Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Adakah Dia Untuk Aku?

Views
*****

malam itu angin meniup sayu,membawa terbang hatinya yang sedang resah.suzana mengeluh panjang.matanya masih lagi memandang ke luar tingkap tapi tak tahu apa yang di lihatnya.hatinya kosong.banyak perkara yang bermain dalam kotak fikirannya.mampukah dia berterusan sebegini rupa.hajat yang diluahkan oleh ummi petang tadi di telannya dengan penuh kepahitan.ah! tak sanggup aku untuk hadapi semua ini,bisik hatinya.kepala ligat memikirkan peristiwa petang tadi..

"su..,"suzana yang sedang melipat baju segera berpaling lalu tersenyum melihat ummi di muka pintu biliknya.

"masuk la..ada apa ummi?"tanya suzana apabila melihat umminya ingin memberitahu sesuatu kepadanya.perlahan-lahan ummi duduk bersimpuh di sebelahnya.dengan lembut ummi menyentuh jari jemari suzana.sambil tersenyum ummi berkata...

"ada orang masuk meminang su..su terima tak?"mata suzana terbeliak tapi disembunyinya perasaan terkejut daripada penglihatan umminya.ah! parah ni,getus hatinya.

"siapa ummi?"suzana cuba tersenyum dan dia tahu senyuman itu amatlah kelat untuk di ukirkan.

"anak kawan ummi..dia baik dan soleh sangat.kan itu yang su nak kan,"kata ummi penuh dengan perasaan ceria.dia tidak sedar bahawa suzana sedang berperang dengan perasaannya sekarang.

"erm bagi la su masa yer ummi..biar su sembahyang istikarah dulu ye malam ni,minta petunjuk.insyaAllah,nanti su bagi jawapan yer,"ummi mengukir senyuman.dia tahu anaknya itu takkan mengecewakannya.



kringgg...kringggg!!!!!

telefon bimbitnya berbunyi mengejutkan dia dari lamunannya.tertera nama 'min' di skrin telefonnya.dibiarkan telefon itu tetapi ianya masih lagi berbunyi menunjukkan ia tidak akan berhenti.dengan berat hati dia mengangkat...

"oii minah..kau kat mana ha,bila nak balik?"suara jasmin nyaring di corong telefon.

"kau ni cakap tak boleh elok-elok sikit ke?"jerit suzana kembali.di memandang sekeliling mengharapkan tiada siapa yang mendengar perbualannya.

"sorry la beb..bila kau nak balik kl ni.tak best la kau takde,"kata jasmin merendahkan kembali suaranya.

"sabar boleh tak?aku tengah pening kepala ni..tiba-tiba plak ada orang masuk minang aku ni,"dengan jelas dia dapat mendengar tawa jasmin.dia mengetap bibir.


"ada orang masuk minang kau,"tawa jasmin semakin jelas.malas dia ingin melayan kerenah kawan baiknya itu lalu ditekannya punat merah.hatinya masih gelisah memikirkan soal itu.malam itu suzana tidak dapat melelapkan mata tapi digagahkannya juga dan akhirnya dia membuat keputusan.dia tahu dia harus tanggung risikonya.


pagi itu,ummi sibuk mencuci pinggan mangkuk yang masih belum di cuci.dengan perlahan-lahan suzana menyapa dari belakang..

"assalamualaikum ummi..,"sapa suzana sambil meletakkan begnya ke bawah.

"eh su nak pergi mana ni,kata cuti panjang lagi?"ummi mula menunjukkan muka hairannya.suzana serba salah.

"err...semalam kawan su ada call.ada kerja yang perlu di selesaikan jadi su kena balik awal sikit la ummi.ummi tak marah kan?"tanya suzana risau umminya terasa hati dengan tindakannya.umminya pantas tersenyum..

"takde la..dah anak ummi ni ada kerja,takkan ummi nak halang pula,"suzana tersenyum gembira.

"owh ye,terlupa pula..macam mana dengan keputusan su pasal peminangan tue?"tanya ummi membuatkan suzana tersentak.dia ingat umminya akan lupa akan hal itu tapi sangkaannya meleset.

"su serahkan semuanya kepada ummi.yang mana baik untuk ummi,baik juga untuk su,"jawab suzana dalam nada perlahan.sukar untuk dia suarakan keputusan itu kepada umminya.ah! betul-betul gila ni,getus hatinya.perlahan-lahan ummi memeluk suzana.

"alhamdulillah..ummi tahu,dia akan memberi kebahagian kepada su,"suzana hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata umminya itu.



"kau biar betul?"jerit jasmin apabila mengetahui keputusan suzana untuk menerima peminangan itu.

"betul la..ummi aku pun dah start buat persediaan,"jawab suzana dengan lemah.

"macam mana kau nak kahwin lebih-lebih orang tu orang alim.kalau kau nak berlakon depan mak kau tu takpe la sebab kau jarang balik rumah.ini suami kau,tiap-tiap hari dia mengadap kau.kau tak takut rahsia kau terbongkar?"suzana hanya mendiamkan diri,dia tak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada soalan jasmin itu.dia menjadi serba tak kena.tanpa sepatah kata di berlalu pergi meninggalkan jasmin.jasmin terpinga.di dalam bilik,suzana mengenang kembali rahsia kehidupannya yang bertopengkan manusia solehah.suzana hanya mengeluh panjang.

ya suzana,gadis yang amat sederhana yang sentiasa menjadi tumpuan semua orang kerana kelembutan dan amat pandai dalam soal agama tapi itu hanyalah lakonan semata-mata di depan keluarganya.disebabkan dia seorang anak imam di masjid,dia harus berkelakuan baik demi menjaga nama baik ayahnya tapi akhirnya memakan dirinya sendiri.di depan keluarga dia terpaksa menutup aurat dengan sempurna padahal apabila tiba di kuala lumpur semuanya berubah.dia bukan lagi su,gadis yang baik dan lemah lembut tetapi zana,gadis yang lincah dan liar.sering berparti di malam hari dan asyik bertukar-tukar pasangan.dia langsung tidak memikirkan soal dosa dan pahala walaupun dia amat pakar dalam hal itu.dia sudah hanyut di dunia sementara ini akibat hasutan syaitan yang tak jemu-jemu menyesatkan anak-anak adam.


kata-kata ummi dan jasmin terngiang-ngiang bersilih ganti di telinganya.macam mana kalau aku tak boleh nak hadapi semua ini,bisik hatinya.risau dengan keadaan yang amat memaksa dia membuat keputusan.


tok...tok..!!!

ketukan di pintu biliknya bergema.tersempul muka jasmin di muka pintu.

"jom keluar..dari tadi lagi sham call kau tapi kau tak angkat pun,"suzana masih lagi diam.matanya asyik memandang pusingan kipas.

"jom la,sampai bila kau nak jadi macam ni..enjoy la beb.takpe,nanti aku fikirkan cara untuk kau,"terbeliak mata suzana.pantas dia memandang jasmin.

"betul ke ni?"

"betu la..kau kan kawan aku.tak kan aku tak nak tolong plak,"kata jasmin dengan senyuman.ada perkara bermain di mindanya.

"terima kasih min,"jawab suzana dengan lega.dia ingat dia tak boleh lari dari situasi ini.akhirnya jasmin telah memberi harapan kepadanya.


malam itu bukan seperti malam sebelumnya.suzana kelihatan gelisah dan tidak ada 'mood' untuk berparti malam itu.segala gerak gerinya diperhatikan oleh sham dari jauh.dia tahu,buah hatinya itu pasti ada masalah.akhirnya dia mendekati suzana.

"kenapa ni?..dari tadi saya tengok awak tak senang duduk je,"suzana masih lagi membisu.matanya masih ligat melihat orang ramai yang asyik berdansa tanpa mempedulikan orang di sekeliling.perlahan-lahan sham menyentuh lembut bahu suzana.suzana tersentak.dia menepis tangan sham.

"hey apasal ni?"sham mula hilang sabar.suaranya agak meninggi.

"sorry la..saya takde mood la malam ni.saya nak balik,"tanpa memandang wajah sham,suzana terus bangun dan berlalu dari situ.sham kehairanan.sebelum ini suzana tak pernah berperangai seperti itu.suzana sentiasa 'angau' dengannya.pantang tak bertemu pasti gadis itu akan gelisah sepanjang masa tapi hari ini lain pula jadinya.

*****

"min...!!!!,"pagi itu suara suzana bergema mengejutkan jasmin yang masih dibuai mimpi.apasal la minah ni jerit pagi-pagi ni,nak tidur pun tak senang,kutuknya dalam hati.

"min..keluarga aku dah tetapkan tarikh pertunangan aku tu.macam mana ni?"serta-merta suzana menjadi gelabah apabila mendapat panggilan umminya selepas waktu subuh tadi.

"kau ni la,jangan la gelabah sangat boleh tak.tunang jela,bukan nikah pun lagi,"jawab jasmin sambil merebahkan kembali badannya ke katil.

"kau ni..aku tengah gelabah ni boleh plak nak sambung tidur.tolong la aku,ntah ntah dorang nak nikahkan aku lepas tu macam mana?"jasmin terdiam sejenak.ada betul juga apa yang dikatakan oleh suzana tu,bisik hatinya.

"kau terima saja la kalau keluarga kau tu nak nikahkan kau,"terbeliak mata suzana mendengar kata-kata jasmin itu.

"kau gila ke ha! hari tu,kau yang beriya-iya sangat membantah.sekarang setuju plak,apa ni,"jerit suzana.dia tidak berpuas hati dengan jawapan jasmin.padanya ini bukanlah soal yang boleh dibuat main-main.macam mana dia nak menghadapi lelaki yang menjadi suaminya nanti.

