Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, January 31, 2013

PALAPES

Views



Assalammualaikum dan selamat petang semua..

Dah dua hari aku tengok geng2 palapes buat latihan. Semalam dan hari ni. Teringat masa aku tengah aktif kadet remaja sekolah dulu. Seronok sangat kawad lepas tu jemur bawah matahari. Walaupun tak seteruk palapes tapi pernah jugak la kena pumpin (eerr..tak reti eja,faham2 sendiri jela ye),kena lari satu bangunan dan sewaktu dengannya. Teruk pun tak kisah dah minat. kononnya dulu kalau dapat masuk u masa diploma dulu,aku memang nak masuk ROTU tapi tak kesampaian plak kan.


Cita2 dulu hebat je. Nak jadi polis tapi bila dah besar,tak cukup tinggi la plak. Adehhh..jadi keinginan nak masuk u akhirnya jadi kenyataan jugak bila aku kerja dalam u tapi bukan belajar la kan. Hm nak jugak masuk tapi tak tahu nak tanya siapa. Boleh ke staf masuk? Siapa boleh tolong? Takde siapa. Kalau nak tahu pandai2 la cari sendiri. Kadang2 tu semangat berkobar je nak masuk tapi sebab tak tahu nak mintak tolong kat siapa jadi terpaksa la simpan niat tu dulu. Boleh ke nak masuk? Cukup ke tinggi kau tu? Haishh..



p/s : kalau dah takde rezeki nak buat macam mana kan..hurm..

Wednesday, January 30, 2013

Bila Badd..

Views

Assalammualaikum semua dan selamat pagi..

Baru2 ni aku ada tengok list nama yang akan diturunkan untuk game harimau malaya akan bertemu dengan qatar. Cari punya cari,rupanya Badd tak diturunkan langsung pada kali ini atas sebab kecederaan. Lebih elok macam tu sebab kalau dia diturunkan sekalipun,dia akan duduk kat kerusi simpanan je. Lagi kesian.

Dia sebenarnya hebat tapi kena tengok jugak siapa jurulatihnya. Mungkin raja gopal nak buat eksperimen lagi la kot. Entah la. Masalah tiba2 timbul bila piya pun tak terpilih. Sebenarnya aku pun tak tau si piya ni hebat ke tak sebab aku tak tengok sangat cara dia main.

Aku tersenyum je bila tengok si khairul fahmi tu berjaya jaga gawang malaysia tapi jangan bolos sudah la sebab bila2 masa je farizal marlias boleh take over tempat dia tu. Dah seronok kahwin kan? Jadi tiba masanya untuk fokus pada kerjaya.

Semoga berjaya harimau malaya,moga anda semua bawa pulang kejayaan yang membanggakan..

p/s : pasukan pahang hebat musim. Terkejut jugak. Bila ye game kedah vs jdt?

Tuesday, January 29, 2013

Kisah Sebenar..

Views
  
 
 
 
Haa ingat tak kisah yang aku ceritakan masa Maulidur Rasul hari tu. Aku cari punya cari, akhirnya baru la jumpa cerita yang sebenar. Ni aku ada sertakan sekali. Cerita ni aku copy paste dari FB heliza helmi.


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Sollu 'alan nabi..


Jadi cerita aku tu takde lari sangat pun, mungkin cara menyampaiannya lain sebab aku dah tak berapa ingat kisah tu. Mari kita sama2 mengambil ikhtibar dan semangat untuk lebih mencintai Allah dan RasulNya..^_^

Thursday, January 24, 2013

Nabi yang dirindui

Views

Assalammualaikum semua dan selamat tengahari. Apa menu korang tengahari ni? Aku? Macam biasa, puasa. Erm puasa yang sahurnya pukul9 pagi tadi..hehe..jangan marah yer..

Rutin aku kalau sampai je opis pagi2, on je komputer terus aku online semuanya. Tak kira la FB ke, twitter, blog dan yang sewaktu dengannya. Bukan apa,aku ni kalau dah start kerja tak boleh nak tengok. Kononnya fokus kat kerja (konon jela kan).

Jadi tengah kodek2 segala laman ni, aku singgah la kejap kat satu forum ni. Aku memang suka singgah dan korang pun patut singgah sebab boleh dapat banyak ilmu. Forum apa? Forum Saffmuslim. Apa salahnya nak promote kejap kan,tak rugi apa pun. Aku ada baca pasal satu artikel ni pasal Nabi Muhammad. Serius,baca macam tu pun aku rasa nak nangis. Menangis dengan pengorbanan dia untuk tarik semua orang menuju ke jalan yang benar. Sanggup terima caci maki tanpa ada satu pun balasan. Sentiasa meminta keampuan dari Allah walaupun pada pandangan kita,dia sudah cukup sifatnya. Kalau nak dibandingkan dengan diri aku ni, pantang disentuh skit dah mula melatah. Ya,contohilah Rasulullah kita yang mana dapat membentuk diri menjadi umat yang terbaik.

Aku pernah baca satu kisah. Tak pasti kat mana tapi ceritanya lebih kurang macam ni. Kalau ada salah,mintak tegur la ye sebab tak berapa ingat sebenarnya. Nabi bertanyakan soalan kepada para sahabat, siapakah umat yang paling mulia dan para sahabat menjawab "adakah kami yang engkau maksud kerana kami sentiasa dekat dengannya". Nabi mengiyakan jawapan para sahabat tetapi ianya bukanlah jawapan yang tepat lalu Nabi memberitahu.."Umat selepas kamu kerana mereka tidak pernah mengenali mahupun melihat wajah ku tetapi mereka sentiasa merindui ku".

