Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Sunday, February 26, 2012

Soal Hati

Views
 

Jam sudah merangkak ke angka 4 pagi. Mata masih lagi celik. Tiap patah perkataan yang ditulis kini memenuhi ruang fikiran. Diam. kaku. Tanpa gerakan. Hanya kedengaran deru nafas yang turun naik menahan perasaan. Pusing ke kanan dan juga kiri, masih juga begitu. Mata celik memandang syiling. Apa yang aku fikirkan?

Kali ini jam sudah menunjukkan hampir pukul1 tengahari. Aku bersiap dan bergegas menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat. Penuh meriah dengan gelak tawa si pengantin dan saudara-mara. Mata ku terarah melihat pelamin yang tersergam indah. Walaupun hanya sederhana gayanya tapi cukup memuaskan hati sesiapa saja yang melihatnya. Mampukah aku

Friday, February 24, 2012

Hari yang comel

Views

Selamat Petang Semua!!

Entry kali macam takde topik plak nak cerita. Ada cerita tapi cerita yang menyakitkan hati buat apa kan so abaikan la cerita macam tu. Buat tambah dosa je..huhu..

Aku sebenarnya ada satu cerita la kan, baru je terjadi tadi. Aku balik opis, parking motor pastu terus tekan lif. Tunggu punya tunggu, last2 lif terbuka. Masa masuk tu kebetulan ada sorang budak memang dah ada dalam lif. Aku membelakangi dia, maksudnya dia ada kat belakang aku la. Biasa la kan dalam lif mesti la sunyi, ada bunyi geseran lif je jadi dengan tidak semena-menanya, aku terdengar bisikan seseorang. Rupanya budak yang kat belakang aku tu. Mulanya aku pelik jugak. Budak ni cakap sorang2 ke? Korang nak tahu apa yang dia bisikan tu? Rupa-rupanya dia tengah baca doa. Aku cuba dengar doa apa yang dia baca tapi aku tak dengar pun sebab dia baca slow sangat. Cara budak tu buat aku tersenyum.

Tuesday, February 21, 2012

Sabar itu separuh dari iman

Views

Selamat Malam Semua!!

"Sabar itu penting dalam kehidupan seharian"

Ayat yang tak menggambarkan diri aku langsung..haha..aku buat lawak kejap..

Sebenarnya sabar tu memang penting dalam hidup kita, tak kira la berapa besar pun dugaan yang kita terima tetapi aku sebagai manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan ni tak pernah lepas dari kehilangan kekuatan "sabar" itu. Orang yang hebat adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya dan aku bukanlah dikalangan orang yang hebat itu.

Bila terfikir balik perbuatan aku siang tadi di opis, membuatkan aku menyesal tak terhingga. Ya, kesabaran yang aku cuba kekalkan akhirnya hancur apabila aku dengan tidak sengaja meluahkan kemarahan aku. Apa yang sudah terjadi?

Bagi aku, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan keikhlasan hati tapi bila keikhlasan itu dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak membuatkan diri ini ingin memberontak. Ya, dengan tidak semena-mena lantangan suara aku bergema kat opis tadi membuatkan semua yang ada terpaku dan terdiam. Memang aku tak sepatutnya mengeluarkan kata2 sebegitu rupa tapi bila marah mengusai, akal sudah tidak dapat berfungsi lagi. Aku tewas.

Sunday, February 19, 2012

Mengalah perlu tapi bukan selalu

Views
 

Selamat Petang Semua!!

Seawal pukul10 pagi tadi aku dah standby nak asah kehebatan bermain bowling dengan geng2 nisa' putrajaya. Alhamdulillah, dapat tempat ketiga. Kira ok la tu, ada jugak benda makan yang aku bawak balik..hehe

Apa kena-mengena bowling dengan mengalah? Macam tak kena tajuk je?..hehe..Actually pasal bowling tu saja buat intro..hahaha..

Mengalah tu adalah satu benda yang terbaik untuk pulihkan sesuatu keadaan yang tengah tegang ataupun masalah yang rumit. Masalah yang macam mana? Mesti la masalah itu antara manusia dan juga manusia. Yela, takkan manusia dengan binatang plak kan..hehe..Masalah yang merangkumi perbezaan pendapat dan perselisihan pendapat. Masalah antara keluarga, adik-beradik, rakan2, kawan sepejabat, kekasih dan macam2 lagi.

Saturday, February 18, 2012

Kereta oh Kereta

Views

Selamat Malam Semua!!

Kenapa dengan kereta aku??!! Argghhhh!! Dia dah start buat hal. Hm actually bukan salah kereta pun tapi salah tuan punya kereta iaitu AKU! Haish..Tula, pandai bawak kete tapi tak tahu menahu pasal kete. Baik tak payah ada kete kan..hurm..

:: Relax..Relax..

:: Apa relax2!!

Tadi pergi cyberjaya kete tak buat hal lagi tapi bila dah balik, aku dah start bau hangit pastu ada bunyi something. Yang mata aku ni plak xde la rasa nak melilau kat tempat meter pun. Dengan rasa cool and cun, aku bawak jugak la kete tu. Last2 otw nak pergi bangi, bau hangit jadi kuat pastu kete dah

Friday, February 17, 2012

Hari yang biasa

Views



Selamat Malam Semua!!

Alhamdulillah, demam aku dah pun kebah dan rasa semangat dan gembiranya aku pergi kerja hari ini walaupun hati sedikit kacau-bilau sikit. Takpe, aku sentiasa okey je. Aku bersyukur sangat sebab dengan rasa semangatnya aku datang kerja hari ini rupanya ada ceramah kat opis aku bersempena Maulidru Rasul. Macam langkah kanan la ni kan..hehe

Disebabkan aku rasa hati aku kacau-bilau jadi lebih baik aku tenangkan hati dengar ceramah, mana nak tahu dapat semangat yang lain plak..hehe..Si penceramah, Ustaz Fakhrurrazi, Pensyarah Al-Quran & Al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mendengarkan namanya saja membuatkan mata ku tidak berkelip. Cara penyampaiannya agak perlahan tetapi dia boleh membuatkan airmata aku menitis tanpa disedari. Intonasi yang penuh lembut dan mendalam membuatkan aku seperti berada di situasi penceritaan. Nasib ramai orang, kalau tak dah lama aku menangis apabila mengenangkan kehebatan Nabi kesayangan Umat. Hebat!

Hati aku yang tengah kacau-bilau tu akhirnya hilang sekelip mata. Muncul pula perasaan ingin berusaha mengikat rasa cinta kepada Rasul di dalam hati. Aku sanggup buang segalanya demi Allah dan RasulNya. Bak kata orang, tengah berkobar-kobar ni baik teruskan saja niatnya kerana perasaan itu akan kekal sampai bila-bila, InsyaAllah.

p/s :Walaupun cinta tidak akan hadir untuk ku suatu masa nanti, biarlah cinta ini untuk Allah dan Rasul-Nya. Aminn..

Thursday, February 16, 2012

Cerpen : Pertemuan dan Perpisahan (Bahagian I)

Views

 Selamat petang semua!!

Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia penulisan ni akhirnya aku nak aktif la balik lepas aku dapat idea yang best sangat..hehe..so ini la cerita yang aku buat untuk laman FikrahIslam. Meh la baca, ceritanye agak panjang skit dan ada sambungan..harap sangat korang tunggu sambungannya tau..hehe







 *******


Ingin aku coretkan sebuah kisah yang tidak pernah aku lupakan walaupun kisah itu telah pun ditelan masa dan perubahan. Satu kisah yang amat memberi aku satu erti pertemuan dan perpisahan. Nurul Jannah, Ya itulah nama gadis yang ditentukan untuk tinggal sebilik bersama aku semasa menjalani proses pembelajaran di Universiti Putra Malaysia ini. Antara kami berdua banyak perbezaan dan pada permulaan cerita ianya menyukarkan kami untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Kami bagaikan orang asing yang tidak mempedulikan antara satu sama lain. Pergaulan kami dengan rakan yang lain berjalan seperti biasa. Bergurau-senda, bergelak-ketawa dan bermacam-macam lagi tapi apabila kaki menjejaki ruangan bilik, ianya seakan berubah menjadi dingin. Tiada kata yang keluar, Cuma kedengaran bunyi kipas yang sedang berpusing.

Malam ini malam jumaat. Usai sahaja solat maghrib, pantas tangan ku mencapai yassin dan saat aku ingin membukanya di situlah terjadinya permulaan bagi hubungan kami. Saat aku ingin membuka yassin, pintu dibuka dengan kasar membuat aku pantas berdiri dan sudah bersedia membuka langkah silat ku.

“kau buat apa tu?” soal Jannah apabila melihat aku seperti hilang akal, bersilat seorang diri. Alamak, aku ingatkan pencuri tadi. Buat malu je. Aku yang baru sedar dengan kehadiran Jannah terus berdiri tegak, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jannah pula hanya tersenyum, geli hati. Aku hanya mencebik.

“kenapa masuk tak bagi salam, pakai masuk je. Aku ingatkan pencuri tadi”, kata ku tanpa memandang wajahnya. Aku kembali duduk dan ingin memulakan bacaan yassin yang terbantut sebentar tadi.

“maafkan aku”, tanpa ada sebab munasabah, aku berpaling. Walaupun Jannah membelakangi aku, aku tahu dia cuba menyembunyikan sesuatu.

“kau okey?” dia hanya mengangguk tanpa berkata apa pun membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hati aku. Ya Allah, ampunkan dosaku kerana tidak dapat meneruskan pembacaan ku tadi. Hamba mu ini memerlukan seorang teman untuk menghilangkan bebanannya dan orang itu adalah aku. Izinkanlah aku membantunya Ya Allah, moga aku sentiasa di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Perlahan-lahan aku meletakkan yassin di atas meja lalu menghampiri Jannah. Aku menyentuh bahunya, terdengar juga esakan yang cuba dia sembunyikan. Akhirnya dia berpaling lalu memeluk aku erat. Aku hanya membiarkan dia membasahi telekung ku dengan airmatanya sehingga dia benar-benar tenang.

“kenapa?” soal ku pendek selepas dia sedikit tenang dan esakannya mulai hilang sedikit demi sedikit. Aku menariknya dan melabuhkan punggung di atas katil. Dia masih lagi menundukkan kepalanya. Mungkin malu untuk menunjukkan mukanya yang sedang dilanda kesedihan.

“aku kecewa”, Jannah menarik nafas panjang, akhirnya dia bersuara.

“kecewa? Kecewa pasal apa, cinta?” aku cuba mengagak dan tekaan aku benar. Kalau hal lain mungkin aku boleh selesaikan tapi kalau hal ini, sukar juga untuk aku selesaikan. Bersembang dengan lelaki pun jarang, ini kan pula nak bagi nasihat pasal cinta. Bercinta pun tak pernah, macam mana nak tolong selesaikan. Aku mengeluh kecil.

“dia tinggalkan kau ke?” tanya ku ingin tahu sambil otak ku berputar untuk mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepadanya.

“dia seorang lelaki yang baik dan agamanya pun bagus. Aku rasa dia mampu bimbing aku nanti tapi entah la di mana silapnya, dia berubah sekelip mata. Dulu selalu bertanya khabar, kini tidak lagi. Kadang-kadang nak mesej pun susah nak balas. Dia bukan lagi seorang lelaki yang memahami dan juga bukan lelaki yang aku kenal dulu. Dia benar-benar sudah berubah. Aku agak kecewa dengan sikapnya”, jelas Jannah dengan panjang lebar. Aku hanya mengangguk tanda faham.

“jadi hubungan kau dengan dia dah putus ke?” Jannah hanya mengangguk. Dia mengangkat wajah memandangku. Matanya masih lagi berkaca. Ya, wajahnya menampakkan dia benar-benar sayangkan kekasihnya itu.

“apakah salah keputusan ku itu?” aku menggeleng pantas.

“setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mungkin saat ini kau memutuskan hubungan, mana nak tahu hubungan itu di sambung kembali suatu hari nanti. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan”, kata ku membuatkan dia berfikir sejenak.

“kalau hubungan itu tidak bersambung macam mana?” soalnya pantas. Perasaan ingin tahu mula menjalar di dalam dirinya.