"ala kau terima jela,aku ada plan baik punya,"terdiam suzana dengan kata-kata jasmin.

"apa yang kau nak buat?"tanya suzana untuk kepastian.

"ala kau buat je apa yang aku suruh.first sekali,untuk beberapa minggu..kau tunjuk la perangai baik kau tu.selebihnya,nanti aku bagitahu..,"jasmin hanya tersenyum tapi suzana masih lagi dalam keadaan gelisah.perlahan-lahan jasmin menenangkan suzana.

"kau pasti boleh lakukannya,"kata jasmin lagi membuatkan suzana tersenyum kelat.







hari ini adalah hari yang amat mendebarkan suzana.sangkaannya betul apabila keluarganya berubah fikiran pada saat akhir dan ingin menyatukannya terus dengan muhammad fakhrul,suami yang bakal dinikahinya sebentar lagi.suzana tersentak apabila ada sentuhan lembut menyentuh bahunya.kelihatan jasmin sentiasa menemani di sebelahnya.kerutan di dahi suzana mula kelihatan.

"apasal kau ni,macam nampak hantu je,"jasmin hairan melihat suzana asyik merenungnya.

"bukan apa,ni la kali pertama aku tengok kau pakai baju kurung tau.baru nampak ayu,"tawa suzana mula kedengaran.hilang sebentar debaran yang amat kencang sebentar tadi.jasmin menampar lembut bahu sahabatnya itu.

"ish kau ni,buat aku malu la,"merah muka jasmin menambahkan tawa suzana tapi hanya sebentar,tawanya tiba-tiba terhenti apabila umminya memberitahu bahawa dia sudah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama muhammad fakhrul yang langsung tidak pernah ditemuinya.akhirnya saat yang dinanti oleh suzana telah sampai.detik itu dia akan bersemuka dengan suaminya yang baru sahaja dinikahinya.suara kecoh di dalam biliknya membuatkan hati suzana semakin berdebar.dia tahu suaminya sudah bersedia memasuki biliknya tapi suzana masih lagi menundukkan kepalanya.kuatkanlah hati aku,bisik hati suzana.


saat yang dinantinya telah tiba.kini suaminya sudah berada di depannya tapi suzana masih lagi menundukkan kepalanya.takut untuk menatap suaminya itu.sentuhan lembut suaminya untuk menyaruhkan cincin benar-benar mendamaikannya.ah! adakah aku sudah jatuh cinta,biar betul,bisik hati suzana.perlahan-lahan suzana mendongakkan kepalanya,akhirnya dia terpana sebentar.betapa bersihnya wajah suaminya itu.dia lantas menutup mata,ciuman hangat suaminya singgah di dahinya.dengan tiba-tiba airmatanya mengalir.kenapa aku menangis ni,getus hati suzana.hairan dengan perasaannya sekarang.sekilas itu,dia memandang wajah kedua orang tuanya.mereka sungguh gembira sekali tapi bagi suzana,perasaannya dirundung rasa bersalah.


sudah seminggu suzana hidup bersama suaminya itu,dia dapat merasakan kebahagian hidupnya kini berbanding sebelumnya.dia mulai ikhlas dengan segala perbuatannya seperti solat,menutup aurat dan yang sewaktu dengannya.fakhrul pun sangat baik orangnya dan melayan suzana dengan lemah lembut.jika suzana membuat kesalahan,fakhrul tidak mudah melatah dan menasihatinya dengan suara yang amat rendah.suzana kagum dengan suaminya itu.ingin dilupanya kehidupan masa lalu dan mulakan langkah barunya sebagai seorang islam yang sebenar tapi ianya tidak lama.



*****

"kau apa khabar?"tanya jasmin apabila suatu hari dengan tiba-tiba jasmin bertandang ke rumahnya.tanpa sebarang syak wasangka,suzana melayan sahabatnya itu dengan baik sekali.

"Alhamdulillah..min macam mana pula?"tanya suzana kembali.

"macam biasa,aku sentiasa ok je,"jawab jasmin sambil memandang sekeliling.dia meneliti tiap inci di rumah suzana.timbul rasa cemburunya.

"kau dengan suami kau macam mana?"jasmin cuba mengorek rahsia.

"Alhamdulillah min..su bahagia sangat,"jasmin mengerutkan dahinya.su?pelik dengan panggilan itu.dia memang sedia maklum bahawa hanya keluarga jasmin sahaja yang menggunakan nama itu.lupakah dia pada nama zana?bisik hati jasmin.

"su?"akhirnya jasmin menyuarakan perkara yang bermain di mindanya saat itu.

"owh ye,su dah tak nak guna nama zana tu.biarlah zana tu tinggal kenangan je,"jasmin mula meneka.

"kau rela dengan perkahwinan ini?"suzana pantas mengangguk.