Ceritanya lebih kurang begitu. Kalau salah harap betulkan. Jadi apa maksud Nabi Muhammad dengan "umat selepas kamu?". Kita? Ya, kita. Betapa tingginya martabat yang Nabi letak untuk kita. Kadang2 kita sendiri tidak tahu betapa hebatnya kita berbanding umat zaman terdahulu tapi kita terlalu terbuai dengan nafsu dan hilang pertimbangan dalam pemikiran. Sedih kan?

Marilah kita beramai2 berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tapi janganlah selawat hari ni je. Biasakan diri untuk sentiasa berselawat agar ingatan kita kepadanya tidak akan lupus dimamah waktu..

Salam Maulidur Rasul..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 23, 2013

Rindukan mereka!

Views

Assalammualaikum semua dan selamat petang..

Tadi terkejut bila dapat whatsApp dari pegawai tempat kerja aku dulu. Terimbau kembali kenangan dulu. Dia hantar gambar untuk majlis perpisahan budak praktikal tapi dalam masa yang sama aku suruh dia tangkap gambar banyak2 pastu hantar kat aku. Rindu yang teramat sangat sampai tak tahu nak luah macam mana lagi.

Rindu dengan port lepak aku kat palmshoppe dengan 3orang budak yang wayar tak berapa nak okey tu. Si boboy, faizal dan hafiz. Asyik nak menyakat orang je kerjanya tapi kadang2 kena balik. Rindu kat jiran sebelah aku, kak siti yang tak habis2 nak nak cari gaduh dengan aku. Kesian dia,asyik kena sembur je dengan aku. Rindu dengan kak izan, dialah tempat mengadu aku. Dia comel sangat,memang ada ciri2 seorang kakak sebab kalau siapa ada masalah mesti pergi jumpa dia. Rindu dengan abah (abang adam). Selalu bertentang mata dengan dia sebab tempat dia kat depan. Mata aku asyik silau je kan..haha! Rindu dengan kak ella, member opis merangkap member lepak. Memang dia la kawan baik aku kat opis tu. Kalau nak buat jahat ke or baik, comfirm ada muka dia. Dia selalu datang lepak tempat aku sebab tempat aku baikkk punya tapi bila bos lalu.....kantoiiiii....

Rindu jugak nak kena marah dengan kak ruby sebab aku selalu buat silap bila nak proses dia punya buku dan jurnal tapi biasa la kan (pekakkan telinga). Rindukan cctv bergerak kat opis tu, si kak azi la. Nanti kalau bos pencen dia la yang ganti (konon!). Rindu semua pegawai, cik aida,en arif, en wan. Dalam banyak2 pegawai, aku rapat skit dengan cik yus. Ala yang whatsApp dengan aku tadi tu. Rindu abang helmi yang selalu betulkan komputer aku yang rosak. Rindu en zaini yang ajar aku pasal snap picture. Haa sekarang dah ada tok guru baru. Last sekali mesti la aku rindu bos,cik tim. Macam mana aku boleh rindu bos? Yup,aku tengah buang tebiat. Kadang2 memang dia selalu buat keputusan tanpa minta pendapat staf lain tapi aku hormat dia. Dia tak la baik sangat dengan aku tapi bila aku ada masalah, bila2 je aku boleh masuk bilik dia dan bincang. Yang paling aku seronok, walaupun kehadiran aku banyak merah dia tak pernah marah aku. Ala bukan lambat banyak pun, takat 2,3 minit je. Tak kan la dia nak kecoh kan.

Apa2 pun rindu sangat diaorang. Dulu aku selalu cakap, aku tak nak kerja kat sana dan sekarang kata2 tu dah jadi kenyataan. Aku memang tak kerja kat situ pun. Syukur, Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Tahniah kat faizal sebab dah dapat tetap kat sana. Kira lasam la ko kat sana..haha!

Pusat Maklumat Sawit,MPOB

Dalam kenangan..


p/s : itu gambar meja aku dulu..kononnya banyak kerja la kan..(Konon!)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 22, 2013

..Susah hati..

Views

Assalammualaikum semua dan selamat pagi..

Pagi ni rasa macam nak demam dan dalam yang sama aku hadapi satu masalah yang tak dapat aku nak elakkan. Aku terpaksa batalkan niat untuk balik kampung kali ni sebab housemate aku terpaksa bergegas balik kampung pagi ni. Kalau nak ikutkan petang ni aku nak pergi beli tiket bas dengan dia tapi memandangkan dia ada kecemasan jadi terpaksa la aku batalkan niat aku tu.

First time rasa macam ni dan baru terasa macam2 hal boleh jadi bila kita jauh di perantauan. Cewahh macam jauh sangat je kan. Aku bukannya tak nak mintak tolong budak opis tapi aku malu sangat. Risau permintaan aku ni menyusahkan. Lagipun kebanyakkan budak opis semuanya dah kahwin jadi macam tak best la kalau kacau dorang. Dorang pun ada hal masing2 kan.

Nak dipendekkan cerita, aku redha kalau aku tak diizinkan untuk balik kali ni. Kalau ikutkan aku mau je aku pecut motor pergi putrajaya tapi aku tahu, motor tu tak mampu nak sampai. Apa2 pun marilah kita selawat banyak2 sempena Maulidur Rasul ni.

:'(





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 21, 2013

Listen!

Views

Assalammualaikum semua dan selamat petang..

Haa korang janganlah salah faham dengan tajuk entri aku kali ni. Aku bukannya nak cerita pasal kes Listen,Listen,Listen,Listen tu. Kisahnya lain skit tapi masih lagi melibatkan "Listen" tu.

Dalam kehidupan kita ni kadang2 kita lebih suka bercakap dari mendengar dan suka mendengar dari bercakap. Kadang2 jugak kita selalu fikir negatif pasal orang2 yang macam ni. Yela,sorang kepoh dan sorang pendiam. Sorg suka buat cerita dan sorang lagi suka pekakkan telinga.

