Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, March 31, 2012

Kehebatan Hamidan

Views
 

Selamat Pagi Semua!!

Mesti semua orang (terutama perempuan) dah start terpacak kat dapur untuk menyiapkan makanan tengahari ni. Menu apa? Aku? Erm biasa la, masakan bujang jela..hehe

Apa macam game bola semalam? Best? Pada aku sangat best, lawak dan macam2 lagi. Perlawanan antara pasukan kenari dan seladang semalam tersangat mencabar minda aku. Pada awal perlawanan, kita memang nampak dengan jelas padang di dominasi oleh pasukan perak yang bertubi2 nak menjaringkan gol tapi satu pun tak kena..aiyoo..Aku agak berpuas hati dengan permainan perak berbanding kedah kerana mereka lebih teratur dalam membuat serangan. Yang paling aku kagum, dorang passing bola hanya dengan onetouch je! wahhhhh! tapi mungkin nasib tak menyebelahi mereka sebab setiap kali nak jaringkan gol tak menjadi. Yang paling aku geram masa terkena gol sendiri tu (tepuk dahi), apa la diaorang ni..

Friday, March 30, 2012

Gila kentang!

Views
  


Selamat Petang Semua!!

Baru beberapa hari yang lepas, aku rasa lega sangat selepas melihat kejayaan pasukan kenari melangkah separuh akhir bagi piala FA (erm betul ke piala FA?) selepas mengalahkan pasukan t-team, 2-1 dan malam ni plak pasukan kenari akan berhadapan dengan pasukan seladang (untuk liga super ke?). Erm perasaan serba salah tu dah pun muncul. kenapa korang kena berhadapan satu sama lain erk? hehe..

Aku tak tahu nak sokong mana tapi yang aku tahu, menang itulah yang aku sokong. Boleh tak kalau macam tu? hahaha...disebabkan aku tak berada di kedah, terpaksa la aku sokong dari jauh je. Kalau game kat ipoh, mungkin aku akan turun tapi kena pakai baju perak la kan..hehe

Thursday, March 29, 2012

Perbincangan

Views
 


Selamat Malam Semua!!

Okey hari ni, mood aku tersangat la baik. Pasal semalam tu aku dah lupakan. Bak kata orang, siapa suruh jolok sarang tebuan kan, padan la muka kena sengat. So apa yang boleh aku simpulkan pasal hal semalam tu, biarlah. Benda dah jadi dan kalau ada apa2 jadi aku kena tanggung la sendiri. Aku tahu, takde siapa yang boleh tolong.

Tadi tengah khusyuk scan bahan untuk masukkan dalam sistem, tiba2 plak aku terasa nak tanya sesuatu kat sorang abang ni. Kalau aku nak scan apa2 mesti aku akan masuk tempat dia pastu kadang2 tu macam2 kitaorang sembang. Tak kisah la pasal apa pun, bercerita je. Satu saat tu aku cerita pasal kahwin. Yela kan, orang bujang kena la tanya orang yang dah berpengalaman..hehe..jadi macam2 benda aku tanya kat abang tu. Banyak benda dia nasihatkan aku membuatkan aku agak takut sedikit untuk membuat persiapan kahwin nanti. Eh kejap, aku dah nak kahwin ke? Takde la, belum ada jodoh lagi..hahahaha!!

Wednesday, March 28, 2012

Kejutan?

Views


Selamat Malam Semua!!

Actually tadi aku hampir sakit jantung sebab dapat mesej yang tidak disangka dari seseorang yang tidak aku kenali tapi dia adalah orang penting dalam hidup seorang sahabat yang aku kenali dari sekolah rendah lagi. Memang dulu aku pernah main mesej2 kat FB dengan dia sebab niat aku nak bagitahu dia betapa kecewanya aku dengan perbuatan dia. Aku macam tak caya je dengan apa yang dia buat sehinggalah dia masuk bab perasaan dia terhadap aku. First2 tu aku saja main2 je, kononnya aku tunjuk la yang aku ni kecewa sangat padahal tak pun..hehe..last2 benda tu memakan diri aku sendiri..

Rupanya tadi, isteri dia bagi mesej kat aku. Memang aku terkejut sangat. Benda aku tak sangka telah pun jadi. Nasib la dia tak serang aku ataupun maki2. Aku pun naik risau dan rasa bersalah

Tuesday, March 27, 2012

Something wrong somewhere..??

Views
  

Selamat Petang Semua!!

Dah balik kerja ke? Mesti semua pakat2 dah balik pastu relax depan tv sambil tonton cerita drama yang tak pernah aku ikuti pun. Dunia drama semua tu dah jauh dari hidup aku. Sekarang ni cuma aku dan labtop. Ntah kenapa aku lebih suka bercerita secara menulis berbanding bercakap. Walhal, dulu ummi aku cakap mulut aku la paling becok sekali. Dah la cakap pelat kan..hehe..Ya, masa telah mengubahnya. Seorang yang banyak mulut terus jadi pendiam. Nak salahkan siapa?