"dan saat su merelakannya,su juga mahu ianya membawa perubahan pada diri su sendiri jadi min lupakan jela apa yang su nak sebelum ni ye,"jasmin terdiam mendengar jawapan suzana.tatkala jasmin ingin bersuara kembali tiba-tiba fakhrul muncul.

"eh abang dah balik,"cepat-cepat suzana berlari mendapatkan suaminya lalu mencapai lembut tangan fakhrul lalu menciumnya.fakhrul hanya tersenyum tapi sedikit terkejut kerana dia tidak sedar ada tetamu yang bertandang ke rumahnya.fakhrul memandang suzana.sperti memahami perasaan fakhrul saat itu terus suzana memperkenalkan jasmin kepada suaminya itu.

"ini jasmin..kawan su waktu su duduk kat kl dulu,"jasmin terkesima sebentar melihat fakhrul.kacaknya dia,patut la suzana membatalkan hasratnya untuk meruntuhkan bahtera yang baru saja di bina.sekali lagi cemburu mula menguasai diri.


malam itu jasmin tidak dapat melelapkan matanya.wajah fakhrul asyik menjelma di mindanya.macam mana la dia boleh dapat si fakhrul tu padahal aku ni lebih hebat berbanding suzana tu,kutuk jasmin di dalam hatinya.perasaan yang di alaminya saat itu,sama sekali dengan perasaannya apabila melihat suzana merampas sham dari tangannya.memang dia tidak pernah berterus terang tentang perasaannya terhadap sham tapi hatinya kecewa apabila melihat keberanian suzana mendekati sham dan akhirnya mereka bercinta.tuah sentiasa menyebelahi suzana,kenapa?bermacam-macam persoalan muncul di benaknya.dia tidak berpuas hati,dia dapat rasakan dunia tidak adil padanya.tatkala itu jasmin tersenyum sendirian.ada perkara yang di rancangnya dalam diam..






awal pagi hari ini,suzana bersiap untuk ke pasar.sudah dia suarakan kepada fakhrul dan dia telah memberi keizinan kepada suzana untuk keluar ke pasar.langkahnya dipercepatkan,ada sesuatu yang dirasainya.ada benda nak jadi ni,bisik hatinya.perasaan risau mula menguasai diri tapi alhamdulillah dia selamat sampai ke pasar.tak patut fikir bukan bukan,bisik hatinya sekali lagi.membuang terus perkara yang tidak sepatutnya dia fikirkan.suzana baru saja ingin membuka langkah meninggalkan pasar,ada seseorang memaut lembut tangannya membuatkan langkahnya terhenti.dia berpaling dan tatkala itu dia terkejut...

"abang..,"fakhrul hanya tersenyum lebar.ada perkara bermain di mindanya.dia sudah tahu yang suzana akan ke pasar pagi itu tapi hatinya resah sentiasa.duduk pun tak senang jadi dia ambil keputusan untuk mencari suzana di pasar.dia pasti,ada perkara yang akan terjadi.hatinya yang risau membuatkan dia bergerak pantas dan akhirnya tersenyum apabila melihat isterinya dalam keadaan selamat.

"abang buat apa kat sini?"suzana hairan dengan kelakuan suaminya itu.

"takde apa..rindu,"pendek jawapan fakhrul.suzana tersenyum malu.dari jauh ada sepasang mata yang melihat dengan penuh rasa iri hati dan yang paling penting,dia kecewa kerana rancangannya kali ini tidak dapat dilaksanakan.




malam itu tidak seperti malam sebelumnya,ada resah bertandang di hati masing-masing tapi tiada seorang pun yang memulakan bicara.

"apa yang buat abang datang petang tadi yer?"pertanyaan suzana memecah kesunyian.fakhrul diam,dia sudah jangka yang suzana akan bertanyakan soal itu kepadanya.suzana masih lagi menunggu jawapan suaminya itu.perlahan-lahan dia menyentuh lembut jari jemari suzana.

"abang rasa tak sedap hati tadi,macam ada benda nak jadi sebab tu abang pergi pasar pagi tadi,"suzana tergamam.itulah perasaannya ketika dia dalam perjalanan ke pasar.ah! kebetulan agknya,fikir suzana.

"owh yeke,abang jangan la fikir bukan bukan.takde apa yang akan jadi,"suzana cuba menyakinkan suaminya walaupun dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya.fakhrul hanya mengangguk dan cuba membuang perasaan yang tak sepatutnya.

"abang percaya su kan?"terpancul ayat itu dari mulut suzana.fakhrul hairan dengan soalan yang diberikan kepadanya.dia menarik nafas.

"mesti la abang percaya.kenapa tanya macam tu?"tanya fakhrul kembali.

"takde apa tapi abang kena ingat yer.walau apa pun yang jadi,su nak abang percaya kat su,"fakhrul makin hairan dengan kata-kata suzana tapi dia hanya mengangguk.dia ingin bertanya tapi dibiarkan saja.


tok...tok...!!!!
perlahan-lahan fakhrul membuka pintu.dia terkejut dengan kehadiran jasmin ke rumahnya.