“Eerr..biar Allah s.w.t. yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya perlu merancang. Setiap musibah yang kita terima bermakna Allah ingin kita kembali dekat pada-Nya, setiap pertemuan dan perpisahan itu telah Allah aturkan untuk kita cuma kita perlu tahu bagaimana untuk corakkannya”,terang ku dengan panjang lebar. Dia ni faham ke tak? Angguk bukan main laju. nanti buat letih je aku cakap banyak-banyak. Hish! Apa la nak jadi dengan aku ni, niat dah betul nak tolong orang tu tapi dalam hati mengata plak. Dapat dosa free je.

“kau faham tak?” Jannah hanya mengangguk lemah.

“baguslah macam tu, aku ingatkan tadi kau menangis sebab…”, dengan tiba-tiba ayat aku itu tidak dapat dihabiskan, aku baru tersedar.

“kenapa?” Jannah menegur, sedar dengan kekalutan aku sebentar tadi. Aku bingkas bangun, cuba menyembunyikan perasaan aku sebentar tadi.

“tak, maksud aku..”,

“terus-terang jela, aku tak marah”, Jannah menarik aku supaya duduk kembali di tempat asal.

“aku ingatkan kau menagis sebab dah tinggalkan suruhan Allah. Cinta manusia tu bila-bila pun kau boleh dapat tapi kau kena utamakan cinta kau kepada Allah. Cinta kau kepada manusia dah melebihi cinta kepada Allah tahu tak? Lagipun selama kita tinggal satu bilik ni, aku tak pernah tengok kau solat.Allah bagi musibah sebab DIA nak kau kembali pada-Nya. Aku minta maaf kalau kata-kata aku ni menyakitkan hati kau tapi kalau kau menangis minta ampun kat Allah macam tu kan bagus”, Jannah hanya mendiamkan diri sambil matanya merenung tajam ke arah ku. Alamak, habislah aku kali ni. Aku menelan air liur. Tidak pernah aku meihat wajah Jannah setegang itu.

“macam yang kau buat tengah-tengah malam tu ke?” mata ku berkelip pantas. Malam? Eh macam mana dia tahu aku menangis tengah-tengah malam ni. Bukan ke dia tengah tidur? Siap berdengkur lagi, takkan la dia sedar kot.

“macam mana kau tahu?” tanya aku apabila melihat Jannah tersengih seperti kerang busuk.

“aku sedar la, kau ingat aku ni tidur mati ke?” kami ketawa serentak. Aku bangun lalu membuka telekung.

“kau nak pergi mana, kan tengah azan tu. Tak nak sambung solat?” tanya Jannah apabila melihat aku ingin keluar.

“aku nak ambil wuduk”, dahi Jannah berkerut.

“kau kan dah ada wuduk, buat apa nak ambil lagi?” aku hanya tersenyum memandang Jannah.

“nak kumpul pahala”, Jannah masih lagi tersenyum walaupun aku sudah hilang dari pandangannya. Dia termenung sejenak memikirkn apa yang dikatakan oleh aku sebentar tadi. Ada keinginan yang membuak di dalam dirinya.

“kau tunggu kejap, aku nak ambil wuduk. Kita solat sama-sama ye”, aku tercengang, tidak percaya. Akhirnya senyuman terukir di bibir ku. Alhamdulillah.


~BERSAMBUNG~


:: kalau nak "like" atau "share" sila klik DISINI

Tak tahu mana betul, mana salah

Views


Selamat Pagi Semua!!

Hari ini aku nak buat entry berat sikit. Erm pasal apa? Pasal apa lagi kalau bukan pasal politik tapi aku tak nak la cerita over sangat. Nanti tak pasal2 plak kena saman la, tangkap la..huish tak nak la aku..

Baru2 ni aku ada mendengar cerita. Ok, korang semua kena faham tau "dengar cerita" jadi maknanya kita tak tahu sumber yang aku dapat ni betul ataupun tidak. Niat aku nak bercerita jela kan. Aku dapat tahu yang Perdana Menteri kita masuk kuil tempoh hari masa sambutan hari thaipusam. Dari mengetahuan aku la kan, kita sebagai orang islam tak patut masuk tempat sembahyang agama lain walaupun niat kita cuma nak round2 makan angin. Pendapat aku jela kan, kalau ada salah betulkan la ye..