Kita jangan sesekali salah faham dengan orang2 yang sebegini. Jenis aku lebih kepada mendengar dari bercakap tapi kalau diperlukan memang aku akan cakap la kan sebab kadang2 orang nak tahu respon kita. Bagus sebenarnya jadi seorang pendengar ni sebab dalam masa yang sama kita dapat ilmu dan pengalaman. Orang yang suka jadi pendengar macam aku ni comfirm la orang selalu cari sebab nak cerita masalah2 dorang ni. Kadang2 sampai aku tak boleh nak bagi penyelesaian sebab diluar bidang aku ataupun aku tak pernah alami benda tu dan orang yang macam aku ni kenalah tahan telinga sebab korang akan dengar masalah yang sama berulang kali. Penat tak? Penat kan? Tapi aku suka. Sebab apa? Sebab dari situ kita boleh melihat kelemahan kita sendiri. Macam cermin la kan. Bila kita dengar masalah orang lain,secara automatiknya kita boleh kenal diri kita sendiri.

Contoh la kan,apa kawan kita hadapi tu sama macam apa yang kita hadapi dulu. Contoh,merungut. Dia merungut macam2 kat kita tapi dia nak kita mendengar je tanpa kata apa2. Dalam masa yang sama kita mesti kata, "ish teruknya dia asyik merungut je.tak bersyukur langsung". Haa automatik kita akan teringat balik yang kita pun pernah merungut benda yang sama. Jadi kita pun sama tak bersyukur la kan? Ianya ibarat cermin yang memantulkan kesalahan orang kepada kesalahan kita sendiri. Nampak tak? Hm kalau tak nampak jugak,aku pun tak boleh nak kata apa..hehe..

Salah satu cara nak insafkan diri kita,tengoklah cara orang lain pastinya kita akan nampak cara kita macam mana. Tak percaya? Cuba, try & test. Kot2 nanti ada member meluahkan rasa hatinya ataupun masalah. Dengan hanya sekadar mendengar, anda akan dapat pelajari sesuatu yang tidak pernah anda sangka.

Selamat Mencuba..^_^


p/s : gambar tu sebenarnya takde kena mengena dengan jalan cerita pun. Saja nak bagitahu jam aku habis bateri..haha!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

doa untuk sahabat (Bab 6)

Views
*****

"Jiha", jerkahan Quya yang tidak jauh dari tempat aku dan Syika berdiri membuatkan aku segera berpaling memandangnya. Dapat aku melihat dengan jelas ketengangan pada wajah Quya. Mana tidaknya, dia tidak suka sama sekali bila melihat kehadiran Syika pada ketika itu.

"Apa yang kau buat kat sini? aku rasa kau tak patut datang jumpa Jiha dengan apa yang kau dah buat hari tu", kata Quya sambil memandang tajam ke Syika. Syika hanya tersenyum, tidak mahu berbalah dengan Quya.

"aku nak pulangkan buku yang aku pinjam dulu. Lagipun exam dah nak mula kan", jawab aku, cuba meredakan keadaan.

"hm yela, cepat sikit. Aku ada hal nak bincang dengan kau sikit. Jangan sembang lama-lama sangat, aku tak suka tau kau buat baik dengan orang ni", kata Quya sambil pandangan matanya dijelingkan sedikit ke arah Syika. Aku hanya mengangguk pantas, ingin Quya cepat berlalu dari situ. Aku tidak mahu Syika berkecil hati dengan kata-kata Quya itu.

"maafkan Quya ye", Syika hanya menggelengkan kepalanya. Dia meraih kedua-dua tangan ku dan mengenggam erat.

"kau tak bagitahu dia lagi ke yang kau dah tahu hal sebenar pasal kes kecurian tu?" aku hanya tunduk. Tidak berani untuk bertentangan mata dengan Syika. Dia mengeluh kecil.

"kau tu baik sangat la Jiha sampaikan dia buat salah pun kau diamkan je. Sampai bila kau nak sembunyikan salah dia? Erm nampaknya dia lebih penting berbanding aku kan", Syika melarikan pandangannya apabila aku cuba memandangnya. Tangan ku dilepaskan perlahan-lahan.

"maafkan aku kalau kau rasa aku cuba lebihkan dia dari kau. Aku takde niat pun nak buat macam tu, dua-dua aku sayang tapi entah kenapa aku jadi berat hati nak cakap hal ni kat dia. Aku taknak keruhkan lagi keadaan ni", Syika hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pelik dengan sikap sahabatnya itu yang terlalu menjaga hati Quya sampaikan hati dia sendiri pun berkecil hati dengan sikap Jiha yang hanya memandang kepentingan Quya berbandingnya.

"aku dah janji dengan mak dia yang aku akan ubah cara hidup dia", Syika berpaling lalu dengan tiba-tiba dia ketawa.

"kenapa?" tanya ku hairan.

"kau nak ubah hidup dia? hidup kau sendiri pun dah tunggang-langgang, ni kan plak nak ubah cara hidup orang lain. Tengok la cara kau tadi, dah macam kena cucuk hidung macam lembu je. Apa yang dia cakap semuanya kau ikut. Kalau kau nak tahu bukan kau yang cuba ubah hidup dia tapi dia yang ubah kau tahu tak!" jawab Syika. Agak keras bunyinya. Memang aku tak nafikan semua tu tapi apa yang aku tahu aku dah cuba sedaya upaya untuk mengubahnya. Perlu ke untuk aku mencuba lagi? Syika mengeluh lagi apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

"macam ni jela Jiha, apa kata kau betulkan hidup kau tu dan dalam masa yang sama kau betulkan la kawan yang kau sayang sangat tu. Aku dah taknak ambil tahu pasal hal tu semua. Good luck untuk exam kali ni. Aku taknak kau peningkan hal ni sampaikan pelajaran kau tersadai di tengah jalan. Aku taknak aku sorang je dapat kerja elok, aku nak kau dapat benda yang sama macam yang aku dapat. Dah,bak buku tu. Aku balik dulu, assalammualaikum",jelas Syika dengan panjang lebar sambil tangannya menyambut huluran ku. Aku hanya tersenyum mengenangkan apa yang dikatakan oleh Syika tadi sambil mata ku mengekori pemergian Syika sehingga bayangnya hilang.