"maaf..suzana takde kat rumah,"kata fakhrul,dia tahu apa tujuan jasmin ke rumahnya tapi tekaannya meleset.

"saya datang ni nak jumpa awak,"ada tanda terkejut di wajah fakhrul.jasmin tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun jadi dia pasti perkara yang ingin di sampaikan oleh jasmin bukanlah sesuatu yang penting.fakhrul menarik nafas panjang,dia yakin dia boleh menghadapi apa saja situasi yang tak di duga.Allah sentiasa bersamaku,bisik hatinya.

"ada apa yer?"tanya fakhrul apabila dia yakin dengan keputusannya untuk berhadapan dengan sahabat isterinya itu.

"tak nak jemput saya masuk ke?tak kan nak cakap kat pintu je..,"pinta jasmin dengan senyuman manis.

"kita bincang dekat halaman jela..dekat situ ada meja dan kerusi,"pantas fakhrul mengeluarkan cadangan.ada reaksi tidak puas hati di wajah jasmin tapi disembunyikannya.dia hanya mengangguk.

"cantik rumah awak yer,"kata jasmin sambil memandang sekeliling.fakhrul hanya mampu bersabar dan cuba melayan jasmin dengan baik.

"owh yeke,terima kasih.berbalik pada soalan saya tadi,ada apa yer nak jumpa saya ni?"tanya fakhrul.dia tidak suka bersembang kosong dengan wanita yang bukan muhrim,lebih lebih lagi dia tidak selesa duduk berdua dengan gadis itu.lebih cepat hal itu dibicarakan,lebih cepat jasmin berlalu dari rumahnya.takde niat nak halau tapi risau dengan keadaan sekeliling yang sedang memandangnya.pada jasmin pula cuba melambatkan masa dan dalam masa yang sama rimas dengan sifat fakhrul yang memaksanya berbicara.tak terpikatkah dia kepada aku,jerit hati jasmin.

"saya nak bagi awak ni,"akhirnya jasmin bersuara sambil mengeluarkan sesuatu dari begnya.fakhrul menyambut sampul yang dihulurkan kepadanya dan membuka sampul tersebut.alangkah terkejutnya apabila melihat gambar tersebut.

"apa ni?"jasmin hanya tersenyum mendengar pertanyaan fakhrul.akhirnya jasmin menceritakan segalanya apabila didesak oleh fakhrul.

"mungkin sekarang ni pun dia masih lagi dengan lakonannya,"kata jasmin mengakhiri ceritanya.wajah fakhrul agak sedikit tegang,dia masih terkejut dengan apa yang dia dengar dan bagi jasmin pula,itu adalah kemenangan untuknya.dia tersenyum puas.

"tipu,"itu saja yang mampu dikatakan oleh fakhrul.

"kalau awak tak percaya,tanyalah isteri kesayangan awak tu bila dia balik nanti,"jasmin sekadar tersenyum sinis lalu pergi.dalam hati dia berkata,kalau aku tak dapat kau pun takkan dapat.fakhrul masih membatukan diri di situ sambil memegang gambar tersebut.'walau apa pun yang jadi,su nak abang percaya kat su',terngiang kata-kata suzana di telinganya.Ya Allah,kuatkanlah hambamu ini,bisik hati fakhrul.menitis air jernih di pipinya.

"assalamualaikum...abang,su dah balik,"langkah suzana terhenti apabila dia melihat wajah tegang fakhrul.matanya pantas menangkap gambar yang berada di atas meja dan tatkala itu dia terkejut.Ya Allah,jerit hati suzana.



*****

masing-masing masih lagi membisu,tiada sepatah kata dikeluarkan.hanya kedengaran bunyi pusingan kipas yang langsung tak menyejukkan.

"abang...,"akhirnya suzana bersuara.kalau masing-masing mendiamkan diri sampai bila masalah nak selesai jadi suzana memberanikan diri untuk bersuara.dia tahu,saat itu tak sesuai untuk berbincang tapi memandangkan wajah fakhrul yang agak tegang,dia ingin selesaikan hal itu secepat mungkin.dia tak mahu masjid yang dibina dan kebahagiannya runtuh sekelip mata.fakhrul masih lagi mendiamkan diri.suzana semakin gelisah,risau dengan reaksi yang di tunjukkan oleh suaminya itu.dengan tiba-tiba fakhrul bingkas bangun dan berlalu memasuki bilik.Duummmm!!!! pintu bilik ditutup keras.suzana mengurut dada perlahan,sedikit terkejut dengan tindakan suaminya itu.dia mengeluh panjang menunggu saat kehancuran hatinya dan dia redha walau apa pn terjadi.

malam itu suzana ditemani dengan kesepian yang tak terhingga.suaminya telah mengurung diri seharian di dalam bilik.sudah berkali-kali dia mengetuk tapi masih lagi tiada jawapan.risau juga dengan keadaan suaminya itu,baik ataupun tidak.ah! aku sudah buntu,bisik hatinya.akhirnya dia menghayunkan kakinya menuju ke bilik air dan membasahkan dirinya dengan wuduk dan menghadap yang Maha Esa agar diberikan-Nya kekuatan untuk menghadapi segalanya.hatinya mulai tenang.

pagi itu seperti biasa suzana menyiapkan sarapan seperti biasa walaupun dia sendiri tak tahu macam mana untuk dia menghadapi reaksi suaminya itu nanti.

