersuara lemah.dengan lembut mia membelai rambut ani.ah! rindu aku pada ibu,bisik hati ani.

"aku sayangkan kau,"bisik ani kepada mia.hampir ingin menjerit dia tatkala mendengar kata-kata ani itu.dia hanya mampu mengangguk.

"aku sayang kau juga.kau kan dah janji nak berubah sama-sama dengan aku,"kata mia antara dengar atau tidak kerana cuba menahan tangisannya.ani hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"sekarang ni,Allah takkan sesekali menerima taubat ku mia.aku dah tak boleh nak berubah dan bersyukur sangat sebab kau yang berubah,"kata ani dengan suara tersekat-sekat.mia genggam erat tangan ani.

"jangan la cakap macam tu,Allah sentiasa akan mengampunkan umatnya,"kata mia.hampir menitis airmatanya melihat keadaan ani.sanggupkah dia kehilangan sepupunya yang dianggap sahabat yang paling baik untuk dirinya.ani hanya tersenyum kelat.adakah Allah akan mengampuninya apabila dia cuba membunuh diri dengan menelan pil tidur sehingga melebihi dose?dia tahu,mia terlau kecewa dengannya.

"aku nak tidur kejap la,mengantuk sangat,"kata ani membuatkan mia kaget.

"ani..kau jangan tidur,"

"ala kejap je..nanti dah sampai kau kejutkan la ek,"kata ani.perlahan-lahan dia menutup matanya.Ya Allah,ampunkanlah dosaku..





"aku dah tak boleh nak berubah dan bersyukur sangat sebab kau yang berubah"...masih tengiang-tengiang lagi kata-kata ani itu.perlahan-lahan mia duduk dan menyentuh lembut tanah yang masih lagi merah.doktor telah sahkan bahawa ani telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.tanpa dia sedar,sekali lagi airmatanya mengalir.dia sedih,adakah sepupunya itu sempat mengungkapkan kata syahadah sebelum menutup mata.kalau dia berkeras untuk menghalang ani dari tidur sebentar pasti dia dapat membantu sepupunya itu.dia masih lagi terkejut dengan sebab yang membuatkan mia pergi buat selama-lamanya.


"dari apa yang kami dapat..dia telah mengambil ubat tidur yang berlebihan,"kata doktor membuatkan mia terdiam.

"awak tahu kenapa dia ambil ubat tu..dia ada masalah ke?"

"saya tak berapa pasti doktor,"jawab mia dengan teragak-agak.dia hairan,kenapa ani berbuat begitu?

"owh ye,ada satu perkara lagi saya nak bagitahu..kandungannya juga tak dapat saya selamatkan,"kata doktor menambahkan kejutan buat aku.

"kandungan?"tanya aku tanda hairan.

"ya,kandungan..awak tak tahu ke?"mia membiarkan soalan itu tanpa jawapan.pantas kakinya melangkah mengahadap shima.dia hanya menundukkan kepala.

"jadi itulah perkara yang kau rahsiakan dari aku?"tanya mia apabila shima hanya membatukan dirinya.

"aku dah cuba sedaya upaya untuk terus terang kat kau tapi aku tak mampu,"

"disebabkan ketakutan kau tula kau dah bunuh satu nyawa yang tak berdosa dan juga sepupu aku!!,"jerit mia mulai hilang kesabarannya.shima cepat-cepat melutut dan memegang kaki mia.

"aku takut kau tak boleh nak terima dan disebabkan aku juga la ani terjebak dengan gejala ni,"kata shima dalam tangisan.makin laju airmata mia membasahi pipinya.

"sebelum terlambat,taubatlah shima,"kata mia lalu pergi.




kini dengan rela hati,shima telah pun selamat memasuki pusat pemulihan akhlak dan juga..pasti semua ingat tentang hakimi kan.ya hakimi,bos di tempat kerja mia.tidak mia sangka bahawa,hakimi lah yang telah membuntingkan ani.hakimi pun telah ditangkap polis dengan kerjasama shima.walaupun segalanya berjalan dengan lancar selepas pemergian ani barulah mia tahu,segalanya pasti ada hikmah.dengan pemergian arwah telah membongkarkan segala rahsia yang telah tersimpan selama ini.Ya Allah,ampunkanlah mereka dan rahmatilah mereka semua,bisik hati mia.tiada sekelumit dendam pun untuk shima dan hakimi.dia redha dengan apa yang telah terjadi.perlahan-lahan dia melangkah pergi,pergi meninggalkan kenangan yang amat bermakna buatnya...


~ AKU dah tak boleh nak berubah DAN bersyukur sangat sebab KAU yang berubah ~


~ TAMAT ~

No comments: