Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, June 23, 2011

JODOH

Views
Renungkanlah   sedalam-dalamnya……………….

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. 

 Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
 Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. 

 Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, June 19, 2011

itu adalah ayah saya

Views
teringat kisah silam sewaktu aku dilahirkan dengan kasih sayang dan penuh kemanjaan. Sebenarnya segala kenangan sukar untuk aku ingatkan kembali. Hanya teringat beberapa kisah sahaja tapi itu cukup membuatkan aku tersenyum tatkala kenangan itu menjelma di ingatan.

Aku juga seperti kanak-kanak yang lain,melalui fasa pembelajaran. Pasti rotan,tangannya,pandangan matanya amat cukup menakutkan aku sewaktu kecil dulu. Semestinya dia adalah ketua keluarga yang amat garang sekali..haha..dialah ayah yang paling aku sayang dan kagumi, En. Rahim b. Abdullah..

Ayah tidaklah segarang mana pun..bila aku sudah meningkat dewasa,pastinya dapat aku lihat perubahan yang ketara pada dirinya. tiada lagi rotan,tiada lagi pukulan yang menyakitkan, tiada lagi pandangan tajam apabila aku membuat kesilapan..dan yang pasti tiada lagi suara yang memarahi diri ini tapi yang ada hanyalah senyuman kegembiraan dengan melihat setiap anaknya menempuh setiap kejayaan.

aku amat kagum dengan ayah.dari berpangkat kecil hinggalah besar membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan pintu rezeki yang telah Allah s.w.t. berikan kepada keluarga ku. aku jarang bersama dengannya sewaktu kecil tapi itu tak bermakna dia tak berikan apa-apa pun pada ku (manja lebih dengan ummi sebenarnya..huhu)



ayah memang hensem,tak heran la kalau ketiga2 anak perempuannya comel2 belaka..hahaha..ramai kawan2 aku bertanya "yan, ayah ang ni orang cina ka?"..hehe..aku boleh gelak je time tue.memang ayah putih sangat dulu dan bermata sepet sebab ayah ikot muka arwah atok (itu pun ummi la yang cerita) dan aku ada juga dengar cerita yang arwah atok dari keturunan cina tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. apa-apa pun kisahnya,bukan itu jadi keutamaannya.aku bangga kerana dialah ayah yang telah dikurniakan kepada aku dan aku amat bersyukur sangat..



SELAMAT HARI BAPA

Friday, June 17, 2011

Ungkit-Mengungkit, Lidah Tidak Bertulang

Views
“Abang!!”, Syahid yang sedang khusyuk menyiram pokok di halaman terkejut dengan panggilan adiknya, Alisya.

“Abang!!”, panggil Alisya lagi apabila panggilannya itu tidak disahut.

“Kenapa?” jawab Syahid acuh tak acuh apabila Alisya datang mendekatinya sambil mencekak pinggang.

Abang guna laptop Alisya ye?” tanya Alisya. Syahid menganggukkan kepalanya, malas dia untuk melayan kerenah adiknya itu.

“Kenapa tak minta izin dulu?” tanya Alisya lagi sambil memandang Syahid dengan perasaan tidak puas hati.

“Eh kena minta izin dulu ke? Laptop abang rosak la sebab itu abang guna laptop Alisya kejap. Takkan la tak boleh”, Syahid hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah sedia maklum tentang perangai adiknya yang sedikit kedekut itu.

Mana boleh. Lain kali minta la dulu”, kata Alisya sambil membuka langkah meninggalkan Syahid.

“Jangan lupa ok,laptop tu abang yang belikan untuk Alisya”, langkah Alisya terhenti dan berpaling memandang Syahid yang masih lagi menumpukan perhatian menyiram pokok.

“Abang ungkit ye?”, soal Alisya sambil tersengih.

“Eh mana ada tapi kalau abang ungkit pun tak salah kan?” Syahid hanya tersenyum. Alisya mendekati abangnya kembali. Alisya mencapai gunting yang berada di atas tanah kemudian memotong daun yang sudah kering. Syahid hanya memandang kelakuan adiknya itu. Pasti ada perkara yang ingin dibahaskannya.

“Abang tahu tak,ada tiga golongan yang tidak boleh masuk syurga?” soal Alisya sambil mendongakkan kepalanya,memandang Syahid yang sedang berdiri di sebelahnya.

“Tak tahu”, jawab Syahid pendek. Alisya mengeluh kecil,sedikit kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Syahid.

“Tiga golongan itu adalah orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, peminum khamar dan orang yang mengungkit pemberian, Syahid hanya mendiamkan diri apabila mendengar kata-kata Alisya itu. Alisya menyambung kembali kata-katanya lagi…

“Ungkit-mengungkit ni perbuatan yang peling dibenci dalam islam dan juga menyebabkan seseorang itu masuk neraka seperti sabda Rasulullah, “Ada tiga golongan di hari kiamat dimana Allah tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula mensucikan mereka dan bahkan bagi mereka siksa yang pedih. Yakni orang yang menutupkan sarungnya hingga mata kaki, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu. (HR. Muslim)”, tiba-tiba Syahid tersenyum. Dia melangkah ke pili air dan memulasnya agar air berhenti mengalir.

“Abang mengungkit ada sebabnya, bukan minta balasan atau apa pun tapi abang hanya memberi peringatan kepada adik abang seorang ni supaya dia sentiasa beringat dan tidak sesekali meninggi diri”, tangan Alisya yang sedang galak memotong ranting pokok tiba-tiba terhenti. Dia berpaling memandang Syahid yang sudah duduk di meja yang berada di halaman sambil meneguk minuman. Alisya bingkas bangun dan duduk  berhadapan dengan Syahid.

“Lain ke?” soal Alisya, masih lagi ragu-ragu dengan alasan yang diberikan oleh abangnya itu. Syahid memandang Alisya sambil tersenyum manis.

“Wallahua’lam.. Mungkin cara abang macam mengungkit tapi itu bukanlah niat abang sebenarnya. Abang tak nak Alisya salahgunakan kebaikan yang telah orang lain berikan dan membuatkan Alisya meninggi diri ataupun lupa diri”, kata-kata syahid itu membuatkan Alisya berfikir sejenak. Adakah aku menyalahgunakan kebaikan orang terhadap aku,monolog Alisya sendiri di dalam hati.

Tapi mengungkit itu tetap salahkan?” soal Alisya tiba-tiba. Sekali lagi Syahid hanya tersenyum, rasa seronok pula melayan adiknya itu. Bukan senang dia boleh bersemuka dengan adiknya itu kerana Alisya agak sibuk kebelakangan ini.

“Betul kata Alisya tu,mengungkit adalah salah. Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, “Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

“Dari penjelasan ayat dan hadis itu, Alisya sendiri pun tahu kan,setiap muslim yang memberi dengan mengungkit-ungkit kembali termasuk perbuatan tercela yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Sedangkan mengungkit pemberian adalah perbuatan yang tercela, inikan pula mengungkit sesuatu pemberian yang sebenarnya tanggungjawab kita dalam melaksanakan pemberian itu. Mengungkit juga merupakan perbuatan zalim yang akan menimbulkan permusuhan di antara pemberi dan penerimanya, sebab yang menerima merasa tercoreng nama baiknya, sementara pemberi akan timbul rasa sombong kepada orang yang pernah diberinya”, Alisya hanya tersengih mendengar penjelasan abangnya itu. Dahi Syahid mengerut melihat tingkah laku Alisya.

“Macam terkena batang hidung sendiri je” ,kata-kata Alisya itu membuatkan Syahid ketawa.

“Tapi situasi kita macam dah terbalik la”, kali ini dahi Alisya pula yang mengerut.

“Apa yang terbaliknya?” soal Alisya apabila melihat Syahid hanya tersenyum sambil mengunyah makanan.

“iyelah,si pemberi pula rasa tercoreng namanya manakala si penerima rasa sombong kepada orang yang memberinya”, tawa Syahid mula kedengaran lagi. Alisya hanya mencebik.

Allah s.w.t. berfirman,“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (al-Baqarah, 2: 263). Jadi abang minta maaf ye kalau Alisya rasa abang mengungkit sebab memang sudah kewajiban abang untuk membeli keperluan keluarga lebih-lebih lagi abang adalah ketua keluarga selepas ayah pergi. Alisya jangan ambil hati ye”, akhirnya Alisya hanya tersenyum walaupun hatinya dipagut kesedihan dan rasa bersalah mula bertamu di hati.
 
“Salah Alisya juga sebab berlagak tak tentu pasal. Alisya minta maaf ye”, Syahid bangun sambil membelai lembut kepala Alisya

“Jadi lepas ni boleh la abang pakai laptop Alisya tanpa izin ye”, kata Syahid lalu ketawa diikuti oleh Alisya.


Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

~ kalau nak "like" ataupun "share"..sila klik DISINI

Monday, June 13, 2011

Kegemilangan Terengganu

Views

 Hari ni aku masih lagi nak menceritakan soal skuad penyu ganu kite ni..kat atas tu adalah link tajuk akhbar Utusan Malaysia yang menunjukkan betapa bangganya rakyat terengganu sambil meraikan kejayaan apabila menang dalam Piala FA pada 11 june lalu. Terengganu sekali lagi menambah kejayaan apabila muncul juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia..ucapan tahniah aku tujukan untuk rakyat terengganu dan aku tumpang gembira dengan kejayaan itu (tiba2 je sokong terengganu ekk)..



" Maafkan saya - Daudsu " ...itulah kata-kata maaf dari pemain The red worrior apabila dia dengan tidak sengajanya telah membolosi gawang sendiri. Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh pemain apabila berada di dalam padang tapi aku tahu semua penyokong kelantan pasti faham dengan keadaan dan niat Daudsu itu. Tengok cara dia main pun aku tahu,niat dia nak selamatkan gawang tapi tak sangka tandukannya itu telah membawa padah untuk kelantan. Pape pun syabas untuk kelantan juga, walaupun tak peroleh kemenangan itu tak bermakna kita kena putus asa jadi berusaha lagi agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi..


Majulah sukan untuk negara..Peace..!!

Sunday, June 12, 2011

..Piala FA..

Views

11 june 2011, tepat jam 8.30 malam..aku dah terpacak depan tv untuk menyaksikan perlawanan antara skuad penyu (terengganu) dengan the red worrior (kelantan). Entah kenapa kali ni aku rasa nak sangat sokong Terengganu selepas melihat kebangkitan terengganu di saat2 akhir. Mungkin selama ni ramai yang tak pernah perasaan dengan kelibat skuad penyu ni tapi kini aku rasakan skuad penyu bukanlah skuad calang2 tau..hehe..

Memandangkan kita sedia maklum dengan kehebatan the red worrior dan membuatkan semua penyokong membuat andaian awal sebelum perlawanan berlangsung tapi itu sikit pun tak mematahkan semangat aku untuk tetap menyokong pasukan itu buat pertama kali dalam hidup aku..cewahhh..pada separuh masa pertama kelantan telah mendahului perlawanan dengan 1-0..bagaimana pun kesilapan kelantan untuk menyelamatkan gawang telah memakan diri sendiri apabila pemain kelantan (tanpa sengaja) telah menjaringkan gol di gawang sendiri..rasa lega sebab terengganu dapat menyamakan mata di saat akhir perlawanan. disebabkan seri jadi ada penambahan masa untuk perlawanan itu. separuh masa pertama (tambahan) terengganu sekali lagi telah menjaringkan gol yang meletakkan tekanan ke atas pemain kelantan untuk mencari gol tapi akhirnya kelantan kecundang apabila agregat perlawanan tetap 1-2 hingga ke wisel penamat.

Tahniah sekali lagi untuk skuad penyu kerana berjaya menjulang Piala FA yang dikatakan untuk kali terakhir kerana piala itu akan ditukarkan kepada bentuk lain..kepada pasukan the red worrior,jangan putus asa dan cuba lagi untuk perlawanan Liga Super nanti..pape pn skuad kenari (kedah) & skuad seladang (perak) tetap menjadi pujaan hatiku walaupun mereka agak ketinggalan dalam Liga Super..huhu..

Peace..!!!