"sayang...sayang lupa letak gula ke dalam air ni,tawar la,"dengan lembut fakhrul menyapa dari belakang sambil membawa teko air ke dapur.suzana memandang fakhrul tanpa kelipan.fakhrul pula hanya tersenyum memandang isterinya itu.perlahan-lahan dia meletakkan teko di atas meja dan menyentuh lembut pipi suzana.

"kenapa ni..tengok abang lain macam je?"tanya fakhrul.lantas suzana memeluk fakhrul dengan pantas disertai dengan linangan airmata.bagaikan mimpi dia di pagi itu.tidak di sangka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh fakhrul.

"eh kenapa su menangis ni?"fakhrul mula gelisah.risau jika suzana terasa dengan apa yang telah dia lakukan semalam.aku ni pun satu,cuba nak tunjuk hebat ke,kutuknya dalam hati.dia tahu dia salah kerana tidak memberi suzana peluang untuk menjelaskan segalanya.dia hampir kalah dengan ujian kali ini.

"su mintak maaf ye,itu semua masa silam su tapi sekarang su dah berubah.percaya la,"kata suzana sambil menyapu airmatanya.airmata fakhrul hampir menitis melihat keadaan suzana.Ya Allah,berdosanya aku,bisik hati fakhrul.

"sudah la,jangan menangis.lupakan semua tu,abang dah tahu segalanya,"kata fakhrul sambil mengesat airmata suzana.dalam kehairanan,suzana menghapuskan airmatanya dan tersenyum lalu fakhrul menarik lembut isterinya menuju ke meja untuk bersarapan.mana dia tahu?terdetik di fikiran suzana.



jasmin pantas membuka pintu.dia merenung tajam wajah sham.entah kenapa dia jadi marah dengan lelaki itu,dia sudah tidak mendambakan lelaki tersebut.dulu mungkin dia ingin memilikinya tapi sekarang,segalanya berubah.wajah fakhrul sentiasa bermain di matanya.dia sentiasa resah.sham hanya mendiamkan diri apabila jasmin menghampirinya.melihat sham hanya membatukan diri,satu tamparan hebat singgah di pipi sham.jasmin puas,sham terkesima.

"ini baru sikit tau,kalau kau berani masuk campur dalam hal aku lagi.nahas kau,"ugut jasmin.sham hanya membiarkan jasmin pergi.dia tidak takut langsung dengan ugutan jasmin itu.ada perkara yang menganggu fikirannya saat itu.ah! aku patut lupakan dia.kalau dia gembira aku pun gembira,bisik hati sham.


hari yang mendatang amat membahagiakan buat suzana.kejadian sebelum ini benar-benar buat dia sedar.dia tak sepatutnya menyembunyikan rahsia daripada suaminya tapi dalam masa yang sama dia kagum terhadap sikap fakhrul.walaupun suzana mengakui salahnya,fakhrul juga mengakui salahnya bila dia dengan mudahnya percaya dengan kata-kata jasmin.suzana mengeluh panjang.tiba-tiba wajah sahabatnya muncul di ruang mata.apa yang menyebabkan jasmin melakukan perkara sebegitu.tidak di sangka dalam diam sahabatnya itu cuba menikam dia dari belakang dan hampir-hampir menyebabkan ketegangan antara dia dan fakhrul,dugaan yang tak pernah dia sangkakan.

"su tengah fikir pasal apa tu?"terkejut suzana dengan kehadiran fakhrul.suzana hanya tersenyum menyembunyikan gelora di hatinya.

"su masih fikirkan soal jasmin ke?"tanya fakhrul untuk mendapatkan kepastian kerana dia tahu,isterinya pasti kecewa dengan perbuatan sahabatnya itu.suzana pantas menggelengkan kepalanya.

"mana abang tahu pasal su ni?"tiba-tiba terpacul soalan dari mulut suzana.dia cuba mengubah topik lagipun dia memang ingin tahu,siapakah yang telah melembutkan hati fakhrul.ingin tergelak fakhrul apabila mendengar soalan isterinya itu dan cuba mengimbau kembali kisah hitam yang hampir menghancur luluh hatinya itu.

"petang tu...,"fakhrul memulakan ceritanya.