"oi apa yang tercegat kat situ lagi. Kawan kau tu dah lama balik. Masuk cepat, kan aku ada hal nak bincang dengan kau",

"yela, nak masuk la ni", aku merengus tak puas hati. Hish nak layan perasaan kejap pun tak boleh, menyibuk je. Bisik aku di dalam hati.

"kau nak cakap pasal apa ni?" tanya ku sambil membuka tudung. Suasana sepi di dalam bilik membuatkan aku berpaling memandang Quya yang duduk menghadap aku. Aku yang sedang berdiri menghampirinya lalu duduk berhadapan dengannya.

"kau kenapa ni? ada masalah?" soal ku apabila dia masih lagi mendiamkan diri. Serba tak kena aku melihat keadaannya.

"kalau aku tanya, kau marah tak?" aku hanya tersengih mendengar soalan Quya itu.

"ish kau ni, aku tengah serius dia tersengih plak", kata Quya sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"yela, dah kau tak tanya lagi macam mana aku nak tahu aku marah ke tak. Cuba kau tanya dulu, baru la aku boleh cakap", aku masih lagi tersengih dan Quya hanya mencebik.

"yela tapi aku tahu mesti kau tak akan marah punya la", kali ini Quya pula yang tersengih.

"erm kau nak tanya pasal apa ni?" soal ku hairan. Mana tak hairannya, tiba-tiba je dia nak tanya sesuatu. Aku tak suka berteka-teki ni.

"erm sebenarnya aku nak tanya pasal hubungan kau dengan Asrul. Kau dengan dia ada apa-apa ke?" aku tergamam sebentar. Soalan yang aku langsung tak jangkakan akan keluar dari mulut Quya. Memang baru-baru aku telah menolak lamaran Asrul tapi bila pertanyaan Quya sampai ke telinga ku ada perasaan lain plak yang hadir.

"takde apa-apa hubungan. Kenapa?" aku beranikan diri untuk bertanya. Quya hanya tersenyum lebar membuatkan hati ku makin berdebar.

"owh bagus la tu sebab aku dengar Asrul lamar kau", kata-kata Quya itu membuatkan aku hampir tersedak. Tentang lamaran itu memang aku tidak mahu Quya tahu. Cukuplah Syika saja yang tahu hal ini. Terkejut juga aku bila Quya tahu tentang hal ini. Siapa plak yang bagitahu?

"eh mana ada la", aku cuba menipu. Tiba-tiba Quya menggenggam tanganku.

"bagus la tu jadi aku tak la rampas dia dari siapa-siapa kan?" kerutan di dahi ku kelihatan.

"rampas? maksud kau?" perasaan tidak enak sudah menular ke seluruh badan ku.

"sebenarnya aku suka kat dia dan esok aku nak luahkan semuanya kat dia. Aku harap sangat dia suka kat aku", lidah ku terkelu, tak tahu apa yang perlu aku katakan. Quya pula hanya tersenyum, tidak memahami apa yang sedang melanda hati aku tatkala itu.




"dia suka saya!" kata-kata Asrul itu mengejutkan aku dan Syika.

"hish kau ni Asrul. Orang ni tengah bercerita, hilangkan mood aku jela", Syika tidak puas hati. Asrul hanya tersengih dan mengakui kesilapannya yang memotong cerita aku dengan tiba-tiba.

"tapi tak kan la dia suka saya, saya tak percaya la semua tu", Asrul memandang lautan yang terbentang luas.

'tapi cara dia meluahkan perkara itu, saya betul-betul nampak keikhlasan dia", Asrul berpaling memandang aku, ada perkara yang bermain di dalam fikiran dia.

"mungkin dia ada sebab buat macam tu", jawab Asrul perlahan.

"ke kau saja buat-buat tak tahu. Lelaki zaman sekarang mana boleh kita nak percaya sangat. Kata tak suka tapi suka", Asrul hanya tersenyum mendengar kata-kata sindiran Syika itu. Aku pula dengan pantas menyiku Syika.

"aduh! yang kau siku aku ni kenapa", aku hanya tersengih apabila Asrul menyedari tindakan spontan aku itu.

"saya faham, zaman sekarang ni mulut orang lebih manis dari madu lebah tapi apa yang saya katakan tadi bukan kosong semata-mata. Saya tahu, Quya ada sebab buat semua tu", aku dan Syika terdiam. Masing-masing memikirkan sesuatu yang mungkin tidak pernah kami perasan sebelum ini.

"kalau tak, tak kan la dia sanggup datang jumpa saya", aku tergamam. Syika terkejut.

"dia jumpa awak? buat apa?" soal ku ingin tahu..

"sebab awak",

"sebab saya?" Asrul hanya mengangguk.


~BERSAMBUNG~

doa untuk sahabat (Bab 9)

Views
*****

"kau dari mana?" soal aku apabila melihat Syika berada di muka pintu. Syika hanya diam sambil kaki cepat melangkah menuju ke biliknya. Aku hairan dengan kelakuannya. Bingkas aku bangun dan menahan langkahnya.