Jadi untuk dipendekkan cerita, Mufthi Perak telah menegur tindakan PM kita tu, katanya PM cuba nak menjatuhkan akidah tapi yang peliknya..tup tap tup tap..tiba2 ada plak keluar gambar si anwar la plak menghadiri perayaan ponggal (erm betul ke? aku tak pasti), siap kena calit kat dahi tapi kita pun sedia maklum, kecanggihan teknologi masa kini membuatkan benda salah pun jadi betul so pasal gambar anwar tu aku tak boleh nak komen apa2.

Yang menarik perhatian aku bila si penulis kata, bila UMNO buat hal cepat je PAS datang tegur tapi bila Anwar buat hal, semuanya senyap bagaikan mengiyakan perkara yang dilakukan. Masa tu aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.Aku rasa zaman Mahathir dulu lagi teruk. Orang ni kata orang tu, orang tu plak kata orang ni. Ish ish ish...dasyat2..

Apa2 pun anggukan aku tu terhenti tiba2 bila ku terbaca suratkhabar mengatakan Nik Aziz menyuruh Anwar menarik balik tindakannya menyokong Israel. Apa dah jadi? Anwar sokong Israel, biar betik??!!

Kesimpulan yang aku boleh buat, dalam dunia ni bukan semua orang yang baik kita kena percaya sebab kadang2 yang baik tu pun boleh pesongkan kita. Kalau tak, tak kan la wujud ajaran sesat. betul tak? Harap PM kita tu bentuklah negara kita ni ke arah negara islam. Macam Ustaz Azhar Idrus kata, masa Mahathir dulu kita nampak hasilnya tapi yang sekarang...hmm no komen jela...hehe

p/s : pelik macam mana Rosmah boleh dapat pangkat "Dr"..hm musykil plak aku..

Wednesday, February 15, 2012

Aku Pernah Serik

Views
  


Korang pernah serik tak? Tak kisah la serik pasal apa pun. Mesti pernah kan?

Aku? Yup, suatu ketika dahulu aku pernah serik. Macam2 benda la yang aku serik sampaikan aku dah tak nak langsung buat benda tu tapi sekarang ni walaupun serik, aku kena hadapi juga. Aku kena selalu kuat dan anggap semua tu ujian buat aku.

Aku pernah serik nak berkawan sebab dulu ramai yang cuba ambil kesempatan kat aku. Hm biasa la kan, manusia mana yang sempurna. Mungkin aku ni tak layak kawan dengan dorang sampai dorang memilih sangat. Aku ni jahat kot.

Aku pernah serik nak bercinta. Yela, asyik kecundang di tengah jalan je kan. Aku pun dah tak berapa confident bila soal ni ditimbulkan. Biarlah Allah s.w.t. je yang tentukan jodoh untuk aku.

Aku pernah serik nak cari kerja sebab bila minta asyik tak dapat je kan tapi aku still kena mintak juga, kalau tak sampai bila2 la aku takde kerja..hehe..

Dah la,malas nak fikir...

p/s : actually malam ni aku agak serabut skit..sebab tu buat entry ni, saja nak hilangkan serabut..huhu!


Sunday, February 12, 2012

Hari Keluarga MPOB

Views


 

 


Selamat Petang Semua!!

Hari ini betul2 panas dan amat menguji kesabaran aku bila kena terpacak di bawah sinaran cahaya matahari yang teramat terik sekali. Apa2 pun aku dah cukup happy sekali sebab hari ini hari first aku menjejakkan kaki join Hari Keluarga MPOB. Aku tak pasti sebab apa tahun lepas takde. Mungkin dorang buat 2tahun sekali je kot.

Sebenarnya banyak aktiviti tadi tapi aku sempat memanah je. Lagipun memanah tu dah jadi favourite game aku. Aktiviti lain macam Wall climbing dan paint ball tak sempat nak join sebab panas sangat. Aku plak lupa nak bawa payung so aku sempat makan jela. Makan semestinye la sempat kan..hehe..Dari pagi sampai la petang asyik makan je..

Apa2 pun yang paling aku seronok bila aku dapat makan kambing panggang lagi. Serius la kan, benda tu dah jadi makanan favourite aku tau. Sejak aku makan first time dulu, waktu tu majlis raya mpob. Boleh dikatakan menu tu adalah menu wajib mpob so ianya menambahkan lagi keseronokkan aku tu. Yela, bila dah jadi menu wajib maknanya tiap event yang mpob buat mesti ada kambing panggang..Yihuuu!!

Penantian aku dari pukul8 pagi sampai kul4 petang agak kecewa sedikit sebab tak dapat nak menangi hadiah cabutan bertuah, ipad 2..huhu..Ala tak kisah la asalkan aku enjoy pergi sana..hurm teringat kenangan lalu semasa menjadi anak staf FELCRA suatu ketika dahulu. Seronok sangat hari keluarga felcra. Perkhidmatan ayah telah pun tamat (pencen) tapi masih lagi rindu dengan suasana dulu.

p/s : takde gambar untuk kali ini sebab kamera kesayangan aku tertinggal kat kampung, lain tahun jela aku tangkap. itupn kalau aku kerja lagi kat situ..hehe

Friday, February 10, 2012

Settle

Views
 

Alhamdulillah, semuanya sudah settle. Kad bank pun aku dah buat tadi. Baru dan merah menyala warnanya. 

Pagi tadi fikiran agak serabut. Yela, duit takde 1sen pun. Nak makan apa? Last2 tengah concentrate bawak moto, tiba2 teringat kat tabung kecil aku yang kat opis tu. Tabung kecil? Ha'a, aku ada simpan duit syiling kat opis. Mana nak tahu ada masa terdesak, boleh la aku guna. Akhirnya "masa terdesak" tu telah pun tiba. Tersenyum aku bila boleh breakfast pagi tadi. Allah dah mudahkan hidup aku lagi, syukur.

Harap2 kad bank kali ni takde la buat hal lagi. Aku dah malas nak tukar kad. Tadi nak cari bank pun hampir tersesat. Nak dekat 1jam jugak la aku pusing2 tapi tak jumpa pun. Nasib akak aku tolong, kalau tak naya aku..hehe

p/s : jaga kad anda dengan sebaik-baik mungkin..(~_^)

Thursday, February 9, 2012

Sesak Nafas!

Views




 
 




 
Selamat petang semua!!
 
Hari ini dan hari yang akan mendatang amat menyukarkan hidup aku ini (buat sementara waktu ni la kan). Kenapa? Erm situasi yang terjadi sekarang ni bukanlah pertama kali terjadi dalam hidup aku ni. Sejak aku di kolej dulu pun pernah terjadi peristiwa sebegini rupa.

Dari semalam lagi aku agak gelabah sedikit kerana mengingatkan ada rm3 je dalam beg duit aku tu. Pagi tadi pun aku berusaha mencari duit di merata tempat, mana la nak tahu kot2 ada duit yang tercicir dan dapat la aku guna duit tu untuk mengisi perut aku yang lapar ni nanti. Bila aku rasa tiada keajaiban yang akan berlaku (kot2 duit tiba2 muncul). Aku dengan hati yang penuh dengan ketabahan dan kesabaran tetap melangkah ke opis dengan berbekalkan rm3 tu.

Owh sebelum aku terlupa. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tak keluarkan duit kt bank atm je? Actually waktu cuti hari tu kad bank aku ada problem sikit. Kebetulan waktu tu aku pergi kedah dan aku bawa cash sikit je. Aku rancang, sampai je kedah baru aku nak keluarkan duit tapi kad tak boleh guna la plak. Duit tu cukup2 pergi kedah je, nak balik memang dah takde duit. Semua bank aku terjah sebab nak keluarkan duit tapi tak boleh juga. Last2 terpaksa pinjam dengan kawan aku, nasib time tu kawan aku ada duit. Kalau tak, mampus aku...
 
Apa2 pun terima kasih kat Lili sebab tolong aku waktu tu. Gelabah jugak kalau time balik takde duit..hehe..so berbalik pada kisah awal tadi. Dengan duit rm3 tu cukup beli makanan breakfast je. Bila dah beli rasa menyesal plak sebab lebih baik aku gunakan duit tu beli makanan tengahari tapi nak pulangkan balik makanan tu macam tak logik dan tak pernah dibuat orang kan so terpaksa la aku kenyangkan perut aku ni awal2. Pukul8.45 aku ada meeting sampailah tengahari dan Alhamdulillah, Allah mudahkan hidup aku hari ni bila tengahari, bos aku belanja makan.  Satu masalah dah lepas!
 