~
sudah lama bayang jasmin hilang dari pandangannya tapi dia masih lagi di situ,tidak berganjak.matanya masih lagi tertacap pada gambar yang berada di tangannya.dia sukar mengimbangi perasaannya saat itu.akhirnya dia mengorak langkah memasuki rumah dan meletakkan gambar tersebut di atas meja.dia langsung tidak memandang gambar tersebut.terasa sakit hatinya.kedengaran suara enjin kereta memasuki garaj,fakhrul masih lagi membatukan diri.dia tidak mahu bertindak melulu.

"assalamualaikum...abang,su dah balik,"hati fakhrul mula berbunga apabila mendengar suara isterinya yang lembut tapi egonya mengatasi segalanya sehinggalah dia sedar betapa terkejutnya suzana dengan kehadiran gambarnya yang sedang asyik perpelukan dengan seorang lelaki.

"abang..,"suara suzana hampir meruntun hatinya.entah kenapa kali ini dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya,lantas dia mengambil keputusan untuk menuju ke bilik agar dapat memberi dia ruang untuk berfikir dan dia tahu,suzana terasa dengan tindakannya.

malam itu dia bertemankan sepi.berkali-kali isterinya itu mengetuk bilik dan mengajaknya untuk makan serta solat berjemaah tapi tidak diendahnya.ah! marah benar aku padanya,bisik hati fakhrul.tanpa pengetahuan suzana,fakhrul telah keluar dari bilik semasa suzana sedang khusyuk menunaikan solat.dia dengan segera mengambil sedikit makanan dan mengambil wuduk.malam itu juga fakhrul mendirikan solat agar Allah memberikannya petunjuk.malam itu fakhrul menangis habis-habisan memohon keampunan kepada Allah dan saat itu telefon bimbitnya berdering.di lihatnya ada nombor yang tidak dikenalinya muncul di skrin telefon.dengan teragak-agak dia mengangkat.



 "laa patut la ada bekas makanan kat dalam bilik tu,pandai abang ekk,"kata suzana sambil mencubit lengan suaminya itu.fakhrul mengaduh kesakitan sambil tersenyum kerana "lobangnya sudah pecah"..

"ala su ni,abang tengah cerita la,"suzana hanya mengangguk dan fakhrul menyambung ceritanya kembali.baru saja fakhrul ingin menyambung ceritanya tiba-tiba telefonnya berdering lantas dia mengangkat.suzana hairan kerana fakhrul hanya mengangguk dan menyebut 'ya'..tiada perkataan yang keluar selain itu.suzana makin bingung apabila fakhrul bingkas bangun dan menyuruhnya bersiap.

"nak pergi mana ni?"tanya suzana,hairan.

"balai polis,"pendek saja jawapan fakhrul tapi amat mengejutkan suzana.

"buat apa,siapa yang masuk penjara?"bertubi-tubi soalan suzana.setahu dia,fakhrul adalah anak tunggal dalam keluarganya.adakah ada perkara yang terjadi terhadap saudaranya sehingga dia dikehendaki pergi ke balai polis.suzana makin bingung tapi dia tetap membuntui langkah fakhrul menuju ke kereta.



*****

suzana masih lagi dalam keadaan bingung tapi hanya mengikuti langkah fakhrul yang laju memasuki ruang balai polis.fakhrul menyuruh suzana menunggu sebentar di ruang menunggu manakala fakhrul berbincang sesuatu dengan seorang pegawai polis.fakhrul hanya mengangguk lalu tersenyum dan lantas berjabat tangan dengan pegawai tersebut.dia berlalu dan mendapatkan suzana yang sedang duduk di ruang menunggu.

"jom,"ajak fakhrul sambil menarik lembut tangan suzana supaya mengikuti langkahnya ke suatu ruang.seorang pegawai menyuruh mereka menuggu sebentar,mereka duduk serentak dan menunggu.tiba-tiba ada seseorang banduan memasuki ruang tersebut...

"sham...,"suzana kaget.benarkah apa yang dilihatnya,pantas dia memandang fakhrul.ingin melihat reaksi suaminya ketika itu tapi tiada apa,fakhrul kelihatan tenang sekali dan bagi fakhrul pula,dia harus kuatkan dirinya.dia tahu lelaki itu pernah hadir dalam hidup isterinya dulu,dibuangnya perasaan 'takut' jauh dari lubuk hatinya.

"encik fakhrul,kami telah memproses jaminan encik jadi hisham akan keluar hari ini,"kata seorang pegawai polis dan ianya disambut gembira oleh fakhrul.alhamdulillah,bisik hati fakhrul.

"apa khabar hisham?"dengan pantas fakhrul memeluk sham.ada airmata menitis di mata sham sambil mengangguk..

"baik..terima kasih fakhrul,"kata sham penuh esak.suzana hanya menyaksikan adegan yang tidak di sangka itu dengan perasaan terharu.mulianya fakhrul pada pandangannya kerana telah membantu sham walaupun satu saat dulu fakhrul pernah dikecewakan oleh gambar dia bersama sham.dia tahu suaminya itu sudah membuang masa silamnya dan menerima dia sekarang dengan seadanya.suzana bersyukur yang teramat sangat.