"kau kenapa hari ni? pelik je,ada masalah ke? kalau ada masalah cerita la kat aku", lama juga Syika mendiamkan diri. Aku pula dilanda kegelisahan. Risau melihat perubahan pada Syika. Apa sudah jadi?

"ini hal personal aku, rasanya tak payah la aku cerita kat kau", tanpa menunggu jawapan dari aku, Syika terus berlalu. Bammm! Hentakan pintu bergema mengejutkan aku. Ayat yang pernah digunakannya kini dipulangkan kembali. Adakah Syika sudah tahu hal yang sebenanrnya? Sedang aku masih lagi termanggu di situ, terdengar bunyi pintu terkuak. Aku berpaling. Muncul wajah Syika yang sangat serius. Ya,itulah kali pertama aku melihatnya.

"lupa plak aku nak bagitahu kau. Quya dah sedar dari koma", tergamam aku sebentar. Aku tidak terkejut langsung dengan berita tersebut kerana Aku sudah pun tahu akan perkara itu tapi yang mengejutkan aku adalah bagaimana Syika tahu akan keadaan Quya? Bukankah Syika tidak pernah ambil tahu akan hal Quya selama ini. Mereka diibaratkan "berperang" dalam diam. Tanpa kata, cukuplah sekadar renungan yang tajam apabila mereka bertembung antara satu sama lain.

"kau....pergi....jumpa dia ke?" soal ku dengan teragak-agak. Syika memandang aku, kali ini dengan pandangan sayu. Lama dia merenung ku dengan cara itu. Aku mula tidak senang duduk. Peluh mula memercik,suhu mula naik menunjukkan suhu semakin panas walaupun situasi dalam keadaan dingin.

"bukan aku yang nak pergi jumpa dia tapi dia yang nak jumpa aku", debaran yang sedari tadi berdegup, kini semakin laju. Apa yang diperkatakan oleh Quya? aku ingin tahu tapi mulut ku bagaikan terkunci. Tidak mahu lanjutkan lagi persoalan yang sudah semakin sesak di dalam otak. Aku berlalu pergi tanpa kata.

"kau tak nak tahu apa yang Quya bagitahu aku?" bagaikan tahu apa yang bermain di benak tatkala itu, Syika menyoal tanpa mengetahui aku cuba mengelak.

"itu hal personal kau kan, tak perlulah kau ceritakan pada aku", pantas aku memberi jawapan dan menyambung kembali langkah ku sebentar tadi. Jika perkara ini telah pun terbongkar, biarlah aku diamkan diri buat sementara waktu. Itu lebih baik. Aku berikan ruang kepada Syika untuk menerima kenyataan ini. Kenyataan yang tidak pernah dia sangkakan akan terjadi. Perlahan airmata ku menitis. Aku juga tidak pernah minta perkara ini akan terjadi. Aku juga terlalu ikutkan perasaan tanpa sedar aku menganiya orang lain. Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini..

Syika masih lagi berdiri di muka pintu biliknya, cuba tenangkan dirinya yang sedang dilanda amarah. Akhirnya airmatanya yang jatuh, menghilangkan segala amarahnya sebentar tadi. Tidak sanggup dia mendengar segala yang diceritakan oleh Quya sebentar tadi. Pada sangkaannya, Quya hanya sekadar mereka-reka cerita untuk menghancurkan hubungannya bersama Jiha tapi kepercayaannya mula muncul sedikit demi sedikit apabila Quya mula menunjukkan bukti. Kepalanya mula mengimbau kembali kenangan dulu yang dia tidak pernah sangka ada kesilapan dalam setiap kejadian. Kenapa dia tidak pernah sedar akan semua itu? Ah! Dia terlalu sayangkan Jiha sehinggakan keburukan Jiha dipandang sepi.

"Jiha, untuk pengetahuan kau. Asrul pun ada jugak masa tu",


**

"kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Asrul apabila sesusuk tubuh berdiri di sebelahnya. Dia berpaling sebentar, memandang adiknya yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka. Aku mendiamkan diri sambil menarik nafas panjang. Sukar untuk aku luahkan rasa hati. Aku sendiri tidak tahu kenapa saat ini aku mencari kelibat Asrul untuk tenangkan keadaan. Bukan. Untuk tenangkan diri aku sendiri. Benarkah aku sudah mula menerima kehadirannya?

"saya.....", aku menundukkan kepala. Terasa berat untuk berkata. Asrul memandang. Dia cuba menahan rasa marah yang sudah bercampur-baur dengan kecewa. Ah! bagaimana dia ingin mengawal perasaan ini tatkala orang yang dia dambakan sedang berperang dengan diri sendiri. Perlukah dia membantu? Membantu membetulkan keadaan yang telah dilakukan gadis ini. Mampukah dia? Dia menggelengkan kepalanya, cuba menidakkan perasaannya tatkala itu. Dia perlu kuatkan diri. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

"saya dah buat salah dan saya tak tahu nak buat apa. Tolong saya", aku mengangkat wajah memandangnya sayu. Pantas Asrul melarikan pandangannya. Dia perlu tegas.

"awak dah salah pilih orang untuk membantu awak", dahi ku berkerut. Tidak faham dengan apa yang cuba dikatakan oleh Asrul.

"maksud awak?" pelbagai persoalan mula menyesakkan kembali ruangan fikiran ku. Asrul menarik nafas panjang. Dia tidak tahu bagaimana penerimaan gadis dihadapannya ini apabila mengetahui hal sebenarnya.

"bukan Syika seorang je yang Quya nak jumpa....saya pun dia nak jumpa", aku tersentap. Maknanya Asrul juga ada ketika pertemuan tersebut. Aku terdiam. Apa yang cuba Quya lakukan? hebohkan segalanya kepada semua orang? Sekarang ini siapa yang perlu disalahkan, aku atau Quya? Dia cuba mengaibkan aku. Prasangka buruk mula menguasai fikiran ku.

