Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday

Views
   

KEDAH vs JDT
 
 
 
 
p/s : Bangga dengan kedah!! Hijau Kuning lambang kemegahan, jelapang padi tempat sanjungan, negeri kedah darulaman.
p/s : tendangan penalti baddrol terbaekk!!

Tuesday, February 26, 2013

Mencuba itu perlu..

Views
  





Selamat petang aku ucapkan. Petang2 macam ni mata itu sentiasa mencabar kesabaran seseorang yang mudah di ulit rasa mengantuk. Bak kata orang, kat sini je yang 'over' mengantuk tapi sampai je rumah, cerah je mata.

Sekarang ni aku dalam dilemma dalam membuat keputusan. Keputusan yang akan membuatkan aku menyesal ataupun sebaliknya. Aku sendiri tidak tahu. Ya, kita sebagai manusia tidak dapat nak meramal apa yang akan jadi pada masa hadapan. Kadang2 kita berusaha melalui jalan berliku padahal jalan yang mudah sudah pun terbentang di hadapan mata. Kenapa? Kenapa perlu bersusah payah melaluinya padahal kita sudah pun sedia maklum akan kesukaran jalan tersebut? Mencuba. Ya, kita perlu mencuba walaupun bermacam-macam perkara yang muncul saat itu.

Monday, February 25, 2013

Hukuman yang tidak disedari

Views
   







"Nanti kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui. (Al-Qalam: 44)"



Wednesday, February 20, 2013

Thursday, February 14, 2013

bahagia dalam kesederhanaan

Views
   


Aku hanya hidup sederhana
makan apa yang ada
pakai juga tiada bergerlipan warna
hanya sekadar apa adanya

Aku dihimpit kepayahan
rungutan itu berlanjutan
mengharapkan kekayaan itu menjelma
pasti senang jiwa dan raga

Saat nikmat-Nya diturunkan
aku goyah melihat kesenangan
lupa kata2 syukur yang perlu dilafazkan
sehingga aku hilang pertimbangan

Senyuman yang dahulunya terukir
kini kembali hambar
kesenangan yang tidak berpanjangan
membuatkan hidup jadi tunggang-langgang

Aku sangkakan kebahagiaan
rupanya sekadar ujian
ingin menguji tahap keimanan
tiap manusia ketika diberi kenikmatan

Baru kini aku sedar
dalam kebahagiaan juga ada kepayahan
perlukah adanya kekayaan
jika hidup penuh kesengsaraan?

Kini aku tinggalkan kesenangan
biarlah hidup diselebungi kesederhanaan
jika itu memberi kebahagiaan
dunia dan akhirat


p/s: jangan mudah lupa diri ketika dihimpit kesenangan dan jangan suka merungut dikala dihimpit kepayahan.. :)



Monday, February 4, 2013

Target 2013

Views

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Diharapkan semuanya dalan keadaan sihat2 belaka la hendaknya.

Welcome februari,satu2nya bulan yang tak akan cukup harinya dan penuh keunikannya. Yela,siapa yang lahir 29feb memang akan lambat sambut birthday. Terasa sangat masa tu berlalu dengan cepat dan kita kena pandai kejar masa sebab masa tak akan menunggu kita.

Okey,actually topik ni dah banyak kali aku munculkan dalam tiap entri aku ni. Erm boleh dikatakan banyak juga la kan,apa lagi kalau bukan bab penulisan aku ni. Aku rasa dah lama sangat aku tak keluarkan cerpen baru jadi untuk tahun ni aku nak jadikan tahun menulis untuk aku. Dalam masa aktif blog,aku pun nak aktif menulis. Cerita dah siapa cuma tunggu nak repair sikit je.

Novel dah start buat tapiii..tak jadi! (dengan nada tension ye). Tajuk pun aku tak dapat lagi. Aku selalu imaginasi tapi susah sangat aku nak luahkan dalam bentuk penulisan. Dalam kepala otak ni best je jalan ceritanya pastu ambil buku dan pen,baru nak start tulis..


.....

....

....

....


....



..Okey,aku blurr..

Sedihkan? Tapi takpe,aku akan cuba sedaya upaya untuk siapkan jugak..InsyaAllah..

p/s: rindu nak pergi laut..ehh tiba2 je ye tau..huhu!

Friday, February 1, 2013

Pabila ibu menangis

Views
   






Assalammualaikum semua, selamat pagi dan salam jumaat. Moga hari ni penuh dengan keberkatan-Nya, Amin...

Selama aku hidup ni dari kecik sampailah besar, memang aku sedaya upaya tak nak buat ummi menangis. Ummi boleh diibaratkan nyawa dan pastinya dia tersangat penting buat aku. Entah kenapa benda tu yang paling takut sekali terjadi. Aku usaha elakkan walaupun kadang2 tu ada jugak la bertegang urat dengan dia tapi takde niat apa pun. Gaduh manja la katakan..^_^ sebab aku tahu, lepas tu mesti kitaorang okey balik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus. Aku cuba sedaya upaya jaga hati ummi walaupun ada sesetengah benda aku tak setuju dengan cara dia tapi aku tetap sayang ummi melebihi segalanyanya.
 


Kata2 Imam Muda Asyraf ni mengingatkan aku tentang satu peristiwa yang aku tak akan lupa sampai bila2. Rasa bersalah tu sentiasa ada walaupun aku tak tahu apa yang terjadi masa tu. Ya, aku pernah buat ummi menangis. Aku pun tak terfikir boleh jadi macam tu sekali dan ianya membuatkan aku berjanji yang aku tak akan sesekali buat ummi menangis lagi. Biarlah kejadian itu yang pertama dan yang terakhir untuk aku. Aku tak akan sesekali mengulanginya lagi. Sengsara tau bila tengok orang yang kita sayang menangis. Aku tekad, kebahagian tu aku biarkan mereka saja yang merasainya. Aku tak mampu berikan mereka wang ringgit mahupun intan belian tapi akan aku curahkan kasih sayang secukupnya pada mereka. Moga aku akan jadi anak yang solehah dan doa aku nanti dapat membantu mereka di sana suatu hari nanti.


Aku sayang Ummi. lepas tu? Ummi. Lagi? Ummi. Kemudian? Ayah.