Waktu balik tadi, laju je kaki aku menuju ke motor aku yang cute miut tu. Aku buka sit pastu tengok tempat minyak. Fuhh! lega. Minyak ada lagi. Cukup2 untuk esok tapi aku baru cadang nak pergi bank esok untuk betulkan kad bank aku tu, macam mana nak pergi ni? Aku jadi gelabah balik. Tak tahu macam mana nak hidup esok. Duit dah takde ni. Bank plak jauh, kalauu aku pergi maknanya aku takkan sempat nak isi minyak untuk balik. Masalah datang lagi.

Apa2 pun aku kena tunggu hari esok. Aku pun tak boleh nak harapkan keajaiban berlaku macam tengahari tadi. Aku kena kuatkan semangat. Kalau terpaksa puasa, puasa jela. Lagipun puasa lebih baik kan, dapat pahala..(^_^)

p/s : aku ni malu skit nak pinjam duit orang ni..huhu!

Wednesday, February 8, 2012

Membebel!

Views




 
 


  
Selamat malam semua!! Dah solat ke?
 
Wahhh! tak sangka yer hari ni aku post dua entry dalam 1hari (ala time tengah rajin la kan). Tetiba tadi aku teringat kisah aku sekeluarga berjalan2 ke tesco. Kebetulan pula dalam perjalanan ke ipoh, azan maghrib di radio sudah pun berkumandang. Aku apa lagi, dengan berbekalkan skill yang ada. Aku memecut kereta walaupun saat itu ada sedikit kesesakan yang berlaku. Terdengar juga bebelan ayah yang menyuruh aku memperlahankan sedikit kenderaan. Aku kan anak yang solehah so serta-merta aku perlahankan kereta (perasan..huhu)
 
Sampai je tesco ummi suruh aku menjaga Athirah (anak sedara) dahulu sementara dia menunaikan solat. aku hanya mengangguk dan menurut. Aku duduk bersila sambil bersandar ke dinding. Ummi sibuk mengambil wuduk. Pandangan mata aku tertacap pada susuk tubuh kecil yang sedang melompat ke sana ke mari sambil menjerit keseronokan. "ala budak2"...*tersenyum*....

"Athirah, meh sini. Nenek nak sembahyang tu", panggil aku tapi langsung tidak diendahnya. Tanpa disuruh, dia mengambil sejadah lalu membentangkannya. Aku sedikit terpegun. Mata aku tak berkelip2 memandangnya. Ummi yang sudah memulakan solat diikuti oleh Athirah. Bukan aku saja yang memandang apa yang dilakukan oleh anak kecil itu tapi mata yang lain juga mencuri pandang dengan senyuman. Mungkin tercuit dengan gelagat itu. Akhinya, tercetus perkataan "syukur, Alhamdulillah" di dalam hati ku.
 
Usai ummi mendirikan solat, kini giliran aku pula. Athirah hanya mengekori ummi hingga keluar. Kanak2 yang baru berusia 4tahun sudah mahu bersolat. Allahuakhbar!! Moga apa yang aku lihat sebentar tadi berkekalan sehingga dia dewasa. Itu doa ku untuk dirinya, ameen...
 
p/s : nampak sangat tajuk entry tak kena dengan jalan ceritanya kan..huhu!




Tersentap

Views
    


Selamat petang semua!!

Hari ni aku agak tersentap sedikit. Kenapa? Ala perkara kecik je. Hmmmm....
Actually tadi ada abang member aku sorang ni bagitahu aku yang adik dia xciden (adik dia = kawan aku). Aku tak la terperanjat sangat sebab aku ada terbaca status kat FB dia yang dia xciden jadi terpaksa la aku buat2 tau, kononnye nak tunjuk yang aku still contact adik dia tu. Last2 skali hampir kantoi bila aku tak tahu cerita sebenar macam mana xciden tu berlaku. Nak hilangkan rasa gugup, dengan selamber aku jawab " ala dia cite pun belit2 so tak paham sangat"..tak macam ayat cover line pun kan dan aku tahu abang member aku ni dah mula syak something tapi aku buat dono je..

Aku sendiri sedar aku dah mula berjauhan dengan dia (bukan jauh dah,batang hidung pun dah tak nampak). Rasa sedih juga bila fikir balik. Tidak disangka aku dilupakan sampai begitu sekali. Biasa la kan, manusia kalau sudah senang mudah sangat nak lupakan masa susahnya. Jadi aku rasa mulai sekarang lebih baik tak payah menyimpan harapan untuk dia ingat aku or datang jumpa aku. Aku pun dah tak nak kecik hati dengan dia sebab bila dia balik rumah ayah dia, dia langsung tak contct aku langsung. Maknanya, memang dia tak nak jumpa aku lagi.

"kenapa sesuka hati buat kesimpulan?" bukan aku nak buat kesimpulan atau apa pun tapi ianya sudah jelas tanpa disuluh. Menyesal? Mungkin. Sedikit....*mengeluh*.....

Betul kata orang, kawan akan datang dan pergi. Jadi, hargailah kawan yang ada disekeliling anda, pastinya anda akan memerlukannya nanti. Cukuplah apa yang aku hadapi selama ni, ianya aku jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Terim kasih yang tidak terhingga kepada misbah sebab sentiasa ada untuk meluahkan nasihat jika aku punya masalah.

Aku amat hargainya...

p/s : ada seseorang tanya, kalau nak cari calon suami nak yang macam mana? *terdiam sebentar*
Pastinya seorang lelaki yang beragama dan mempunyai ciri2 kepimpinan serta boleh menjadi seorang sahabat karib di dalam apa jua keadaan..:)

Thursday, February 2, 2012

Pilihan wanita

Views
Assalammualaikum..selamat malam semua..

Usai sahaja solat maghrib tadi, aku menadah tangan dan berdoa moga mendapat seorang imam yang dapat membimbing aku ke jalan-Nya. Bukan senang dan tidaklah terlalu susah tapi untuk mencari yang benar-benar beriman adalah teramat sukar. Ramai orang berkata, perempuanlah yang paling cerewet untuk mencari jodoh. Kenapa? Pastinya mereka ingin yang terbaik di dalam hidup.

Terukir senyuman ku tatkala membaca tiap bait kata dari Ustaz Asyraf (imam muda) di dalam blognya Stokin Putih tentang kisah wanita yang CAIR dengan tiap kata yang berbaur islamik. Rupanya sekarang ni, kebanyakkan ustaz telah menjadi calon utama untuk kaum hawa..Hm betul juga dengan apa yang dikatakan oleh ustaz, "nasib baik aku dah kawin"..hahahaha!!

Kadang2 ustaz yang takde rupa pun boleh menarik perhatian kaum hawa. Sebab apa? Cara mereka menjelaskan tentang islam amat menarik dengan menggunakan ayat yang amat menyentuh jiwa. Terpancar sinar keimanan dan kemanisan dari raut wajah serta gayanya. Hm nampaknya, wanita sekarang sudah tidak memilih paras rupa..hehe..

Tapi pengajaran yang kita dapat, jangan sesekali menggunakan agama untuk "menjerat" wanita. Jangan sesekali menjadi seorang yang hiprokrit sehingga menyebabkan terjadinya penipuan. Agama adalah teknik yang terbaik untuk menarik perhatian seseorang tapi harus di ingat, gunakanlah ia ke arah kebaikan moga kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat. Risau juga jikalau ada sesetengah pihak yang cuba mencari jalan pintas untuk "mencuri" kebahagiaan di dunia ini. Nasihat aku, jika ada orang yang berfikiran sebegitu rupa, tunggulah di akhirat sana. Kamu akan diperhitungkan amalan yang telah engkau lakukan..

Ini aku kongsikan ayat yang ditemui oleh sahabat aku di FB..aku harap, korang tatap dan fahamilah. Moga kita (wanita) akan temui imam yang boleh membahagiakan kita di dunia mahupun di akhirat..ameen..


p/s : sesape yang nak kawen tu,anta la kad jemputan kawen..lapar nasi minyak la plak..hahaha!!