"jadi awak dah ubah fikiran la sekarang ni?" kata ku sambil suara di tinggikan sedikit. Asrul memandang.

"apa maksud awak? ubah apa?" soal Asrul kembali. Dia cuba bertenang dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"selama ini awak memang ada perasaan dengan Quya kan?" Dahi Asrul berkerut. Apa kena-mengena soal perasaannya dan dengan apa yang telah aku lakukan. Kemarahan cuba menguasai dirinya.

"soal benda ni takde kena-mengena dengan perasaan saya terhadap awak. Awak nak tahu apa yang Quya cerita kat saya. Dia cakap.....",

"cukup!!" serta-merta aku menutup telinga. Tidak mahu mendengar perkataan selanjutnya.

"cukup", kata ku lemah. Airmata mula mengalir. Ya, aku tidak kuat untuk menghadapi segalanya. Bak kata orang, berani buat beranilah tanggung tapi aku? Tanpa kata aku melangkah pergi. Asrul terkebil-kebil ditinggalkan keseorang di situ. Salahkah dia yang cuba menyalahi aku bertubi-tubi? Dia bukan hendak menyalahkan tapi sekurang-kurangnya kata2 maaf itu diperlukan. Ya,hanya perlu memohon maaf. Itu saja.



~BERSAMBUNG~

doa untuk sahabat (Bab 8)

Views
*****

Pranggggggg!!

Syika yang berada di bilik sebelah bergegas memasuki bilik aku pabila mendengar bunyi itu. Risau juga dia jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini tetapi langkahnya yang sedang laju tiba-tiba terhenti di muka pintu. Dahinya berkerut melihat telefon bimbit ku berkecai. Dia makin hairan apabila melihat aku hanya kaku membisu. Apa dah jadi? Perlahan-lahan Syika menghampiri aku. Disentuhnya perlahan bahu ku. Dapat dia rasakan badan aku yang seakan menggelatar ketakutan.

"Jiha", panggil Syika lembut tapi sapaan itu amat mengejutkan aku. Terkebil-kebil aku melihat Syika yang sudah berada di dalam bilik. Aku pantas mengutip kembali telefon bimbit yang sudah berkecai dan duduk di birai katil.

"kau okey?", soalan Syika itu ku biarkan sepi. Melihat kelakuan aku sebegitu rupa menambahkan resah di hati Syika. Siapa yang telefon dia tadi dan apakah berita yang disampaikan? Bermacam persoalan muncul di benak Syika. Ingin bertanya lagi pasti tiada jawapan akan di sahut jadi dia berlalu tanpa kata. Memberikan aku ruang untuk tenangkan hati.



**

"morning!", Syika memandang ku tanpa kelip.

"oi kau ni kenapa, pagi-pagi lagi dah nak mengelamun. Cepat la duduk, susah-susah aku buat breakfast pagi ni tau", aku tersenyum lebar tapi disambut hambar oleh Syika.

"semalam kau macam tak okey. Tiba-tiba pagi ni happy lain macam plak, kau jangan buat main-main tau,risau aku dibuatnya", aku hanya tersenyum sambil menarik tangan Syika ke meja makan.

"sorry la, semalam aku moody sikit", jawab ku sambil menghulurkan Syika sepinggan nasi goreng. Syika menyambut tapi hatinya masih belum puas dengan jawapan yang aku berikan.

"moody apa sampai handphone kau berkecai?", tatkala itu suapan ku terhenti. Aku menarik nafas panjang, cuba menahan gelisah ku yang berpanjangan sejak semalam lagi.

"kadang-kadang tak semua benda aku boleh cerita kat kau. Ini hal personal aku", kening ku ternaik apabila melihat Syika ketawa. Apa yang lawaknya?

"owh personal kau. Boleh tak kalau kau bercakap jangan selitkan dengan penipuan, tak jadi la weh. Aku kenal kau dari kecil lagi tau dan aku tahu perangai kau macam mana. Sejak bila plak kau pandai nak berahsia dengan aku ni?", aku terdiam, tidak tahu jawapan apa yang perlu aku berikan. Akhirnya Syika mengeluh kecil.

"okey la, macam ni jela. Aku tak suka tengok kau susah hati dan aku tak nak la paksa kau cerita masalah kau tu tapi satu je yang aku mintak, kalau kau ada masalah dan kau tak boleh nak tanggung sorang2..cerita kat aku. Aku sedia mendengarnya", kata-kata Syika itu amat meruntun hati aku.Perlukah aku berterus-terang dengan Syika dengan apa yang aku lakukan selama ini? Sanggupkah dia memaafi aku jika dia tahu perkara yang sebenar? Terlalu takut aku untuk menghadapi saat itu. Saat yang akan membongkarkan segalanya. Maafkan aku Syika.



**

Nafas Qila turun naik. Tidak dapat dia mengawal kemarahannya yang sudah hampir ke kemuncaknya. Digenggam jari jemarinya. Sentuhan lembut di bahunya membuatkan dia berpaling.

"bersabarlah. Sabar itu separuh dari iman", kata-kata Puan Hajar membuatkan airmata mengalir. menyesal dengan apa yang telah terjadi.

"mak, maafkan Qila. Qila tak tahu apa-apa", Puan Hajar mengusap lembut kepala anaknya. Airmatanya turut mengalir.

"mak maafkan. Mak tahu Qila tak tahu apa-apa pun dan mak tak salahkan Qila. Mak tahu, Qila nak bantu kan?", Qila hanya mengangguk, mengiyakan apa yang dikatakan oleh emaknya itu. Risau dengan kebaikan yang cuba diberikan dimusnahkan oleh orang yang tidak sepatutnya. Dia bersyukur, perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

"kenapa mak tak ceritakan semua ni pada Qila kan senang, tak perlu la mak bersusah payah macam ni", Puan Hajar hanya tersenyum. Tiada niat dia untuk menyembunyikan hal yang sebenar dari anaknya itu. Dia risau jika anaknya menyimpan dendam yang tidak berkesudahan yang mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

"apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kita tunggu dan lihat saja", senyuman hambar di ukirkan, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan tetapi dia bersyukur, emaknya telah pun memaafkannya.


~BERSAMBUNG~

doa untuk sahabat (Bab 7)

Views
*****

"kau ok?" aku yang tengah mengelamun agak terkejut dengan sapaan Syika itu. Aku hanya mengangguk.

"kau masih fikir pasal apa yang diceritakan Asrul hari tu?" aku memandang Syika dan pastinya Syika dapat jawapannya tanpa perlu aku membuka mulut.

"pelik kan", tiba-tiba aku bersuara setelah lama mendiamkan diri. Angin malam memasuki tingkap dan menyapa lembut. Syika yang baru saja ingin menutup tingkap terhenti. Akhirnya dibiarkan saja tingkap itu terbuka. perlahan-lahan dia menghampiri aku yang sedang duduk di katil.

"apa maksud kau dengan pelik tu?" soal Syika ingin tahu apa yang bermain di fikiran ku saat itu.

"kenapa Quya buat macam tu? dia tak nak aku dekat dengan Asrul ke?" Syika hanya mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan. Dia teringat tentang cerita Asrul beberapa hari yang lepas. Dari cerita Asrul, Quya pergi menemuinya lalu menyatakan bahawa Jiha tidak mahu diganggu dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun terhadap lelaki itu. Jika benar apa yang diceritakan oleh Asrul itu, apa niat Quya sebenarnya? Ya, dia pun hairan.

"oiii aku tengah tanya kau ni, termenung plak dia", kali ini dia plak terkejut dengan sergahan aku itu.

"bukan termenung tapi tengah fikir", jawab Syika sambil tersengih, cuba menutup kesalahannya tadi yang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang aku sedang bicarakan.

"Hm yela tu. dah la, kau pergi tidur. esok aku nak melawat Quya", dahi Syika berkerut.

"kau masih nak melawat dia ke?" aku yang baru saja merebahkan badan di atas katil hanya mendiamkan diri.

"ikut kau la tapi kalau aku kat tempat kau, aku tak akan melawat dia dah lepas apa yang dia buat kat kau", kata Syika sambil berlalu.

"besar mana pun kesalahan dia, dia tetap kawan aku", langkah Syika terhenti. Dia berpaling. Aku hanya membatukan diri membelakangi Syika. Kedengaran keluhan kecil lalu pintu di tutup. Aku tahu, Syika agak kecewa dengan keputusan yang aku ambil tapi Quya tetap sahabat ku. Perlukah aku berlaku kejam? Bukan hak aku untuk memberi pembalasan tehadapnya. Moga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya, amin.




"akak!" laungan seseorang menghentikan langkah ku. Aku berpaling ingin tahu siapakah gerangan yang memanggil ku.

"akak tak boleh tengok kak Quya hari ni", kata Qila sambil tercungap-cungap menahan penat akibatnya mengejar ku sebentar tadi.

"kenapa?" soal ku ingin tahu.

"malam ni tiba-tiba plak mak nak jaga akak Quya jadi tak boleh la akak melawat dia malam ni. kalau mak tahu mesti dia marah", kecewa. Itu saja mampu aku rasa waktu itu.

"tak boleh ke akak jumpa dia kejap sebelum mak Qila sampai?" soal ku. Qila menjadi serba tak kena. Jika maknya ternampak perbutannya, pasti akan dimarahi.

"maafkan Qila, kali ni memang tak boleh. Qila tak sanggup nak tanggung risiko kalau mak nampak nanti", jelas Qila agar aku faham dengan situasinya saat itu. Aku mengeluh kecil dan mengangguk tanda faham.

"takpe la. kalau ada masa yang akak boleh melawat dia, Qila bagitahu akak yer", Qila hanya mengangguk pantas sambil tersenyum. Lega bila aku memahami keadaannya. Malam itu aku melangkah lemah keluar dari hospital dan juga ada sepasang mata turut mengekori langkah ku tanpa aku sedari.



~BERSAMBUNG~

Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Akhir Tahun Universiti (SKTU) 2012 UTHM

Views

Assalammualaikum semua dan selamat pagi..

Hari ni pagi2 lagi ada pasal sasaran kerja tahunan antara universiti. Aku bukannya dengar sangat pun sebab tak berapa nak faham sangat pasal kaedah IPT ni tapi kita hentam jela kan. Kisahnya pasal prestasi universiti pada tahun 2012 dan Alhamdulillah,semuanya baik2 saja walaupun tak berapa nak puas hati sangat la kan. Cewahh macam tahu je kan, padahal tak tahu apa benda pun..huahua!

Apa2 pun elok jugak, stok buku pun baru je nak masuk jadi kerja tak banyak sangat. Ok la kan,lepas ni tak menang tangan la nak handle buku kan. Oh lupa plak nak bagitahu, sekarang ni aku dalam proses induksi dalaman. Walaupun dalam masa yang singkat, boleh la aku faham skit2 pasal tugasan bahagian lain. Lebih2 lagi perolehan kan sebab dulu pernah jugak la tengok order tu kan walaupun dulu aku handle pasal surat je kan tapi boleh nampak la flownya macam mana kan.

Harap2 semuanya berjalan dengan la kan. Bulan 3 pun dah makin dekat dan makin mendebarkan aku. InsyaAllah, moga aku jadi tetap tanpa ada sebarang masalah pun. Amin...









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 5, 2013

Kembara #2 : Tanjung Piai National Park + Pantai Minyak Beku

Views


Assalammualaikum semua dan selamat malam..

Pelik kan tengok tajuk entry aku. Disebabkan blog aku dah ditukar namanya jadi aku lebih menumpukan kembara aku dan tiap kali tu jugak aku akan kongsi apa yang aku rasa dan nampak masa tu. Mana kembara #1? Sebenarnya kembara #1 akan muncul nanti sebab ianya memerlukan proses yang agak lama skit. Itu berkenaan kembara aku ke negara jiran iaitu singapura. InsyaAllah,aku akan post dengan secepat mungkin.

Pagi tadi tengah golek2 atas katil tiba2 housemate aku bbm aku walaupun dalam satu rumah. Nampak sangat kegunaan teknologi tu sampai manusia dah malas nak bergerak. Kononnya nak buat kerja gila pergi singapura lagi tapi tak jadi, last2 destinasi kitaorang adalah tanjung piai national park. Bak kata orang johor, inilah hujung asia/dunia. Nampak macam hebat kan? Tapi biasa je sebenarnya. Senang tertipu dengan cerita orang sampai excited sangat, last2 kecewa..haha!

Dalam melayan keindahan laut selat melaka dan paya bakau, kitaorang mula tercari2 pantai. Yela, member kempunan nak tengok sunset. Jadi cari punya cari, tak jumpa pun pantai kat area pontian tu. Ada jumpa pantai rambah kot tapi view tak best langsung dan yang paling sedih, muzium bugis tutup plak time2 cuti macam ni. Aduhai nasib2..so kitaorang teruskan perjalanan sampai ternampak kawasan nelayan tapi tak boleh masuk sebab orang nak memancing je yang boleh masuk.

Akhirnya member buat idea gila lagi, kitaorag patah balik pergi batu pahat dan pergi ke pantai minyak beku. Sebenarnya memang selalu nampak signboard tu tapi niat nak pergi tu belum ada lagi jadi bila dah ada niat tu,terus je pergi..hehe..

Sampai la sudah di pantai minyak beku. Sangat best suasananya sampaikan aku menyanyi kat situ dan agak mengganggu ketenteraman member kat sebelah yang tengah melayan jiwa laranya..hehe..SubhanAllah, ciptaan Allah yang sangat cantik. Angin sepoi bertiup, memang layan habis la kan. Untung la siapa yang ada ehem ehem tu kan..hehe..tapi tak dapat tengok sunset pun sebab banyak sangat awan. Kecewa lagi..

Jadi kisahnya di sini, korang jangan la malas sangat nak menjelajah ke semua ceruk tempat. Ada yang korang akan pelajari dalam masa perjalanan tu. Apa aku dapat? Aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana sebab korang kena merasai benda tu sendiri. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan.
p/s: aku tak tahu gambar ni keluar dalam keadaan di atas atau di bawah. Pandai2 la korang faham sendiri mana satu gambar yang aku cakapkan tadi..hehe


p/s : Mari kembara lagi DISINI



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Wednesday, January 2, 2013

Terkejut+sedih+gembira

Views

Assalammualaikum semua dan selamat tengahari..

Hari ni aku dikejutkan dengan satu berita yang aku tak sangka langsung. Serius, memang aku tak sangka langsung. Sahabat yang sama2 daftar masuk kerja dengan aku akan mengakhiri perkhidmatan dia mulai esok dan yang paling terkejut sekali, aku baru dapat tahu hari ni.

Tajuk entry aku kali ni menunjukkan perubahan perasaan aku tatkala itu. Firstly, memang aku terkejut dan sedih tapi akhirnya aku jadi gembira. Ye, aku patut gembira bila dia dapat kerja yang dia nak. Buat apa aku nak sedih dengan kejayaan dia. Memang dia akan tinggalkan aku tapi tak bermakna dia akan putuskan persahabatan kan.

Cikgu atau ustazah, itulah kerjayanya selepas ni. Lepas je aku tanya subjek apa yang dia akan ajar nanti, buatkan aku tersenyum lebar. Pendidikan islam, itulah subjeknya. Alhamdulillah, aku sentiasa dikelilingi dengan golongan ini. Moga aku sentiasa kuat dan tabahkan hati untuk makin dekatkan diri pada Allah. Bersyukur sangat..

p/s: walaupun dah takde geng kat sini, aku tak sepatutnya lemah semangat kan? Hehe..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 1, 2013

2013

Views

Assalammualaikum dan selamat pagi semua!!

Alhamdulillah, hari ni adalah hari pertama di tahun 2013 dan berharap hari yang mendatang akan lebih baik dari yang sebelumnya. Memang tiap2 tahun aku tak pernah pun sambut tahun baru. Aku lebih pentingkan tidur dari buat benda2 yang macam tu. Bosan pe asyik mengadap konsert je kerjanya. Dalam tv konsert, luar pun konsert. Aiyoo sangat la bosan.

Kalau aku masih lagi kat selangor, teringin aku nak join sambut tahun baru dengan dorang yang lain. Daripada kita tengok konsert, lebih baik kita kutip ilmu. Kan bagus tu. Ramai yang bagi respon pasal benda tu dan betapa ruginya aku tak boleh pergi tapi takpe la, aku pun dah ada kat johor. Rasanya memang aku tak boleh nak pergi pun.

Dari semalam sampai hari ni, tak habis2 lagi orang bercerita pasal azam baru. Azam itu la, azam ini la. Kesian azam, asyik tersedak je sebab ramai sangat sebut nama dia..haha..apa2 pun aku nak ucapkan selamat tahun baru pada semua reader, thanks pada yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni..

p/s: baru perasan, umur aku dah makin meningkat rupanya..hahaha!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.