Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, February 1, 2013

Pabila ibu menangis

Views
   






Assalammualaikum semua, selamat pagi dan salam jumaat. Moga hari ni penuh dengan keberkatan-Nya, Amin...

Selama aku hidup ni dari kecik sampailah besar, memang aku sedaya upaya tak nak buat ummi menangis. Ummi boleh diibaratkan nyawa dan pastinya dia tersangat penting buat aku. Entah kenapa benda tu yang paling takut sekali terjadi. Aku usaha elakkan walaupun kadang2 tu ada jugak la bertegang urat dengan dia tapi takde niat apa pun. Gaduh manja la katakan..^_^ sebab aku tahu, lepas tu mesti kitaorang okey balik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus. Aku cuba sedaya upaya jaga hati ummi walaupun ada sesetengah benda aku tak setuju dengan cara dia tapi aku tetap sayang ummi melebihi segalanyanya.
 


Kata2 Imam Muda Asyraf ni mengingatkan aku tentang satu peristiwa yang aku tak akan lupa sampai bila2. Rasa bersalah tu sentiasa ada walaupun aku tak tahu apa yang terjadi masa tu. Ya, aku pernah buat ummi menangis. Aku pun tak terfikir boleh jadi macam tu sekali dan ianya membuatkan aku berjanji yang aku tak akan sesekali buat ummi menangis lagi. Biarlah kejadian itu yang pertama dan yang terakhir untuk aku. Aku tak akan sesekali mengulanginya lagi. Sengsara tau bila tengok orang yang kita sayang menangis. Aku tekad, kebahagian tu aku biarkan mereka saja yang merasainya. Aku tak mampu berikan mereka wang ringgit mahupun intan belian tapi akan aku curahkan kasih sayang secukupnya pada mereka. Moga aku akan jadi anak yang solehah dan doa aku nanti dapat membantu mereka di sana suatu hari nanti.


Aku sayang Ummi. lepas tu? Ummi. Lagi? Ummi. Kemudian? Ayah.

No comments: