Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, January 28, 2012

cita2 seorang penulis

Views
Alhamdulillah, sekarang ni dah banyak idea aku keluar untuk kembali menulis. Penulis kat FikrahIslam pun makin bertambah. Sekarang ni aku kembali aktif kat SaffMuslim. Haa kalau korang nak baca, korang masuk la saffmuslim tau. Hari semakin hari aku sentiasa memperbaiki setiap skill penulisan aku. Aku bukanlah hebat sangat sampai menggunakan ayat yang puitis. Cukuplah sekadar ada yang sudi membaca. Itu saja? Eh takde la, maksud aku..membaca dan dapat ilmu, pengajaran dan juga pembelajaran. Kisah yang aku tuliskan adalah berkenaan zaman sekarang. Bukan aku tak nak bercerita tentang kisah nabi-nabi tapi ilmu aku sedikit je tentang hal tu. Aku tak berani untuk menulis sesuatu yang berat, takut disalahtafsirkan. Bahaya tau.

Keinginan aku untuk terbitkan buku masih belum kesampaian lagi. Kalau aku buku kan semua kisah cerpen yang pernah aku tulis, erm tebal juga tu tapi memandang kisah cerpen aku tu ramai yang share so aku elakkan untuk tebitkan..yela nanti ada pula orang tuduh aku ciplak cerita orang. Tak nak la aku, biarlah aku karang dulu baru aku terbitkan...

Terima kasih kat semua rakan-rakan yang sentiasa beri komen dan semangat kat aku untuk terus menulis. Itu saja yang aku mampu lakukan untuk generasi ini. Semua cerita yang aku tulis berkenaan dengan isu sekarang. Aku tak suka membebankan pembaca jadi lebih elok aku menulis cerita yang mudah untuk diterima tanpa sesiapa pun rasa tersindir..hehe..harap2 macam tula kan..

p/s: sekarang dalam proses menulis novel..erm susah juga tu..hehe

Friday, January 20, 2012

Terkejut!!

Views
Hari ini mungkin hari sedih bagi aku apabila banyak berita sedih yang menimpa aku hari ini. Berita tentang pekahwinan antara Ally iskandar dan Farah lee amat mengecewakan aku (eeiii gatalnye aku). Actually, aku gurau je..hehe..Walaupun pernah kecewa dengan Ashraf muslim tapi takpe la kan, moga2 Ally sentiasa bahagia bersama isteri..(jeles gitu..huhu)..ameen...

3-0? Biar Betik!! Kekalahan pasukan kedah pada malam ni amat mengecewakan aku. Aku tahu pasukan kedah boleh buat lebih dari itu. Dorang ada peluang untuk jaringkan gol tapi ada je halangannye (ala sebab ada si khairul fahmi tu). Aku rasa kedah takde peluang untuk menang lagi tapi aku tahu, kedah boleh. Game malam ni pun agak panas skit bila tercetus sedikit pergaduhan. Erm siap ada main sepak2 kan..tak elok main macam tu tau..pape pun, kedah usaha lagi ok!!

Innalillah...Aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus yang telah meninggal dunia pada pukul 6.45ptg tadi. Terkejut jugak bila akak aku tiba2 jerit pastu cakap yang Izwan Pilus dah meninggal. Sedih jugak sebab aku minat dengan Izwan. Suara dia sedap sangat tapi nak buat macam mana kan, Allah lebih sayangkan dia. Moga rohnye dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

p/s : yang penting kekasih ku, badrol bahtiar dah berusaha jaringkan ok..hahaha!!

Permulaan 2012

Views
Kehidupan

Assalammualaikum semua..Alhamdulillah, kita pun sudah pun menginjakkan kehidupan kita ke dalam tahun 2012 yang baru saja kita raikan. Mengharapkan sihat tubuh badan, mendapat pekerjaan yang sempurna, mempunyai keluarga yang bahagia, ilmu agama yang makin bertambah serta dikelilingi dengan orang yang sentiasa dikasihi. Tidak dinafikan 2011 banyak kenangan yang dilakarkan. Tidak kiralah sedih ataupun gembira, yang pastinya aku akan jadikan semua itu satu pengajaran untuk aku menempuh masa hadapan.


Dilemma

Di tahun baru ni juga aku dilanda sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Tiap kali aku tidur sentiasa meletakkan tangan di atas kepala, seperti memikirkan sesuatu yang berat. Tidak aku nafikan bahawa aku sedang memikirkan sesuatu yang rumittapi aku tidak dapat memastikan apakah perkara tersebut. Fikiran sentiasa bercelaru untuk beberapa hari ini. Tiada orang yang berada di sisi untuk diluahkan. Mungkin ujian untuk aku..

Kaki bola

Sekarang ni demam bola melanda lagi apabila Liga Malaysia bermula. Setelah lama meninggalkan minat aku tu, baru-baru ni aku dikejutkan dengan kemenangan pasukan Perak apabila mengalahkan pasukan Negeri Sembilan, 2-1. Senyuman aku bertambah lebar pabila mengetahui kehadiran Akmal Rizal dalam pasukan Perak. Serius, aku tak tahu pun dia ada dalam pasukan tu. Aku memang minat Akmal Rizal sejak dia bermain untuk Kedah. Walaupun sebelum itu Perak pernah dikalahkan oleh Selangor tapi aku tahu Perk dh berusaha. Malam ini pertemuan antara Kedah dan Kelantan juga akan menunjukkan saingan sengit. Tak sabar rasanya...

Cita-cita

Alhamdulillah, sekarang aku dah mula aktif mengarang walaupun aku tak boleh siapkan on time tapi aku akan usaha lebih untuk mengarang suatu cerita yang benar-benar beri pengajaran pada aku dan juga semua orang. Keinginan seorang sahabat untuk menerbitkan novel menarik minat aku untuk beralih dari cerpen ke novel. Mungkin sukar kerana aku dah biasa dengan cerita yang berbentuk ringkas dan ringan. Novel agak memberi cabaran kepada aku apabila memerlukan kreativiti yang lebih dan memperbanyakkan plot serta konflik dalam cerita. Susah kan? tapi InsyaAllah, cita-cita aku itu pasti akan terlaksana suatu hari.


p/s : Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya..seronok jugak cuti lama ni..haha!