Dulu habis je sekolah menengah, aku dah berjanji pada diri sendiri yang aku tak nak bangkitkan nama "yan". Sejak masuk kolej aku tukar nama "azie". Actually ramai kawan sekolah aku tanya, kenapa tukar nama. Padahal nama "yan" tu family aku dah sinonim dengan nama tu. Niat aku tukar nama sebab aku tak nak ingat benda lama (kisah lalu). Biar jela kawan2 sekolah aku je guna tu nama tu. Saat tu aku nak mulakan hidup baru dengan segala2nya baru tapi sekarang ni nama "yan" tu dah muncul balik bila terciptanya FB.

Saturday, March 24, 2012

Kita kata orang, kita?

Views
 

Selamat Malam Semua!!

Sekarang ni aku banyak jadi silent reader kat FB. Aku ada la keluarkan status kat wall aku tapi benda tak la penting sangat kan. Saja, nak lepaskan bosan je..hehe

Yup, ramai di kalangan sahabat2 aku yang banyak luahkan perasaan. Tak kisah la, marah ke sedih ke. Boleh dikatakan semua la kan. Aku pun kadang2 ada gak buat status macam tu, biasa la kan..hehe

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku ni luahkan perasaan tak puas hati dia kat aku, dia kata dia menyampah tengok status kawan dia yang kadang2 saja buat2 baik tapi bila naik angin,

Thursday, March 22, 2012

berbuat baik pada orang/jiran

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Mesti sekarang ni semuanya tengah khusyuk membaca yassin kan? habis kalau semua baca yassin, yang aku ni buat apa? Err aku...aku...hmmmmmm...

Kenapa kita kena buat baik pada orang? Ingat, bukan amal ibadat je kita akan jadikan bekalan tetapi hubungan silaturahim antara manusia/jiran juga salah satu penyumbang kita untuk masuk ke syurga.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

Tuesday, March 20, 2012

Kecewa?

Views
 


Selamat malam semua!!

Alhamdulillah sangat sebab kita masih lagi boleh bernafas di bumi Allah ini. Masih dapat melakukan kerja rutin dan harian kita dan aku adalah salah seorang dari mereka-mereka itu.

Untuk entry kali ni aku betul2 takde idea nak cerita apa tapi ada satu cerita yang menarik perhatian aku dan sebenarnya benda ni dah lama aku fikirkan. Sewaktu dulu aku pernah pandang serius terhadap bidang penulisan yang aku ceburu sekarang ni tetapi memandang lebih ramai silent reader yang suka membaca membuatkan aku sedikit kecewa sebenarnya.

Thursday, March 15, 2012

Minggu Demam

Views
 


Selamat Malam Semua!!

Sekarang ni cuaca tak menentukan. Kejap panas, kejap hujan. Baru2 ni pun banyak kawasan sudah dinaiki air (banjir). Rumah kawan aku ada yang kena. Kesian jugak bila dengar dia cerita, Yela banjir lumpur. Bukan senang nak bersihkan rumah. Lebih2 lagi ayah dia sakit, nasib la ada rumah sedara yang terdekat. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Minggu ni memang minggu demam untuk aku. Start hari isnin aku dah demam tapi lepas tu ok dah. Tiba2 aku demam lagi hari ni. Hurm sabo jela kan. Dah la demam time interview, nasib la leh cover lagi muka yang tengah tak larat ni tapi demam aku kali ni teruk skit dari hari tu. Selsema+sakit tekak. Lemah anggota badan. Esok tak tahu la leh pergi kerja ke tak ni...

p/s : sedih dengan pemergian adik Nadhirah. Apa la salah budak tu agaknye yer. Dendam punye pasal sampai nyawa orang pun tak diendahkan..hurm..Al-Fatihah..

Sunday, March 11, 2012

Penat!

Views
    


Selamat Malam Semua!!

Hari minggu memang jadual aku padat sangat. Dari pagi sampai la petang, macam tak cukup rehat pun ada tapi apa2 pun aku happy sangat sebab dapat jalan puas2 dengan ummi dan ayah aku. Yela, aku satu2nya anak bujang dorang jadi mesti la aku kena penuhi apa yang dorang nak. Aku tak kisah, selagi ada tulang empat kerat aku ni, pastinya ummi dengan ayah jadi keutamaan aku.

Hari sabtu, dalam pukul10 macam tu aku dah start siap2 nak pergi usha tempat interview aku tu. Yela, aku pun tak berapa tahu tempat tu kat mana jadi kena la usha habis2an dulu kan sebab aku tak nak la nanti masa nak pergi kelam-kabut. Tak salah kan bersedia lebih awal? Cari punya cari punya cari, last2 baru jumpa. Sampai pun dah nak dekat tengahari. Bila dah kenal pasti tempat nak di interview tu terus ayah cadangkan kitaorang singgah KLCC dulu. Memandangkan aku pun dah lama tak pergi KLCC tu walaupun takde apa pun yang best kat situ, aku halakan jela kereta pergi KLCC plak. Lepak makan kat foodcourt kejap pastu relax2 dulu baru kitaorang jalan2. Singgah kejap kat kinokuniya tapi xde benda menarik yang aku nak cari terus aku ajak ayah kuar

Friday, March 9, 2012

Debaran

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Hari ni habis je kerja terus ajak ummi dengan ayah jalan2. Saja, diorang mesti boring asyik duduk terperap kat rumah. Yela, dah la rumah flat. Hurm bukan senang nak jejak tanah, jauh je kan..hehe..

Erm debaran apa yang aku tunggu ni. Mesti la pasal interview aku minggu depan. Haish gelabah, gementar, berdebar, takut, semua ada la. Aku dah study sikit2 tapi ntah la, perasaan 'risau' tu kadang2 dah hampir2 menghilangkan apa yang aku dah study tu. Aiyoo bahaya jugak tu kan. Aku ni memang suka gelabah over sangat. Dari kecik aku memang macam ni so aku takleh nak elak benda tu semua. Aku harap penantian aku selama ini akan berakhir..aminnnn!

Thursday, March 8, 2012

Tetiba?

Views
 
Good Morning!!
Semalam dengan hari ni aku rasa terkejut sangat. Sebab apa? Tetiba je internet okey plak kat opis aku ni. Yela, sebelum ni aku bertungkus-lumus nak buka blog kat opis ni, asyik tak boleh je kan so keajaiban telah pun berlaku..hehe..
Semenjak dua menjak ni aku takde story nak cerita. Mungkin dalam beberapa hari ni kehidupan aku agak teratur dan dilalui dengan penuh ketenangan. Alhamdulillah. Dah tiba masanya aku ubah cara hidup aku yang asyik nak tension, marah, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Skali skala kita jangan la ambil peduli sangat perkara yang kita tak suka, dengan cara itu membuatkan kita mudah lupa dengan apa yang dah jadi. Itu cara yang paling selamat la kan..

Sunday, March 4, 2012

3 Mac 1924

Views
 


Selamat Petang Semua!!

3 Mac 1924? Walaupun tarikh 3 Mac adalah semalam tapi tak salah kot aku post pada hari ini.

Secara jujurnya, aku tak tahu menahu pasal tarikh keramat itu. Tarikh yang menunjukkan kejatuhan pemerintahan khilafah. Orang islam apa aku ni sampai tarikh penting tu pun aku tak tahu. Alhamdulillah sangat bila hati aku terdetik baca entry dari Soutul Mujahid tentang sejarah tarikh tersebut. Ceritanya agak pendek dan tidak memuaskan hati aku yang sedang membuak2 ingin tahu. Jadi dengan pantas tangan aku ni menaip sesuatu di yahoo search. Harap apa yang dicari akan dijumpai. Akhirnya terpapar sebuah video yang membuatkan aku terdiam buat beberapa2 jam. Kosong fikiran aku tatkala itu.

Hari yang gembira

Views
 

Selamat Petang Semua!!


Hari ni berbunga2 dalam hati aku. Sekarang boleh la aku tersenyum lebor je kan..^____^

Alhamdulillah, masalah aku dengan ummi pun dah settle. Dia dah tak marah2 aku dah dan benda tu betul2 buat aku serik sangat. Aku tak nak buat dah lagi lepas ni, sengsara aku..

Ucapan tahniah untuk pasukan Hijau Kuning sebab dapat mengalah Red Giant pada perlawanan semalam. Yela, semenjak aku busy menulis, menulis, menulis pastu kerja, kerja dan kerja..

Thursday, March 1, 2012

~Maafkan Yan~

Views
 


"Maafkan Yan"..Itu je yang mampu aku katakan hanya dalam hati bila tengok mata ummi merah tadi. aku tahu dia baru je lepas nangis dan yang paling terkejut bila dia nangis sebab aku lupa nak beli lauk kat dia. Secara kasar memang nampak salah aku tapi disebaliknya..hurm..malas nak cerita..

takde niat pun nak buat dia sedih. Masa tu aku betul2 tak tahu yang dia nak suruh aku belikan lauk. Pelik jugak dia suakan duit sampai rm30 kat aku tapi aku ambil rm10 je. Aku balik pun sebab nak ambil duit aku yang tertinggal kat rumah. Dipendekkan cerita, semua kesalahan di letakkan kat bahu aku ni walaupun aku rasa tak masuk akal. Erm masuk akal sebenarnya. Memang salah aku tapi..haishh macam susah plak nak cerita..

Kalau boleh putar masa tu balik, benda takkan jadi macam ni. Aku tahu, ianya takkan mungkin terjadi so.......rasa bersalah plak......

p/s : masa ummi nak balik tadi, ummi masih lagi hulurkan tangan waktu aku nak salam dia. Aku tahu, aku salah....