"kenapa abang tolong sham keluar dari penjara?"tanya suzana pada suatu petang,persoalan itu masih bermain di dalam fikirannya.fakhrul berfikir sejenak memikirkan sesuatu dan berkata...

"ingat tak cerita abang hari tu?"suzana hanya mengangguk tanda dia masih ingat cerita fakhrul yang tergantung gara-gara panggilan daripada balai polis tempoh hari.

"ingat tak abang pernah cerita,ada orang yang tidak dikenali call abang?"sekali lagi suzana mengangguk.dia masih menunggu kata-kata fakhrul..

"sebenarnya malam tu bila abang mintak tolong supaya Allah beri petunjuk kat abang,Alhamdulillah bila jalan tu yang sendiri muncul depan abang.sham yang memberitahu segalanya tentang hubungan dia dengan su dan macam mana jasmin telah menghasut sham untuk memberikan gambar tersebut kepada jasmin.jasmin dah buat perjanjian,"ada kerutan di dahi suzana.

"perjanjian?"fakhrul mengangguk dan menyambung..

"jasmin dah berjanji untuk mendapatkan su untuk sham dan dalam masa yang sama dia boleh....dapatkan abang,"suzana terkejut dengan kata-kata fakhrul.tidak di sangka jasmin menaruh perasaan terhadap suaminya itu.

"sebab tula abang tolong dia keluar dari penjara.dia kata dia dah insaf dan nak berubah jadi bila dia dah ditimpa masalah,abang tak ragu-ragu nak tolong dia,"suzana merenung wajah suaminya itu.bagi fakhrul,dia tiada kuasa untuk menghukum sham kerana sham dengan beraninya tampil untuk berterus-terang.dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh fakhrul akhirnya,sham dengan rela hati memasuki pusat pemulihan akhlak demi memperbaiki dirinya.tanpa di sangka fakhrul tersenyum sendirian,mengingatkan dia tentang sesuatu..

"engkau anak tunggal?"tanya fakhrul apabila sham telah selesai menceritakan hal sebenar dan betapa menyesalnya dengan apa yang dia telah lakukan.sham pada ketika itu terkejut dengan pertanyaan fakhrul.

"ya..aku anak tunggal.kenapa?"fakhrul hanya tersenyum.

"aku tiada adik.sudikah engkau menjadi adikku?"sham tergamam.airmatanya mengalir..

"ya,aku sudi,"jawab sham membuatkan fakhrul tersenyum.

"abang...,"serta-merta lamunannya terhenti.

"ya..,"fakhrul menjawab pantas.

"jom la makan,dah lapar ni,"suzana hanya tersengih sambil menghulurkan tangannya.fakhrul menyambut lembut lalu bersama-sama melangkah ke ruang makan.


*****

airmatanya hampir-hampir jatuh apabila melihat keadaan sahabatnya itu.Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosanya,bisik hati suzana.lama dia berdiri di situ,matanya masih lagi memandang jasmin.terngiang-ngiang kata-kata doktor sebentar tadi..

"dia mengalami trauma kerana kehilangan semua ahli keluarganya dengan sekelip mata dalam satu kemalangan baru-baru ni.akibatnya dia tidak dapat mengawal trauma tersebut menyebabkan dia mendapat gangguan mental,"kata doktor.suzana hanya mendiamkan diri.

"awak saudaranya ke?"suzana pantas mengangguk.

"saya harap dengan kehadiran awak dapatlah membantu memulihkan dia kembali,"suzana hanya tersenyum sambil menitiskan airmata.perlahan-lahan dia menghampiri seseorang yang pernah mengisi hidupnya dahulu.





~ TAMAT ~



~kita kenalah ikhlas dalam apa jua keadaan lebih2 lg semasa kita mengadap-Nya atau melakukan suruhan-Nya.kalau ada apa2 masalah,lebih elok kalau kita mengadu kepada Allah s.w.t sbb kita akn mendpt lebih ketenangan dan dapt berfikir dengan lebih waras lg.Pilih la kwn yang m'bawa kita ke arah kebaikan.kalau tak,nnt wujudlah perasaan 'PHD'..haa kalau kita belajar sampai PHD yg m'bawa panggilan 'DR' mmg bagus sgt tp klu PHD(perasaan hasad dengki)..ish ish xbgs lgsg.bak kata org,kita kna la sntiasa ingt,balasan Allah tu bila-bila masa kita akan dpt.di dunia ataupun di akhirat.so sblm jd apa2,lebh baik kita bertaubatlah yer dan jgn la sesekali memandang hina pada org yg pernah membuat slh,bantulah dia jika dia benar2 ingin berubah.besar ganjaran untuk kita jika kita sentiasa bermaafan..so renung2kn dan selamat beramal..peace!!

No comments: