Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, January 14, 2018

Kembali semula?

Views
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun 2018 kepada semua. Moga tahun baru ini membuka lembara baru untuk kita semua. Buang yang keruh dan ambil saja yang jernih. Jadikan pahit manis tahun terdahulu sebagai pengajaran dan kenangan yang dibiarkan berlalu.

Alhamdulillah, kejap je masa berlalu. Blog aku ni pun dah penuh bersawang. Begitu gumbira hati si labah-labah. Banyak kisah yang aku tidak sempat untuk coretkan di sini kerana kekangan masa yang mungkin mengurangkan aktiviti menulis. Jadi di kesempatan yang ada, biarlah aku pendekkan saja coretan aku yang bermula tahun 2016.

8 Feb 2016 - Mengikat tali pertunangan
2 Sept 2016 - Hari pernikahan
3 Sept 2016 - Hari persandingan (perempuan)
10 Sept 2016 - Hari persandingan (lelaki)
1 Oct 2016 - Disahkan hamil
13 Jul 2017 - Selamat melahirkan bayi lelaki

Alhamdulillah, hadirnya permata pertama buat hidup makin bermakna. Gembira tidak terkata. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang dia sudah pun berusia 6bulan. Benar, masa berlalu dengan pantas. Sekejap je rasa anak membesar di depan mata.

InsyaAllah akan cuba aktif kembali seperti sedia kala. Ingin aktif mengarang juga. Semenjak idea seakan tumpul, minat itu tergendala sebentar. InsyaAllah, akan diteruskan tidak lama lagi. Doakan. 

Moga ketemu lagi di lain hari. Terima kasih kerana membaca (jika ada). :)